You are on page 1of 11

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BATU LINTANG

Jalan College, 93200 Kuching.


________________________________________________________
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
(PISMP)
AMBILAN JUN 2018
_________________________________________________________
MPU 3112
BINA INSAN GURU
_________________________________________________________
TUGASAN 2: LAPORAN REFLEKTIF (INDIVIDU)

NAMA GURU PELATIH EVEZELINE KONG SIE YI


NO. MATRIK 201706066
ANGKA GILIRAN 2018042340007
KUMPULAN BC SJK(C)

SEMESTER : SEMESTER 6

NAMA PENSYARAH : EN. MOHD. MAHDI @ NIBI BIN


ABDULLAH

TARIKH SERAHAN : 02 APRIL 2021

Pengakuan pelajar menerima maklum balas daripada pensyarah.


1.0 Pengenalan

Program Bina Insan Guru (BIG) yang berlangsung pada 29 Mac 2021
hingga 2 April 2021 telah memberikan banyak peluang kepada guru pelatih
untuk meningkatkan daya ketahanan dan kekuatan diri sendiri dari aspek
fizikal, emosi, rohani dan sosial. Selain itu, kem BIG tersebut telah
memberikan banyak kenangan dan pengalaman berharga kepada para guru
pelatih. Dalam Kem selama lima hari ini, berbagai-bagai aktiviti telah
dijalankan dengan bantuan pensyarah dan jurulatih yang berpengalaman.

2.0 Pengalaman

2.1 Pengalaman Sebelum Program Bina Insan Guru

Sebelum program Bina Insan Guru dilaksanakan secara


rasminya pada 29 Mac 2021, pensyarah pembimbing iaitu En. Mohd
Mahdi dan En Ipot telah mengadakan taklimat secara atas talian
melalui Google Meet. Terdapat banyak perkara yang telah kami
bincang dalam taklimat supaya program BIG dapat berlangsung
dengan lebih lancar. Antara perkara yang telah dibincang dalam talian
ialah masa program berlangsung, lokasi kem, butiran-butiran dan
aktiviti-aktiviti program yang berkenaan. Hal kerana pandemik Covid-
19, pihak institut telah melakukan banyak perubahan demi menjamin
keselamatan semua guru pelatih sepanjang program tersebut.
Kumpulan guru pelatih ambilan Jun 2018 telah dibahagikan kepada
enam kumpulan kecil sebelum kem BIG.

2.2 Pengalaman Semasa Program Bina Insan Guru

Program ini merangkumi aktiviti lasak di darat dan air serta


aktiviti-aktiviti yang lebih ringan. Disebabkan oleh pandemik, semua
aktiviti telah dijalankan dengan mematuhi prosedur operasi standard
yang telah ditetapkan. Sepanjang program ini berlangsung, para guru
pelatih perlu mengamalkan jarak sosial satu meter dan memakai
penutup muka. Semua langkah ini bertujuan memastikan semua
peserta program bebas daripada jangkitan koronavirus. Berikut adalah
pengalaman-pengalaman yang kami perolehi semasa program BIG:

2.2.1 Hari Pertama (29.03.21)

Pada hari pertama kem BIG, kami telah berkumpul di


depan TAZA untuk aktiviti mendirikan khemah. Saya dan ahli-
ahli kumpulan saya telah bekerjasama sebagai aur dengan
tebing untuk memasang khemah. Setiap orang diagihkan
tugasan yang berbeza-beza. Sebagai contoh, terdapat ahli
kumpulan yang membantu memegang tiang sementara ahli lain
sedang mengikat tali pada paku. Selepas aktiviti ini tamat, kami
juga mengemaskan barang bersama-sama dan memastikan
kawasan mendirikan khemah adalah bersih. Seterusnya, kami
telah didedahkan cara memakai jaket keselamatan semasa
aktiviti air dijalankan. Setiap ahli kumpulan dikehendaki
membuat demonstrasi secara bergilir-gilir.

2.2.2 Hari Kedua (30.03.21)

Pada hari kedua kem BIG, kami telah bangun awal untuk
senaman pagi. Selepas itu, aktiviti masakan rimba dijalankan.
Setiap kumpulan diagihkan beras, daging dan bahan lain untuk
tujuan memasak. Dalam aktiviti ini, semangat tolak ansur dan
bekerjasama sekali lagi diterapkan. Saya telah melakukan
kolaborasi dengan ahli kumpulam untuk menyediakan hidangan
yang sedap. Antara tugas-tugas yang diagihkan ialah mencuci
bahan makanan, menghidupkan api, memasak nasi dan
sebagainya. Saya berasa bersyukur kerana ahli-ahli kumpulan
saya mahir dalam memasak. Pada waktu malam, saya telah
mengadakan perbincangan dengan ahli kumpulan saya untuk
berbincang tentang logo, slogan dan tema kumpulan saya.
Setelah perbincangan, kami telah membuat keputusan untuk
menjadikan bunga pentas sebagai lambing kumpulan kami
kerana ia membawa maksud perpaduan. Seperti bunga pentas
ini, Kem BIG ini telah melatih para guru pelatih bersatu padu
demi menjayakan misi pendidikan.

2.2.3 Hari Ketiga (31.03.21)

Pada hari ketiga kem BIG, semua guru pelatih telah


diarahkan untuk berkumpul di dewan Brooke untuk sesi
penerangan kamahiran berkayak dan abseiling. Terdapat
jurulatih dan pensyarah pembimbing yang berpengalaman
menerang tentang aktiviti-aktiviti tersebut. Selain penerangan,
terdapat juga sesi demonstrasi yang bertujuan menunjukkan
cara memakai peralatan-peralatan abseiling. Para guru pelatih
telah didedahkan dengan pelbagai ilmu baharu yang berkaitan
dengan aktiviti berkayak dan abseiling.

2.2.4 Hari Keempat (01.04.21)

Pada awal pagi hari keempat, kami telah diarahkan untuk


menjalankan aktiviti Malaysia Cergas dan Patriotik. Seterusnya,
aktiviti khidmat masyarakat telah dijalankan. Saya mengutip
sampah di sekeliling kampus bersama-sama ahli kumpulan saya
untuk menjamin kebersihan kawasan kampus. Aktiviti khidmat
masyarakat ini bertujuan melahirkan insan guru yang berakhlah
mulia.

2.2.5 Hari Kelima (02.04.21)

Pada pukul sembilan pagi, penangguhan bagi Kem Bina


Insan Guru telah diadakan secara atas talian. Penghulu bagi
BIG kali ini iaitu Alex Kalang telah mengucapkan kata-kata
terima kasih kepada pensyarah-pensyarah serta penolong-
penolong. BIG ini telah dijalankan dengan lancar sekali dengan
adanya bimbingan daripada pensyarah-pensyarah yang
bertanggungjawab serta kerjasama daripada para guru pelatih.

2.2 Pengalaman Selepas Program Bina Insan Guru

Setelah BIG tamat, kami diarahkan untuk menjalankan


dokumentasi bagi aktiviti-aktiviti sepanjang BIG.

3.0 Analisis SWOT

Melalui analisis SWOT, saya dapat mengenal pasti kelemahan,


kekuatan, peluang dan ancaman program BIG dari pelbagi sudut.

3.1 Kekuatan

Kekuatan pertama program Bina Insan Guru ialah nilai-nilai


keguruan dapat dipupuk melalui pelbagai aktiviti yang dijalankan
semasa kem. Buktinya, program ini memberi kesedaran kepada pihak
guru pelatih bahawa peranan guru bukan sahaja menyebar ilmu, maka
guru juga perlu melengkapkan diri sendiri dengan pelbagai kemahiran
dan nilai profesion seperti integriti, amanah, semangat ingin tahu,
ketabahan dan sebagainya.

Kekuatan yang kedua program BIG ini ialah hubungan antara


para guru pelatih dapat dieratkan. Hal ini kerana sepanjang aktiviti BIG
dijalankan, ahli-ahli kumpulan perlu bekerjasama untuk menjayakan
sesuatu aktiviti. Jadi, para guru pelatih telah diberi banyak peluang
untuk saling mengenali antara satu sama lain dengan mendalam lagi.
Tambahan pula, program ini dapat menyatupadukan guru-guru pelatih
yang mempunyai latar belakang, agama, kaum yang berbeza.

Kekuatan ketiga program Bina Insan Guru ini ialah setiap aktiviti
merangkumi teori dan praktikal. Misalnya, jurulatih bukan sahaja
menyampaikan teori tentang aktiviti abseiling, beliau juga memberi
peluang kepada guru pelatih untuk membuat demonstrasi bagi
mempraktikkan teori yang telah disampaikan. Gabungan teori dan
praktikal membolehkan saya dan guru-guru pelatih yang lain
mengingati serta menangani sesuatu kemahiran atau ilmu baharu
dengan lebih efektif lagi mudah.

3.2 Kelemahan

Kelemahan pertama program BIG ini ialah ketidakcukupan


ruang untuk menampung semua guru palatih untuk menjalankan
pelbagai aktiviti. Kesan daripada pandemik koronavirus, kem BIG
terpaksa dijalankan dalam kawasan kampus. Jadi, masalah
ketidakcukupan ruang telah menyebabkan guru-guru pelatih perlu
dibahagikan kepada dua kumpulan besar untuk menggunakan ruang-
ruang aktiviti secara bergilir-gilir. Keadaan ini telah menyebabkan
pembaziran masa dan perlangsungan aktiviti kurang lancar.

Kelemahan kedua ialah banyak aktiviti praktikal telah dibatalkan


akibat kesan pandemik. Sebagai contoh, aktiviti air seperti berkayak
dan aktivti abseiling tidak dapat dijalankan kerana lokasi kem yang
kurang sesuai. Keadaan ini telah menyebabkan guru-guru pelatih tidak
mempunyai peluang untuk menghayati keseronokan aktiviti-aktiviti
tersebut. Walaupun terdapat demonstrasi bagi aktiviti abseiling, namun
bukan semua guru pelatih memnpunyai peluang untuk membuat
demonstrasi.

3.3 Peluang

Pertama sekali, peluang yang boleh ditambah ialah program


BIG boleh menwujudkan kerjasama antara guru-guru pelatih dengan
komuniti. Sebagai contoh, guru-guru pelatih boleh menjalankan
khidmat masyarakat di tepi pantai, taman dan sebagainya. Peluang ini
mampu membantu para guru pelatih meningkatkan kesedaran
kemasyarakatan. Dengan ini, para guru pelatih akan sentiasa bersedia
untuk berkhidmat dan menyumbang kepada masyarakat.
Selain daripada itu, penghayatan kerohanian kepada guru-guru
pelatih juga boleh ditingkatkan. Hal ini adalah untuk menimbulkan
keinsafan dalam diri pelajar. Sebagai contoh, pihak berkenaan boleh
menyediakan banyak lagi video ataupun lagu yang dapat membantu
para guru pelatih untuk menyedari kepentingan agama dalam
kehidupan seharian. Peluang ini dipercayai dapat menanam akhlak
mulia dan pemikiran positif dalam kalangan guru pelatih.

3.4 Ancaman

Pertama sekali, ancaman pertama yang wujud dalam program


BIG ini ialah jarak sosial satu meter sukar diamalkan dalam pelbagai
aktiviti. Sebagai contoh, dalam aktiviti masakan rimba, kebanyakkan
guru pelatih menyediakan hidangan bersama-sama. Hal kerana
kesibukan menyediakan hidangan, mereka akan lupa untuk
mengamalkan jarak sosial satu meter. Keadaan ini mungkin
membahayakan keselamatan guru-guru pelatih.

Kedua, ancaman yang ada pada program ini ialah masalah


yang disebabkan oleh penggunaan penutup muka. Kesan daripada
pandemik koronavirus, para guru pelatih terpaksa menjalankan aktiviti
dengan memakai penutup hidung. Oleh itu, sesetengah guru pelatih
yang mempunyai masalah asma mungkin akan mengalami masalah
kesukaran pernafasan. Tuntasnya, penggunaan penutup muka untuk
tempoh yang panjang mungkin akan menyebabkan ketidakselesaan
dan menjejaskan emosi seseorang guru pelatih.

4.0 Cadangan Penambahbaikkan

Cadangan pertama untuk menambahbaikkan kelemahan program BIG


kali ini ialah pihak pengurus boleh menyewa ruang atau tempat yang
berdekatan dengan kampus supaya para guru pelatih dapat melaksanakan
aktiviti di situ. Dengan ini, masalah ketidakcukupan ruang dapat diselesaikan.
Ruang yang berdekatan juga boleh menjimatkan kos pengangkutan kerana
guru-guru pelatih boleh berjalan kaki untuk pergi ke tempat tersebut.

Cadangan kedua ialah setiap guru pelatih boleh diberi peluang untuk
membuat demonstrasi bagi semua aktiviti. Walaupun tindakan ini akan
memakan masa yang lebih panjang untuk sesuatu sesi, namun guru pelatih
akan mendapat pengalaman yang kenangan yang lebih bermakna.
Tambahan pula, dengan adanya demonstrasi yang melibatkan semua guru
pelatih, mereka lebih mudah memahami dan menangani sesuatu kemahiran
dan teknik.

5.0 Kesimpulan

Konklusinya, program Bina Insan Guru memang dapat melahirkan


seorang guru yang seimbang dari aspek jasmani, rohani, intelek dan
kemahiran. Akhir sekali, ribuan terima kasih saya ucapkan kepada
pensyarah-pensyarah pembimbing yang telah banyak menyumbang tenaga
dan masa untuk menjayakan program tersebut. Saya juga bersyukur kerana
dapat mengenali ahli-ahli kumpulan yang rela memberi kerjasama dalam
melaksanakan setiap tugasan. Tanpa kerjasama daripada semua pihak,
program Bina Insan Guru ini tidak dapat berlangsung dengan begitu lancar.
LAMPIRAN

Gambar Masakan Rimba:


Gambar Khidmat Masyarakat:

Gambar Logo Kumpulan Enam:

You might also like