You are on page 1of 16

NAMA: NURUL AMIRAH SYUHADAH BINTI HASZRAMI.

NO. MATRIK: L20222014013

KUMPULAN : L

PENSYARAH : PM TS Dr. Mahizer Bin Hamzah

Forum Tugasan 1

Sila jawab Forum 1 dalam tempoh yang ditetapkan.

i. Anda dikehendaki merespon kepada soalan yang dikemukakan.

ii. Anda juga perlu memberi respon jawapan bagi sekurang-kurangnya 2 orang
pelajar yang lain bagi soalan tersebut.

Sila jawab soalan berikut:

Menggunakan Kon Pengalaman Pembelajaran Dale, cadangkan bahan pengajaran


yang sesuai dibangunkan seperti berikut:

(i) Kenal pasti topik


(ii) Pilih media bersesuaian bagi pengajaran pembelajaran yang akan
dilaksanakan.
(iii) Nyatakan kenapa anda memilih media tersebut.

Setiap pendidik berperanan menyediakan kaedah mengajar yang efektif dalam


menentukan penggunaan media atau bahan bantu mengajar yang efisien dalam mencapai
objektif pengajaran. Penggunaan BBM mampu memangkin rangsangan keinginan pelajar-
pelajar dalam memperoleh sesuatu dan untuk menjadikan pembelajaran baik dan lebih
menarik. Konsep Kon Pengalaman Dale (Cone of Experience) telah dikemukakan oleh Edgar
Dale (1946) dalam teori pembelajaran manusia. Teori ini menjelaskan bahawa impak
daripada bahan bantu mengajar atau kaedah teknik pengajaran yang berbeza dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.
Pemilihan topik dalam menggunakan Kon Pengalaman Pembelajaran Dale,saya memilih
Sains Tahun 3-Unit 3 Manusia ,Topik Makanan Seimbang. Makanan seimbang adalah
perkara sangat penting kerana pengambilan makanan seimbang membekalkan zat dan nutrien
yang berkhasiat untuk tumbesaran tubuh badan manusia. Cara pengambilan makanan juga
mempengaruhi kesihatan tubuh badan.Didalam topik ini pelajar mempelajari pengambilan
makanan seimbang mengikut piramid makanan yang memberikan panduan umum
merangkumi kombinasi pelbagai jenis makanan untuk memberikan zat serta nutrisi yang
cukup kepada badan.

Merujuk topik ini media bersesuaian bagi pengajaran pembelajaran yang akan
dilaksanakan dengan menggunakan Kon pengalaman pembelajaran Dale.Media pemilihan
utama ialah media bergerak iaitu video pembelajaran Media seterusnya ialah penggunaan
media teks, audio, dan visual. Pemilihan menggunakan video pembelajaran yang
menerangkan pemakanan mengikut piramid makanan kepada pelajar dengan lebih
jelas.Gabungan Media dan visual semasa aktiviti pembentangan berkumpulan dan pelajar
diminta memberi penerangan berdasarkan lukisan piramid makanan yang dilakar oleh setiap
kumpulan . Gabungan media visual dan audio membuatkan pengajaran itu lebih menarik dan
tidak membosankan, guru membuat aktiviti menyanyi lagu piramid makanan di dalam kelas.

Berdasarkan pemilihan media sebagai kaedah pengajaran dan pembelajaran yang akan
dilaksanakan kerana ia dapat membantu meningkatkan pemahaman dan pengetahuan pelajar
terhadap topik ini dengan lebih berkesan. Guru dapat menyediakan kaedah pembelajaran dan
pengajaran yang kreatif dan inovatif dengan menggunakan bantuan teknologi sebagai bahan
bantu mengajar.Ia juga dapat mengukuhkan kemahiran IT seorang guru dalam pengajaran.

Disamping itu aktiviti pembentangan berkumpulan yang melibatkan media teks dan
visual dapat memberi impak positif terhadap pembelajaran pelajar.Pelajar dapat berkongsi
idea dalam menyelesaikan sesuatu tugasan dengan semangat berpasukan.Aktiviti ini
menggalakkan pelajar meningkatkan permikiran kritis dan kreatif dalam perbincangan.Secara
tidak langsung,pelajar dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi dan interaksi.

Selain itu,pemilihan media audio juga membantu pelajar menghafal sesuatu dengan
lebih mudah. Aktiviti menyanyi membuat pelajaran itu lebih santai. Penggunaan kaedah
nyanyian terbukti berkesan dalam meningkatkan minat murid untuk belajar. Golongan kanak-
kanak merupakan golongan yang suka menyanyi dan bergerak. Justeru, pelajar mudah
memahami sesuatu terutamanya pelajaran melalui aktiviti nyanyian.
Secara kesimpulan, penggunaan bahan-bahan bantu mengajar berdasarkan Kon
Pengalaman Dale adalah antara aspek yang memberi kesan terhadap peningkatan prestasi
para pelajar.Oleh itu, guru perlu memainkan peranan dalam menentu BBM yang sesuai dalam
meningkatkan perkembangan dan kecerdasan pelajar.(432p.p)

Komentar 1.

Saya bersetuju dengan pendapat saudari Izyan Syazwani dalam memilih animasi 3D untuk
media pengajaran kerana dapat mningkatkan tahap pengalaman yang melibatkan mendengar
dan melihat kerana ia dapat memberikan visualisasi yang kuat terhadap pembelajaran proses
fotosintesis.Dengan penggunaan media ini yang dapat membantu pelajar yang lebih responsif
terhadap visual.Aktiviti perbentangan dengan gambar untuk tahap pengalaman yang lebih
pasif kerana ia memberikan gambaran yang jelas dan mudah difahami tentang pengajaran
fotosintesis.Aktiviti ini akan membuat pembelajaran yang lebih santai dan tidak tertekan. Ia
dapat membantu meningkatkan pemahaman dan pengetahuan pelajar terhadap topik ini
dengan lebih berkesan.Guru dapat membimbing pelajar dalam aktiviti pembentangan
ini.Dengan merancang bahan pengajaran dengan mempertimbangkanmodel
pengalamanpembelajaran Dale, guru dapat meningkatkan efektiviti pengajaran dan
memenuhi keperluan pelbagai jenis pembelajaran.

Komentar 2

Saya sangat bersetuju dengan pendapat saudara Hajid iaitu menyatakan bahan bantu
menggunakan video animasi dalam bahan pengajaran ini memberi impak besar kepada
memori pelajar yang menyentuh kepada beberapa deria utama manusia iaitu deria mata dan
deria telinga. Video memberikan kesan maksimum kepada manusia dan merupakan salah satu
medium terbaik tayangan tersebut dibuat di bilik tayangan yang gelap dan kedap bunyi yang
mampu meningkatkan daya fokus.. Dengan adanya penyertaan bahan pembelajaran digital
seperti tayangan video animasi ini, pelajar akan lebih tertarik dan teruja untuk mengambil
bahagian dalam proses pembelajaran kerana bahan elektronik yang menjadi kebiasaan pada
era ini serta mampu menarik minat pelajar.
NAMA: NURUL AMIRAH SYUHADAH BINTI HASZRAMI.

NO. MATRIK: L20222014013

KUMPULAN : L

PENSYARAH : PM TS Dr. Mahizer Bin Hamzah

Forum Tugasan 2

Teknologi yang digunakan oleh guru boleh diklasifikasi kepada teknologi umum (standard
technology) dan teknologi digital (Mishra & Koehler, 2006). Menurut Mishra dan Koehler (2006),
teknologi umum ialah sebarang bentuk teknologi bukan digital yang digunakan oleh guru untuk
pengajarannya seperti papan putih, pen marker dan buku. Manakala, teknologi digital ialah sebarang
bentuk teknologi yang digunakan secara digital seperti komputer, smart boards dan internet.

Beri pendapat anda tentang peranan teknologi berpotensi untuk membantu golongan OKU.

JAWAPAN FORUM2

Pada pendapat saya teknologi sangat penting dalam kehidupan manusia dan dapat
membantu dan mempermudah manusia dalam melakukan sesuatu,Pada Era ini teknologi
berperanan dan berpotensi untuk membantu golongan OKU dalam menjalani kehidupan seharian
dengan lebih baik kerana dengan penggunaan tekbologi golongan OKU mampu menyelesaikan
masalah dengan menggunakan teknologi.

Antara peranan penggunaan teknologi dalam membantu golongan OKU adalah teknologi
berperanan membantu golongan OKU dalam meningkatkan perkembangan Pendidikan. Golongan
OKU dapat meningkatkan kemahiran membaca dan pemahaman dalam sesuatu Pelajaran.Sebagai
contoh perisian seperti EBraille AL Quran direka oleh UTM Innovation and Commercialisation Centre
berfungsi sebagai monitor untuk orang OKU membaca paparan Braille menggunakan deria
sentuhan.Perisian ini juga dimulakan dengan proses mengenal, menghafaz, membaca dan
menjelaskan isi kandungan ayat Quran.

Disamping itu,teknologi juga berperanan sebagai perlindungan dan keselamatan kepada


golongan OKU. SaveMe 999 DEAF dan SaveMe 999 BLIND telah diperkenalkan oleh Kerajaan dan
Telekom Malaysia Berhad dalam bekerjasama mencipta projek KECEMASAN untuk memudah rakyat
golongan OKU. SaveMe 999 DEAF adalah satu aplikasi ini direka khusus bagi OKU masalah
pendengaran dan pertuturan untuk menghubungi 999 jika berlaku sebarang kecemasan manakala
SaveMe 999 BLIND merupakan satu rekaan khas untuk OKU penglihatan untuk menghubungi 999
jika berlaku kecemasan.

Justure itu,teknologi juga membolehkan golongan OKU memberi peluang dan mencapai
fasiliti yang lebih baik.Golongan OKU mampu mencari pendapatan dan menyelesaikan masalah
menggunakan teknologi untuk meningkatkan taraf seperti menjalani perniagaan dalam
talian.Perisian seperti Lookout by Google berperanan membantu OKU penglihatan menyelesaikan
sesuatu dengan lebih cepat dan lebih mudah. Golongan OKU boleh menggunakan kamera telefon
dalam mendapatkan lebih banyak maklumat tentang dunia di sekeliling mereka dan membantu
melakukan tugas harian dengan lebih cekap

Secara kesimpulan penggunaan teknologi sangat berperanan dalam membantu golongan


OKU.Semua pihak perlu membantu golongan OKU dalam penggunaan teknologi supaya mereka
dapat diberikan peluang untuk berdikari menaik taraf kehidupan mereka.(290P.P)

Komentar 1

Saya bersetuju dengan pendapat saudari Izyan Syazwani Binti Mohamad Sabri aitu tentang
kepesatan bidang ini telah membantu dalam bidang pendidikan, bidang perubatan, kehidupan
bersosial dan lain-lain. Alat pembesar suara di dewan kuliah sangat membantu pelajar yang
mempunyai masalah pendengaran untuk turut serta dengan pelajar yang lain semasa kuliah.Ia
memberi peluang untuk mencapai sesuatu perkara tanpa ketinggalan sesuatu maklumat.Selain itu,
kerajaan juga membuka peluang untuk bekerja di mana-mana sektor mengikut keperluan dan
bidang kemahiran. Dengan adanya peralatan seperti gadjet dan peralatan yang canggih, ia
membuatkan kerja golongan OKU memudahkan urusan pekerjaan mereka dengan mudah. Dengan
persediaan fasiliti yang canggih seperti lift, komputer, escalator dan tandas dan bilik khas untuk
orang kurang upaya memudahkan mereka bergerak dan selesa melakukan tugasan.Kerajaan perlu
menyediakan fasiliti didalam perkerjaan yang sesuai terhadap golongan khas oku supaya mereka
berpeluang mencari rezeki untuk menjana kehidupan mereka.Hal demikian ,secara tidak langsung ia
menurunkan kadar kemiskinan di negara kita kerana peluang- peluang pekerjaan akan terbuka
kepada umum termasuklah golongan OKU.

Komentar 2

Saya sangat bersetuju berdasarkan pendapat Saudari Irmayanti Binti Basiron terhadap kaedah
dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah (PdPc) dengan penggunaan televisyen,
komputer, LCD dan sebagainya yang dapat membantu guru untuk menghasilkan startegi dan
penyampaian PdPc yang lebih menarik bagi membantu murid-murid OKU.Guru menggunakan Video
sebagai bahan bantu mengajar seperti Youtube dapat memberi pengambaran yang menarik malah
seronok untuk belajar .Sebagai contoh ,Penggunaan video yang mempunyai warna yang berwarna
warni untuk mengajar murid Autisme dan Low Function yang lain, gambar yang jelas dan bergerak,
warna-warna yang terang dan berwarna warni dapat menarik perhatian mereka disamping galakan
dan cara penyampaian guru yang dapat menerangkan apa yang mereka lihat di skrin.
NAMA: NURUL AMIRAH SYUHADAH BINTI HASZRAMI.

NO. MATRIK: L20222014013

KUMPULAN : L

PENSYARAH : PM TS Dr. Mahizer Bin Hamzah

Forum Tugasan 3

Sila jawab soalan berikut:

Revolusi perindustrian keempat (Fourth Industrial Revolution atau 4IR) adalah isu
semasa di dunia kita. Peranan pendidik adalah untuk menyelaraskan Pendidikan 4.0
dengan 4IR di mana &#39 ; manusia dan mesin ' diselaraskan untuk
membolehkan kemungkinan baru. Sistem pendidikan sepatutnya dapat menghasilkan
pelajar yang pencipta (creator), dan peranan guru berubah menjadi fasilitator. Oleh
itu, para pendidik perlu memupuk inovasi dan kreativiti untuk membentuk masa
depan.

Terangkan bagaimana anda memupuk inovasi dan kreativiti kepada pelajar anda di
sekolah.

Jawapan:

Revolusi perindustrian keempat (IR 4.0) merupakan era digital atau era teknologi
maklumat dan komunikasi, di mana internet, telefon pintar, Internet of Things (IoT) dan
sambungan data telah menjadi sebahagian daripada dunia manusia samada dalam pekerjaan
mahupun dalam kehidupan seharian mereka dalam meningkatkan pengetahuan,
pembangunan bakat, kreativiti dan juga inovasi.Menurut Ronger E. Miller (1971) inovasi
merupakan idea, amalan atau objek yang di anggap baru oleh seseorang.Sebagai Pendidik
perlu menyediakan kaedah menyelesaian untuk menghasilkan pengajaran yang lebih baik
sama ada melalui pengubahsuaian atau penambahbaikan dengan mencetus idea-idea yang
kreatif dan inovatif.
Antara kaedah dalam memupuk inovasi dan kreativiti kepada pelajar ialah guru boleh
menerapkan penggunaan teknologi dalam pembelajaran dan pengajaran. Pembangunan
teknologi ICT dan internet yang pesat pada masa kini ,Oleh itu guru perlu berpengetahuan
tentang teknologi termasuklah teknologi digital seperti internet, video digital, papan tulis
interaktif dan perisian komputer.Sebagai contoh ,guru boleh mengaplikasikan penggunaan IT
seperti slide ,canva dan video pembelajaran semasa melakukan pdpp.Secara tidak langsung
hasil daripada penggunaan IT murid dan guru dapat mengasah kemahiran inovasi dan
kreativiti dalam menghasilkan idea-idea baru.

Disamping itu,guru perlu mempelbagaikan strategi pengajaran dan pembelajaran dan


menambah aktiviti sampingan semasa pdpp. Sebagai contoh aktiviti seperti menyanyi dalam
menghafal sesuatu perkara lebih berkesan kepada pelajar yang lemah menghafal. Guru perlu
kreatif dalam menerangkan sesuatu perkara lebih-lebih lagi kepada pelajar yang lemah dalam
pembelajaran.Oleh itu,dengan menggunakan BBM seperti video pembelajaran lebih
membantu kerana mempunyai visual dan audio yang menarik dan murid tidak bosan. Aktiviti
berkumpulan juga dapat memupuk sikap inovasi dan kreativiti dengan berkongsi idea sesama
sendiri supaya murid dalam menyelesaikan tugasan berkumpulan.

Justeru,guru perlu membimbing dan memberi galakan kepada murid untuk menyertai
aktiviti dan pertandingan di sekolah. Kegiatan ini memberikan murid peluang untuk
menambah, mengukuh dan mengamalkan kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari. Murid
akan lebih berani dan yakin dalam mencungkil bakat dan membantu meningkatkan
kemahiran dengan inovatif dan kreatif.Sebagai contoh Pihak sekolah perlu mengadakan
pelbagai pertandingan -pertandingan disekolah seperti pertandingan teater yang dapat
menghasilkan karya baru mengikut kreativiti murid malah pertandingan robotik juga dapat
pupuk generasi berinovasi dan kreatif kepada murid.

Secara kesimpulannya ,pihak sekolah perlu mengikut revolusi perindustrian keempat


supaya dapat membangunkan sistem pendidikannya yang kreatif bagi generasi yang inovasi
dan kreatif dalam meningkatkan kecemerlangan individu.Guru juga pelu memainkan peranan
dalam menyebarkan ilmu kreativiti dan inovasi kepada murid.(373p.p)
KOMENTAR 1

Saya bersetuju dengan pendapat saudari Nursyahida Binti Yusoff @ Akil iaitu dengan mewujudkan
persekitaran yang baik dapat meningkatkan perkembangan kreativiti dan ia dapat menggalakkan
perkembangan idea dan pendapat sesama pelajar.Sebagai contoh,Ssuasana bilik darjah juga
memainkan peranan dan mencerminkan inovasi dan kreaviti pelajar tersebut.Selain itu,guru perlu
membuat pengaliran dan kebebasan maklumat untuk mendorong kreativiti seperti
mempelbagaikan aktiviti pembelajaran. Aktiviti seperti soalan kuiz, forum, syarahan, bahas,
membuat projek, kerja berkumpulan dan tugasan luar bilik darjah sangat digalakkan dalam
pembelajaran agar inovasi dan kreativiti dipupuk dalam kalangan pelajar dengan menjawab dengan
pelbagai idea. Aktiviti berkumpulan pula akan menggalakkan murid berfikir, berbincang, membuat
rujukan, menyediakan nota dan menghasilkan tugasan tersebut. Ini akan menggalakkan
percambahan idea dan dapatan baru yang melibatkan unsur-unsur kreativiti dan inovasi dalam
kalangan pelajar.Guru perlu mempelbagai kaedah yang banyak dalam mencipta satu inovasi dan
kreativiti dalam pembelajaran.

KOMENTAR 2

Saya sangat bersetuju dengan pendapat Izyan Syazwani Binti Mohamad Sabri mengatakan pelajar
juga perlu membuat latihan terus-menerus agar dapat meningkatkan pemikiran secara kritis dan
kreatif. Inovasi dan kreativiti adalah kemahiran yang boleh dipelajari. Pembelajaran aras tinggi
(KBAT) meningkat daya pemikiran kritis pelajar dalam menyelesaiakan masalah tersebut. Oleh itu,
penting untuk menyediakan peluang latihan dan menggalakkan pelajar sentiasa berusaha untuk
Soalan Forum Kuliah : 15 September 2023

Berdasarkan kuliah pagi tadi bincangkan bagaimana anda sebagai agen perubahan di sekolah anda
atau sekolah-sekolah dalam daerah anda memainkan peranan dalam menggalakkan penggunaan
teknologi (sila jelaskan secara spesifik teknologi yang anda maksudkan).

Pada Era masa kini,Teknologi merupakan keperluan yang penting dalam sistem Pendidikan pada hari
ini .Teknologi juga digunakan secara global dan meluas didalam semua sektor mahupun dalam
bidang Pendidikan dan ia berperanan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih efektif
dan berkualiti. Penerapan teknologi dalam pelaksanaan kaedah penyampaian baharu dalam
pengajaran dan pembelajaran (PdP) kini sudah terbuka luas bagi semua peringkat pendidikan.Hal
yang demikian , sebagai pendidik atau agen di sekolah perlu berperanan dalam menggalakkan
penggunaan teknologi di kalangan pelajar agar pembelajaran dan pengajaran memberi impak yang
positif terhadap masyarakat dan generasi baru.

Antara peranan guru terhadap penggunaan teknologi dalam pembelajaran dan pengajaran
ialah guru perlu pelbagaikan kaedah dan strategi pengajaran dengan menerapkan penggunaan
teknologi agar pembelajaran itu menjadi Pelajaran yang kreatif dan inovatif..Secara tidak langsung ia
dapat melahirkan pelajar yang kompeten,inovatif, kreatif dan berkebolehan bagi memenuhi
keperluan negara pada masa hadapan. Penggunaan teknologi juga boleh menjadi BBM seseorang
pendidik dalam membantu meningkatkan pemahaman dan pengetahuan pelajar terhadap topik ini.
Pelajar juga dapat menambah pengetahuan dan terdedah dalam menggunakan teknologi seperti
internet,komputer,pelbagai alatan dan sebagainya.

Disamping itu,guru perlu memberi bimbingan kepada pelajar dalam mencari sumber rujukan
pembelajaran di internet seperti video pembelajaran ,nota tambahan ,soalan ulangkaji, dan
sebagainya.Pelajar dapat melatih diri dengan menjawab soalan- soalan ulangkaji dan mencari
rujukan sendiri semasa mengulangkaji di rumah.Pelajar dapat meningkatkan tahap perkembangan
dan kecerdasan yang tinggi dengan menerapkan penggunaan teknologi seharian.

Justeru itu,pihak sekolah boleh mempelbagaikan aktiviti dan pertandingan yang melibatkan
teknologi seperti pertandingan robotik ,pertandingan video pendek, reka cipta dan sebagainya.
Kegiatan ini memberikan pelajar peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan
kemahiran inovasi dan kreatif dalam bidang teknologi mahupun akademik.Pelajar akan lebih berani
dan yakin dalam mencungkil bakat dan membantu meningkatkan kemahiran IT.Pihak sekolah juga
boleh menyediakan bengkel IT kepada guru -guru dalam melatih dan mengasah kemahiran IT agar
lebih bagus dan lebih mahir.

Secara kesimpulan,sebagai pendidik ,guru perlu bertanggungjawb dalam mengambil tahu


perkembangan semasa supaya pengetahuan baru itu dapat diaplikasikan didalam pembelajaran dan
pengajaran .Hal yang demikian ,guru juga perlu mengukuhkan ilmu ,kemahiran dan pendedahan
terhadap pengaplikasian teknologi agar ia dapat menghasilkan proses pembelajaran itu menjadi
lebih efektif sesuatu pengajaran dan pembelajaran.Semua pihak perlu berkerjasama dalam
menerima perkembangan semasa hingga ke hari ini agar negara kita tidak ketinggalan dan sentiasa
berkembang maju.(368p.p)

Komentar 1

Saya bersetuju dengan pendapat saudari A’in Fasehah Binti Akmat. Semasa proses pengajaran dan
pembelajaran (PdP), guru menggunakan Portable wireless mic speaker atau mikrofon tanpa wayar
semasa melakukan pembelajaran didalam kelas kerana sestengah guru mengalami sakit tekak
berpanjangan jadi mereka tidak boleh bercakap dengan suara yang kuat yang boleh menjejaskan lagi
suara guru itu.Mikrofon tanpa wayar juga sangat membantu dan memberi keselesaan kepada guru
dalam sesi pengajaran di kelas yang mana ia tidak memerlukan guru untuk bercakap dengan nada
yang kuat untuk menyampaikanmaklumat kepada murid. Secara tidak langsung, rakan guru juga
akan berminat untuk menggunakan alat ini sekaligus meningkatkan kesedaran mengenai
kepentingan penggunaan teknologi dalam pengajaran. Antara alat yang boleh digunakan juga oleh
guru semasa proses PdP adalah wireless presenter, smart LCD projector, laptop ataunotebook dan
juga mouse scanner.Alatan teknologi dapat menolong guru dalam penyampaian ilmu kepada murid.

Komentar2

Saya bersetuju dengan saudari Noor Hamizah Syazwani Binti Harrun iaitu Guru menggalakkan
strategi pemusatan murid membolehkan pelajar mengambil lebih banyak tanggungjawab dalam
pembelajaran mereka, meningkatkan motivasi mereka, dan memberi mereka peluang untuk
mengetahui minat dan kekuatan mereka. Pembelajaran dengan menggunakan komputer, LCD
projektor, You Tube dan slaid Canva yang menarik. Aktiviti pembentangan dengan menggunakan
teknologi dapat membantu mereka mengendalikan bantuan bahan mengajar dan meningkatkan
kemahiran komunikasi dengan berkeyakinan untuk berkomunikasi .Pendekatan ini membantu
mencipta persekitaran pembelajaran yang lebih berdaya tahan dan berfokus kepada keperluan
pelajar.

FORUM 4

Apa yang anda faham tentang ASSURE dan bagaimana ASSURE boleh membantu anda dalam

merancang pengajaran

JAWAPAN:

Model ASSURE dapat membantu guru merancangan pengajaran yang dapat memanfaatkan
penggunaan media. Model ASSURE memberi fokus kepada perancangan pengajaran pembelajaran
berasaskan media dalam bilik darjah. Model ini dapat membantu guru merancangan pengajaran
berasaskan media dalam bilik darjah masing-masing. Menurut Dr. Wan Abdul Kader Wan Ahmad, Dr.
Ramlah Hamzah dan Dr. Rosini Abu,(2005),Model reka bentuk pengajaran yang berorientasikan bilik
darjah merupakan model reka bentuk pengajaran yang beskala kecil dan tertumpu kepada
perancangan bagi satu masa pengajaran sahaja manakala Heinich (1982) menyatakan Model ASSURE
digubal untuk menyediakan panduan merancang dan pengendalikan pengajaran yang memerlukan
penggunaan media. Terdapat enam elemen penting yang dalam model ASSURE ini.

1. A = Analyze the learner (kenal pasti pelajar)

2. S = State objectives (nyatakan objektif)

3. S = Select media & materials (memilih bahan dan media)

4. U = Utilize media & materials (menggunakan bahan dan media)

5. R = Require learner participation: melibatkan pelajar dalam

6. E = Evaluate & revise: menaksir, menilai dan menambah baik


A = Analyze the learner (kenal pasti pelajar)

Guru perlu membuat analisis pelajar yang pelbagai latar belakang,bilangan pelajar, jantina/umur,
pengetahuan sedia ada/tahap pelajar dan gaya pembelajaran (learning styles). Tahap kebolehan
murid melibatkan tahap kemahiran atau kompentasi murid pada awal kemasukan ke bilik darjah.
Guru menganal pasti pembelajaran seorang murid boleh dibantu dengan mengenal pasti bakat dan
minatnya yang dikenali sebagai kecerdasan pelbagai.Terdapat lapan jenis kecerdasan pelbagai yang
dimiliki kanak-kanak iaitu; verbal linguistik, logik matematik, visual ruang, kinestetik, muzik,
intrapersonal, interpersonal dan naturalistik.. Maka, secara tidak lansung guru dapat menyediakan
pengajaran yang berkesan dan pelajar dapat membina pengetahuan secara konsruktif selain dapat
membantu guru mengesan tahap pelajar misalnya melalui soal jawab dan sebagainya lagi.

S = State objectives (nyatakan objektif)

Objektif pelajaran adalah elemen utama dalam membuat rancangan pengajaran yang berkesan
dalam menghasilkan hasil pembelajaran. Objektif pelajaran yang akan dicapai oleh pelajar mesti
sesuai dengan tahap dan pengetahuan pelajar. Selain itu, objektif yang dibuat selari dengan tahap
pengetahuan pelajar. Objektif juga harus difokuskan kepada pengetahuan,kemahiran yang dipelajari
oleh pelajar. Terdapat 3 domain bagi objektif pembelajaran ialah kognitif, psikomotor, afektif dan
kemahiran insaniah.Sebagai contoh guru menyediakan rph untuk menyelaraskan objektif yang
sesuai.

3.Memilih bahan dan media

Bahan bantu mengajar mestilah berkaitan dengan matlamat dan objektif pengajaran dan
pembelajaran. Pemilihan bahan-bahan pengajaran harusmenitikberatkanobjektif pengajaran dan
pembelajaran pada hari itu.Guru perlu memilih bahan dan media berdasarkan kebolehan pelajar dan
objektif pelajaran yang ingin dicapai pada sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP). Elemen-
elemn penting yang perlu diambil kira dalam pemilihan bahan dan media ialah sukatan pelajaran,
minat dan perhatian pelajar, senang digunakan pelajar, terbukti keberkesanan media/bahan,
melibatkan penglibatan pelajar dan mampu disediakan. Misalnya, jika guru ingin menjalankan aktiviti
simulasi, tunjuk ajar dan main peranan, bahan dan media yang sesuai ialah seperti slaid,audio dan
video. Guru perlu memilih dan mengubah suai atau mereka bentuk bahan khususnya berdasarkan
format media.
4.Menggunakan bahan dan media

Media pembelajaran adalah sesuatu yang mampu meningkatkan kualiti pembelajaran menjadi lebih
efektif sehingga proses pembelajaran dapat berjalan dengan lebih efisien .Penggunaan media adalah
penting supaya mesej yang ingin disampaikan tepat terus kepada tajuk pelajaran yang ingin
disampaikan. Guru berperanan dalam menggunakan bahan media dengan berkesan ialah prebiu dan
bahan sumber agar sesuai dengan objektif dan kumpulan sasaran. Penyediaan bahan sumber iaitu
bahan yang perlu dikumpulkan dan disusun sebagaimana dikehendaki mengikut langkah-langkah
pengajaran. Penyediaan persekitaran seperti kemudahan seperti plug dan suis dan susunan
kedudukan murid.

5.Melibatkan pelajar dalam

Melalui model ASSURE, guru perlu melibatkan pelajar dalam pelbagai latihan,kerja individu atau
berpasukan dan seterusnya pembentangan. Hal yang demikian, dalam merancang PdP, guru perlu
menjalankan aktiviti berkumpulan yang mana memerlukan pelajar untuk berbincang di dalam
kumpulan dan seterusnya melakukan pembentangan kepada keseluruhan kelas. Maka, melalui
aktiviti ini, secara langsung dapat melibatkan pelajar dalam PdP yang mengikut model ASSURE.

6.Menaksir, menilai dan menambah baik

Melalui Model ASSURE, dalam menaksir, menilai dan menambah baik dapat dilakukan dalam hasil
pembelajaran, bahan dan media, pengajaran dan bimbingan guru/fasilitator dan
pemulihan/pengayaan. Misalnya, pengajaran dan bimbingan guru atau fasilitator dalam aktiviti
berkumpulan. Semasa aktiviti berkumpulan berlangsung, guru boleh menilai pelajar secara individu
atau kumpulan melalui pemerhatian. Pemerhatian yang dibuat kemudiannya akan ditanda dalam
rubrik iaitu senarai semak yang telah disediakan guru sebelum bermulanya PdP pada hari berkenaan.

You might also like