You are on page 1of 1

PIBG SMA ATTARBIAH AL ISLAMIAH BATU PAHAT

No. 31, Jalan Lim Yew Leong, 83000 Batu Pahat, Johor.
Tel 07- 4346475 Faks 07- 4332712
Email : smabtpahat@gmail.com

Ruj. Kami : JFT0004/002/02


Tarikh : 28 / 1 / 2016

Kepada
Pihak yang berkenaan

Tuan,

SOKONGAN PEMBINAAN BILIK SAINS SMA ATTARBIAH AL ISLAMIAH BATU PAHAT


JOHOR.

Dengan segala hormat perkara di atas dirujuk

2. Adalah dimaklumkan bahawa pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMA
Attarbiah Al-Islamiah Batu Pahat telah menyokong hasrat pihak pengurusan sekolah
melaksanakan pembinaan bilik sains sekolah. Perkara ini adalah penting bagi
melengkapkan proses pengajaran dan pembelajaran (Pdp) dalam kalangan pelajar.

3. Perkara ini memerlukan sokongan bagi melengkapkan pengurusan kurikulum


sekolah. Kami berharap agak pihak Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) serta Kementerian
Pelajaran Malaysia (KPM) akan menyokong projek ini bagi melengkapkan lagi proses Pdp
sekolah. Ini semua adalah untuk memberikan kemudahan sewajarnya kepada para pelajar
yang menuntut di sekolah ini.

4. Oleh itu, di sini sekali lagi saya dan semua ahli jawatankuasa PIBG memohon
kerjasama dari pihak tuan dalam melaksanakan kerja-kerja pembinaan ini. Kami dahului
dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang benar

(ENCIK ABDUL SHUKOR BIN IDRIS)


Naib Yang Dipertua
Persatuan Ibu Bapa dan Guru
SMA Attarbiah Al-Islamiah Batu Pahat.

You might also like