You are on page 1of 6

TEKS DEBAT ALA PARLIMEN

USUL: PEPERIKSAAN AWAM


DIMANSUHKAN.

,UPSR

DAN

PMR

WAJAR

Hujah daripada Pencadang ( Ketua Menteri)


Selamat pagi dan salam sejahtera, saya akan membuka arena
perdebatan pada hari ini. Sekalung ucapan terima kasih saya
ucapkan kepada Tuan Yang Dipertua , barisan kerajaan yang
disegani, perwakilan pembangkang, Ahli-ahli berhormat dan siding
parlimen yang saya muliakan sekalian. Selamat bersua dan selamat
bersidang di arena perdebatan pada pagi ini.
Tuan Yang Dipertua, Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian,
Saya amat bersyukur kerana dengan berkat keamanan dan
keharmonian di bawah pimpinan kerajaan negara kita dari dahulu
sehingga kini. Oleh itu, pada hari ini, dewan kembali bersidang
untuk membahaskan satu usul penting yang pastinya akan mencuri
perhatian sidang dewan sekalian.
Ahli-Ahli Dewan yang saya muliakan,
Sebagai Perdana Menteri saya akan menyatakan hujah-hujah yang
menyokong usul ini. Seterusnya hujah saya akan disambung oleh
menteri pertama, menteri ketiga pula membidas hujah-hujah
songsang daripada pihak pembangkang. Jadi, dapatlah dirumuskan
di sini, pemansuhan peperiksaan awam ini akan dapat membawa
kepada kecemerlangan pendidikan di negara kita.
Tuan Yang Dipertua,
Usul pada hari ini berbunyi, Peperiksaan Awam UPSR dan PMR
wajar dimansuhkan. Oleh itu, sebelum saya pergi lebih jauh lagi,
izinkan saya terlebih dahulu Tuan Yang Dipertua untuk memberikan
definisi usul ini secara literal agar pihak pembangkang khususnya
tidak terkial-kial untuk mencari asas perjuangan kami. Menurut
kamus Dewan Peperiksaan awam bermaksud, peperiksaan yang
wajib diduduki oleh setiap sekolah kerajaan di Malaysia. UPSR
pula ialah Ujian Penilaian Menengah Rendah yang wajib diduduki
oleh semua pelajar Darjah Enam di Malaysia. PMR pula bermaksud
Penilaian Menengah Rendah yang wajib diduduki oleh semua pelajar
Tingkatan Tiga di Malaysia. Wajar Dimansuhkan pula bermaksud,
wajar dihapuskan atau dilenyapkan. Begitulah definisi usul yang
saya berikan secara literal sebentar tadi. Saya juga ingin
menyatakan bahawa pihak kerajaan yakin dengan hujah-hujah yang
bentangkan sebentar sahaja lagi dan seterusnya usul kami akan
diterima dengan konsensus tanpa sebarang pertikaian.
Tuan Yang Dipertua,
Kami meletakkan dua indikator bagi memantapkan usul kami. Yang

pertama, saya katakana ialah kecemerlangan seseorang pelajar


bukan hanya terletak pada kecemerlangan akademik semata-mata.
Yang kedua indikator kami ialah tugas dan tanggungjawab
seseorang guru dinilai daripada kecemerlangan pelajar yang diajar
olehnya. Oleh itu, berdasarkan indikator-indikator ini secara
justifikasi, saya sepenuhnya yakin bahawa hujah yang akan kami
kemukakan sebentar sahaja lagi akan diterima tanpa perlu
diperdebatkan
dengan
hujah-hujah
palsu
daripada
pihak
pembangkang.
Tuan Yang Dipertua,
Sejak zaman berzaman kita menyaksikan sistem pengajaran dan
pembelajaran di Malaysia ini masih berada di takuk yang lama
kerana sepenuhnya berorientasikan peperiksaan. Oleh itu, objektif
untuk menimba pengetahuan secara menyeluruh dalam pelbagai
bidang, tidak dapat kita penuhi kerana sentiasa fokus kepada
peperiksaan semata-mata. Lihat sahaja, peristiwa yang baru-baru
ini di mana salah sebuah Maktab Rendah Sains Mara di negara kita
ini yang menolak puluhan pelajar yang mendaftar di sekolah itu
melalui sistem ambilan melalui borang. Para pelajar yang mendaftar
itu semuanya mendapat 5A, dan ke atas, tetapi apabila diadakan
ujian susulan melibatkan keseluruhan aspek sama ada kelancaran
membaca, mengira dan sebagainya, ramai yang masih tidak lancar
lagi membaca. Mengapa perkara ini berlaku? Kerana disebabkan
oleh penekanan terhadap peperiksaan semata-mata. Adakah kita
masih ingin melihat perkara ini berlaku lagi pada masa akan
datang?Sidang Dewan pastinya sudah mempunyai jawapan yang
tersendiri bukan?
Di samping itu Yang Dipertua dan Sidang Dewan Sekalian,
pemansuhan peperiksaan awam ini juga membolehkan pelajar
belajar tanpa sebarang tekanan. Hal ini demikian, kerana pelajar
tidak lagi perlu untuk menghabiskan sukatan pembelajaran dalam
tempoh enam tahun dan tiga tahun untuk peperiksaan UPSR dan
PMR. Pelajar hanya mengambil satu peperiksaan awam sahaja iaitu
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang tempoh masa belajarnya
mencecah sebelas tahun sejak dari darjah satu hinggalah tingkatan
lima. Dengan ini, beban pelajar untuk menghabiskan sukatan dalam
tempoh masa yang singkat dapat dihapuskan. Sehubungan dengan
itu,
beban
para
guru
di
sekolah
juga
dapat
dikurangkan.Pemansuhan UPSR dan PMR meringankan beban guru
apabila para guru tidak diwajibkan untuk mengadakan kelas
tambahan sebaik sahaja tamat sesi persekolahan pada setiap hari.
Jelasnya, pemansuhan UPSR dan PMR mampu mengurangkan
beban pelajar dan guru.
Tuan Yang Dipertua dan Ahli- Ahli Dewan sekalian,

Tambahan lagi, pemansuhan UPSR dan PMR dapat menggalakkan


penyertaan pelajardalam kegiatan kokurikulum. Pemansuhan kedua
-dua peperiksaan ini menyebabkan kelas tambahan untuk pelajar
tidak diwajibkan dan sekaligus memberi masa lapang yang lebih
banyak kepada pelajar. Dengan ini, pelajar boleh menggunakan
masa yang terluang untuk menyertai kegiatan kokurikulum. Mereka
boleh menyertai kegiatan persatuan, kelabmahupun permainan.
Pertandingan lari berganti -ganti, petanqe, bola sepak dan
sebagainyaturut menjadi pilihan utama aktiviti sukan yang juga
merupakan pilihan kegemaran parapelajar. Kesannya, pelajar dapat
menggerakkan sukan di sekolah sehingga ke peringkat daerah,
negeri mahupun antarabangsa. Hal ini jauh berbeza dengan dahulu
apabila pelajar harus menghadiri kelas tambahan yang diwajibkan
di kebanyakan sekolah supaya dapat melulus peperiksaan UPSR dan
PMR yang meliputi subjek -subjek penting. Oleh itu, jelasnyabahawa
pemansuhan UPSR dan PMR dapat memberi peluang tanpa batasan
kepada pelajar untuk menceburi diri mereka dalam kegiatan
kokurikulum.
Tuan Yang Dipertua,
Pemansuhan UPSR dan PMR ini juga akan memberi kebaikan
kepada negara dengan menjimatkan kos perbelanjaan kerajaan.
Menurut Timbalan Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin
Yassin, pemansuhan UPSR dan PMR bertujuan untuk menjimatkan
perbelanjaan kerajaan. Pemansuhan kedua-dua peperiksaan ini
menyebabkan pembayaran gaji untuk penggubalan pemeriksa
soalan peperiksaan tidak diperlukan. Hal ini membantu kerajaan
menjimatkan pembayaran emolumen yang mencecah jutaan ringgit
dalam perbelanjaan mengurus setiap tahun. Kita sedar bahawa
belanjawan negara yang mengalami defisit akan menyebabkan
kerajaan terpaksa meminjam wang dari bank-bank tempatan
mahupun luar negara. Malahan, peminjaman wang dari bank-bank
yang melibatkan kadar faedah atau kadar pertukaran asing yang
tinggi mampu menggugat dan memburukkan keadaan lagi. Hal ini
akan meringankan beban negara untuk menampung semua kos
perbelanjaan ini.
Tuan Yang Dipertua dan sidang dewan yang saya muliakan sekalian,
Dengan menyedari hakikat ini, marilah kita sama-sama membuka
hati dan minda kita supaya menerima pembaharuan yang
dilaksanakan oleh kerajaan ini untuk kepentingan anak bangsa kita
sendiri. Oleh yang demikian langkah Kementerian Pelajaran di
negara kita untuk memansuhkan peperiksaan awam ini adalah
wajar dan tidak perlu dipertikaikan lagi. Oleh itu sekali lagi saya
katakan bahawa peperiksaan awam, UPSR dan PMR wajar
dimansuhkan. Sekian mohon untuk terus mencadang.

Hujah Daripada Pihak Pembangkang( Ketua Pembangkang).


Salam aspresiasi dan salam satu Malaysia buat Tuan Yang Dipertua,
rakan-rakan di deligasi kerajaan, rakan-rakan pembangkang dan
Ahli-Ahli dewan yang dimuliakan sekalian. Tuan Yang Dipertua
Dewan, setelah dibentangkan definisi usul secara literal oleh pihak
kerajaan yang saya kira begitu menarik sekali, maklumlah diambil
bulat-bulat daripada Kamus Dewan, kami dari legasi pembangkang
faham tentang usul yang dikemukakan. Namun , memang sudah
menjadi adat di dalam arena perdebatan di mana sudah menjadi
tanggungjawab kami dalam meneliti beberapa kesilapan dan
kekurangan. Oleh itu kami akan mengutarakan hujah-hujah logik
dan benar untuk menangkis hujah-hujah kurang jelas daripada
pihak kerajaan sebentar tadi.
Sebagai ketua pembangkang, saya akan menyatakan hujah-hujah
yang membantah sekeras-kerasnya usul ini. Seterusnya hujah saya
akan disambung oleh rakan pembangkang kedua yang ternyata
tidak kurang mantap hujahnya , pembangkang ketiga pula
membidas hujah-hujah songsang daripada pihak kerajaan. Jadi,
kami yakin sepenuhnya dengan hujah yang kami lontarkan nanti,
pihak kerajaan terpaksa menerima hakikat bahawa peperiksaan
awam ini tidak wajar dimansuhkan.
Pertama pada hari ini Yang Dipertua, kami masih kurang jelas
tentang perlaksanaan pemansuhan peperiksaan awam ini. Hal ini
kerana , pihak kerajaan sebentar tadi telah mengatakan
peperiksaan awam ini dimansuhkan kerana pelajar hanya belajar
berorientasikan peperiksaan semata-mata. Sekiranya tanpa
peperiksaan, bagaimana hendak menilai usaha pelajar dan guru
dalam sesi pengajaran dan pembelajaran? Dan yang keduanya Yang
Dipertua, mereka menyatakan bahawa pemansuhan peperiksaan
awam ini adalah untuk mengurangkan kos perbelanjaan kerajaan.
Kalau benar pemansuhan peperiksaan awam ini dapat menjimatkan
kos perbelanjaan kerajaan mengapa peperiksaan awam ini tidak
dimansuhkan pada tahun 1997 dulu, ketika negara kita mengalami
kemelesetan ekonomi yang sangat teruk? Di mana kerelevenan
hujah yang disampaikan oleh deligasi kerajaan? Kami harap dapat
dijawab pertanyaan ini oleh pihak kerajaan sebentar lagi.
Tuan Yang Dipertua,
Adalah tidak benar bahawa pemansuhan peperiksaan awam ini
dapat meningkatkan prestasi pelajar seperti yang diperkatakan oleh
pihak kerajaan , bahkan bagi pihak kami, kami telah melihat
bahawa pemansuhan UPSR dan PMR akan menjejaskan penilaian
terhadap tahap pretasi pelajar yang berasaskan peperiksaan
standart. Hal ini demikian, kerana guru disekolah kurang berupaya
untuk menyediakan soalan yang standart dan setaraf dengan UPSR
mahupun PMR.

Mereka hanya mampu menyediakan ujian bulanan mengikut


sekolah masing-masing sahaja untuk menilai perkembangan
pelajar. Penilaian perkembangan pretasi pelajar sebegini seolah-olah
tiada hala tuju yang tertentu di samping tidak dapat menilai
perkembangan pretasi pelajar dengan tepat. Hal ini jauh berbeza
apabila UPSRdapat menilai keupayaan pelajar dalam menguasai
perkara asas 3M iaitu membaca, menulisdan mengiri. Tambahan
lagi, UPSR juga penting untuk menentukan tahap pencapaian
pelajar dengan tepat sebelum mereka melangkah ke alam sekolah
menengah lagi. PMR pulajuga penting kerana ia dapat menentukan
arah aliran yang bakal diambil oleh pelajarsebelum mereka
memasuki tingkatan empat dan lima di samping menilai keupayaan
pelajardalam bidang-bidang tertentu. Jelasnya, peperiksaan awam
UPSR dan PMR perlu dikekalkan untuk penilaian perkembangan
pretasi pelajar yang standart.
Di samping itu Yang Dipertua, pemansuhan UPSR dan PMR akan
mengurangkan bilangan pelajar yang memperoleh keputusan yang
cemerlang dalampeperiksaan SPM. Hal ini demikian, kerana pelajar
hanya menduduki peperiksaan SPM buat sekali sahaja selepas
belajar selama sebelas tahun. Oleh itu, pelajar tidak mempunyai
pengalaman yang secukupnya sebelum menduduki peperiksaan
SPM. Maka, data yang menunjukkan bilangan pelajar yang
cemerlang dalam peperiksaan SPM akanmemperlihatkan pola yang
merosot.
Hal ini jauh berbeza apabila dengan kewujudan UPSR dan PMR,
pelajar akan mendapat pengalaman peperiksaan sebenar yang
pertama dalamUPSR di peringkat sekolah rendah sebelum
mengambil peperiksaan PMR dan SPM di sekolahmenengah. Dengan
ini, kesilapan yang pertama boleh dibaik pulihkan pada peperiksaan
kali kedua iaitu PMR. Hal ini membolehkan pelajar lebih
berpengalaman
dan
berkeyakinan
tinggiuntuk
menduduki
peperiksaan SPM selepas melalui dua peperiksaan awam yang
dianggap peringkat percubaan untuk kecemerlangan dalam SPM.
Tegasnya, pengalaman pelajar menduduki peperiksaan itu sangat
penting Yang Dipertua memandangkan mereka tidak lepas daripada
perasaan kurang yakin apabila berdepan dengan peperiksaan.
Tuan Yang Dipertua dan Ahli Dewan Yang Dimuliakan sekalian,
Pemansuhan UPSR dan PMR juga menghilangkan budaya saling
bersaing di sekolah rendah dan sekolah menengah rendah. Budaya
saling bersaing penting dalam kalanganpelajar sejak dahulu lagi.
Hal ini demikian, kerana budaya saling bersaing bukan sahaja
mampu melahirkan pelajar yang mempunyai keazaman yang tinggi
untuk memperoleh keputusan peperiksaan yang cemerlang,
malahan hal ini turut menjadi alternatif lain untukmemberi

dorongan kepada pelajar lain supaya mempertingkatkan pretasi


mereka.Ekorannya, data yang menunjukkan bilangan pelajar yang
cemerlang dalam SPM akan meningkat. Kita sedar bahawa
peperiksaan awam akan diutamakan berbanding dengan ujian
bulanan yang diadakan di sekolah masing-masing. Oleh itu,
pemansuhan UPSR danPMR akan meninggalkan ujian bulanan
sahaja untuk menilai pretasi pelajar. Sebagaikesannya, para pelajar
hilang semangat mahupun inisiatif untuk saling bersaing antara
satusama lain. Apakah pihak kerajaan sama sekali tidak pernah
terfikir bahawa persaingan itulah yang membantu kita berusaha
dengan lebih gigih? Saya kira pihak kerajaan sudah melupakan hal
ini, maklumlah sibuk mencari sebab supaya peperiksaan awam ini
dapat dimansuhkan dengan segera.
Oleh itu Yang Dipertua dan Sidang dewan yang saya muliakan
sekalian,
berdasarkan hujah yang telah saya kemukakan ini, sekali lagi saya
katakan bahawa peperiksaan awam UPSR dan PMR amatlah tidak
wajar dimansuhkan memandangkan ia lebih banyak memberikan
implikasi negatif kepada sistem pendidikan di negara kita pada
masa kini. Hujah saya akan diteruskan oleh rakan pembangkang
yang seterusnya, dan dengan ini saya mengundur diri. Mohon untuk
terus membangkang.
* Ulasan Pengarang: Kalau ada kekurangan pada teks ini,
jangan dicaci ye...Teks ini mungkin boleh dijadikan rujukan,
dan kupasan isu di dalam ini juga mungkin boleh dibaca
untuk menambahkan pengetahuan semua.....

You might also like