You are on page 1of 1

PIBG

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU


SEKOLAH KEBANGSAAN PULAU SERAI
23000 DUNGUN, TERENGGANU
NO. TEL: 09-848 1672 NO. FAX: 09-848 1672 SK P SD

Ruj. Kami : SKPSD100/11/2 Jld II ( )


Tarikh : 18 April 2018

Kepada:

Ibu bapa / Penjaga,


Sekolah Kebangsaan Pulau Serai,
23000 Dungun, Terengganu.

Tuan,

Taklimat Pembestarian dan Pengaktifan ID Virtual Learning Environment (VLE)

Dengan hormatnya berhubung perkara di atas, adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan satu taklimat ringkas tentang
pembestarian dan tatacara pengaktifan ID VLE atau dikenali sebagai Frog VLE di kalangan ibu bapa
dengan kerjasama pegawai daripada Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu.

3. Sehubungan itu, tuan / puan diminta hadir ke program tersebut seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 22 April 2018 ( Ahad )


Masa : 8.30 Pagi
Tempat : Dewan Rajawali SK Pulau Serai

Kerjasama tuan / puan amat dihargai dan diucapkan terima kasih

Sekian, terima kasih.

“Memperkasakan Transformasi Pendidikan”


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

.......................................................
( MOHD HASNIZAM BIN ABDULLAH )
Penyelaras Frog VLE,
Sekolah Kebangsaan Pulau Serai,
23000 Dungun, Terengganu.

Sk:
1. Fail sekolah
2. Fail PIBG
3. Fai Frog VLE

You might also like