You are on page 1of 1

Jawapan Bahagian A:

Terdapat banyak langkah untuk membasmi nyamuk Aedes, antaranya ialah membuang sampah.
Pastikan plastik sampah diikat dengan rapi supaya tiada sebarang pembiakan nyamuk di dalamnya.
Seterusnya, kita juga perlu menggunakan bahan pembunuh jentik-jentik di dalam semua bekas
takungan air seperti bekas tadahan air hujan. Selain itu, kita juga mesti membuat pemeriksaan
berkala di kawasan rumah. Jika terjumpa air yang mempunyai jentik-jentik, pastikan buang dengan
segera kerana nyamuk Aedes boleh membawa banyak penyakit merbahaya seperti denggi. Jika kita
ikuti langkah-langkah ini kita akan selamat dari penyakit denggi. Seperti kata-kata Kementeriaan
Kesihatan “Tiada Aedes,tiada denggi”.

Jawapan bahagian B:

Carta pai menunjukkan peratusan punca pelajar ponteng sekolah pada tahun 2017. Jika kita lihat
pada carta tersebut punca pelajar ponteng sekolah ialah disebabkan pengaruh rakan sebaya. Mereka
yang selalu ponteng sekolah ini telah terjebak dengan gejala sosial yang tidak bermoral. Mereka juga
akan melakukan perkara seperti merokok dan selain sebagainya. Selain itu, gaya pembelajaran yang
tidak menarik juga menjadi punca ponteng sekolah. Ini menjadi tanggungjawab seorang guru untuk
menjadi pembelajaran menyeronokkan dan tidak membebankan pelajar. Sebagai contoh, kita boleh
meningkatkan minat murid dalam kelas sejarah dengan mengadakan kuiz atau permainan.
Seterusnya, masalah keluarga juga penyumbang kepada permasalahan ponteng sekolah ini. Pelajar
di rumah mungkin selalu di marah dan kurang kasih sayang dari ibubapa. Kesannya, pelajar akan
memberontak dan ponteng sekolah. Kesimpulannya, semua pihak mesti memain peranan untuk
mengurangkan permasalahan ponteng sekolah dikalangan pelajar.

You might also like