You are on page 1of 7

BAHAS ALA PARLIMEN

TAJUK: MEDIA ELEKTRONIK MEMBANTU PENINGKATAN

PRESTASI
AKADEMIK PELAJAR

KETUA PEMBANGKANG (8 MINIT)


Intro
Terima kasih Datuk Yang Dipertua, rakan-rakan pihak pembangkang, jemaah
kabinet, seterusnya ahli-ahli dewan yang dihormati. Sebentar tadi, Yang Amat
Berhormat Perdana Menteri telah membentangkan satu usul iaitu MEDIA

ELEKTRONIK

MEMBANTU

PENINGKATAN

PRESTASI

AKADEMIK PELAJAR. Namun, setelah kami kaji, kami teliti terdapat


kelemahan dan ketidakrelevanan usul kerajaan pada hari ini. Dengan izin Datuk
Yang Dipertua, kami mohon membangkang dan menolak usul kerajaan.

Pindaan Definisi
Datuk Yang Dipertua dan ahli-ahli dewan, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri
sebentar tadi telah memberikan definisi dan takrifan usul kita pada hari ini. Kami
menerima dengan pindaan definisi usul pihak kerajaan. Dengan izin Datuk Yang
Dipertua saya mohon meminda frasa.
Pertama, izinkan saya melakukan penakrifkan usul kita secara literal pada hari ini.
Menurut Wikipedia, frasa Media elektronik adalah semua alat media yang
menggunakan

tenaga elektromekanis

bagi pengguna akhir ataupun penonton

dalam mengakses kandungan maklumat seperti televisyen,radio, internet, blog,


telefon bimbit, dan sebagainya. Manakala frasa membantu meningkatkan menurut
Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat bermaksud memberi pertolongan bagi
meninggikan

kedudukan,

membesarkan

mahupun

memperhebatkan

sesuatu

perkara. Frasa prestasi akademik pula didefinisikan sebagai pencapaian tentang


sesuatu yang bersifat atau mengandungi ilmu pengetahuan. Pelajar pula bermaksud
orang yang belajar (di sekolah), murid, siswa ataupun anak didik.

Pendirian
Datuk Yang Dipertua, justeru pendirian kami amat jelas dan rasional bahawa

media elektronik tidak membantu peningkatan prestasi


akademik pelajar kerana kami percaya bahawa media elektronik lebih
banyak mendatangkan keburukan daripada kebaikan kepada pelajar.

Strategi
Datuk Yang Dipertua dan ahli-ahli dewan, untuk mengukuhkan lagi premis pihak
pembangkang bagi menolak usul, kami telah meletakkan tiga strategi utama iaitu
saya

selaku

Ketua

Pembangkang

akan

membentangkan

hujah

pertama.

Pembangkang kedua pula akan membentang dua hujah bagi menolak usul pihak
kerajaan. Manakala, pembangkang yang ketiga pula saya amanahkan untuk
membidas dan membetulkan kepincangan hujah kerajaan yang cuba meraih simpati
ahli-ahli dewan untuk menerima usul yang mereka bentangkan. Seterusnya,
pembangkang ketiga juga akan mengukuhkan hujah-hujah pihak pembangkang
untuk menolak usul pada hari ini.

Hujah Pertama (media elektronik mengganggu tumpuan pelajar terhadap


pelajaran).
Datuk

Yang

Dipertua,

Media

Elektronik

Tidak

Membantu

Peningkatan Prestasi Akademik Pelajar kerana kami percaya


bahawa media elektronik mengganggu tumpuan pelajar terhadap pelajaran.
1) Datuk Yang Dipertua,

media elektronik menjejaskan prestasi akademik

kerana ia menyebabkan tumpuan pelajar terhadap pelajaran di sekolah


terganggu. Hal ini kerana penglibatan mereka dalam gejala sosial yang
berpunca daripada media elektronik khususnya televisyen, internet dan
telefon bimbit.

2) Menurut kajian Abdullah Sulong & Mawaddah Abdullah mengenai Pengaruh


Media Elektronik Terhadap Keruntuhan Akhlak Pelajar, Penyalahgunaan
media elektronik boleh mengundang berlakunya pelbagai kesan terhadap
masyarakat terutamanya golongan remaja yang terdiri daripada pelajar.
Sudah menjadi lumrah peringkat umur remaja mudah terikut dengan budaya
yang melekakan. Tambahan lagi, dengan kepelbagaian media elektronik
seperti televisyen, alat perakam, video, radio/kaset, overhead projector
(OHP), slaid, komputer, dan sekarang ini dengan kewujudan telefon bimbit
yang dibekalkan kemudahan 3G secara tidak langsung memberi impak yang
kuat kepada akhlak pelajar. Justeru, adakah prestasi akademik pelajar akan
meningkat jika mereka terus leka dengan hiburan yang dihidangkan oleh
media elektronik????fikir-ikirkanlah yang berhormat.
3) Datuk Yang Dipertua, program-program televisyen kebanyakannya lebih
mementingkan hiburan daripada maklumat kerana pihak stesyen televisyen
berebut-rebut untuk mendapat perhatian penonton. Tayangan-tayangan filem
Barat dan Hindustan contohnya, telah menolak unsur-unsur ketimuran yang
sebati dalam jiwa masyarakat. Adegan-adegan lucah hanyalah sebagai halwa
mata bagi mereka. Jadi, apabila filem tersebut dipertontonkan, sudah tentu
golongan remaja amnya, akan meniru stail dan aksi artis pujaan mereka.
Natijahnya tumpuan pelajar terhadap pelajaran menjadi terganggu.
4) Menurut Fatimah Ali (UKM) dalam kajiannya, konsert-konsert penyanyi dari
negara Barat yang ditayangkan di televisyen membawa impak buruk kepada
penonton-penonton. Penyanyi dari Barat, terlonjak-lonjak memakai jeans yang
terkoyak sehingga menjadi kegilaan dan idola remaja. Sekali gus, hal ini turut
menjajah minda remaja kerana mereka berfikir semua perkara yang baik
datang dari Barat. Amalan-amalan tidak sihat seperti minum arak dan
menagih dadah turut menjadi ikutan muda-mudi. Oleh yang demikian,
wujudnya remaja yang rosak akhlaknya dan sudah pasti hal ini memberi
impak yang besar terhadap prestasi akademik mereka.

5) Datuk Yang Dipertua, menurut Muzaffar Syah dan Ab.Halim Syafie (2010),
rancangan di televisyen menayangkan kepada penonton seperti cerita-cerita

yang mempunyai imej-imej seksi dan berunsurkan seks. Jika si hero dalam
rancangan televisyen mempunyai imej ganas, si heroin pula mempunyai imej
seksi. Imej seksi ini menampakkan bentuk atau lekuk-lekuk tubuh wanita yang
menggiurkan?. Babak-babak cinta, cium dan tidur bersama adalah babak
yang menjadikan remaja terlalu cepat matang, bukan matang dengan perkara
positif, tetapi matang dengan perkara negatif. Justeru, tidak hairanlah pelajar
pada hari ini ramai yang terlibat dalam gejala pembuangan bayi. Jika sudah
terlibat dengan gejala sosial seperti ini, takkanlah prestasi akademik mereka
akan meningkat pula.

6) Datuk Yang Dipertua. Konklusinya, media elektronik menjejaskan prestasi


akademik pelajar kerana mengganggu tumpuan pelajar apabila terlibat
dengan gejala sosial. Oleh hal yang demikian, ini jelas terbukti bahawa media
elektronik tidak membantu meningkatkan prestasi akademik pelajar malah
menyumbang kepada gejala sosial yang akhirnya memusnahkan masa depan
golongan pelajar.

Hujah Kedua (media elektronik melekakan dan melalaikan pelajar)


Datuk yang Dipertua dan sidang dewan yang dihormati, Media Elektronik

Tidak Membantu Peningkatan Prestasi Akademik Pelajar


atas dasar dan rasional media elektronik melekakan dan melalaikan pelajar .
1) Datuk Yang Dipertua, gejala sosial dan kebejatan moral semakin gawat
dan meningkat hari demi hari berikutan perkembangan media massa yang
tidak terkawal dan maju umpama cendawan tumbuh selepas hujan.
Tambahan pula, kini wujud pula satu saluran maklumat yang canggih dan
sistematik iaitu Internet disusuli pula dengan penubuhan pusat kafe siber.
Pusat maklumat kafe siber menjadi sarang kepada golongan belia untuk
melihat bahan-bahan negatif dan meneroka laman-laman web pornografi
yang mempunyai bahan-bahan lucah dan unsur-unsur yang bertentangan
dengan syariat Islam dan budaya masyarakat Malaysia.
2) Menurut kajian Dr Maziah Ab. Karim (2009), pusat-pusat Internet menjadi
tempat untuk para pelajar melepak. Ditambah lagi dengan sistem langit

terbuka dan dunia tanpa sempadan yang diwar-warkan oleh sesetengah


pihak semakin menarik minat mereka. Pelajar-pelajar sanggup berada di
hadapan skrin atau monitor komputer berjam-jam lamanya sehingga
mengabaikan masa untuk sekolah hanya sekadar untuk mencari hiburan di
kafe siber.
3) Menurut laporan BERITA HARIAN BERTARIKH 25 JUN 2012 yang
menyatakan seramai 60,000 pelajar kita ketagih Facebook. Tak
dinafikan, Facebook merupakan satu fenomena baru di kalangan kita dari
pelajar, yang bekerjaya sehinggalah surirumah tangga.Dilaporkan kira-kira
60,000 pelajar berusia antara 12 hingga 18 tahun di negara ini dikesan
menghabiskan sekurang-kurangnya empat jam sehari melayari internet
terutamanya laman sosial Facebook (FB). Maksudnya selain aktiviti
sekolah, pelajar ni banyak menghabiskan masa dengan melayari FB.
Ketagihan terhadap internet terutama FB itu menyebabkan pelajar terbabit
menjadi lalai dan membazirkan masa yang sepatutnya digunakan untuk
mengulang kaji pelajaran.
4) Menurut Melissa Zahra dan Engku Safuan (UTM) dalm kajiannnya, pada
hari ini pelbagai alat komunikasi canggih yang telah dihasilkan setiap hari
termasuk telefon bimbit, ipad, iphone dan pelbagai lagi memudahkan
pelajar melayari laman sosial khususnya Facebook dan Twitter d manamana dan

bila-bila

masa yang

mereka

mahu. Hal inilah

yang

menyebabkan pelajar terus lalai dalam dunia maya yang penuh kepalsuan
sehingga melupakan tanggungjawab mereka terhadap pelajaran.
5) Menurut Pakar Perunding Kanan Psikiatri dan Psikoterapi Universiti Putra
Malaysia (UPM), Prof Dr Azhar Zain pula, ketagihan melayari laman sosial
boleh menyebabkan keletihan fizikal dan mental yang melampau. Ia turut
mengganggu

jam

biologi

pelajar

sehingga

menyebabkan

hormon

terganggu, sistem ketahanan badan kurang selain memberi kesan kepada


mental. Justeru, tidak hairanlah jika pelajar tidak dapat memberikan
perhatian dan tumpuan yang sepenuhnya di dalam kelas.

6) Nah, sudah terang,lagi bersuluh. Hujah-hujah kami cukup kukuh dan


ampuh untuk membuktikan bahawa media elektronik tidak membantu
meningkatkan prestasi akademik pelajar.

Hujah Ketiga (media elektronik mempengaruhi daya pemikiran dan kreativiti


pelajar).
Datuk Yang Dipertua dan ahli-ahli dewan yang dihormati, kebebasan media massa
tidak mendatangkan banyak keburukan atas dasar dan rasional media elektronik
mempengaruhi daya pemikiran dan kreativiti pelajar.

1) Datuk Yang Dipertua, melalui media elektronik sperti televisyen

yang

menayangkan rancangan yang dipertontonkan kepada pelajar-pelajar


pada Golden Time pelajar-pelajar iaitu diantara jam 2 petang sehingga 8
malam. Golden Time adalah waktu yang sesuai dan sewajarnya untuk
pelajar

menyiapkan kerja sekolah, membaca bacaan ilmiah untuk

melancarkan pembacaan, belajar mengaji, riadah untuk menyihatkan


tubuh badan dan masa untuk menjana kreativiti pelajar. Tetapi waktuwaktu ini telah digunakan oleh pelajar untuk menonton televesyen tanpa
rasa rugi. Menurut laporan 1994 dari Jabatan Pendidikan Amerika
Syarikat, pencapaian akademik jatuh ketara bagi pelajar yang menonton
lebih daripada 10 jam seminggu. 10 jam seminggu ini jika digandakan
selama setahun jauh lebih banyak dengan masa seorang penuntut Ijazah
Sarjana Muda menghabiskan jumlah jam kredit untuk menjadi graduan.
Perkara ini perlulah difikirkan oleh ibu bapa dan perlu dititikberatkan untuk
menjana generasi mendatang.

2) Melalui pembacaan, otak pelajar berfungsi semaksima mungkin untuk


membayang dan menganalisis apa yang dibaca dan ia juga memerlukan
bantuan ibu bapa. Contohnya anak anda mengeja L O R I kemudian
bertanya ibu apa itu lori ? pastinya pertanyaan itu telah menjana
kecerdasan otak kanak-kanak itu untuk menganalisi perkataan yang

disebut dan cuba membayangkan apa itu lori. Menurut Dr Jerre Levy
Pakar Perkembangan Hemisfera Otak di Universiti Chicago telah
menyatakan otak direka bagi memenuhi cabaran-cabaran kognitif. Ia
seperti otot: jika anda tidak membuat latihan ia akan lemah. Jika tidak
melatih otak anda, ia juga akan lemah. Kemahiran bahasa boleh
diransang melalui pembacaan dan juga perhubungan dua hala lebih-lebih
lagi keluarga iaitu ibu bapa bukannya menonton televisyen. Menonton
televisyen adalah proses interaksi sehala sahaja iaitu televisyen
menayangkan rancangan dan kanak-kanak sibuk menonton tanpa berfikir
dan tidak kreatif.
3) Menurut Dr Patti Valkenburg dan Dr Tom Van De Voort dari Pusat Kajian
Media Kanak-Kanak di Leiden, Belanda, yang telah meneliti semua kajian
yang dijalankan dalam tempoh 40 tahun. Kajian-kajian itu meneliti
perbezaan dalam daya imaginasi kreatif kanak-kanak yang di rumah
mempunyai televisyen berbanding kanak-kanak yang tidak mempunyai
televisyen [petikan Buku Kesan TV Terhadap Perkembangan Anak
Anda Terbitan Persatuan Pengguna Pulau Pinang]. Contohnya anda
melihat anak anda sibuk bermain dengan sebatang pen. Pastinya anda
tertarik bahawa sicilik menggunakan hanya sebatang pen dengan banyak
cara antaranya menulis, menconteng dan ada juga yang menganggap ia
adalah microphone untuk menyanyi. Bukankah itu tandanya otak sicilik
telah digunakan untuk menjana kreativiti?
4) Nah, jelaslah di sini Datuk Yang Dipertua. Media elektronik ternyata
memberikan kesan yang negatif terhadap daya pemikiran kreaviti
seseorang pelajar. Maka, sudah pastilah hal ini akan menjejaskan prestasi
akademik pelajar.

You might also like