You are on page 1of 3

(Pihak lelaki) TEKS UCAPAN MAJLIS PERTUNANGAN FALIQ & ZARA

1. Bapa Pihak Perempuan (Tuan Mohd Yusri Bin Ishak) - bertanya hajat

Assalamualaikum wbt

Saya Mohd Yusri Bin Ishak, tuan rumah dan bapa kepada anak perempuan saya,
Siti Fatimah Az Zahra Bt Mohd Yusri ingin mengalu-alukan kedatangan pihak tuan.

Izinkan saya bertanya apa hajat pihak tuan ke mari?

2. Najwan Halimi (Jurucakap) - sampaikan hajat (pantun)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Saya Najwan Halimi selaku jurucakap untuk majlis ini ingin mengucapkan terima
kasih kepada seisi tuan rumah kerana sudi menyambut kedatangan kami.

Hati Yang Terbuka, Dada Yang Lapang,


Wajah Yang Ceria, Kedatangan Di Raikan.
Alhamdulillah, Syukur pada Allah atas segala nikmat,

Dapat kita berkumpul di majlis yang penuh berkat.

Izinkan kami menyampaikan hajat kami ke sini.

SESI PANTUN BERMULA

i) (PIHAK LELAKI MENJUAL PANTUN)

Akar memanjat pohon ara


Nampaknya cantik berseri laman
Besarnya hajat tidak terkira
Hendak memetik bunga ditaman.

ii) (DIBELI PIHAK PEREMPUAN)

iii) (GILIRAN PIHAK PEREMPUAN MENJUAL PANTUN)

iv) (DIBELI PIHAK LELAKI)

Bunga cantik hiasan taman


Bunga sena penghias biara
Tentulah pemuda yang jadi idaman
Orang tua pengatur bicara.
v) (GILIRAN PIHAK LELAKI MENJUAL PANTUN)

Kalau padi katakan padi


Tidaklah kami tertampi-tampi
Kalau sudi katakan sudi
Tidaklah kami ternanti-nanti.

vi) (AKHIRNYA DIBELI PIHAK PEREMPUAN)

3. Wakil Pihak Lelaki (Dato' Sri Halimi Abd Manaf) - bersyukur terima kedatangan dan
bersyukur pinangan diterima

Assalamualaikum wbt

Saya, Dato' Sri Halimi Abd Manaf, wakil rombongan kami.

Saya terlebih dahulu ingin mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada
pihak tuan rumah yang sudi menerima kedatangan rombongan kami.

[Menyatakan rombongan pinangan bersama 4 dulang hantaran termasuk 1


Cincin Pertunangan]

Alhamdulillah, pinangan sudah diterima, cincin tanda pinangan juga sudah di


terima, maka sudah menjadi adat, setiap pertunangan ada syarat-syaratnya,
jadi kami pihak lelaki ingin memaklumkan nilai hantaran dan mas kahwin telah
ditetapkan seperti yang telah dibincangkan semasa sesi merisik.

Tarikh dan lokasi telah ditetapkan iaitu :

Akad Nikah : (Akan dimaklumkan kelak setelah ditentukan pihak Jabatan


Agama)

Kenduri (kedua-dua pihak serentak) : 17 Disember, 2022

Bertempat di : Dewan Perdana Akademi Hevea Malaysia, Stesen


Penyelidikan RRIM, Sungai Buloh.
4. Bapa Pihak Perempuan (Tuan Mohd Yusri Bin Ishak) - bersyukur dengan
Pinangan dan terima tarikh

Alhamdulillah.

Pihak kami terlebih dahulu ingin meluahkan rasa bersyukur dengan pinangan
dari rombongan pihak lelaki dan pihak kami terima seadanya.

[Menyatakan membalas dengan 5 dulang hantaran]

Saya juga ingin memperkenalkan ahli keluarga Zara.


AHLI KELUARGA: [Senarai Ahli Keluarga]

Berkenaan dengan tarikh kenduri mereka, saya juga dimaklumkan bahawa


tarikh yang dicadangkan telah pun dipersetujui dan menerima secara rasmi.
Tarikh nikah akan dimaklumkan kemudian setelah mendapat kelulusan pihak
Jabatan Agama.

5. Najwan Halimi (Jurucakap) - Jemput Sarung Cincin

Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat ilahi dengan selesainya bahagian pertama


acara peminangan ini.

Seterusnya, saya ingin menjemput Siti Fatimah Az Zahra Bt Mohd Yusri untuk ke
tempat yang disediakan bagi acara menyarung cincin.

Dijemput juga Puan Rashidah Binti Othman, ibu kepada Muhammad Faliq Bin
Zahid untuk menyarungkan cincin pertunangan.

6. Najwan (Jurucakap) - Penutup

Selesai sudah acara menyarung cincin kepada bakal pengantin..

Saya ingin menjemput Bapa Pihak Perempuan, Tuan Mohd Yusri Bin Ishak untuk
bacaan doa selamat.

DOA: ( Bapa Pihak Perempuan, Tuan Mohd Yusri Bin Ishak )

PANTUN JEMPUT MAKAN:

Sungguh indah bunga kemboja,


Di bawah atap tepi halaman,
Juadah sudah letak di meja,
Sudilah santap tuan/puan budiman.

You might also like