You are on page 1of 2

Ranjatan elektirk kecederaan kepada fizikal membiarkan ubat-ubatan di atas meja (based

on video)

Nyatakan 3 situasi berbeza yang boleh berlaku di rumah?

Rumah tidak lari dari mempunyai pelbagai risiko yang boleh mendatangkan kecederaan
kepada penghuninya, sama ada di dalam atau di luar kawasan rumah. Air di dalam tab
mandi atau akuarium yang besar boleh mengakibatkan kanak-kanak berada dalam keadaan
bahaya. Hal ini demikian kerana mereka boleh lemas dalam air yang kurang dari 2 inci. Jika
terdapat kolam renang atau kolam ikan pastikan anak tidak akan jatuh ke dalamnya. Situasi
yang kedua ialah kanak-kanak jatuh dari perabot dan tempat tinggi ke atas permukaan atau
lantai yang keras. Situasi yang ketiga ialah kecederaan sentiasa berlaku dalam dapur.
Dapur adalah tempat yang paling bahaya untuk anak dibiarkan berseorangan. Cerek, pisau
dan sabun basuh adalah benda yang senang dijumpai di dapur. Dengan itu, ibu bapa harus
menjauhkan cerek, kuali panas dan barang lain yang bahaya untuk anak supaya
kecederaan tidak dihadapi.

Berdasarkan situasi tersebut, mengapakah kemalangan ini boleh berlaku di rumah?

Berdasarkan situasi kanak-kanak bermain atau mandi di dalam tab mandi kemalangan boleh
berlaku kerana tab mandi yang besar boleh menjadikan kanak-kanak terjatuh dan lemas
walaupun air yang hanya sedalam 5 sm. Berdasarkan situasi yang kedua kanak-kanak akan
mula belajar cara merangkak, memanjat dan seumpamanya pada peringkat tertentu. Oleh
itu, mereka akan memanjat pada barang-barang yang tinggi dan jika tidak diawasi oleh
dewasa mungkin akan jatuh dari tempat yang tinggi ke lantai. Berdasarkan situasi yang
ketiga bahagian dapur selalu menyebabkan berlakunya kecederaan yang berpunca dari
perlatan dalam dapur. Minyak masak yang panas, air mendidih, kuali panas, rempah dan
juga pisau boleh mewujudkan persekitaran yang sangat berbahaya bagi kanak-kanak.

Nyatakan langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk mengelakkan kemalangan di rumah?

Berhati-hatilah dan awasi dengan rapu apabila kanak-kanak bermain dalam air seperti di
dalam tab mandi ataupun menggunakan air di dalam baldi. Mereka boleh lemas walaupun
air yang sedalam hanya 5 sm. Ibu bapa boleh tutup semua bekas air semasa kanak-kanak
berada di rumah. Ibu bapa juga digalakkan mendidik dan mengajar anak-anak cara
berenang. Rumah yang mempunyai kolam renang seharusnya dipagar di kelilingnya bagi
mengelakkan kanak-kanak menggunakannya tanpa pengawasan. Seterusnya, langkah yang
kedua ialah mengawasi kanak-kanak apabila mereka mula belajar sesuatu pergerakan baru
seperti merangkak, memanjat dan lain-lain. Pada peringkat umur tertentu, kanak-kanak
cenderung untuk memanjat. Jadi sentiasa pastikan laci dan almari diletakan ke dinding
supaya laci tidak terjatuh di atas anak dan menyebabkan kemalangan yang tidak diingini.
Langkah yang ketiga ialah jauhkan kanak-kanak daripada memasuki dapur. Jauhkan
pemegang peralatan yang panas daripada jangkauan kanak-kanak. Sorokkan dan
simpankan semua mancis dan juga pemetik api di tempat yang tidak mudah dicapai oleh
kanak-kanak.

You might also like