You are on page 1of 1

SEKOLAH KEBANGSAAN TANJUNG PUTERI

JALAN GERODA,
80350 JOHOR BAHRU. Tel : 07-2240332(Pejabat) JOHOR.
EMAIL : jba1004@moe.edu.my

Rujukan Kami: JBA1004/600-3/4/6 ( )


Tarikh : September 2020

Ibu bapa / Penjaga,


SK Tanjung Puteri,

Tuan / Puan,

KEBENARAN MENGAJAR PROGRAM TAEKWONDO DI SEKOLAH-SEKOLAH DI BAWAH


KEMENTERIAN PENDIDIKKAN MALAYSIA ( KPM ) BAGI TAHUN 2020.

Dengan segala hormatnya saya ingin merujuk kepada perkara di atas dan surat daripada
pihak taekwondo rujukan TM(WTF)KPM/SURAT KEBENARAN MENGAJAR DI PERINGKAT
SEKOLAH bertarikh 11 September 2020 adalah berkaitan.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikkan Malaysia ( KPM ) telah


membenarkan permohonan tersebut untuk pihak taekwondo mengajar program
taekwondo di sekolah.

3. Pihak sekolah tiada halangan untuk memberi kebenaran berdasarkan surat kebenaran
yang telah kami terima. Dengan itu, kami memohon tuan/puan mengisi borang kebenaran
bagi setiap anak yang mengikuti program tersebut.

4. Namun begitu tuan/puan perlu memastikan setiap anak yang dihantar perlu mematuhi
Garis Panduan Pelaksanaan Aktiviti Sukan dan Kokurikulum KPM sepanjang program
tersebut berlangsung.

Kerjasama tuan / puan amatlah diharapkan bagi memastikan keselamatan anak sentiasa
menjadi keutamaan.

Sekian, terima kasih.

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

Saya yang menjalankan amanah,

(ZAHARAH BINTI MD SOM)


Guru Besar,
SK Tanjung Puteri,
Johor Bahru,

You might also like