You are on page 1of 5

SMK SULTAN ABDUL AZIZ, 36000 TELUK INTAN, PERAK

MINIT MESYUARAT PANITIA PJPK BIL 1/ 2017

Tarikh : 29 Januari 2017 (khamis)


Masa : 10.00 pg
Tempat : Pusat Sumber Sekolah SMKSAA

Kehadiran :

Guru Hadir
1. Tuan Haji Cherel bin Jaafar Ketua Bidang
Kemanusiaan
2. Encik Rosli Jamil bin Ahmad Zainudin Ketua Panitia
PJPK
3. Encik Alawi bin Azmi Guru PJPK tingkatan
3&5
4. Encik Yazid bin Jamni Guru PJPK tingkatan
1
7. Puan Rahimah binti Mohd Yusop Guru PJPK
tingkatan 2
8. Puan Noraha binti Abd Rahim Guru PJPK tingkatan
4
9. Puan Siti Sarina binti Said Guru PJPK
tingkatan 2
10. Pn Zarina binti Ridzuan Guru PJPK
tingkatan 5
11. Cik Noor Hidayatul Shafira binti Saidon Guru PJPK
tingkatan 5
12. Puan Liyana binti Abd Hamid Guru PJPK tingkatan
1
13. Puan Rohanany binti Abu Seman Guru PJPK
tingkatan 3
14. Puan Cut Farhah binti Abdul Rahman Guru PJPK
tingkatan 3
15. Puan Fauziah binti Samsudin Guru PJPK tingkatan
3

Guru Tidak Hadir


1. Encik Nor Hafiz bin Mohd Aspar ( Bersebab)
2. YM Tengku Masyhadi bin Tengku Mahammod ( Bersebab)

1.0 Ucapan Guru Kanan Bidang (Kemanusiaan ) Tn Haji Cherel bin Jaafar.

1.1 Tn. Haji Cherel mengalu-alukan kehadiran semua guru dan mengucapkan terima
kasih atas kehadiran guru dalam mesyuarat PJPK bilangan 1/2017.

1.2 Beliau mengucapkan tahniah kerana telah menunjukkan prestasi kerja yang baik dan
kerjasama antara guru-guru sangat memuaskan. Selain itu juga, beliau mengingatkan semula
perkara penting dalam ucapan pengetua sewaktu mesyuarat JKKS untuk tindakan semua
guru.
1.2.1 Pakaian rasmi wajib untuk semua guru. Guru lelaki perlu memakai baju kemeja
berlengan panjang dan berkolar, bertali leher serta berkasut.
1.2.2 Setiap hari Rabu perlu memakai pakai uniform lengkap dan setiap hari Khamis
memakai baju batik.
1.2.3 Bagi guru wanita, perlulah berpakaian yang sesuai iaitu tidak menjolok mata
dan berkasut sarung. Tambahan lagi, Tuan Pengetua menegaskan tidak boleh memakai kasut
yang bertumit tinggi.
1.2.4 Terdapat rombakan besar-besar di dalam takwim sekolah yang mana guru-guru
akan mendapat jawatan dan tugasan yang berbeza dari tahun 2016. Hal ini dilihat penting
untuk memberi pengalaman kerja kepada semua guru.
1.2.5 Pengetua menegaskan agar guru perlu mengurangkan waktu keluar masuk
sewaktu masa bekerja. Sistem ganti akan digunakan mulai tahun 2017.
1.2.6 Waktu rasmi bekerja bagi sesi pagi bermula 7.30 hingga 1.20 dan waktu rasmi
sesi petang bermula pada 12.00 pagi hingga 6.45 petang.
1.2.7 Dasar yang telah ditetapkan oleh bahagian KPM, JPN dan juga PPD perlu
dipatuhi oleh semua guru.
1.2.8 Guru-guru perlu menyediakan KPI lengkap bagi setiap bidang, panitia dan
individu.
1.2.9 Pengajaran dan pembelajaran adalah fokus utama pekerjaan guru dan Rekod
Pengajaran Harian perlulah ditulis dan dihantar setiap hari Jumaat.
1.2.10 Perjumpaan ringkas akan diadakan 2 minggu sekali setiap hari Rabu. Sebarang
masalah boleh dibincangkan.
1.2. 11 Dalam mesyuarat panitia yang pertama ini Tuan Haji Cherel memohon akan
dibuat perbincangan berkaitan BBM dalam PdP.
1.2.12 Program Penggayaan dan Pemulihan perlu dibincangkan untuk membantu
pelajar-pelajar khususnya pelajar bermasalah
Tindakan : Makluman

1.3 Ucapan Ketua Panitia (Encik Rosli bin Ahmad Zainuddin)


1.3.1 Pengerusi mengalu-alukan dan mengucapkan terima kasih atas kehadiran
semua guru dalam mesyuarat panitia kali pertama untuk tahun 2017.
1.3.2 Pengerusi berharap agar kerjasama yang telah diberikan sepanjang tahun 2016
dapat dikekalkan untuk tahun 2017 untuk kecemerlangan pelajar.
1.3.3 Seterusnya, pengerusi menegaskan kepada semua guru untuk mendalami dan
memahami KSSM yang telah bermula untuk tingkatan 1 2017.
.

Tindakan : Makluman

2.0 Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat bil 3/2015


2.1 Setiausaha Panitia PJPK membentangkan minit mesyuarat bil 4/2016 untuk disahkan
dan disokong oleh ahli panitia. Encik Yazid bin Jamni mencadangkan agar minit
disahkan dan cadangan ini disokong oleh Puan Noraha binti Abdul Rahim.

3.0 Perkara Berbangkit


3.1 Tiada perkara berbangkit.

4.0 Analisis peperiksaan PT3, Perlunjuran dan tindakan susulan


4.1 Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan tidak terlibat dengan peperiksaan PT3

5.0 Dasar kurikulum


5.1 Dasar kurikulum yang lama masih digunakan dan tiada sebarang perubahan.
5.2 Ketua panitia memaklumkan kepada semua guru PJPK sebarang tindakan atau keraguan
perlu merujuk kepada dasar yang telah ditetapkan.

6.0 Sukatan Pelajaran dan Rancangan Mengajar Tahun 2017


6.1 Semua guru perlu merujuk sukatan pelajaran yang telah ditetapkan.
6.2 Pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung perlulah selari dengan sukatan yang telah
ditetapkan agar tidak timbul sebarang masalah.
6.3 Jadual guru yang menyediakan dan mengedarkan rancangan pelajaran tahunan kepada
guru-guru PJPK.

Tingkatan Nama
Satu 1. Encik Yazid bin Jamni
Dua 1. Puan Rahimah binti Mohd Yusop
Tiga 1. Puan Cut Farhah binti Abdul Rahim
Empat 1. Puan Noraha binti Abdul Rahim
Lima 1. Puan Zarina binti Mohd Ridzuan

Tindakan : Guru yang berkenaan

7.0 Rekod persediaan mengajar guru.


6.1 Guru wajib melengkapkan buku persediaan mengajar sebelum masuk ke kelas.
6.2 Guru dikehendaki menghantar buku rekod mengajar setiap hari jumaat ke pejabat.
6.3 Penulisan buku rekod mengajar bagi subjek pendidikan jasmani dan kesihatan adalah
seperti berikut;
1. Tunjang
2. Tema
3. Kemahiran
4. Objektif
5. Aktiviti
6. Refleksi
Tindakan : Makluman

8.0 Pengajaran dan Pembelajaran


8.1 Pengajaran dan pembelajaran PJPK perlu mengikut sukatan pelajaran yang telah
ditetapkan.
8.2 Bagi tingkatan 1 2017, sukatan mengikut KSSM
8.3 Ketua panitia menekankan pembelajaran kemahiran perlu diterapkan di dalam
pengajaran dan pembelajaran PJPK.
8.4 Penggunaan bahan video juga boleh digunakan sebagai bahan bantu mengajar
terutamanya pengajaran yang melibatkan kemahiran sukar. Pengajaran kemahiran boleh
menggunakan kaedah yang lain untuk kefahaman pelajar.

9.0 Bahan Bantu Mengajar


9.1 Semua peralatan permainan sukan disediakan di dalam stor sukan. Guru boleh
menggunakan semua peralatan dan memastikan peralatan dipulangkan semula ke stor.
9.2 Semua guru bertanggungjawab memastikan peralatan telah di simpan semula. Pelajar
tidak dibenarkan masuk ke stor tanpa kehadiran guru.
9.3 Maklumkan kepada ketua panitia jika memerlukan bahan untuk digunakan sewaktu PdP.
Ketua panitia boleh membuat pesanan dengan PCG yang diterima.
9.4 LO selari dengan penerimaan stok, semua bil-bil stok di simpan di pejabat.
10.0 Program Pengayaan
10.1 Ketua panitia mencadangkan agar semakan semula laporan PAJSK perlu diberi
perhatian terutamanya berkaitan data SEGAK. Pelajar-pelajar yang bermasalah perlu
diberi bantuan seperti Program Gaya Hidup Sihat dan bengkel kesihatan.
10.2 Satu LADAP KSSM akan dilaksanakan untuk memberi pendedahan yang lebih jelas
kepada semua guru-guru PJPK.
10.3 Encik Yazid bin Jamni menerangkan secara ringkas berkaitan penilaian dalam KSSM,
terdapat 3 penilaian iaitu penilaian sumatif, penilaian kemahiran dan juga penilaian
dari aspek bertulis.

11.0 Hal-hal lain


11.1 Pemakaian pelajar perlu mengikuti peraturan yang telah ditetapkan. Pelajar memakai
baju t-shirt sekolah atau baju t-shirt putih, seluar tracksuit dan tudung hitam bagi
pelajar perempuan.
11.2 Guru perlu sentiasa berada dengan pelajar di dalam dan juga aktiviti luar kelas.
11.3 Pengajaran dan pembelajaran dalam kelas perlu dititik berat oleh guru-guru.
11.4 Pastikan semua peralatan dikemas dan tidak ditanggalkan di padang untuk
keselamatan pelajar.
11.5 Serahkan jadual waktu mengajar kepada ketua panitia.
11.6 Data segak akan diambil 2 kali setahun iaitu Mei dan Ogos. Tambahan lagi, Ketua
Panitia memaklumkan kepada guru-guru kad segak akan direzor untuk memudahkan
guru sekiranya pelajar tidak menyerahkan kad yang asal.
11.7 SEGAK secara berkelompok akan dilaksanakan
11.7.1 Data SEGAK pelajar pagi diurus oleh Puan Noraha bin Abdul Rahim
11.7.2 Data SEGAK pelajar petang akan diurus oleh Puan Rahimah binti Mohd
Yusop.
6.1.2 Data SEGAK hanya diisi di dalam PAJSK sahaja.

6.2 Laporan Offline PBS


6.2.1 Offline PBS bagi sesi pagi telah selesai diisi dan beberapa perkara perlu dibuat
pembetulan.
6.2.2 Bagi Offline PBS sesi petang data akan diisi oleh Encik Ong Beik Teng guru
penyelaras ICT.

6.3 Pembentangan ringkas untuk KSSM tingkatan 1 2017


6.3.1 telah dihadiri oleh Puan Siti Sarina bin Said
6.3.2 Komponen bagi subjek PJPK telah diubah dari sudut peratusan
pembelajarannya iaitu, 75 % Pendidikan Jasmani dan 25% Pendidikan
Kesihatan.
6.3.3 Penetapan masa mengajar dan jadual waktu bergantung kepada pihak
pentadbir.
6.3.4 Penulisan rancangan pengajaran harian juga turut dibincang, rancangan
pengajaran perlu ditulis lebih lengkap berbanding sedia ada.
6.3.5 Satu LADAP untuk panitia PJPK akan dilaksanakan pada awal tahun
hadapan untuk pendedahan lebih terperinci berkaitan KSSM PJPK tingkatan 1.

17. Ucapan Penangguhan


17.1 Encik Rosli Jamil bin Ahmad Zainudin mengucapkan terima kasih sekali lagi atas
kehadiran semua guru-guru dan berharap semua guru dapat memberikan kerjasama
yang baik sepanjang tahun 2016 ini.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11.45 petang

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

.. .
Cik Noor Hidayatul Shafira binti Saidon Encik Rosli Jamil bin Ahmad Zainudin
Ketua Panitia Pendidikan Jasmani

You might also like