You are on page 1of 1

eterusnya kami juga menyatakan kelemahan dan kekuatan yang ada pada kumpulan kami semasa

menjalankan tugasan ini. Walaupun kami sekumpulan saling mengenali antara satu sama lain, namun
cabarannya di sini ialah kami tidak pernah bekerja bersama. Sudah tentu pada mulanya sukar untuk kami
mencari rentak untuk bekerja berkumpulan namun selepas beberapa kali melakukan perbincangan kami mula
memahami satu sama lain. Perkara tersebut menjadi kekuatan kumpulan kami.

Akhir sekali, kami akan memberikan langkah-langkah dan cadangan untuk memperbaiki dan membuat
penambahbaikan terhadapprojek tersebut. Walaupun ini merupakan pertama kali kami membuat projek
berkaitan dengan kesihatan, namun kami mahu berkongsi langkah-langkah dan cadangan yang boleh diambil
bagi memastikan kelancaran sesuatu program serta mencapai objektif program tersebut.

2. Peristiwa-Peristiwa Sepanjang Menjalankan Projek

Setelah selesai mendapat tugasan yang diberikan oleh pensyarah Pembangunan Diri I, Cik Maharam Mamat,
kumpulan kami telah mengadakan satu perbincangan ringkas untuk membincangkan topik dan skop kajian
yang akan kami laksanakan bagi projek ini. Perbincangan ringkas ini telah diadakan pada hari tersebut juga
iaitu pada tanggal 19 September 2013 di Dewan Kuliah 2, Fakulti Undang-Undang. Perbincangan diadakan
dengan kehadiran semua ahli kumpulan tanpa sebarang pengecualian.

Dalam perbincangan tersebut, kami telah memperoleh beberapa idea dan cadangan yang diutarakan oleh ahli-
ahli kumpulan. Antara cadangan tersebut adalah sebuah kajian mengenai gaya hidup sihat di kalangan warga
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Kami bercadang untuk menyebarkan soalan ujikaji di sekitar kampus
bagi menilai taraf gaya hidup sihat. Cadangan yang kedua ialah untuk mengadakan ‘bake sale’ di mana kami
bercadang untuk membakar kek dan kek cawan yang akan dijual di sekitar kampus UKM. Hasil jualan akan
disalurkan kepada sebuah rumah anak yatim. Cadangan yang ketiga ialah melakukan misi sukarela di Pusat
Perlindungan Gajah, Kuala Gandah di mana kami bercadang untuk membantu dalam aktiviti-aktiviti
pengurusan seperti memberi makan, membersihkan kangdang dan memandikan gajah-gajah tersebut.
Seterusnya, terdapat juga cadangan untuk mengadakan lawatan ke wad pediatrik di Hospital Universiti
Kebangsaan Malaysia (HUKM) bagi melakukan misi sukarela.

You might also like