You are on page 1of 1

7b) CABARAN YANG DIHADAPI OLEH MALAYSIA DALAM MEMAJUKAN EKONOMI NEGARA

DAN LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGATASI CABARAN TERSEBUT.

Cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dalam memajukan ekonomi negara ialah Malaysia
berhadapan dengan krisis ekonomi pada tahun 1997-1998. Negara mengalami kelembapan
ekonomi yang serius ekoran kemelesetan ekonomi dunia. Peluang pekerjaan berkurangan dan
penduduk Kesimpulannya, Malaysia kehilangan pekerjaan apabila syarikat-syarikat luar negara
yang beroperasi di negara kita melangkah meninggalkan negara kita.

Cabaran yang terpaksa ditempuhi ialah Malaysia mengalami tahap daya saing dengan negara-
negara lain di dunia pada tahun 2012. Ini menunjukkan Malaysia terpaksa menempuh cabaran di
pasaran global. Pelabur asing berpindah ke negara lain. Kesannya, Malaysia kehilangan
kemasukan wang asing.

Malaysia juga berhadapan dengan kadar faedah pinjaman asas yang tinggi daripada Bank
Dunia. Keadaan ini menggugat kedudukan kewangan negara. Faedah pinjaman yang tinggi
menyebabkan negara terpaksa membayar balik kos dalam kuantiti yang banyak.

Langkah-langkah yang drastik harus diambil bagi menangani cabaran - cabaran tersebut
Antaranya mempertingkatkan pertumbuhan ekonomi hiliran. Contohnya dengan memajukan
industri nelayan melalui LKIM bagi menambah baik industri perikanan negara.

Langkah seterusnya adalah dengan menyediakan peluang pekerjaan yang secukupnya


kepada penduduk tempatan. Penduduk tempatan dididik agar menerima kos upah yang rendah. Hal
ini dapat menyaingi lambakan pekerja asing di negara kita.

Konklusinya, usaha yang dilakukan ini sedikit sebanyak dapat meningkatkan pembangunan
ekonomi negara agar negara kita mampu bersaing dengan negara maju yang lain.

You might also like