You are on page 1of 5

SMK SULTAN ABDUL AZIZ, 36000 TELUK INTAN, PERAK

MINIT MESYUARAT PANITIA GEOGRAFI BIL 1/ 2016


Tarikh
Masa
Tempat

:
:
:

31 December 2015 (Khamis)


12.00 pagi
Bilik Audio dan Visual SMKSAA

Kehadiran :
- Guru Hadir
1. Tuan Haji Cherel bin Jaafar
2. Encik Baharuddin bin Inar
3. Encik Nor Hafiz bin Mohd Aspar
4. Encik Zulhasrin bin Ismail
5. Encik Shaharuddin bin Mohd Masdar
6 Encik Yazid bin
7. YM Tengku Masyhadi bin Tengku Mahammod
8. Puan Noraha binti Abd Rahim
9. Puan Nor Fihana binti Abdul Salam
10 .Puan Liyana binti Abd Hamid
11. Puan Rahimah binti Mohd Yusop
12. Puan Siti Sarina binti Said
13. Cik Noor Hidayatul Shafira binti Saidon
1. Ucapan Guru Kanan Bidang (Kemanusiaan ) Tn Haji Cherel bin Jaafar.
1.1

Mengucapkan terima kasih kepada semua guru kerana dapat menghadirkan diri
untuk mesyuarat panitia geografi kali pertama bagi sesi persekolahan 2016 dan
mengucapkan syabas kerana telah berjaya melaksanakan tugas masing- masing
sepanjang tahun 2015.

1.2

Ketua bidang kemanusian mengingatkan guru-guru tentang :


1.2.1 Misi dan Visi sekolah perlu dihayati selaras dengan Misi dan Visi
Kementerian Pendidikan,Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat
Pendidikan Daerah.
1.2.2 Dasar dasar yang perlu dilaksanakan di peringkat sekolah masih terikat
dengan dasar KPM,JPN dan PPD.
1.2.3 Guru-guru perlu mengetahui dan menghayati slogan jabatan dan pejabat
pendidikan yang telah berubah seiring pertukaran Pengarah Jabatan
Pendidikan Negeri dan Pegawai Pendidikan Daerah.
1.2.4 Etika berpakaian .Semua guru diminta memakai tanda nama . Guru lelaki
hendaklah memakai kemeja berlengan panjang dan bertali leher manakala
guru perempuan hendaklah berpakaian rasmi dan tidak mencolok mata.
Tindakan : Makluman

1.3

Memaklumkan fokus utama PPD antaranya :


1.3.1 Budaya kerja cemerlang hendaklah diteruskan jangan bertangguh .
1.3.2 Budaya kerja berpasukan hendaklah diamalkan.
1.3.3 Keutamaan bekerja 70% tugas utama adalah pengurusan kurikulum.

1.3.4
1.3.5
1.3.6
1.3.7
1.3.8

Integriti dan amanah dalam melaksanakan tugas perlu diutamakan.


Back To Basic , guru mengajar murid belajar. Perlu membuat persiapan
sebelum melaksanakan proses pengajaran.
Kenalpasti potensi murid.
Early Warning System (EWS) dan Panduan Perkembangan Pembelajaran
Murid (PPPM) masih diteruskan .
Audit mata pelajaran tumpuan kepada SPM (Geografi tidak terlibat).
Tindakan : Makluman

1.4

1.5

1.6

Seterusnya, beliau juga memaklumkan touch point KPM 2016.


1.4.1 Tiada isu berhubung meja, kerusi, buku teks dan lain-lain keperluan murid
pada atau sebelum dan semasa sesi persekolahan bermula.
1.4.2 PdP bermula pada hari pertama persekolahan.
1.4.3 12 buah sekolah akan dipantau di daerah ini oleh PPD dan JPN.
1.4.4
Penempatan murid dibuat sebelum sesi persekolahan bermula.
1.4.5 Tetapkan high standard dalam akhlak dan moral.
1.4.6 Pelaksanaan tindakan penguatkuasaan.
1.4.7 Penerapan budaya cemerlang.
1.4.8 Pertingkatkan penggunaan SPS (Sistem Pengurusan Sekolah)
Menyentuh serba sedikit aspek hala tuju dan fokus PPD dlm mesyuarat Pengurusan
DHP Bil 4/2016.
15.1 Hala tuju dan aspirasi ke Arah Hilir Perak Excellent :
B2B back to basic
15.2 8 Fokus:
1. Kepimpinan cemerlang
2. Kecekapan pengurusan
3. Kebitaraan sekolah
4. Keberkesanan PdP
5. Kemahiran murid
6. Kecukupan infrastruktur
7. Keterlibatan Ibubapa dan komuniti
8. Kerjasama Agensi Luar
Menyampaikan Ucap tama Pengarah pendidikan Perak
1.6.1 Kenal pasti faktor tidak capai UPSR, PT3 SPM dan
STPM
1.6.2 Strategi untuk peningkatan UPSR, PT3, SPM dan STPM
1.6.3 Rancang tindakan yang perlu sepanjang 2016 utk. peningkatan Perak di Top 5
1.6.4 Mengapa keputusan UPSR tidak sama dengan keputusan sebenar Percubaan
1.6.5 B2B : Penyeliaan berperingkat perlu dirancang dilaksanakan
1.6.6 Jangan ulang kesilapan 2015
1.6.7 Pastikan tiada isu yang boleh jejaskan nama baik organisasi .

1.1 Ucapan Ketua Panitia (Encik Rosli bin Ahmad Zainuddin)


1.1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua guru dalam mesyuarat
panitia kali pertama untuk tahun 2016. Dan mengucapkan terima kasih hadir
ke mesyuarat kali pertama panitia ini.
1.1.2 Pengerusi juga mengalu-alukan kedatangan guru-guru baru dalam panitia
PJPK dan meminta kerjasama yang baik dari semua pihak dalam
melaksanakan tugasan.

1.1.3 pengerusi juga menegaskan kepada semua guru tanggungjawap


terhadap pelajar walaupun guru-guru berdepan dengan pelbagai
masalah pelajar.
Tindakan : Makluman
1.1.4 Selain itu juga, pengerusi meminta agar semua guru-guru lebih
menumpukan aspek pengurusan SEGAK pelajar untuk memudahkan
pengambilan data pelajar.
Tindakan : Makluman
1.1.5 Ketua panitia juga meminta kerjasama daripada rakan-rakan guru untuk
mengadakan gotong royong mengemas kembali bilik sukan sekolah.
Tindakan : Makluman
1.1.6 Selain itu juga, ketua panitia mengumumkan penggunaan kad PAJSK akan
digunakan bermula tahun ini untuk memudahkan penyelarasan maklumat data
pelajar. Semua pelajar diwajibkan membeli kad tersebut.
2. Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat bil 4/2015
2.1 Setiausaha Panitia PJPK membentangkan minit mesyuarat bil 4/2015 untuk disahkan
dan disokong oleh ahli panitia. Puan Noraha binti Abdul Rahim mencadangkan agar
minit disahkan dan disokong oleh Encik Baharuddin bin Inar.
3. Perkara Berbangkit
3.1 Ketua Panitia menekankan agar guru-guru menggunakan pendedahan
PdP yang bersesuaian dengan tahap pelajar supaya pelajar-pelajar
dapat menguasai PdP dengan lebih baik.
3.2 Selain itu juga, ketua panitia sekali lagi mengingatkan guru-guru berkenaan dengan
penggunaan kad ujian segak dan PAJSK akan dimasukkan ke dalam list pembelian buku
4. Analisis pt3
4.1 Subjek Pendidikan Jasmani dan pendidikan Kesihatan tidak terlibat dalam PT3
5. Dasar Kurikulum
5.1 Ketua panitia mengulas sekali lagi hala tuju PPD iaitu BACK TO BASIC yang disebut
dalam ucapan guru kanan bidang. Guru-guru di minta agar menghayati hala tuju ini
di mana konsep guru mengajar pelajar belajar digunakan.
5.2 Selain itu juga, guru-guru di minta agar dapat membezakan setiap kepentingan tugasan
dan mementingkan pengajaran dan pembelajaran bersama pelajar mengatasi tugasan luar
bilik darjah guru.
5.3 Dasar-dasar yang lain masih sama seperti yang telah ditetapkan
6. Huraian Sukatan Pelajaran dan Rancangan Mengajar Tahunan
6.1 Pembahagian penyediaan sukatan dan rancangan mengajar tahunan oleh ahli panitia.
Guru perlu menyediakan dan mengedarkan kepada ahli yang lain selewat-lewatnya akhir
Januari.
6.2 Bagi kelas peperiksaan, silibus perlu dihabiskan sebelum pertengahan Ogos.
7. Rekod Pengajaran
7.1 Maklumat yang perlu disertakan dalam rekod pengajaran:
1. Tunjang

2. Tajuk
3. Objektif pengajaran
4 Aktiviti pembelajaran
5. BBM
6. Refleksi
8 Pengajaran dan Pembelajaran
8.1 Setiap kali kelas PJPK guru dan pelajar perlu memakai pakaian yang sesuai.
8.2 Pelajar perlu memakai baju t-shirt sekolah dan seluar sukan berwarna gelap (hitam atau
dark blue )
8.3 Pelajar perempuan boleh memakai tudung sekolah (putih ) atau memakai tudung hitam
(dijahit dibahagian tengah tudung)
8.4 Pekeliling membenarkan guru mata pelajaran PJPK memakai baju sukan sehingga akhir
sesi persekolahan.
9. Bahan Bantu Mengajar
9.1 Panitia menyediakan bahan-bahan bantu mengajar yang mencukupi untuk
digunakan oleh ahli panitia terutamanya aspek buku rujukan dan buku latihan yang boleh
digunakan dalam kelas.
10 Program Pemulihan Peningkatan Akademik
10.1 program pemulihan untuk subjek PJPK tiada
10.2 Pelajar yang tidak menguasai kemahiran diberikan asuh maju kemahiran.
10.3 Aspek pembangunan sukan
- Encik Yazid akan menguruskan bola sepak sekolah
- Encik Nor Hafiz dan Encik Zulhasrin akan menguruskan pasukan bola baling
sekolah.
10.4 Program Bitara mendapat peruntukan lebih.
11.Pentaksiran Bersepadu Sekolah.
11.1 PBS bagi subjek PJPK untuk semua tingkatan masih diteruskan.
11.2 Jika bahan PBS tersebut merupakan bahan yang disediakan guru sendiri perlu
meletakkan aras band yang diperoleh oleh pelajar pada lembaran tersebut.
11.3 Ketua panitia meminta supaya sekiranya guru-guru mempunyai bahan untuk PBS,
diminta supaya bahan tersebut dikongsi bersama guru lain agar tahap penilaian pelajar
itu dapat diselaraskan.
12. Penilaian dan Peperiksaan Dalaman.
12.1 Pembahagian tugas membuat kertas soalan untuk penilaian pertama 2016
12.2 Soalan bagi pelajar tingkatan dua dibuat berbeza bagi sesi pagi dan petang bagi
mengelakkan sebarang masalah.

13. Pemantauan
13.1 pemantauan dibuat oleh pihak PPD/JPN
13.2 Lebih masa mengajar di luar kelas.
14 Teknologi
14.1 Ketua panitia meminta agar semua guru geografi meningkatkan penggunaan
Frog Vle dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
14.2 Sekurang-kurangnya satu masa digunakan untuk pelajar dan guru sama-sama

menggunakan system Frog VLE dalam pengajaran dan pembelajaran.


14.3 Ketua panitia menjelaskan situasi dimana penggunaan ICT dalam PdP tidak dapat
dibuat selalu kerana kebanyakan pengajaran dan pembelajaran berlangsung di luar kelas.
15. kewangan
15.1 Jumlah terima PCG 2016 adalah sebanyak RM7417.45
16. Hal-hal lain
16.1 Tiada hal-hal lain
17. Ucapan Penangguhan
17.1 Encik Rosli Jamil bin Ahmad Zainudin mengucapkan terima kasih sekali lagi atas
kehadiran semua guru-guru dan berharap semua guru dapat memberikan kerjasama
yang baik sepanjang tahun 2016 ini.
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.00 petang

Disediakan oleh

Disahkan oleh

..
Cik Noor Hidayatul Shafira binti Saidon

.
Encik Rosli Jamil bin Ahmad Zainudin
Ketua Panitia Geografi

You might also like