You are on page 1of 5

BIMBINGAN DAN KAUNSELING

SK BAKAP
JALAN TANJUNG TUALANG
31000 BATU GAJAH
PERAK DARUL RIDZUAN

KERTAS CADANGAN

KEMPEN PONTENG SIFAR 2018


1.0 Pendahuluan

Gejala ponteng sekolah merupakan salah satu masalah disiplin yang semakin ketara. Hal ini
amat membimbangkan ramai pihak khususnya kepada pihak sekolah. Justeru itu, masalah
ponteng sekolah ini perlulah diatasi dengan segera bagi mengelakkan daripada timbulnya
pelbagai gejala buruk yang lain rentetan daripada perilaku ponteng tersebut. Kempen ponteng
sifar ini bertujuan untuk menarik minat murid datang ke sekolah.

2.0 Rasional

Minat yang tinggi untuk hadir ke sekolah menjadi tunjang utama dalam menangani isu
ponteng.

3. Matlamat

Kempen ini bermatlamat untuk memupuk minat dalam kalangan murid untuk hadir ke sekolah
dan menjadikan sekolah sebagai suatu tempat yang menyeronokkan. Hal ini juga dapat
membaiki tahap disiplin dan akademik setiap murid dan sekali gus menaikkan kembali
reputasi sekolah.

4. Objektif 

a. Menaikkan minat murid untuk hadir ke sekolah


b. Menjadikan sekolah sebagai satu tempat yang menyeronokkan.

5. Strategi

i) Mengedarkan surat amaran kepada murid yang kerap ponteng

ii) Lawatan ke rumah murid oleh pihak pentadbir sekolah

iii) Memanggil ibu bapa/penjaga ke sekolah

iv) Menghantar murid ke unit Bimbingan dan Kaunseling

v) Sesi senamrobik/sukan setiap pagi sebelum masuk ke kelas agar murid sentiasa cergas dan
gembira untuk ke sekolah

vi) Pertandingan peratus kehadiran tertinggi mengikut kelas (pemberian hadiah kepada kelas)

vii) Pemberian voucher makanan percuma (secara cabutan bertuah) bagi murid yang hadir
penuh setiap bulan.
6. Kumpulan Sasaran

Semua murid SK Bakap

7.Tarikh

Julai - November

8.Tempat

Tapak perhimpunan sekolah

9. Penganjur 

Unit Hal Ehwal Murid (HEM).

10. Perbelanjaan

BIL PERKARA / AKTIVITI JUMLAH


(RM)
1 hamper pertandingan kehadiran tertinggi kelas 150
RM 30 x 5 bulan
2 voucher makan bernilai RM 2 seorang ( setiap kelas 3 orang) RM 300
RM 6 x10 kelas x 5 bulan
JUMLAH RM 450

11. Jawantankuasa Program

Pengerusi : HJ Azmi bin Hj Hassan ( Guru Besar)


Timb. Pengerusi 1 : Pn Nor Haizat bt Osman (PK HEM)
Timb. Pengerusi 2 : Norul Rizal b Abdul Rahim (PK Pentadbiran)
Timb. Pengerusi 4 : Nor Ekhya Bt. Hasim @ Adnan (PK Kokurikulum)
Setiausaha : Pn Haniza bt Dzulkifli ( Guru Bimbingan dan Kaunseling)
Pen. Setiausaha : Pn Khairina Khairina bt Salihadin (Guru Disiplin)
AJK : Guru bertugas

12. Jadual Tentatif Program/Strategi Program

hari masa Program


Selasa hingga Jumaat 7.15-7.40 Senamrobik/sukan mini
Isnin (Minggu pertama setiap waktu perhimpunan Pengumuman dan pemberian
bulan) voucher makanan kepada
murid yang memperolehi
peratus kehadiran paling
tinggi serta pemberian hadiah
kepada kelas yang
memperolehi peratus
kehadiran paling tinggi
13. Penilaian Program

i. Penilaian Jangka Pendek – Pengurangan gejala ponteng dalam kalangan murid


ii. Penilaian Jangka Panjang – Ponteng sifar di SK Bakap

14. Penutup Dan Rumusan

Adalah diharapkan Kempen Ponteng Sifar ini dapat berjalan dengan lancar atas kerjasama
ahli jawatankuasa pelaksana yang telah dilantik. Melalui kempen ini, diharapkan ia dapat
menyedarkan murid-murid tentang implikasi gejala ponteng.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

............................................. ................................................
Pn Haniza bt Dzulkifli Pn Nor Haizat bt Osman
( Guru Bimbingan dan Kaunseling) ( PK HEM )

Disahkan oleh,

.....................................................

You might also like