You are on page 1of 1

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SEKOLAH KEBANGSAAN BINDU Kod Sekolah : JBA0035


No Telefon : 07-4152045
Kampung Bindu, Mukim VI, No Fax : 07-4152045
83010 Batu Pahat, E-mail : jba0035@moe.edu.my
Johor Darul Takzim.

Ruj. Kami : JBA0035/100-19/5( )


Tarikh : 8 OKTOBER 2019

Kepada :

Pengurus Cawangan
Bank Rakyat Yong Peng, Johor

Tuan,

MEMOHON TAJAAN UNTUK PROGRAM MEWARNA SEMPENA HARI KANAK-KANAK

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Pihak sekolah merancang untuk mengadakan Pertandingan Mewarna sempena Hari Kanak-
Kanak. Sehubungan itu, dengan merendah diri dan berbesar hati pihak sekolah ingin memohon tajaan
daripada pihak tuan bagi menjayakan program ini.

3. Butiran program adalah seperti berikut :

Tarikh : 17 November 2019


Hari : Ahad
Tempat : SK Bindu

4. Keprihatinan dan kerjasama pihak tuan amatlah kami harapkan dan hargai.

Sekian, terima kasih.

Saya yang menjalankan amanah,

……………………………………..

You might also like