You are on page 1of 5

SMK SERI SAMUDERA

MANJUNG RAYA
32040 SERI MANJUNG, PERAK

DISEDIAKAN OLEH:
RUSINA BT ABDULLAH
PENYELARAS PROGRAM
PROGRAM ANUGERAH SEKOLAH CEKAP TENAGA
SMK SERI SAMUDERA MANJUNG RAYA
32040 SERI MANJUNG
PERAK

1. RASIONAL
Elektrik yang merupakan sumber tenaga utama seharusnya dimanfaatkan tanpa pembaziran
dalam usaha menyahut seruan kerajaan mengurangkan penggunaan bahan api yang semakin
susut bekalannya. Sejajar dengan program khas yang dirangka oleh CETREE dengan
kerjasama “Sustainable Energy Development Authority” (SEDA), Kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM) dan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) supaya tenaga elektrik digunakan dengan
cekap , pelbagai aktiviti telah dirancang oleh pihak sekolah. Program yang berfokuskan
kepada kecekapan tenaga elektrik ini dilaksanakan di sekolah untuk menerapkan dan
melestarikan nilai-nilai pendidikan dan kesedaran untuk semua warga termasuk guru, pelajar
dan kakitangan.

2. MATLAMAT
Memberi kesedaran dan mendidik komuniti sekolah berkenaan penggunaan peralatan elektrik
dengan berhemah, mengubahsuai sikap dalam mempraktikkan amalan kecekapan tenaga
secara lestari.

3. OBJEKTIF
Pelaksanaan program ini diharapkan dapat mencapai objektif-objektif yang berikut:

1. Komuniti sekolah dapat dapat menggunakan tenaga elektrik yang minima untuk
menyempurnakan kerja yang sama.
2. Memberi kesedaran untuk memelihara alam sekitar yang merupakan satu-satunya warisan
untuk generasi akan datang
3. Memupuk nilai-nilai murni seperti bertanggungjawab, bekerjasama, berjimat-cermat,
prihatin dan saling bertolak ansur.
4. Mengurangkan perbelanjaan bil elektrik sekurang-kurangnya 5% dari bulan Mac hingga
Jun.

4. KUMPULAN SASARAN
Semua pelajar, pekerja swasta, kakitangan dan guruSMK Seri Samudera

5. CADANGAN PELAKSANAAN
Tarikh : 09 Mac hingga 30 Jun 2013

6. TEMPAT
Aktiviti sekitar SMK Seri Samudera (berdasarkan kesesuaian aktiviti).
7. AHLI JAWATANKUASA
Penasihat : Pn. Hjh.Khairizah Bt Hassan - Pengetua
Pengerusi : Tn. Hj. Abu Bakar b. Abdullah - PK HEM
Naib Pengerusi I : Pn. Hjh. Norsilah Bt Ahmad - PK Pentadbiran
Naib Pengerusi II : Pn.Rashidah Bt Mohd Yunus - PK Petang
Naib Pengerusi III : Pn. Hjh. Noor Azizan bt. Abdul Samat - PK Kokurikulum
Penyelaras Program : Pn. Rusina Bt Abdullah
Setiausaha : En. Mohd. Sallehudin Bin Mohd Adnan
Bendahari : Pn. Shamsidar Bt Ramli
AJK Pelaksana
AJK Promosi & Pensejarahan: AJK Majlis Perasmian:
En. Adnan B Md Isa Pn. Hjh. Nurzarina Bt Ibrahim
1 orang pelajar Pn. Norzihana Bt Ariffin
Pn. Haslina Bt Abd Hamid
AJK Buku Program: Pn. Pharidah Bt Ismail
Pn. Norhanizah Bt Tajuddin
Pn. Zarina Bt Hassan (S)

AJK Cenderamata & Hadiah: AJK Buletin:


Cik Anisa Syahirah Bt Che Azmi Pn. Zarina Bt Hassan (J)
Pn. Hanizah Bt Abd Jalal
Pn. Faiza Bt Wahi Anuar
Pn. Zakiah Bt Mohd Dom @ Mahat

AJK Pemantauan/Energy Saver: AJK Penguatkuasaan:


En. Dilmi Bin Mohd Zulkifli Pn. Che Ku Rohaya Bt Che Engku Musa
En. Mior Zaidi B Hassan Pn. Azizah Bt Ismail
Pn. Shamsidar Bt Ramli En. Mohd Kazi Bin Wahi
Pn. Pharidah Bt Ismail 8 orang pelajar pagi
8 orang pelajar pagi 6 orang pelajar petang
6 orang pelajar petang
8. TENTATIF AKTIVITI
Bil Aktiviti Tindakan
1. Taklimat tentang kecekapan tenaga (LADAP) Penyelaras
2. Kajiselidik tentang pengetahuan, sikap dan amalan kecekapan Penyelaras
tenaga warga sekolah
3. Mengadakan Majlis Perasmian Kempen Kecekapan Tenaga AJK Perasmian
4. Menyediakan buku program untuk majlis perasmian. AJK Buku Program
5. Menempah ‘banner’ dan memasang di tempat yang sesuai. AJK Promosi
6. Memo kepada pihak kantin, pengawal keselamatan, pekerja AJK
swasta, pembantu makmal dan pembantu murid. Penguatkuasaan
7. Pelekat peringatan pada setiap suis lampu dan pendingin AJK
hawa. Penguatkuasaan
8. Membuat rondaan berjadual pada setiap bangunan dan AJK Pemantauan/
merekodkan tugasan. Energy Saver
9. Mengeluarkan Buletin “Panduan Untuk Anda...” (PUA) AJK Buletin
sekurang-kurangnya 2 kali seminggu untuk setiap pelajar.
10. Menyediakan cenderamata sukarelawan pelajar dan hadiah AJK Cenderamata &
pemenang kuiz. Hadiah
9. KEWANGAN

9.1 Punca Pendapatan:


Wang Peruntukan CETREE RM 1000.00

RM 1000.00

9.2 Anggaran Perbelanjaan:


1. Banner RM 100.00
2. Pelekat peringatan RM 100.00
3. Buku Program RM 15 .00
4. Memo plastik RM 5.00
4. 5. Buletin (1200 helai x 4 kali x RM0.10) RM 480.00
6. Cenderamata dan Saguhati “Energy Saver Team” (15 orang x RM20) RM 150.00
7. Hadiah pemenang Kuiz RM 140.00
8. Dokumentasi dan runcit RM 10.00

JUMLAH RM 1000.00

PENUTUP
Adalah diharapkan agar semua aktiviti penjimatan tenaga yang dirancang ini dapat berjalan dengan
lancar dan mencapai objektif seperti yang ditetapkan. Kerjasama dan komitmen penuh para pelajar,
guru-guru dan semua warga SMK Seri Samudera amatlah diperlukan dalam melestarikan kesedaran
terhadap penggunaan tenaga yang cekap.
DisediakanOleh: Disemak Oleh:

…………………………………… ………………………………………………
PN. RUSINA BT ABDULLAH TN. HJ. ABU BAKAR BIN ABDULLAH
Penyelaras PK Hal Ehwal Murid
Program Anugerah Sekolah Cekap Tenaga

Disahkan Oleh:

……………………………………
PN. HJH.KHAIRIZAH BT HASSAN
Pengetua
SMK Seri Samudera

You might also like