You are on page 1of 1

PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU

Sekolah Kebangsaan Nanga Penyarai


D/A Pejabat Pendidikan Daerah Tatau - Sebauh
97200 Tatau, Bintulu, Sarawak

Ruj. Kami : SKNP.100-13/1/4 (10)


Tarikh : 13 Disember 2022
Pengarah Pendidikan Negeri Sarawak
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak
Jalan Diplomatik, Off Jalan Bako
Petra Jaya, 93050 Kuching

Tuan,

SOKONGAN CADANGAN PEMISAHAN


PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH SEBAUH DARIPADA BERGABUNG
DENGAN PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH TATAU
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Adalah dengan ini saya selaku Yang DiPertua Persatuan Ibu bapa Dan Guru (PIBG) sekolah ini
amat bersetuju dengan cadangan pemisahan Pejabat Pendidikan Daerah Sebauh daripada bergabung
dengan Pejabat Pendidikan Daerah Tatau. Berikut adalah beberapa faktor yang perlu diambil kira kenapa
ianya sangat-sangat perlu dipisahkan :-
2.1 Pejabat Utama terletak di Daerah Tatau (semua urusan ibu bapa / penjaga murid berkaitan
dengan persekolahan anak-anak terpaksa ke Tatau (jarak 110 KM) membeban dan sukar
untuk ibu bapa bergerak kerana melibatkan kos dan masa yang agak lama berbanding jika
berurusan di daerah sendiri (Sebauh).
2.2 Urusan Pentadbiran pihak PPD dengan sekolah-sekolah / ibu bapa agak terhad / terhalang
disebabkan jarak sekolah-sekolah di daerah Sebauh adalah jauh dan kebanyakannya berada
di pendalaman (P1, P2 & P3)
3. Justru itu, pihak kita amat mengharapkan agar Pejabat Pendidikan Daerah Tatau-Sebauh yang
ada sekarang perlu dipisahkan demi menyelesai / mengurang masalah serta halangan yang dihadapi oleh
semua pihak yang terlibat.
Sekian, terima kasih.

Yang benar

____________________________________
(JACKSON LINANG ANAK NANGGAI)
Setiausaha
Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG)
SK Nanga Penyarai

s.k 1. Pegawai Pendidikan Daerah Tatau - Sebauh


2. Guru Besar SK Nanga Pemyarai, Tatau
3. Fail Sekolah / PIBG

You might also like