You are on page 1of 5

FORMAT PENULISAN LAPORAN INOVASI

1. Laporan ditulis dalam Bahasa Melayu.


2. Fon – Times News Roman, size – 11
3. Single spacing
4. Justify
5. Page layout – A4
6. Margins 2.54 cm (atau 1 inci) atas and bawah, kiri and kanan (normal margin).
7. 3-4 muka surat termasuk rujukan
8. APA 6 ed. style untuk rujukan
9. Tajuk Inovasi: Huruf besar , di tengah (centre), bold, size -14
10. Tajuk utama – Huruf Besar, di tepi, bold, size - 11
11. Subtajuk – Huruf kecil, di tepi, bold, size – 11
12. Sila hantar laporan di dalam format Microsoft Word (.doc).

KANDUNGAN PENULISAN LAPORAN INOVASI

1. TAJUK INOVASI
2. NAMA AHLI KUMPULAN DAN ORGANISASI
3. ABSTRAK
4. OBJEKTIF
5. KUMPULAN SASARAN
6. LATAR BELAKANG
7. MASALAH-MASALAH YANG DIHADAPI
8. INOVASI YANG DILAKSANAKAN
a. Bahan yang Digunakan dalam Penghasilan Inovasi
b. Cara Inovasi Digunakan
c. Kos Penghasilan Inovasi
9. KEBERKESANAN
10. POTENSI UNTUK DISEBARLUASKAN KEPADA PIHAK LAIN
11. RUMUSAN
12. RUJUKAN
13. GAMBAR AHLI-AHLI KUMPULAN – sekiranya ada

Sila hantar laporan inovasi dalam bentuk softcopy sebelum atau pada 26 JULAI 2019 kepada saya
melalui emel beechoo.yee@iptho.edu.my atau WhatsApp/Telegram 012-7541148.

Berikut dikongsikan suatu contoh laporan inovasi sebagai rujukan.


QR BIG BOOK
Mohamad Nur Hakim Al Hakim Bin Hamdan
Mohamad Akmal Fahmi Bin Asmuni
Mohammad Jazlie Bin Jaafar
Awangku Ahmad Bin Awang Bujang
Yee Bee Choo (Pensyarah Pembimbing)

Jabatan Bahasa
Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor

ABSTRAK
QR Big Book atau Quick Response Big Book digunakan untuk meningkatkan kefasihan membaca
dalam kalangan murid apabila mereka membaca teks dalam Bahasa Inggeris. QR Big Book ini
merupakan kombinasi elemen Big Book dengan penggunaan Kod QR untuk membolehkan murid-
murid membaca melalui proses kendiri. Fokus utama projek ini ialah untuk meningkatkan keupayaan
murid dalam membaca perkataan atau ayat Bahasa Inggeris dengan fasih dan tepat.

OBJEKTIF
1. Untuk meningkatkan kefasihan membaca murid.
2. Untuk menggalakkan minat murid dalam membaca.
3. Untuk membolehkan murid belajar dengan sendiri.

KUMPULAN SASARAN
Murid-murid sekolah rendah.

LATARBELAKANG
Satu daripada objektif Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 adalah supaya
semua murid berkeupayaan untuk menguasai asas literasi Bahasa Inggeris selepas 3 tahun mengikuti
pendidikan rendah dari Tahun 1 hingga Tahun 3. Program LINUS 2.0 telah pertama kali
diperkenalkan pada tahun 2013 dengan mewajibkan semua murid Tahun 1 menduduki ujian saringan
dalam Bahasa Inggeris.

MASALAH-MASALAH YANG DIHADAPI


Berdasarkan pemerhatian dalam pengalaman praktikum yang lepas, beberapa masalah ketika aktiviti
membaca Bahasa Inggeris dijalankan telah dikenal pasti. Pertama, murid-murid sekolah rendah sangat
lemah dalam membaca Bahasa Inggeris. Ketika membaca teks, mereka berhenti pada perkataan-
perkataan tertentu kerana mereka tidak tahu menyebutnya dan tidak dapat membaca dengan fasih dan
betul. Kedua, murid tidak ada motivasi ketika membaca. Mereka tidak tahu akan kepentingan
membaca dalam pembelajaran. Mereka juga hilang minat membaca apabila teks bacaan panjang dan
kandungannya tidak menarik. Selain itu, mereka tidak memahami teks yang dibaca.

Menurut Bahramy dan Araghi (2013), antara faktor yang mengurangkan minat pelajar dalam belajar
Bahasa Inggeris adalah pelajaran yang membosankan dan tidak sesuai digunakan dalam kelas, aktiviti
dan bahan yang tidak menarik, dan persepsi negatif pelajar terhadap Bahasa Inggeris. Oleh itu,
penggunaan alat bantu mengajar yang menarik seperti QR Big Book diperlukan untuk memberi
motivasi kepada murid-murid untuk belajar Bahasa Inggeris.

INOVASI YANG DILAKSANAKAN

Bahan yang Digunakan dalam Penghasilan Inovasi


 Mounting board, poket file plastik, selotap berwarna, ring file
 Aplikasi: Vocaroo (untuk rakaman audio) dan QR Code Generator (pengimbas kod QR)
Rajah 1: QR Big Book yang telah dihasilkan

Rajah 2: Kandungan teks bacaan dan Kod QR yang terletak di bahagian kiri bawah

Cara Inovasi Digunakan


1. Murid mengimbas Kod QR yang ada dalam QR Big Book
2. Murid mendengar audio untuk sebutan Bahasa Inggeris yang betul.
3. Murid membaca mengikut sebutan yang didengar dari audio.

Rajah 3: Murid mengimbas kod QR menggunakan telefon pintar


Kos Penghasilan Inovasi
Kos: RM10 (sebuah buku)
Buku ini dapat dihasilkan dengan murah kerana hanya memerlukan mounting board, poket file plastik
dan kertas. Aplikasi pengimbas kod QR boleh didapati secara percuma, yang diperlukan hanyalah
telefon pintar dan capaian internet.

KEBERKESANAN
Seramai tujuh orang murid Tahun 5 dari sebuah Sekolah Kurang Murid yang terlibat dalam projek
inovasi ini. Ujian pra dan ujian pasca iaitu Speed Reading Test telah digunakan untuk melihat
peningkatan kelajuan murid dalam membaca setelah menggunakan QR Big Book. Masa telah dicatat
dalam dua ujian ini. Selepas data dianalisis, rajah berikut menunjukkan keputusan murid dalam
membaca.

Perbandingan Skor Ujian Pra dan Ujian Pasca


120 107 106 107
105 103
94 98 96
100 90
83 84 80
76
80
62
Perkataan per
60
Minit
Pra Ujian
40
Pasca Ujian
20

0
Peserta Peserta Peserta Peserta Peserta Peserta Peserta
1 2 3 4 5 6 7
Peserta

Rajah 4: Perbandingan skor ujian oleh setiap peserta dalam ujian pra dan ujian pasca

Perbandingan Purata Ujian Pra dan Ujian Pasca dalam "Speed


Reading Test"
105
99.71
100
95
Perkataan Per
90 Pra Ujian
Minit 84.71
85 Pasca Ujian
80
75
Pra Ujian Pasca Ujian
Ujian
Rajah 5: Purata min ujian pra dan ujian pasca

Rajah 4 membandingkan skor ujian sebelum dan selepas penggunaan QR Big Book di dalam
pengajaran dan pembelajaran manakala Rajah 5 menunjukkan purata min skor sebelum dan selepas
ujian. Secara umumnya, tahap kefasihan murid dalam membaca meningkat selepas penggunaan QR
Big Book dilaksanakan di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.
POTENSI UNTUK DISEBARLUASKAN KEPADA PIHAK LAIN
Projek inovasi ini sangat berpotensi untuk diperluaskan kepada guru-guru dan ibu bapa kerana ia
sangat mudah untuk disediakan dan digunakan di dalam bilik darjah mahupun di rumah. Penggunaan
inovasi ini juga tidak terhad kepada satu pengajaran dan satu matapelajaran sahaja kerana ciri-ciri
fleksibiliti yang terdapat pada inovasi ini membolehkan guru untuk menukar rakaman audio pada
pautan kod QR, teks dan gambar yang diinginkan bergantung kepada topik dan matapelajaran yang
ingin diajarkan. Selain itu, inovasi ini turut boleh digunakan oleh ibu bapa untuk mengajar anak-anak
mereka membaca di rumah dengan mengimbas kod QR yang telah disediakan oleh guru.

RUMUSAN
Kesimpulannya, inovasi ini adalah sangat praktikal kerana ia dapat membantu murid-murid
meningkatkan kemahiran dan kefasihan mereka dalam membaca. Selain itu, ia juga dapat memberi
motivasi kepada murid-murid untuk membaca kerana mereka dapat mendengar rakaman audio dan
menggunakan telefon pintar untuk mengimbas kod QR. Ini dapat menarik dan meningkatkan minat
mereka dalam membaca.

RUJUKAN
Bahramy, M., & Araghi, M. (2013). The identification of demotives in EFL university students:
International Journal of Basic and Applied Science, 1 (4), 840-845. Retrieved from
http://citeseerx.ist.psu.edu/viewdoc/ download?doi=10.1.1. 416.1928& rep=rep1&type=pdf

AHLI-AHLI KUMPULAN

You might also like