You are on page 1of 8

SMK TINGGI SARIKEI (YFB 6101)

PENTAKSIRAN AKHIR PENGGAL I / 2020


GEOGRAFI TINGKATAN 3
1 JAM 30 MINIT
Arahan : Kertas soalan mengandungi soalan objektif dan soalan subjektif. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat
pilihan jawapan iaitu A, B, C, dan D bagi soalan objektif. Pilih satu jawapan yang paling tepat bagi setiap
soalan. Jawab semua soalan.
Bahagian A. (40 markah)
1. Antara yang berikut, faktor manakah yang mempengaruhi persekitaran fizikal di Malaysia?
I Jenis tanih II Taburan bandar III Jumlah penduduk IV Iklim Khatulistiwa
A. I dan II B. I dan IV C.II dan III D.III dan IV

2. Berdasarkan maklumat di bawah, apakah bentuk muka bumi di kawasan berikut?

 Tasik Great St. Lawrence


 Lembangan Murray
A. Saliran B.Pinggir laut C.Tanah pamah D.Tanah tinggi

3. Pilih maklumat yang benar berkaitan kawasan bersaliran baik.


I Kawasan berpaya II Litupan tumbuhan padat III Kawasan tanah tinggi beralun
IV Kawasan yang tidak bertakung
A.I dan II B.I dan IV C.II dan III D.III dan IV

4. Pilih maklumat yang benar berkaitan tanih permafrost.


A.Tumbuh subur di pedalaman Asia B.Tanih membeku disebabkan suhu yang sejuk
C.Terdapat pokok bangkut dan renek D.Habitat hidupan liar seperti rusa

5. Antara berikut, tanih yang manakah dikaitkan dengan hidupan liar berikut?

 Elk
 Lynx
A.Tanih chernozem B.Tanih aridisols C.Tanih latosol D.Tanih podzol
6. Apakah faktor yang menyebabkan kawasan beriklim Gurun Panas menerima hujan yang sedikit?
A.Tiupan Angin Timuran B.Halangan tanah tinggi C.Benua Asia mengalami tekanan tinggi
D.Di kelilingi kawasan perairan

7. Apakah jenis iklim yang boleh dikaitkan dengan hidupan liar dalam maklumat berikut?

 Tikus jerboa
 Musang fennec
A.Iklim Siberia B.Iklim Laurentia C.Iklim Gurun Panas D.Iklim Monsun Tropika

8. Antara yang berikut, yang manakah hidupan liar yang dapat dikaitkan dengan iklim Laurentia?
I Binturong II Gazelle III Beaver IV Chipmunk
A.I dan II B.I dan IV C.II dan III D.III dan IV

9. Pilih maklumat yang benar mengenai suhu dan iklim yang sesuai untuk habitat hidupan liar dalam foto di
bawah?

I Julat suhu tahunan 3˚C II Jumlah kerpasan kira-kira 500 mm III Suhu musim sejuk 15˚C hingga 20˚C
IV Hujan lebat sepanjang tahun
A.I dan II B.I dan IV C.II dan III D.III dan IV

10.Antara yang berikut, kawasan yang manakah dapat dikaitkan dengan iklim berikut?

 Suhu antara 24˚C hingga 27˚C


 Hujan tahunan antara 1000 mm hingga 2000 mm
A India B Malaysia C Indonesia D Brunei Darussalam

11. Pilih maklumat yang benar berkaitan Hutan Hujan Tropika.


I Daun pokok bersaiz lebar II Saiz pokok dapat dibezakan dengan ketinggian
III Mempunyai tiga lapisan yang nyata IV Pokok kelihatan tumbuh berlapis-lapis
A.I dan II B.I dan IV C.II dan III D.III dan IV

12. Apakah jenis tanih di kawasan Hutan Pantai?


A.Tanih latosol B.Tanih berpasir C.Tanih aluvium D.Tanih gambut

13. Apakah jenis tumbuhan semula jadi yang dapat dikaitkan dengan ciri berikut?

 Tumbuh di muara sungai


 Hidup di kawasan bersaliran buruk
I Pokok perepat II Pokok cengal III Pokok tualang IV Pokok kempas
A.I dan II B.I dan IV C.II dan III D.III dan IV

14. Antara yang berikut, yang manakah benar mengenai tumbuhan Hutan Gunung yang hidup pada ketinggian
1800 meter hingga 2900 meter?
A.Terdapar tumbuhan renek B.Dikenali sebagai Hutan Daun Luruh
C.Terdiri daripada pokok bantut dan rumput D.Hanya terdapat satu lapisan hutan sahaja

15. Apakah faktor iklim yang mempengaruhi pertumbuhan pokok berikut?

 Lumut
 Periuk kera
I Min suhu 18˚C II Julat suhu rendah III Panas terik 6 jam sehari IV Hujan lebat sepanjang tahun
A.I dan II B.I dan IV C.II dan III D.III dan IV

16. Apakah kepentingan hutan semula jadi yang terdapat di Malaysia kepada masyarakat luar bandar?
I Sumber perubatan II Sumber bahan mentah III Mengekalkan ekosistem IV Menyederhanakan suhu
A.I dan II B.I dan IV C.II dan III D.III dan IV

17. Antara berikut yang berikut, yang manakah kegunaan pokok bakau?
I Cerucuk II Bahan api III Atap rumah IV Membuat perabot
A.I dan II B.I dan IV C.II dan III D.III dan IV

18. Apakah persamaan pokok dalam maklumat di bawah?

 Pokok akasia
 Pokok Batai
A.Pokok yang tumbuh di ketinggian 40 meter B.Tumbuh subur di Hutan Paya Air Masin
C.Spesies pokok untuk penghutanan semula D.Akar banir untuk menyokong pokok

19. Apakah faktor yang menyebabkan kawasan tadahan air terganggu?


A.Penebangan pokok di kawasan tanah tinggi B.Pembalakan di Hutan Paya Air Tawar
C.Penghutanan semula di tanah rendah D.Hakisan tanih yang teruk di cerun bukit

20. Berikut adalah spesies tumbuhan semula jadi.

 Kempas
 Nyatuh
 Tualang
Apakah jenis hutan yang dapat dikaitkan dengan spesies pokok tersebut?
A.Hutan Hujan Tropika B.Hutan Paya Air Masin C.Hutan Gunung D.Hutan Pantai

21. Antara yang berikut, hidupan liar yang manakah terdapat di hutan tropika?
A.Penyu B.Binturong C.Orang utan D.Monyet belanda

22. Antara yang berikut, yang manakah hidupan liar yang dapat dikaitkan dengan lokasi berhampiran dengan
sumber air?
I Dugong II Enggang III Tapir IV Penyu
A.I dan II B.I dan IV C.II dan III D.III dan IV

23. Antara yang berikut, yang manakah kepentingan hidupan liar di Malaysia?
I Sumber makanan II Menggalakkan ekopelancongan
III Mewujudkan peluang pekerjaan IV Menjana sumber pendapatan negara
A.I dan II B.I dan IV C.II dan III D.III dan IV

24. Antara yang berikut, yang manakah kerjaya berkaitan dengan hidupan liar?
A.Jurutera B.Peniaga C.Pensyarah D.Ahli geologi
25. Mengapakah ekopelancongan penting kepada Malaysia?
I Memelihara hidupan liar II Import daging berkurangan
III Menggalakkan pembinaan kemudahan asas IV Membuka peluang pekerjaan
A.I dan II B.I dan IV C.II dan III D.III dan IV

26. Antara yang berikut, yang manakah merupakan kegiatan manusia yang mengancam hidupan liar dalam
maklumat di bawah?

 Orang utan
 Harimau Malaya
I Membina empangan II Aktiviti pembalakan
III Pembinaan jalan raya IV Pembinaan hotel di muara sungai
A.I dan II B.I dan IV C.II dan III D.III dan IV

27.Bagaimanakah kegiatan ekonomi dalam maklumat di bawah memberi kesan terhadap hidupan liar?

 Penggunaan racun serangga


 Penggunaan baja kimia
A.Tanih tidak subur B.Air sungai tercemar C.Habitat semula jadi pupus D.Kemusnahan kawasan tadahan

28.Antara yang berikut, pernyataan yang manakah benar mengenai penguatkuasaan undang-undang untuk
melindungi hidupan liar di Malaysia?
I Kempen We Hug Tapir II Pendidikan alam sekitar
III Pewartaan hutan simpan IV Pemeliharaan taman laut
A.I dan II B.I dan IV C.II dan III D.III dan IV

29. Apakah tujuan penyelidikan dan pembangunan dijalankan untuk hidupan liar?
I Mengatasi pemburuan haram II Menguatkuasakan undang-undang
III Mengenal pasti penyakit baharu IV Mengekalkan spesies hidupan liar
A.I dan II B.I dan IV C.II dan III D.III dan IV

30. Apakah jenis hidupan liar yang dapat dijumpai di Malaysia?


I Unta II Musang fennec III Gajah Pygmy IV Monyet Belanda
A.I dan II B.I dan IV C.II dan III D.III dan IV
31. Antara yang berikut, pernyataan manakah yang dikaitkan dengan pemanasan global?
A.Proses pembandaran B.Pembakaran hutan
C.Pertambahan populasi penduduk D.Pembinaan sistem pengangkutan

32. Apakah persamaan gas-gas di bawah?

 Karbon dioksida
 Karbon monoksida
A.Gas semula jadi di bumi B.Terhasil daripada racun serangga
C.Memanaskan permukaan bumi D.Menyerap pantulan cahaya

33. Apakah aktiviti manusia yang menyumbang kepada pemanasan global?


A.Pertanian dan penternakan B.Tanah tinggi diteres C.Jalan raya dilebarkan D.Pembinaan petempatan

34. Bagaimanakah masyarakat boleh mengurangkan kesan pemanasan global?


A.Memberi sumbangan derma B.Menanam pokok di sekeliling rumah
C.Menyertai konvensyen antarabangsa D.Menggunakan bahan api fosil

35. Apakah kesan yang akan berlaku jika masyarakat berkongsi kenderaan?
I Masalah kesesakan dapat diatasi II Pencemaran udara berkurangan
III Penggunaan perkhidmatan kereta api merosot IV Pembinaan lebuh raya dihentikan
A.I dan II B.I dan IV C.II dan III D.III dan IV

36. Bagaimanakah konsep teknologi hijau mempengaruhi ekonomi negara?


A.Bahan mentah di pasaran meningkat B.Pelbagai jenis bahan kitar semula dijual di pasaran antarabangsa
C.Eksport hasil komoditi meningkat D.Bahan api fosil diimport

37. Antara yang berikut, yang manakah merupakan ciri-ciri produk teknologi hijau?
I Harga berpatutan II Mudah untuk digunakan
III Tidak mencemarkan alam sekitar IV Diperbuat daripada tenaga fosil
A.I dan II B.I dan IV C.II dan III D.III dan IV
38. Antara yang berikut, manakah yang merupakan produk teknologi hijau di sekolah?
A.Tenaga elektrik B.Padang bola sepak C.Kerusi dan meja D.Bekas makanan mesra alam

39. Mengapakah amalan berkonsepkan teknologi hijau penting?


A.Kualiti udara baik B.Barangan tempatan laris
C.Sisa domestic bertambah D.Pertambahan bangunan pencakar langit

40. Apakah langkah yang boleh dijalankan uintuk mengurangkan pembuangan sisa di rumah?
A.Menguatkuasakan undang-undang B.Menggalakkan masyarakat membawa sisa ke tapak pelupusan
C.Memberi insentif kepada masyarakat D.Menguatkuasakan kempen pengasingan sisa di rumah

Bahagian B: Soalan Subjektif.


Arahan : Jawab semua soalan.
1.a) Nyatakan lima kesan pemanasan global di Malaysia. (5 markah)
i. ………………………………………………………………………
ii. ……………………………………………………………………..
iii. …………………………………………………………………….
iv. …………………………………………………………………….
v. ……………………………………………………………………..

1.b) Berikan lima faktor yang menyebabkan pemanasan global. (5 markah)


i. ………………………………………………………………………..
ii. ……………………………………………………………………….
iii. ………………………………………………………………………
iv. ………………………………………………………………………
v. ……………………………………………………………………….
2.a) Berikan empat jenis hutan di dunia yang tumbuh di kawasan bersaliran baik dan tidak bertakung
air. (4 markah)
i. ………………………………………………………………………….
ii. …………………………………………………………………………
iii. ………………………………………………………………………..
iv. ………………………………………………………………………..

2.b) Nyatakan empat contoh hidupan liar yang menghuni di kawasan bentuk muka bumi bersaliran dan tidak
bertakung air. (4 markah)
i. ………………………………………….
ii. …………………………………………
iii. ………………………………………..
iv. ……………………………………….

2.c) Namakan jenis hutan yang terdapat di kawasan berikut: (2 markah)


i. Kawasan yang bertakung air : …………………………………………………………..
ii. Pinggir laut yang berlumpur: …………………………………………………………..

You might also like