You are on page 1of 1

Cara-cara mengatasi penyalahgunaan dadah di 

kalangan murid-
murid.
Dewasa kini, kita sering terbaca di dada akhbar
mengenai penyalahgunaan dadah di kalangan murid-murid yang
sering menjadi isu polemik dalam kalangan media massa yang meniti
dari bibir ke bibir.Mengapakah hal ini boleh menular dalam kalangan
murid-murid? Sudahtentu sesuatu perkara yang berlaku ada
puncanya. Hal ini kerana, pepohon pokok tidak akan berliuk lentuk
jikalau tiada angin yang meniupnya.Terdapat pelbagai cara untuk
mengatasi penyalahgunaan dadah di kalangan murid-murid.
Antaranya, ibu bapa hendaklah memainkan peranan yang penting
dalam membendung masalah ini. Ibu bapa hendaklah mendidik
cahaya matamereka sejak kecil lagi mengenai penyalahgunaan
dadah. Hal ini kerana,melentur buluh biarlah dari rebungnya. Sebagai
contoh, apabila mereka dewasa kelak, sudah tentu mereka pintar
untuk membuat perbezaan untuk memilih intan atau kaca. Janganlah
kita jadi seperti ketam yang mengajar anak mereka berjalan lurus,
sedangkan dia sendiri yang berjalan senget.Sudah terang lagi
bersuluh, peranan ibu bapa dapat membendung penyalahgunaan
dada di kalangan murid-murid.Selain itu, peranan pihak sekolah juga
turut dapat mengatasi masalah ini yang merebak seperti virus
epidemik di kalangan murid-murid. Pihak sekolah boleh mengadakan
aktiviti-aktiviti yang boleh mendatangkan kemaslahatan kepada
murid-murid. Biar kita ambil sebagai contoh, pihak sekolah boleh
mengadakan ceramah mengenai penyalahgunaan dadah dikalangan
murid-murid. Melalui cara ini, murid-murid dapat menghindarkan
diri mereka daripada perkara yang tidak berfaedah seperti
mencencang air yang boleh membawa impak negatif dalam diri
mereka. Oleh hal yang sedemikian, pihak sekolah hendaklah
memainkan peranan yang penting bagi mengatasi masalah ini yang
boleh menjejaskan imej 

You might also like