You are on page 1of 3

PROGRAM KESELAMATAN DAN KESIHATAN

PEKERJAAN DI SEKOLAH (OSH IN SCHOOL)

1. Program “OSH in School” dilaksanakan oleh


NIOSH di bawah kerjasama di antara Kementerian
Sumber Manusia dan Kementerian Pendidikan sejak
2015.

2. Sehingga kini lebih 50 sekolah telah menyertai


program “OSH in School” manakala 3 (tiga) seminar
pengurusan “OSH in School” telah diadakan di
Bandar Baru Bangi, Serian dan Johor Bahru.

3. Program “OSH in School” bukan suatu agenda


yang baru bagi sekolah. Sebelum ini, Kerajaan telah
memperkenalkan beberapa projek berkaitan
Keselamatan dan Kesihatan seperti Rancangan
Kesihatan Sekolah (RKS) sejak tahun 1967 dan
Projek Sekolah Selamat pada tahun 2002.

4. Bagaimanapun, Konsep “OSH in School” lebih


menyeluruh kerana ia melihat sekolah sebagai
sebuah premis kerja yang tertakluk di bawah Akta
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (OSHA
1994). Akta tersebut memastikan keselamatan,
kesihatan dan kebajikan mereka yang bekerja selain
melindungi mereka yang berada di dalam kawasan
tempat kerja.
5. Di bawah OSHA 1994, sekolah yang mempunyai
40 atau lebih pekerja perlu menyediakan satu
Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
di mana wakil pekerja dan pengurusan sekolah akan
terlibat bagi membincangkan semua perihal
berkaitan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.

6. Pendekatan “Sekolah Selamat” bukan sekadar


berkisar pada aspek disiplin, jenayah, ancaman
kepada keselamatan pelajar, buli dan gangsterism
dan sebagainya malah ia juga merangkumi persoalan
keselamatan fasiliti sekolah termasuklah bangunan
sekolah dan hostel, peralatan dan semua kemudahan
di sekolah.

7. NIOSH mempunyai kepakaran untuk


membangunkan modul yang lebih menyeluruh selain
menyediakan MANUAL KHAS serta BORANG AUDIT
standard yang boleh digunakan oleh guru atau
pegawai keselamatan dan kesihatan (Safety and
Health Officer -SHO) dengan mudah. Dengan
kerjasama agensi berkaitan, aplikasi khas juga boleh
dibangunkan bagi memudahkan tugas mereka yang
terbabit membuat laporan berkala mengenai tahap
keselamatan dan kesihatan di sekolah masing-
masing.
8. Program “OSH in School” juga dapat memupuk
kesedaran terhadap keselamatan dan kesihatan
pekerjaan di kalangan guru-guru dan juga kakitangan
sokongan serta dalam kalangan semua murid bagi
mempraktikkan budaya keselamatan dan kesihatan
pekerjaan di peringkat awal.

9. Melalui program pendidikan dan promosi


keselamatan dan kesihatan pekerjaan, semua
sekolah akan lebih pro-aktif terhadap potensi bahaya
kepada keselamatan dan kesihatan di sekolah
dengan melaksanakan langkah kawalan untuk
mencegah kemalangan.

10. Tragedi yang berlaku di sekolah seperti


kebakaran serta kemalangan dalam makmal, di
padang sekolah dan dalam bilik darjah boleh dicegah
sekiranya pihak sekolah mengamalkan sistem
pengurusan KKP yang baik dan mengamalkan
“Budaya Kerja Selamat dan Sihat”

You might also like