You are on page 1of 2

PANDUAN MENJADI MODERATOR MAJLIS PERTUNANGAN

1. Mengalu-alukan kedatangan rombongan pihak lelaki.

- Beri salam, persilakan tetamu masuk dan duduk.


- Nyatakan terima kasih sudi bertandang.

2. Sesi berkenal-kenalan.

- Memperkenalkan diri sebagai moderator dan ahli keluarga terdekat. Contohnya


ibubapa, datuk nenek dan saudara mara yang ada di dalam majlis.
- Rombongan memperkenalkan diri dan ahli rombongan.

3. Menanyakan apakah gerangan hajat ahli rombongan.

- Jemput wakil rombongan nyatakan hajat.


- Buat-buat tanyalah siapa yang berhajat (nama lelaki)
- Buat-buat tanya, nak petik bunga yang mana satu (nama perempuan), manalah tahu
takut tertukar pulak.

4. Tanya persetujuan ahli keluarga perempuan/empunya diri.

- nak bagi terus persetujuan atau nak mintak tempoh (maklumkan kemudian ?)
- Kebiasaannya tanda persetujuan ialah sudi menerima cincin dan hantaran dari pihak
lelaki.

5. Tetapkan jumlah hantaran

- Sebagaimana yang telah di bincang / persetujui.


- Hantaran penuh atau separuh dahulu sebelum majlis akad nikah.

6. Menetapkan tempoh pertunangan.

- Kedua-dua belah pihak menetapkan tempoh pertunangan.

7. Menetapkan tarikh jangkaan pernikahan dan majlis perkahwinan.

- Tarikh / bulan
- Supaya boleh persiapan oleh kedua-dua pihak.

8. Ganti rugi sekiranya pasangan memutuskan pertunangan.


- Sebenarnya tak elok bersangka negatif, tetapi kita tak tahu apa akan berlaku masa
hadapan.
- Sekiranya putus tunang.
- Lelaki batal, cincin tidak dipulangkan
- perempuan batal, cincin dipulangkan.
9. Upacara sarung cinicin

- Jemput bakal ibu mertua atau wakil pihak lelaki (kakak, mak sedara
dsb) menyarungkan cincin pertunangan.

10. Pesanan

- Pertunangan bukanlah lesen untuk bertemu dan bergaul secara bebas.


- Jaga pergaulan
- Perlu patuh kepada adat resam, budaya dan ajaran agama.
- Menghindarkan diri dari perlakuan maksiat.

11. Doa

- Jemput ustaz / wakil baca doa agar pertunangan diberkati Allah dan hajat dapat di
tunaikan.
- Semoga di lindungi dari sebarang musibah.

Itulah tadi langkah-langkah proses yang perlu disentuh oleh seorang moderator majlis
pertunangan. semoga bermanfaat untuk semua.

You might also like