You are on page 1of 34

KOMATHY GOPALAN 812615

SARASWATHY PERIANAN 812789


MOHD KHALID BIN ABDUL RAHMAN 811472

U.P : Dr. KHALIZA SAIDIN


 It is axiomatic that ignorance of law is not an excuse
for a person not to be tried in a court of law. Based on
the context discuss actions which could be taken to
ensure that school managers and teachers are legally
literate.
 Pengurus sekolah (pengetua), guru-guru dan kakitangan lain sekolah
terdedah kepada dakwaan (litigation) atas berbagai tuduhan seperti
kegagalan melaksanakan tanggungjawab, kecuaian, penyalahgunaan kuasa
dan penyelewengan yang mungkin berlaku.

 Kegagalan memenuhi “kewajipan berjaga-jaga” (duty of care), kegagalan


melaksanakan tanggungjawab, kegagalan mematuhi arahan serta peraturan
boleh mengakibatkan pihak sekolah menghadapi dakwaan sivil atau pun
jenayah.

 Kejahilan terhadap undang-undang pendidikan tidak boleh dijadikan


alasan untuk mengelakkan diri seseorang tenaga pengajar daripada
didakwa.

 Maka pihak sekolah perlu mengambil beberapa langkah untuk memastikan


mereka tidak didakwa atas kesalahan dan kegagalan yang dinyatakan di
atas.
 Kecuaian

 Penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan


Kecuaian dalam bidang pendidikan boleh dibahagikan kepada dua jenis :-

i) Kecuaian guru :

- Kecuaian yang berpunca daripada konsep tanggungjawab berjaga-jaga dari segi undang-undang yang
dieprtanggungjawabkan kepada guru.

- Biasanya kecuaian guru dikaitkan dengan kemalangan dan kecederaan fizikal yang menimpa pelajar.

ii) Kecuaian pendidikan :

Kegagalan guru mendidik pelajar.

Adalah sukar untuk membuktikan pelajar tidak dapat menerima ilmu dan menguasai kemahiran
dalam pendidikan adalah berpunca daripada guru.

Ini adalah kerana kegagalan tersebut dipengaruhi oleh faktor-faktor lain

Maka, situasi sebegini jarang ditemui guru-guru sentiasa menjalankan tugas utama mereka iaitu
mengajar.
 Defenden telah tidak melakukan “kewajiban
berjaga-jaga”(failure to exercise duty of care)

 Plaintif mengalami kecederaan atau kerugian


(damage has occurred) akibat dari kegagalan
defenden melakukan kewajibannya.
Semua kakitangan sekolah mempunyai “kewajipan berjaga
jaga” (duty of care)

Pengurus sekolah, guru-guru dan kakitangan sekolah perlu:


 Memastikan keselamatan struktur fizikal sekolah
 Memastikan keselamatan sewaktu kelas
 Memastikan keselamatan sewaktu kelas yang menjalankan Amali dan
ketukangan (Sains, Sains Pertanian, Teknik, Vokasional, Muzik, Sains
Rumah Tangga)
 Memastikan keselamatan kemudahan sukan dan kegiatan ko-
kurikulum.
 Memastikan keselamatan trafik di kawasan sekolah

 Memastikan keselamatan kebakaran sentiasa dijaga

 Memastikan keselamatan sewaktu membuat lawatan

 Memastikan kebersihan makanan dan kesihatan murid dijaga

 Menjalankan semua tugas yang diamanahkan mengikut bidang tugas


masing-masing.

Secara Ringkas :
PENGURUS SEKOLAH PERLU MELAKSANAKAN
POLISI SEKOLAH SELAMAT
 undang-undang menghendaki tuan punya premis (bangunan dan kawasan tanah)
memastikan premisnya adalah selamat digunakan atau didiami oleh pihak yang
mempunyai hak menggunakannya.

 Keadaan fizikal sekolah mestilah diselanggara dengan baik dari masa ke semasa
kerana sebarang kerosakan dan ketidakse,purnaan menyebabkan ia bukan lagi
selamat untuk digunakan.

 Cth :
- Tangga dan serambi bangunan mesti mempunyai pelindung yang sesuai dan kukuh
untuk memastikan tiada murid berkemungkinan terjatuh ke bawah.
- Siling dan bumbung yang bocor mesti dibaiki segera supaya ia tidak jatuh.
- Kipas, wayar elektrik uzur, kerusi lama dan sebagainya perlu diperiksa.
- Suis dan soket yang rosak perlu diganti.
- Semak-semak panjang di kawasan sekolah mesti ditebas untuk mengelak segala
bentuk bahaya seperti menjadi tempat perlindungan ular.
 Mengikut, The Registration of Schools Ordinance, 1950.
Schools (General) Regulations sekolah dikehendaki
memastikan bilik-bilik darjah memenuhi syarat-syarat
keselamatan.

 Pengetua perlu mematuhi peraturan di atas untuk mengelak


pihaknya daripada didakwa kerana kecuaian.

 Mematuhi Pekeliling Ikhtisas Bil 8/1988


(keselamatan diri pelajar di sekolah)
 Guru mengikut undang-undang common law, dikehendaki membuat
penyeliaan membuat penyeliaan yang munasabah ke atas murid-murid di
bawah jagaanya sewaktu kelas berjalan.

 Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan beliau didakwa jika


murid tercedera akibat kecuaiannya.

 Kes Government of Malaysia & Ors. V. Jumat bin Mahmud & Anor.

 ( plaintif tercedera dan menjadi buta pada mata kanan. Mahkamah Tinggi
memutuskan bahawa pihak guru bersalah kerana cuai dalam
penyeliaannya.)
 Semua makmal/bengkel kerja amali mesti mempunyai peraturan
bertulis dan ia mesti diedarkan kepada semua murid pada hari
pertama mereka menggunakan makmal/bengkel tersebut.

 Kelas-kelas amali hanya boleh dikendalkan oleh guru-guru terlatih.

 Jika guru sementara, pengetua mesti memastikan bahawa mereka


tidak melakukan/menyuruh pelajar melakukan percubaan-percubaan
yang berbahaya.
 Guru –guru mesti memberi amaran terlebih dahulu kepada
murid-murid sebelum sebarang tunjuk cara atau percubaan
dijalankan untuk mengelakkan sebarang peristiwa yang tidak
diingini.

 Guru mesti mematuhi surat pekeliling ikthisas no.1/1974.


(Keselamatan dalam makmal)

 Kes mohamed Raihan bin Ibrahim & Anor. v. Government of


Malaysia & Ors.

 Kes Kamarulzaman Mohd Ali v.Louis Marie Neube Rt


Ambrose J Ambrose & Anor.
 Sukan dan kegiatan ko-kurikulum merupakan satu lagi punca kemalangan
mungkin berlaku.

 Pengetua hendaklah memeriksa dan memastikan bahawa segala


kemudahan sukan dan permainan adalah dalam keadaan sempurna dan
selamat untuk aktiviti-aktiviti ko-kurikulum tersebut dijalankan.

 Murid-murid juga perlu diberitahu tentang segala peraturan dan arahan


tentang langkah-langkah menjaga keselamatan yang perlu diambil pada
setiap masa.

 Penjagaan rapi diperlukan semasa aktiviti diadakan untuk mengelakkan


insiden-insiden yang serius seperti pelajar terlanggar tiang gol, terkena
lontaran peluru, terjatuh dalam lubang, dan lain-lain.
Selain daripada itu, guru juga hendaklah :

 mengambil kira faktor cuaca/ musim supaya aktiviti yang dijalankan tidak
mendatangkan bahaya.

 bertanggungjawab mengeluar, mengguna dan menyimpan alat-alat sukan walaupun


boleh dibantu oleh murid.

 memastikan semua alat sukan dan permainan berada dalam keadaan baik dan
selamat sebelum digunakan.

 Murid mesti mendapatkan kebenaran bertulis daripada ibu bapa atau penjaga dan
pengetua untuk mengambil bahagian di dalam aktiviti kokurikulum di luar sekolah
dan mesti diiringi oleh guru.

 Jika ada murid perempuan, maka guru pengiring perempuan mesti ada bersama.
 Memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan murid diberi keutamaan seperti
makanan dan minuman dan lain-lain lagi.

 Murid yang cedera, lelah dan berpenyakit kronik tidak dipaksa dibenarkan/dipaksa
mengambil bahagian.

 Menggalakkan pelajar mengadakan skim perlindungan insurans yang sesuai.

 Kawasan dan kemudahan yang berbahaya seperti dewan gymn dan kolam renang
mesti dikawal penggunaannya dengan ketat.

 Melaporkan segala kemalangan yang berlaku kepada pengetua dengan segera


untuk tindakan selanjutnya.

 Mematuhi pekeliling-pekeliling berikut :


i) bil 1/1995 – keselamatan diri ketika pengajaran PJK ,KK,
Sukan di dalam dan di luar kws sek.

ii) bil 9/2000 – panduan bg 1/1995


 Pelajar-pelajar sentiasa berada di kawasan sekolah dan mesti dilindungi dari kemalangan jalan
raya.

 Terutamanya pada masa sebelum kelas bermula dan masa selepas kelas baru tamat setiap hari,
ramai pelajar akan berkeliaran di merata tempat sekolah.

 Pengetua perlu mengadakan satu sistem pergerakan trafik yang cekap dan sistem pengawasan
yang sesuai untuk mengelakkan kemalangan berlaku.

 Kawasan sekolah biasanya terhad untuk membenarkan semua kenderaan ibu bapa masuk ke
dalamnya apabila menghantar dan membawa pulang anak-anak mereka dari sekolah.

 Maka adalah baik sekiranya semua kenderaan ibu bapa dan bas sekolah dilarang masuk ke
kawasan sekolah.

 Mereka dikehendaki mengambil pelajar-pelajar di suatu tempat yang sesuai di luar kawasan
sekolah.
 kes Headmistress, Methodist Girls School & Ors. v. Headmaster, Anglo-
Chinese Primary School & Anor.,

Sebuah bas sekolah telah melanggar seorang murid dalam kawasan


sekolah yang mana jalannya adalah sempit. Keputusan hakim mahkamah
menyalahkan pemandu bas dan pihak sekolah juga dipertanggung-
jawabkan bersama (vicariously liable) kerana membenarkan bas tersebut
memasuki kawasan sekolah tersebut. Ini bermakna pengetua perlu
mengambil langkah-langkah yang wajar untuk memastikan bahawa
keadaan trafik di kawasan sekolahnya adalah selamat untuk semua pihak,
khasnya para pelajar.

Pekeliling Ikhtisas bil 8/1999


(Keselamatan Diri Murid Dalam Perjalanan Pergi dan Balik sekolah)
 Kebakaran sekolah boleh diakibatkan oleh litar pintas, perbuatan jenayah
(arson), kerja-kerja amali di makmal atau bengkel, kecuaian dan lain-lain
lagi.

 Untuk mengelakkan dari dakwaan berhubung dengan kebakaran sekolah,


pengetua perlu mengambil langkah-langkah proaktif untuk mengelakkan
berlakunya kebakaran seperti :-

- menubuhkan Jawatankuasa Pencegahan kebakaran sekolah;


- membuat pemeriksaan rapi terhadap sistem pendawaian elektrik;
- mengadakan hari/minggu pencegahan kebakaran; dan
- memastikan guru-guru makmal dan bengkel mematuhi prosedur
pencegahan kebakaran di makmal dan bengkel masing-masing.
 Semua penghuni sekolah mesti tahu serta bersedia menangani masalah
apabila kes kebakaran berlaku.

 Langkah-langkah persediaan menangani kebakaran termasuk memastikan


alat-alat pemadam api dan pencegahan kebakaran dalam keadaan baik dan
boleh berfungsi pada setiap masa;

 mengadakan demonstrasi memadam kebakaran dan mangadakan fire


drill dengan melibatkan semua murid, guru serta kakitangan sekolah (Rule
49, Schools (General) Regulations, The Registration of Schools
Ordinance, 1950); dan,

 menyediakan pelan keselamatan kebakaran di sekolah.

 Selain daripada itu, pihak sekolah mesti mengawasi sekolah dengan rapi
selepas waktu sekolah untuk menghalang penceroboh masuk yang
mungkin mengakibatkan kebakaran sekolah.
 Banyak kemalangan seperti terjatuh, kemalangan jalan raya dan mati lemas
telah pun terjadi semasa pelajar-pelajar mengadakan lawatan.

 Dalam kes Chen Soon Lee v. Chong Voon Pin, seorang murid sekolah
telah mati lemas sewaktu rombongan murid sedang bermain bola dalam air
di tepi laut.

 Oleh kerana guru besar dan guru-guru yang berada bersama mereka telah
mengambil langkah-langkah pengawasan yang rapi (beyond reasonable
care) pada masa itu, tuduhan kecuaian tersebut ditolak oleh hakim
Mahkamah Tinggi Miri.
• Jelas dilihat bahawa Pengetua bertanggungjawab untuk memastikan guru-
guru tidak cuai dalam penyeliaan aktiviti-aktiviti pelajar semasa lawatan
diadakan. Segala langkah pencegahan berlakunya tradegi mesti diambil
untuk melindungi pelajar-pelajar semasa lawatan diadakan.

• Selain dari itu, pengetua harus memastikan guru-guru dan murid-murid


sekolahnya mematuhi segala undang-undang dan peraturan (Schools (Tours)
Regulations, 1957; Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/2000; Surat Pekeliling
Ikhtisas Bil.1/1995) berhubung dengan lawatan untuk mengelakkan daripada
dakwaan dan melindungi pihak sekolah sekiranya tuduhan dibawa juga ke
mahkamah sekiranya sesuatu kemalangan berlaku.
Di antara langkah-langkah pencegahan dakwaan yang boleh diambil:

Kebenaran bertulis daripada ibu bapa atau penjaga dan pengetua untuk
mengambil bahagian di dalam aktiviti lawatan mesti diperolehi sebelum ianya
diadakan.

Jika lawatan itu diadakan di luar negeri asal sekolah, maka kebenaran dari
Pendaftar mesti diperolehi sebelum lawatan tersebut diadakan.

Semua lawatan pelajar mesti diiringi oleh guru. Jika ada murid perempuan yang
menyertai lawatan tersebut, maka rombongan tersebut mesti menpunyai guru
pengiring perempuan. Pengawasan oleh guru yang munasabah perlu dibuat
sepanjang masa lawatan diadakan.
Maklumat dan arahan-arahan bertulis yang diedarkan kepada pelajar dan ibu-bapa
harus teliti dan jelas. Terutamanya risiko yang terlibat mesti jelas dinyatakan.

Pelajar-pelajar membuat persetujuan bertulis untuk berdisiplin baik sewaktu


lawatan diadakan.

Pelajar-pelajar diberitahu bahawa mereka perlu bawa keperluan persendirian


yang mencukupi seperti minuman, makanan, alat perlindungan dari cahaya
matahari, dan lain-lain.

Memberi taklimat kepada pelajar dan ibu-bapa tentang lawatan yang akan
diadakan.

Memastikan pelajar dan ibu bapa telah memberi segala maklumat yang penting
(misalnya keadaan kesihatan pelajar) kepada sekolah sebelum lawatan
diadakan. Pihak sekolah mesti meminta maklumat tersebut daripada setiap ibu
bapa pelajar secara bertulis.
Jika perjalanan melibatkan penggunaan kenderaan, pelajar -
pelajar mesti diarah untuk memasangkan tali pinggang keledar
pada setiap masa.

Pihak sekolah mesti bersedia untuk mengatasi segala kemalangan


yang mungkin berlaku.
 Peraturan Schools (General) Regulations, The Registration of Schools
Ordinance, 1950 menghendaki pihak sekolah mementingkan aspek
kebersihan, keceriaan dan kesihatan guru-guru, murid-murid dan
kemudahan-kemudahan fizikal sekolah.

 Makanan dan minuman yang disediakan atau dibekalkan di kawasan


sekolah, sama ada di kantin, di dapur sekolah atau pun makanan yang
dibekalkan dalam Rancangan Makanan Tambahan dan Program Susu
Sekolah, mesti bersih dan sesuai bagi menjaga kesihatan semua pihak.
 Pengetua sekolah perlu memastikan makanan di sekolah selamat
digunakan oleh semua pihak supaya tidak medatangkan masalah kesihatan
seperti keracunan makanan.

 Pelajar-pelajar perlu dinasihatkan tentang amalan kebersihan yang perlu


untuk menjaga kesihatan diri sendiri.

 Pekerja dan pembekal makanan juga perlu mengamalkan kebersihan diri,


alat-alat dan perkakasan makanan, bangunan dan kemudahan yang
digunakan untuk menyediakan makanan.

 Kecuaian pengetua sekolah memastikan langkah-langkah kebersihan


diambil boleh mengakibatkan dakwaan yang tidak diingini.

 14 Pekeliling berkaitan kesihatan (rujuk m/s 43-44 buku undang-undang


untuk pengetua dan guru besar)
 Menjaga disiplin dan mengenakan tindakan disiplin terhadap pelajar mengikut peraturan.

 Menjaga dan mengawal disiplin pelajar merupakan tanggungjawab pihak sekolah yang
penting. Jika pelajar-pelajar berdisiplin baik, maka suasana selamat dan kondusif dapat
diwujudkan untuk menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan.

 Sebaliknya disiplin yang teruk, keganasan yang berleluasa dan ancaman berbagai rupa akan
menghasilkan sekolah yang tidak selamat.

 Apabila melaksanakan tugas mengawal disiplin dan mengenakan tindakan disiplin terhadap
salah laku pelajar, pengetua mesti memastikan bahawa tindakan-tindakan yang diambil
tersebut adalah berdasarkan kuasa dan peraturan-peraturan yang diperuntukkan dalam
dalam :

 Akta Pendidikan 1996(Perkara 3, 7, 8); Education (School Discipline) Regulations, 1959,


Education Ordinance, 1957; Surat-surat Pekeliling Bil. 1/1972, Bil. 9/1975, Bil. 8/1983, Bil.
8/1988, Bil. 4/1991, Bil. 3/1993, dan Bil. 4/1996.
 Sekolah dikehendaki mengadakan peraturan-peraturan disiplin sendiri tetapi
peraturan-peraturan tersebut tidak boleh bercanggah dengan bidang kuasa dan
peraturan-peraturan yang diberikan dalam Akta, Ordinans dan Surat-surat
Pekeliling Ikhtisas yang sedia ada.

 Semua pelajar hendaklah diberikan dan dijelaskan segala peraturan disiplin bertulis
yang berkuatkuasa di sekolah.

 Apabila mengambil tindakan Corporal Punishment dan membuang pelajar dari


sekolah kerana salah laku pelajar, tatacara yang diberikan dalam Education (School
Discipline) Regulations, 1959, Education Ordinance, 1957, Surat Pekeliling
Ikhtisas Bil. 1/1972 dan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.8/1983 hendaklah diikuti oleh
pihak sekolah.

26 pekelilng berkaitan dengan disiplin (rujuk m/s 85 ,Undang-undang untuk


pengetua dan guru besar )
 Dalam kes Mahadevan N v. Anandarajan & Others (1973) pula,
Mahadevan (plaintif) telah dibuang sekolah oleh pengetua kerana salah
laku yang serius dan setelah pertimbangan yang wajar. Hakim-hakim Privy
Council memutuskan bahawa pengetua tersebut telah pun bertindak
mengikut undang-undang yang berkuatkuasa pada masa itu. Yang penting
di sini adalah pengetua berkenaan dapat dilindungi, walaupun didakwa,
kerana bertindak mengikut prosedur yang tepat.

 Dalam kes Meor Atiqul Rahman Ishak & Ors. v. Fatimah Sihi & Ors, tiga
orang murid telah dikenakan tindakan buang sekolah kerana tidak
mematuhi arahan pengetua dan terus memakai serban ke sekolah walaupun
telah banyak kali ditegur. Tetapi Hakim mahkamah telah memutuskan
bahawa pengetua telah bertindak luar dari peraturan yang ada. Oleh itu,
pengetua dan kerajaan Malaysia dipersalahkan dan dikehendaki membayar
ganti rugi kerana telah dua tahun tiga pelajar tersebut tidak dibenarkan ke
sekolah semasa menunggu keputusan mahkamah.
 Ringkasnya, semasa mengambil tindakan disiplin dan untuk melindungi pihak
sekolah daripada didakwa, pengetua perlu memastikan
 i) Prinsip Natural Justice,
 ii) prosedur tindakan yang tepat dan direkodkan dan,
 iii) jenis hukuman yang berpatutuan dan bersifat pendidikan (Ingraham v.
Wright,) sahaja boleh dikenakan.

 Prinsip Natural Justice memerlukan pihak sekolah memastikan bahawa apabila


membuat pertimbangan untuk mengenakan tindakan disiplin ke atas pelajar, maka a)
pelajar mesti diberi peluang untuk membela diri dan,
b) tindakan disiplin mesti dikenakan tanpa bias atau pilih kasih (no bias/ prejudice).

 Prosedur hukuman yang dikenakan harus tepat dan jenis hukuman hendaklah adil,
setimpal, dan bersifat pendidikan.

 Kes-kes disiplin yang serius dan berbentuk jenayah mesti dilaporkan kepada pihak
polis.
 Dalam kes Tan Tek Seng v. Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan &
Anor., appellant adalah seorang guru penolong kanan sebuah sekolah rendah dan
beliau telah ditugaskan untuk menyerahkan duit gaji sebanyak RM3,179.00 kepada
seorang tukang kebun yang telah tidak hadir bekerja selama beberapa bulan.

 Tetapi, beliau telah menyimpan duit tersebut sendiri, iaitu, tidak diserahkan kepada
penerima yang sah.

 Beliau kemudiannya didakwa ke mahkamah atas tuduhan pecah amanah (criminal


breach of trust).

 Akhirnya beliau didapati bersalah dan dibuang kerja.

 Daripada kes ini, jelas bahawa akibat yang perlu ditanggung oleh sesorang pegawai
yang menyeleweng adalah sangat serius.
 Untuk mengelakkan penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan yang boleh
mengakibatkan dakwaan sivil dalam pengurusan kewangan sekolah, pengetua
hendaklah mewujudkan suatu sistem pengurusan kewangan yang lengkah, teratur,
dan mampu mengelakkan segala kemungkinan penyelewengan berlaku untuk
diguna pakai oleh sekolah.

 Sistem tersebut perlu didokumentasikan dan difahami oelh semua pihak yang
berkenaan. Pengetua juga perlu memastikan bahawa semua prosedur dan peraturan
dalam Arahan Perbendaharaan dipatuhi.

 Sistem kutipan wang daripada pelajar hendaklah jelas diketahui oleh semua guru
dan kakitangan kewangan lain. Prosedur pembelian, pembayaran, penyimpanan
stok, perakaunan dan pengauditan hendaklah sistematik. Pematuhan prosedur-
prosedur adalah untuk mengelakkan sebarang jenis penyelewengan yang mungkin
berlaku.

 Pengetua mesti mengamalkan sikap tegas, jujur dan amanah supaya dapat
melindungi sendiri dan kakitangan berkaitan dengan urusan kewangan dari
dakwaan jenayah.
 Dalam usaha mencapai aspirasi yang tinggi dalam persaingan
global dalam bidang pendidikan yang semakin sengit, kita
tidak boleh lalai.

 Guru harus berusaha meningkatkan tahap profesionalisme


mereka dalam semua aspek termasuk undang-undang dalam
pendidikan.

 Maka, sebagai pendidik guru perlu mengetahui dan mematuhi


segala peraturan yang termaktub supaya tidak didakwa atas
apa-apa kesalahan dan kecuaian kerja.

You might also like