You are on page 1of 2

PK07 Pengurusan Mesyuarat

PK 07/3

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO PENGGAWA BARAT


MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA PUSAT SUMBER SEKOLAH DAN
PROGRAM NILAM PERINGKAT SEKOLAH
BIL 2/ TAHUN 2016

Tarikh : 26 Oktober 2016

Masa : 2.30 petang

Tempat : Bilik Mesyuarat Intelek

Pengerusi : Tn. Hj. Hashim bin Mohd Dom

Kehadiran(Bilangan) : 17 (Semua hadir)

Turut Hadir (Jika ada) : Tiada

1 PERUTUSAN PENGERUSI

Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih di atas kehadiran semua. Pengerusi


mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua guru khususnya ahli jawatankuasa
nilam terhadap peningkatan pencapaian NILAM semua pelajar.

2 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT JK INDUK BIL.1/ TAHUN


2016 DAN JK NILAM BIL. 1/ TAHUN 2016

2.1 Dibentang oleh Tn. Hj. Shairul Azman bin Bahari


Dicadang untuk disahkan oleh En. Norhisham
Disokong untuk pengesahan oleh Pn. Hafzanisa

3 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

3.1 Didapati calon Tokoh Nilam kurang keyakinan diri dari aspek lisan dan penulisan
Tindakan:
Mendapatkan bantuan dan motivasi daripada kaunselor bagi membina keyakinan dii serta
memberikan latihan dan pendedahan yang secukupnya.

3.2 Pusat sumber sentiasa penuh semasa PdP


Tindakan:
Memaklumkan kepada semua guru-guru agar tempahan perlu dibuat seminggu awal,
guru relief tidak dibenarkan menggunakan PSS dan hanya guru-guru sahaja yang
dibenarkan membuat tempahan penggunaan PSS.

4 PEMBENTANGAN PENCAPAIAN NILAM KESELURUHAN TAHUN 2016

4.1 Dibentang oleh Tn. Hj. Shairul Azman bin Bahari

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00
PK07 Pengurusan Mesyuarat

5 PEMBENTANGAN AKTIVITI PUSAT SUMBER SEKOLAH TAHUN 2016

5.1 Dibentang oleh Tn. Hj. Shairul Azman bin Bahari (Rujuk Lampiran Laporan
Aktiviti Pusat Sumber Sekolah 2016)

6 PEMBENTANGAN PERBELANJAAN TAHUN 2016

6.1 Dibentang oleh Tn. Hj. Shairul Azman bin Bahari (Rujuk Lampiran Penyata
Kewangan Akaun Bantuan Geran Per Kapita (PCG) Pusat Sumber Sekolah SMK
Dato Penggawa Barat

7 PERBINCANGAN ISU SEMASA:

7.1 En. Shairul Azman bin Bahari memohon bantuan beberapa pelajar atau
pustakawan untuk menguruskan perpustakaan mini di surau bermula jam 2
hingga 4 petang.

8 HAL-HAL LAIN

8.1 Jamuan akhir tahun PSS 2016 akan diadakan pada 14 November di Restoran
Bakar-Bakar, Bandar Baru Uda.

PENUTUP

a) Ucapan penangguhan
a. Pengerusi mengharapkan peminjaman buku dan pencapaian Nilam pada
tahun 2017 akan mencapai 100 %.
b. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.05 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

............................................... ..................................................
(EN. SHAIRUL AZMAN BIN BAHARI) (TN. HJ. HASHIM BIN MOHD DOM)
Setiausaha Pengerusi

Tarikh: 24 November 2016 Tarikh:

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00

You might also like