You are on page 1of 22

Bab 1

HUBUNGAN ETNIK DALAM PEMBINAAN


NEGARA BANGSA
KONSEP NEGARA BANGSA
• Konsep negara bangsa bermula di Eropah. Ia bertitik
tolak daripada kelahiran ras tertentu atau etnik tertentu.

• Bermula daripada konsep etnik, lahir konsep bangsa


yang menggambarkan identiti yang besar dan menuju
ke arah satu aspek iaitu negara.
• Menurut Abdul Rahman Embong (2001), konsep negara
bangsa di Eropah bermula apabila lahirnya kelompok
bangsa yang menentang kuasa feudal dan proses
pembentukan sistem baru yang dipanggil kapitalis.

• Bangsa Inggeris muncul lebih awal sebelum lahirnya


bangsa Eropah dan negara England yang moden.
• Negara merujuk pada sebuah masyarakat yang mendiami
kawasan tertentu dan adanya kerajaan yang memerintah.

• Sementara itu, bangsa merujuk pada sekumpulan


manusia dalam satu ikatan ketatanegaraan (Mahayuddin
Hj. Yahaya, 1998).
• Godwin dan Wahlke (1997), mendefinisikan negara
bangsa sebagai, “...one nation in the area covered by the
state to include most of the people who consider
themselves part of that national culture”.
• Dalam konteks Malaysia, kita dapat katakan bahawa
negara bangsa sebagai sekumpulan masyarakat yang
terdiri daripada pelbagai etnik, agama dan budaya
mendiami sempadan politik tertentu.

• Mereka mengamalkan sikap toleransi dan bersefahaman


dan kemudian berlakunya proses akulturasi dan asimilasi
dalam suasana hubungan etnik yang harmoni melibatkan
pelbagai kaum.
• Walaupun Malaysia telah merdeka lebih 66 tahun, tetapi
apa yang kita bentuk ialah sebuah negara dan bukannya
sebuah negara bangsa.

• Begitu juga apabila Malaysia terbentuk pada 16


September 1963, apa yang wujud ialah negara Malaysia
dan bukannya bangsa Malaysia
Faktor kelahiran negara bangsa di dunia
TAHAP PEMBINAAN NEGARA BANGSA

• Datuk Shamsul Amri Baharuddin (2012) membahagikan


pembinaan negara Malaysia kepada tiga tahap utama
iaitu :
• Era Konflik (1945-1960),
• Era Stabil Tapi Tegang (1961-1970)
• Era Kesepaduan Sosial (1971- 2011).
Era Konflik (1945–1960)
• Malaysia dikaitkan dengan pelbagai konflik selepas
Perang Dunia Kedua
• Penguasaan anggota Komunis dikenali sebagai Bintang
Tiga yang menguasai pentadbiran di Tanah Melayu
selama 14 hari
• Komunis ini bebas melakukan kezaliman dan melakukan
aktiviti membalas dendam.
• Peristiwa kedua apabila Malayan Union yang telah
diisytiharkan pada 1 April 1946 yang mengundang
perasaan tidak puas hati dalam kalangan orang Melayu.
• Walaupun Malaysia mencapai kemerdekaan pada 31
Ogos 1957, Malaysia masih dalam Darurat yang hanya
tamat pada 31 Julai 1960.
Era Stabil Tetapi Tegang (1961–1970)
• Selepas tamatnya Darurat dan Perang Dingin masih lagi
berterusan.
• Pihak Indonesia tidak berpuas hati dengan penubuhan
Persekutuan Malaysia.
• Konfrontasi ini dipimpin oleh Soekarno yang dikatakan
kerajaannya banyak dipengaruhi oleh Parti Komunis
Indonesia (PKI).
• Peristiwa rusuhan kaum terbesar telah berlaku dalam dua
siri berbeza iaitu semasa Singapura dalam Malaysia pada
21 Julai dan 3 September 1964.

• Peristiwa ini telah mengorbankan lebih kurang 40 orang


dan ribuan telah ditangkap.

• Selain itu, peristiwa 13 Mei 1969 merupakan rusuhan


kaum terbesar di Malaysia.
• Pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak kerajaan
secara top-down.

• Antara usaha ini termasuk menubuhkan Majlis


Perundangan Rakyat, Jabatan Perpaduan Negara, Rukun
Negara dan Dasar Ekonomi Baru.
Era Kesepaduan Sosial (1971–2011)
• Menurut Shamsul Amri Baharuddin (2012), Era
Kesepaduan Sosial (1971􀄃2011) ialah era ketika
berlakunya pemantapan interaksi antara M + N + P, iaitu
masyarakat (society), negara (state) dan pasaran
(market) telah disulam erat dengan positif.
• Keupayaan kita menerima kepelbagaian, maka lahirlah
slogan yang enak didengar seperti “Malaysia Truly Asia”,
“Perpaduan dalam Kepelbagaian” dan “Meraikan
Kepelbagaian”.
• Menurut Abdul Rahman Embong, antara lima matlamat
penting Rukun Negara dibentuk adalah untuk:

(a) Mencapai perpaduan yang lebih erat;


(b) Memelihara cara hidup demokratik;
(c) Membina masyarakat yang adil;
(d) Menjamin cara yang liberal terhadap tradisi kebudayaan
yang kaya raya dan pelbagai corak; dan
(e) Membina masyarakat yang progresif melalui
pengamalan lima prinsip rukun negara.
• Justeru, melalui Era Kesepaduan Sosial, perbezaan
bukan satu masalah kepada pembinaan negara bangsa.

• Apa yang menjadi masalah ialah sifat perkauman yang


menebal, prasangka dan kurangnya tolak ansur antara
etnik.
Soalan

1. Terangkan pengisian yang terdapat dalam


rukun negara yang boleh membawa
keseimbangan antara etnik di Malaysia.

2. Kemukakan pandangan anda tentang


pengisian yang terdapat dalam dasar pendidikan
kebangsaan negara yang memberi implikasi
besar dalam konteks hubungan etnik di Malaysia.
TERIMA KASIH

You might also like