You are on page 1of 1

PERATURAN AM PERTANDINGAN KAYAK

1 Setiap peserta haruslah memakai jaket keselamatan semasa sesi latihan dan
pertandingan dijalankan. Peserta yang gagal mematuhi arahan tidak akan
dibenarkan menyertai pertandingan.
2 Semua kayak hendaklah berada dalam satu barisan di garisan
permulaan semasa perlumbaan sedia dimulakan.
3 ‘Starters’ (Pelepas) akan memulakan perlumbaan dengan menyebut ‘READY’
, ‘SET’ dan ‘GO’ atau diikuti dengan bunyi hon untuk isyarat berlepas.
4 Peserta yang melakukan kesalahan semasa pelepasan ‘False Start’ yang kedua
dan seterusnya dalam satu perlumbaan akan dikeluarkan dari pertandingan.
5 Peserta yang keluar dari lorong yang telah ditentukan akan
dibatalkan penyertaan.
6 Sekiranya kayak peserta terbalik (capsize) semasa perlumbaan,
penyertaannya akan dibatalkan.
7 Kayak pertama yang hujung ‘Bow’nya melintasi garisan Penamat
bersama semua ’paddlers’ didalamnya , dikira sebagai pemenang.
8 Semua peserta dikehendaki mematuhi ‘TRAFFIC RULE’ semasa latihan dan
juga pertandingan.

11.0 PERKARA AM KAYAK

1 Hanya pegawai-pegawai perlumbaan yang bertugas dan peserta-peserta


yang sedang bertanding sahaja dibenarkan masuk ke kawasan
perlumbaan.
2 Jawatankuasa pengelola berhak memutuskan sebarang perkara yang
tidak dinyatakan dalam peraturan ini dan keputusannya adalah
muktamad.
3 Jawatankuasa Pengelola tidak akan bertanggungjawab terhadap kecederaan
anggota, kemalangan, kematian dan kehilangan barang-barang peserta
sebelum, semasa ataupun selepas pertandingan.
4 Kerosakan peralatan yang disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola adalah
menjadi tanggungjawab pasukan yang menggunakannya. Sebarang
kerosakan adalah tanggungan pasukan terbabit.

You might also like