You are on page 1of 2

KERTAS KERJA

PEMBINAAN PAPAN TANDA BERLOGO 3D DI PAGAR UTAMA SEKOLAH


SEKOLAH KEBANGSAAN KELAWIT, TATAU
97200 TATAU, SARAWAK

1.0 LATAR BELAKANG

Sekolah Kebangsaan Kelawit atau nama ringkasnya SK Kelawit, merupakan sebuah sekolah rendah kedua
yang mempunyai murid terbanyak di Daerah Tatau. Pada 2023, Sekolah Kebangsaan Kelawit memiliki 184
pelajar lelaki dan 160 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 344 orang. Ia
mempunyai seramai 30 orang guru dan 9 staf sokongan sekolah.
Sekolah Kebangsaan Kelawit merupakan antara sekolah yang baru dibina di kawasan Daerah
Tatau pada tahun 2005. Reka bentuk sekolah ini lebih kepada reka bentuk sekolah di kawasan bandar dan
mempunyai keluasan tapak yang sangat luas. Sekolah ini mempunyai beberapa bangunan yang besar
seperti blok pentadbiran, dewan utama, dewan makan, dua buah blok asrama, 3 buah kuartes kediaman
guru, kantin, bangunan pra sekolah yang besar dan lain-lain.
Setelah lebih 16 tahun ditubuhkan, keadaan pagar utama sekolah masih dalam keadaan asal dan
memerlukan penambaikan agar keadaan depan sekolah lebih ceria dan indah. SK Kelawit ini adalah
sekolah di bawah Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) Kohort 4. Bagi merealisasikan kemajuan di
sekolah ini, salah satu cadangan kami adalah untuk menambaik papan tanda di pagar utama kepada
papan tanda berlogo 3D kerana papan tanda yang sedia ada sudah uzur dan warna yang sudah kabur.
Pembinaan papan tanda yang baru ini mampu memberikan nafas baharu kepada padangan hadapan di
sekolah dan menaikkan minat murid untuk kerap hadir ke sekolah. Jadi, pihak Sekolah Kebangsaan
Kelawit ingin memohon peruntukan untuk membina papan tanda baharu di pagar utama sekolah.

2.0 RASIONAL

Memartabatkan imej sekolah di mata orang awam, ibu bapa, warga pendidik dan murid di samping
dapat menaikkan minat murid untuk kerap hadir ke sekolah.

3.0 OBJEKTIF

1. Dapat menceriakan kawasan hadapan sekolah terutama pagar utama yang menjadi laluan utama
masuk ke sekolah.

2. Dapat memberikan nafas baharu kepada pandangan hadapan di sekolah.

1
3. Dapat menaikkan minat murid untuk kerap hadir ke sekolah.

4.0 LOKASI
Pagar Utama Sekolah Kebangsaan Kelawit, Tatau

5.0 BUTIRAN PERMOHONAN


Pembinaan Papan Tanda Berlogo 3D di Pagar Utama Sekolah SK Kelawit

6.0 BUTIRAN DAN LAKARAN PAPAN TANDA


Rujuk Lampiran 1

7.0 ANGGARAN KOS / SEBUT HARGA


Rujuk Lampiran 2

8.0 KESIMPULAN

Berdasarkan kepada beberapa fakta yang telah dihuraikan di atas, disimpulkan bahawa keadaan
dan kesempurnaan pagar utama sekolah Sekolah Kebangsaan Kelawit bergantung penuh kepada
kerjasama yang diberikan oleh pihak. Ribuan terima kasih kepada pihak yang bekerjasama akan
menjayakan prermohonan ini. Semoga dengan tersedianya fasiliti ini, para pelajar akan lebih optimis,
kreatif dan lebih menghargai sekolah serta mampu melonjakkan SK Kelawit dalam bidang kurikulum,
sahsiah dan kokurikulum setanding dengan sekolah-sekolah elit yang ada di Bahagian Bintulu dan negeri
Sarawak.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

(THOMPSON ANAK JUNA) (JANUDIN BIN AB RAHMAN)


Guru Data, Guru Besar
SK Kelawit, Tatau. SK Kelawit, Tatau
Tarikh: Tarikh:

You might also like