You are on page 1of 4

SMK SULTAN ABDUL AZIZ, 36000 TELUK INTAN, PERAK

MINIT MESYUARAT PANITIA PJPK BIL 2/ 2016


Tarikh
Masa
Tempat
Kehadiran

:
:

:
7 April 2016 (Khamis)
1.45 ptg
KFC

:
- Guru Hadir
1. Tuan Haji Cherel bin Jaafar
2. Encik Baharuddin bin Inar
3. Encik Nor Hafiz bin Mohd Aspar
4. Encik Zulhasrin bin Ismail
6 Encik Yazid bin Jamni
7. YM Tengku Masyhadi bin Tengku Mahammod
8. Puan Noraha binti Abd Rahim
9. Cik Nor Fihana binti Abdul Salam
10 .Puan Liyana binti Abd Hamid
11. Puan Rahimah binti Mohd Yusop
12. Puan Siti Sarina binti Said
13. Cik Noor Hidayatul Shafira binti Saidon

1. Ucapan Guru Kanan Bidang (Kemanusiaan ) Tn Haji Cherel bin Jaafar.


1.1

Tn. Haji Cherel mengalu-alukan kehadiran semua guru dan mengucapkan terima
kasih atas kehadiran guru.

1.2

Beliau menyampaikan beberapa pesanan Tuan Pengetua seperti:


1.2.1 Fasa I sesi persekolahan telah pun tamat. Tuan Pengetua berharap semua guru
dapat melaksana semua perancangan yang telah disusun dengan jaya.
tambahan lagi, penambahbaikan perlu dilakukan untuk meningkatkan
pencapaian pelajar dalam penilaian pertengahan tahun.
1.2.2 Fasa kedua pula akan bermula dari April hingga Jun, beliau menegaskan
supaya panitia memberikan tumpuan kepada peningkatan prestasi pelajarpelajar. Dialog Pengetua dengan pelajar mendapati:
i. Latihan dari guru kepada pelajar masih kurang.
ii.Buku latihan dan nota perlulah disemak dan dibuat pembetulan.
1.2.3 Panitia perlu fokus pada dasar Back to Basic. Dasar ini merupakan dasar
kurikulum peringkat kebangsaan dan sekolah. guru-guru diminta menghayati
dan mengamalkan dasar ini.
Tindakan : Makluman

1.3

Seperti mana yang telah diputuskan dalam mesyuarat guru bilangan 2/2016;
1.3.1 Format item peperiksaan perlu mengikut format sebenar peperiksaan awam.
1.3.2 Penilaian kertas jawapan perlulah diseragamkan bagi subjek berkenaan dan
mengikut penskoran yang telah ditetapkan agar konsisten.
1.3.3 PBS (subjek selain daripada PT3) perlulah direkodkan

1.3.4
1.3.5
1.3.6
1.3.7

Program peningkatan akademik panitia yang telah dilaksanakan atau dalam


perancangan untuk dilaksanakan perlu direkod dalam borang yang
disediakan.
Program cakna minda telah dijalankan. diharap melalui program ini guruguru dapat memberikan sumbangan yang dapat memotivasikan pelajar untuk
hadir di kelas tersebut.
pencerapan pertama akan dilaksanakan untuk pengauditan akademik, beliau
memohon agar ketua panitia dan setiausaha panitia melengkapkan fail
masing-masing.
Skrip jawapan murid (skrip bertulis) perlu mendapat pengesahan dari ketua
bidang sebelum diserahkan kepada pelajar.
Tindakan : Makluman

1.1 Ucapan Ketua Panitia (Encik Rosli bin Ahmad Zainuddin)


1.1.1 Pengerusi mengalu-alukan dan mengucapkan terima kasih atas kehadiran
semua guru dalam mesyuarat panitia kali kedua dalam tahun 2016.
1.1.2 Pengerusi juga mengucapkan penghargaan atas kerjasama yang baik dari
semua pihak dalam melaksanakan beberapa aktiviti sepanjang persekolahan
yang telah berlangsung.
1.1.3 Pengerusi juga menegaskan kepada semua guru tanggungjawap
terhadap pelajar walaupun guru-guru berdepan dengan pelbagai
masalah pelajar.
Tindakan : Makluman
1.1.4 Selain itu juga, pengerusi meminta agar semua guru-guru lebih
menumpukan aspek pengurusan SEGAK pelajar untuk memudahkan
pengambilan data pelajar.
Tindakan : Makluman
1.1.5 Ketua panitia juga meminta kerjasama daripada rakan-rakan guru untuk
menggunakan bilik sukan sekolah dengan berhemah.
Tindakan : Makluman
1.1.6 Selain itu juga, ketua panitia mengharapkan agar guru-guru PJPK memastikan
borang Segak pelajar telah dilengkapkan untuk data pre test segak..
2. Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat bil 4/2015
2.1 Setiausaha Panitia PJPK membentangkan minit mesyuarat bil 4/2015 untuk disahkan
dan disokong oleh ahli panitia. Encik Baharuddin bin Inar mencadangkan agar
minit disahkan dan disokong oleh Encik Yazid bin Jamni.
3. Perkara Berbangkit
3.1 Fail untuk penyimpanan kad SEGAK perlu disediakan, fail akan disediakan oleh Ketua
Panitia mengikut tingkatan.
4. Analisis peperiksaan SPM dan STPM
4.1 Tidak terlibat dalam peperiksaaan SPM dan STPM
5. Analisis peperiksaan penilaian 1 2016
5.1 Subjek PJK tidak terlibat dengan penilaian 1
6. Pentaksiran PT3

6.1 Subjek PJK tidak terlibat dengan pentaksiran PT3 tetapi masih terlibat dengan PBS. Itemitem PBS dalam pendidikan jasmani kesihatan mempunyai 7 komponen.
7. Headcount 2016
7.1 Bagi subjek pendidikan jasmani dan kesihatan tidak terlibat dalam peperiksaan tetapi
guru mata pelajaran perlu meletakkan markah TOV dan ETR pelajar-pelajar. Markah
TOV dan ETR Tingkatan 2, 3 dan 5 telah selesai dilengkapkan.
8 Program Peningkatan Akademik
8.1 Tiada program peningkatan akademik untuk pendidikan jasmani dan kesihatan.
.
9. Audit Akademik
9.1 Fail Panitia perlu dilengkapkan sebelum 18 April 2016.
9.2 Semua Maklumat guru, sukatan pelajaran, jadual mengajar dan peruntukan kewangan
perlu dilengkapkan.
9.3 Rancangan pengajaran di minta hantar satu salinan untuk dimasukkan ke dalam fail.
Softcopy hantar ke email Cik Fihana (fihanasalam@gmail.com).
10 Peruntukan Kewangan PCG
10.1 Peruntukan kewangan sila rujuk lampiran
16. Hal-hal lain
16.1 Ujian SEGAK bagi pre test telah selesai dilaksanakan dan bagi ujian post test akan
dilaksanakan secara serentak.
16.2 Kursus SEGAK untuk guru-guru PJPK akan dilaksanakan untuk memastikan data yang
diperoleh tepat. Terdapat lagi guru yang kurang arif teknik sebenar melakukan aktiviti
SEGAK.
16.3 Stor sukan telah dikemaskini. Guru sepatutnya ada bersama pelajar sewaktu pemulangan
semula peralatan sukan yang telah digunakan. Pastikan peralatan sukan diletak ditempat
sepatutnya.
16.4 Peralatan dalaman boleh digunakan untuk menggantikan aktiviti luar bilik darjah.
16.5 Waktu pertama dan waktu kedua sahaja dibenarkan melakukan aktiviti PJK di padang
dengan syarat cuaca tidak panas.
16.6 Semua aktiviti sukan di padang dibatalkan selagi tiada surat siaran rasmi dikeluarkan.
16.6.1 Cadangan Aktiviti sewaktu El-nino
- Tayangan movie
-Mencipta replika gelanggang
17. Ucapan Penangguhan
17.1 Encik Rosli Jamil bin Ahmad Zainudin mengucapkan terima kasih sekali lagi atas
kehadiran semua guru-guru dan berharap semua guru dapat memberikan kerjasama
yang baik sepanjang tahun 2016 ini.
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.50 petang

Disediakan oleh

Disahkan oleh

..
Cik Noor Hidayatul Shafira binti Saidon

.
Encik Rosli Jamil bin Ahmad Zainudin
Ketua Panitia Geografi

You might also like