You are on page 1of 2

SEKOLAH KEBANGSAAN FELDA TEMENTI

28300 TRIANG
PAHANG DARUL MAKMUR

Ruj. Kami : Skft.700-8/1/1 (12)


Tarikh : 9 Ogos 2022
Ibubapa/ Penjaga,
SK Felda Tementi,
28200 Bandar Bera,
Pahang.

Tuan/ Puan,
PEMAKLUMAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KEM BERA, BANDAR 34
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Dimaklumkan bahawa Unit Kokurikulum dan Unit Kaunseling, SK Felda Tementi akan melaksanakan
Program Lawatan ke Kem Bera.

3. Perincian program yang akan dijalankan adalah seperti ketetapan berikut:


Tarikh/ Hari : 14 September 2022/ Rabu
Masa : 8.00-1.00 petang

4. Sehubungan dengan itu, tuan/puan perlu memberikan sumbangan kewangan bagi menampung
perbelanjaan pengangkutan ke Kem Bera dan sarapan sebanyak RM10.00 dan ia perlu diserah bersama-sama
surat kebenaran kepada guru kelas.

5. Jika anak tuan/puan perlu sebarang bentuk ubatan-ubatan, Ibu bapa perlu memaklumkan keadaan
tersebut kepada pihak sekolah kerana pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab jika berlaku apa-apa terhadap
anak dibawah jagaan tuan/puan.

6. Kerjasama dan pertimbangan pihak tuan amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.


”WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”
”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

______________________
[YUSERI BIN MUSTAPA]
Guru Besar
SK Felda Tementi

s.k: Fail Kaunseling

You might also like