You are on page 1of 4

 

KERTAS KERJA  PROGRAM  SIFAR PONTENG


GALAKAN MURID HADIR KE SEKOLAH 2020

1.0     PENGENALAN
Unit Hal Ehwal Murid akan mengadakan pelbagai program pada tahun 2019 bagi
menjayakan misi sekolah iaitu Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang dan
mencapai visi sekolah iaitu Membangunkan Potensi Murid Melalui Pendidikan
Berkualiti. Dengan ini, pelbagai program dirangka untuk menggalakkan kehadiran
pelajar ke sekolah setiap hari agar pelajar tidak termasuk dalam golongan pelajar
keciciran dari sekolah dan seterusnya terjebak dalam gejala sosial yang tidak sihat dan
merugikan usia yang sepatutnya di bangku sekolah lagi. Antara program yang
dirancang oleh Unit Bimbingan Kaunseling ialah program Sifar Ponteng, Hati Ke Hati
dan Talian Kasih.

2.0     Objektif :
1)    Agar dapat mengenal pasti kelas yang menyumbang kepada peratus kehadiran pelajar
yang rendah untuk diambil tindakan segera.
2)    Agar dapat membantu guru kelas untuk memotivasikan pelajar dalam kelas tersebut
untuk hadir ke sekolah
3)    Agar dapat menyampaikan hadiah galakan kepada kelas yang mempunyai peratus
kehadiran yang paling tinggi dan mencecah lebih 90% setiap bulan.
4)    Agar dapat menyampaikan hadiah galakan kepada kelas yang mempunyai perubahan
peratus kehadiran pelajar yang lebih baik setiap bulan.
5)    Agar dapat mengenal pasti pelajar yang mempunyai perubahan hadir ke sekolah yang
lebih baik untuk disampaikan anugerah
3.0     TARIKH               :  Sepanjang tahun (Januari-November)

4.0     AHLI JAWATANKUASA

          Pengerusi                : Pn. Aishah Bt. Shariff (GB SKHA)


                                            
          Timbalan Pengerusi : Puan Salawaty Bt Abdul Shukur (PKHEM SKHA)
                                            
  Setiausaha                : Puan Norazlena Bt. Mamat

          Penyelaras program  : Puan Khaiyati Niza Bt Yusoff

          AJK Data Ponteng        : Pn . Nasrual Apisah Bt. Mohd Rejab

          AJK Dokumentasi           : Puan Norazlena Bt. Mamat

          AJK Sijil                          : Puan Rosniyati Bt Osman

          AJK Pemilihan Anugerah   : Puan Salawaty Bt. Abdul Shukur


                                                    Puan Khaiyati Niza Bt Yusoff
         
5.0     TENTATIF PROGRAM
1)    NAMA PROGRAM: Sifar Ponteng

BIL PROSES KERJA TANGGUNGJAWAB TEMPOH STATUS/


1 Mesyuarat PK HEM 1 Hari AJK
Jawatankuasa Semua guru kaunseling

2 Mengenalpasti PKHEM Setiap bulan Guru Kelas


kelas yang terlibat Guru Disiplin Guru Data
melalui buku Guru Mentor
kehadiran pelajar
atau data

3 Merekodkan kelas Guru kaunseling 3 kali Guru


yang terlibat untuk Setahun Kaunseling
dijalankan sesi  Jun
motivasi  Ogos
 Oktober

4 Menyampaikan PK HEM kali Anugerah


anugerah galakan Guru kaunseling bulanan
bagi kelas yang
terlibat setiap
bulan
5 Menyampaikan Guru Kaunseling 1 kali Anugerah
anugerah kepada (Hujung tahun) tahunan
pelajar yang
berpotensi
-peratus kehadiran
yang baik
- peratus
kehadiran yang
lebih baik

6.0     ANGGARAN PERBELANJAAN

Sumber Perbelanjaan :DANA PIBG SKHA

Anugerah Galakan Kelas              9 kelas  x  10 bulan  x  RM 20      =      RM     1800
 6 Arus Perdana
 3 PPKI
Anugerah Kehadiran Terbaik 100 pelajar  x RM 5    =       RM     500
 70 Arus Perdana
 30 PPKI

Jumlah                       =      RM 2300

7.0     PENUTUP
Diharapkan agar program yang dijalankan akan berjalan seperti yang dirancangkan dan
menggalakkan pelajar untuk hadir ke sekolah dan seterusnya meningkatkan peratus
kehadiran sekolah yang baik                                                                   

Disediakan oleh , Disemak oleh, Disokong oleh ,

………………………............…………………. ............................................ .......……………………………


(Pn Khaiyati Niza Bt. Yusoff) (Pn. Salawaty Bt. Abdul Shukur ) ( Puan Aishah Bt . Shariff)
GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING, PENOLONG KANAN HEM, GURU BESAR,
SK HASHIM AWANG SK HASHIM AWANG SK HASHIM AWANG

You might also like