You are on page 1of 5

Dengan lafaz bismillahirahmanirrahim, saya membuka arena

perdebatan pada hari ini.


Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Yang Dipertua,
barisan
kerajaan, perwakilan pembangkang, Ahli-ahli Yang
Berhormat
sidang parlimen sekalian.
Assalamualaikum, warahmatullah hiwabarakatuh, salam
sejahtera dan selamat bersidang.
Tuan Yang Dipertua, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian,
saya
amat bersyukur kerana berkat keamanan dan keharmonian
bawah kepemimpinan kerajaan pada hari ini dewan kembali
bersidang untuk membahaskan satu usul yang begitu penting
untuk dilaksanakan.

Tuan Yang Dipertua,


Usul pada hari ini berbunyi,.”Aktiviti Kokurikulum
PERLU DITERAPKAN DI SEKOLAH”
Tuan Yang Dipertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian
Pertama, izinkan saya melakukan penakrifkan usul secara
literal.

Perkataan kokurikulum ertinya apa-apa kegiatan yang


dirancang
selain daripada proses pengajaran dan pembelajaran di dalam
bilik darjah (kurikulum) yang memberikan murid peluang
untuk
menambah, mengukuh dan mengamalkan kemahiran dan
nilai-nilai yang dipelajari di bilik darjah. Berdasarkan kamus
dewan pula, kokurikulum merupakan kegiatan atau aktiviti
selain mata pelajaran yg diajarkan dlm bilik darjah tetapi yg
dianggap sbg sebahagian drpd kursus pendidikan pelajar di
sekolah.

Saya, ___________________________ telah menjelaskan


definisi konsep usul persidangan sebentar tadi. Pihak kerajaan
akan tampil dengan hujah-hujah sekukuh Gunung Everest
yang
teramat sukar digugat oleh pihak pembangkang. Seribu
langkah
bermula dengan satu langkah. Strategi kerajaan yang pertama
bakal dimulai dengan hujah utama Perdana Menteri. Menteri
Kedua, Yang Berhormat Dato’ Seri
________________________ akan meneguhkan kes kerajaan
dengan menolak definisi Yang Berhormat Ketua
Pembangkang
yang pasti tertumpu kepada sisi gelap sesuatu kebaikan,
sebaliknya mengukuhkan definisi usul kerajaan. Beliau
seterusnya akan membidas hujah Ketua Pembangkang, dan
kemudian menampilkan dua hujah bagi memperteguh kes
kerajaan. Saya tidak nafikan bahawa pembangkang kedua
akan
menolak dan menyembunyikan kebenaran kes kerajaan,
namun
hujah yang pastinya bersifat gelas separuh kosong itu mudah
diruntuhkan, dan kes pembangkang berantakan dan punah
ranah
bagaikan puing-puing debu yang dibawa taufan Nargis oleh
Yang Berhormat Menteri Ketiga
_________________________________. Dalam sesi
penggulungan, kerajaan akan memastikan hujah
pembangkang
hancur luluh sama sekali, manakala kebenaran usul kerajaan
mendapat sokongan padu sidang dewan yang mulia.
Yang Dipertua dan sidang dewan yang dimuliakan,
Hujah utama kerajaan ialah “KEPENTINGAN AKTIVITI
KOKURIKULUM KEPADA PELAJAR”. Dalam meniti era
tanpa sempadan, pihak sekolah semakin giat menjalankan
aktiviti demi memperoleh kejayaan yang memberi manfaat
kepada murid. Semua sekolah di Malaysia kini mewajibkan
para pelajar melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum yang
memberi 1001 manfaat dan kepentingan. Kokurikulum
bermaksud aktiviti yang dijalankan di luar waktu
persekolahan
seperti pada waktu petang selepas masa pembelajaran dan
pemudahcaraan. Semua aktiviti kokurikulum ini akan
memberi
pelbagai kepentingan dan kebaikan kepada pelajar demi masa
depan mereka. antara kepentingan aktiviti kokurikulum ini
termasuklah para pelajar dapat mengisi masa senggang
mereka
yang selalu tidak dimanfaat dengan aktiviti yang lebih
memberikan kebaikan. Sesuailah dengan kata cendekiawan
yang mengatakan bahawa masa itu emas. Natijahnya, murid
dapat menggunakan masa yang diperuntukkan kepada mereka
dengan menyihatkan tubuh badan dan menajamkan akal
fikiran mereka. Selain itu, para pelajar dapat menyemaikan
semangat kerjasama sesama pelajar juga sesama guru dan
pelajar. Hal kerana sesama melakukan aktiviti kokurikulum
mereka perlulah bekerjasama bagai aur dengan tebing bagi
memudahkan kerja mereka.

Selain itu, terdapat juga aktiviti yang memerlukan pelajar


untuk berganding bahu seperti pertandingan perarakan,
mereka
perlulah menyeragamkan setiap langkah mereka bagi
mendapat
markah yang lebih baik. Kesimpulannya, kerjasama dapat
dipupuk melalui aktiviti kokurikulum. Akhir sekali, aktiviti
kokurikulum ini dapat menyihatkan tubuh badan. Tubuh
badan
kita akan sihat jika berpeluh. Aktiviti kokurikulum seperti
sukan dan permainan menggalakkan murid bersukan kerana
telah seharian memerah otak pada pagi hari. Oleh itu, dengan
aktiviti sukan dan permainan ini, murid dapat menghilangkan
stres di samping dapat menyihatkan tubuh badan dengan
mengeluarkan peluh. Intihanya, bersukan dapat menyihatkan
tubuh badan dan
merehatkan otak kerana badan cergas, otak sihat.
Konklusinya,
aktiviti kokurikulum memberi banyak kepentingan kepada
para
pelajar. Para pelajar pasti akan dapat menggunakan manfaat
yang diperoleh sesama aktiviti kokurikulum untuk digunakan
pada masa akan datang. Sesungguhnya, otak yang cerdas
datangnya daripada tubuh badan yang sihat.
Tuan Yang Dipertua dan sidang dewan yang dimuliakan,
Saya, Perdana Menteri mohon agar usul pada pagi ini
diluluskan. Sekian terima kasih.

You might also like