You are on page 1of 1

Taktik Perang Secara Gerila

Sebenarnya saudara sekalian selain daripada formasi ketenteraan dan penyamaran


serta tipu muslihat, masyarakat Melayu juga terkenal dengan taktik perang gerila. Taktik
perang gerila sebenarnya lebih banyak diamalkan di wilayah-wilayah di semenanjung
tanah Melayu dan di Sumatera berbanding di Jawa di mana orang-orang Jawa lebih
suka melakukan serangan frontal. Hal ini dikukuhkan dengan catatan Godinho De Eridea
yang menyatakan bahawa tentera Melayu di semenanjung tidak mempunyai taktik
ketenteraan yang sama seperti taktik tentera Eropah, mereka sering menggunakan
serangan yang berbentuk mengejut atau ambush dan serangan hendap yang
dilancarkan di jalan-jalan yang sempit dan di kawasan hutan yang tebal.

Taktik perang sebegini semakin kerap digunakan oleh orang-orang Melayu di seluruh
Nusantara terutamanya apabila pihak penjajah barat mula campur tangan dalam urusan
pentadbiran tempatan yang menyebabkan terjadinya penentangan atau peperangan. Di
Aceh misalannya dikatakan bahawa walaupun tentera Belanda berjaya menawan banda
Aceh dan Istana Sultan, namun demikian ini tidak bermakna perlawanan telah berakhir.
Hal ini kerana di Aceh wujudnya kekuasaan yang besar di atas tangan pembesar-
pembesar daerah ataupun Sagi. Pembesar-pembesar daerah inilah yang menjalankan
peperangan secara gerila terhadap tentera Belanda selama lebih empat puluh tahun dari
tahun 1973 hingga 1903. Setelah berjaya menguasai beberapa buah mukim di Aceh dan
membunuh ramai rakyatnya termasuk kanak-kanak dan wanita di mukim enam, tentera
marsose Belanda telah mara ke mukim Sembilan yang masih lagi tidak berjaya di tawan.

Oleh kerana tidak ingin melihat ramai rakyat terkorban dan rumah-rumah rakyat yang
dibakar, pemimpin pahlawan Aceh iaitu Tengku Ibrahim Lamnga seorang Uleebalang
yang terkenal, telah membawa pasukannya untuk menyerang tentera Belanda secara
gerila. Pasukan Ibrahim Lamnga telah mengadakan serangan hendap terhadap patroli-
patroli Belanda yang berkeliaran di sekitar Aceh. Mereka akan bersembunyi di sebalik
semak dan menyerang dari belakang. Selain daripada serangan hendap, pasukan
Ibrahim Lamnga juga dikatakan telah meronda sekitar wilayah-wilayah Aceh dan
memusnahkan segala kemudahan dan binaan asas yang dapat membantu tentera
Belanda bergerak dari satu daerah-ke daerah yang lain dengan mudah. Antaranya ialah
titian buluh yang dibuat oleh tentera Belanda merentangi paya dan sawah untuk
memudahkan pergerakan tentera serta rel kereta api. Semua ini dimusnahkan oleh
pasukannya.

You might also like