You are on page 1of 5

6 Selepas pemerintahan Khulafa al-Rasyidin,pentadbiran kerajaan Islam seterusnya telah

dilaksanakan oleh kerajaan Bani Umaiyah.

(a) Terangkan pembentukan kerajaan Bani Umaiyah

[4 markah]

(b) Jelaskan sumbangan kerajaan Bani Umaiyah dalam bidang politik

[8 markah]

(c) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah tindakan yang wajar oleh
kerajaan dinegara kita untuk memerangi gejala rasuah bagi memantapkan
pentadbiran

[8 markah]

[6 markah]
Soalan Butiran Markah

(a) Terangkan pembentukan kerajaan Bani Umaiyah

F1 Diasaskan oleh Muawiyah bin Abu Sufian. 1


Nama sempena keturunan Bani Umaiyah.
F2 1
Menerima penyerahan kuasa daripada Hasan bin Ali.
F3 Pemerintahan tahap pertama berpusat di Damsyik 1
Pemimpinnya memakai gelaran Khalifah. 1
F4
Diasaskan semula oleh Abdul Rahman al-Dakhil.
F5 1
Pemerintahan tahap kedua berpusat di Cordova, Sepanyol.

F6 Pemimpinnya memakai gelaran Amir. 1

[4m]
[Mana-mana 4 x 1m]
(b) Jelaskan sumbangan kerajaan Bani Umaiyah dalam bidang politik

[8 markah]
F1 1
Memperkenalkan Sistem Khalifah.
F2 1
Mengekalkan Khalifah sebagai ketua pemerintah.
F3 1
Perlantikan khalifah adalah melalui warisan.
F4 · Memperkenalkan Sistem Wazarah. 1
Wazir mengetuai sistem pentadbiran pusat. 1
F5
Gabenor mengetuai pentadbiran wilayah.
F6 ·
1
Memperkenalkan Sistem Urus Setia.
Melantik pegawai menguruskan pentadbiran. 1
F7
· Mewujudkan bahagian pentadbiran 1
F8
Membahagikan urusan pentadbiran kepada beberapa bahagian
1
bahagian surat menyurat, bahagian cukai, bahagian ketenteraan,
bahagian polis dan bahagian kehakiman. 1
F9
· Memperkenalkan Sistem Hijabah.
F10 Memeriksa orang yang mahu menemui khalifah.
[2m]
Pegawai dilantik mengawal keselamatan khalifah.
· Menubuhkan jabatan kerajaan.
F11 Menubuhkan empat jabatan – Jabatan Cukai, Surat Menyurat,
Urusan Am, dan Urusan Cop Mohor
F12
· Memperkemaskan sistem ketenteraan.
F13 Menubuhkan Diwanul Jundi (Jabatan Ketenteraan).
Menubuhkan angkatan tentera darat dan tentera laut.
Memperkemaskan sistem perundangan
Menetapkan peraturan menjatuhkan hukuman.
Hukuman yang dikenakan adalah berdasarkan ijtihad. Ijtihad
perundangan berpandukan al-Quran, Sunnah atau ijmak.
Menetapkan etika hakim.
Mestilah bebas daripada mana-mana pengaruh.
Tidak boleh melibatkan diri dalam politik.
Tidak boleh cenderung kepada aliran politik pemerintah.
Bersifat adil dalam penghakimannya.
Tidak dipengaruh latar belakang orang yang diadili
(c)
apakah tindakan yang wajar oleh kerajaan dinegara kita untuk
memerangi gejala rasuah bagi memantapkan pentadbiran

[8 markah]

tindakan yang wajar oleh kerajaan dinegara kita untuk memerangi


gejala rasuah bagi memantapkan pentadbiran [8 m]
sepertimemperkuatkuasakan undang-undang dan hukuman. Hal ini

bagi memastikan pengamal rasuah akan berfikir dua kali sebelum

melakukan rasuah. Hukuman yang berat perlu dijatuhi kepada pesalah

rasuah agar mereka serik untuk melakukan gejala rasuah di kemudian hari.

Melalui langkah ini, masyarakat akan sedar betapa bahayanya aktiviti

rasuah ini.

Seterusnya, pendedahan awal tentang bahayanya gejala rasuah

sejak di bangku sekolah lagi merupakan langkah yang bijak bagi

menangani gejala rasuah. Generasi yang dididik agar membenci gejala

rasuah ini akan lebih bersikap telus, jujur dan amanah semasa

menjalankan tugas mereka. Pendedahan awal tentang gejala rasuah ini

boleh diterapkan dalam sukatan pelajaran di sekolah dalam mata pelajaran

Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, dan Pendidikan Sivik dan

Kewarganegaraan.

Langkah lain ialah mempermudahkan urusan menggunakan

kemudahan teknologi maklumat (ICT). Proses yang panjang dan sukar

semasa melakukan urusan harus dipermudahkan menggunakan kelebihan

ICT. Melalui cara ini, seseorang induvidu lebih cenderung berurusan

dengan menggunakan perkhidmatan atas talian yang lebih cepat dan cekap

sekaligus membendung gejala rasuah yang mudah berlaku seperti sogokan

semata-mata untuk mempercepatkan prosedur proses urusan.


Kerajaan melancarkan Pelan Antirasuah Nasional [NACP] untuk membersihkan
imejnya sambil menangani rasuah yang telah mencemarkan nama baik negara.

Perdana Menteri Mahathir Mohamad yang melancarkan pelan lima tahun dari
2019 - 2023 di pusat pentadbiran Putrajaya berkata kerajaan komited memerangi
rasuah, dan usaha ini merupakan amaran kepada pesalah rasuah pada masa kini
dan masa depan.

“Pelan ini adalah satu kenyataan tegas dari kerajaan sekarang, iaitu pesalah yang
lalu telah dan sedang kita kejar dan akan kita hukum, manakala pemberi dan
penerima rasuah sekarang dan masa depan akan dikenakan tindakan yang lebih
tegas.


Pelan yang akan dibangunkan oleh Pusat Tadbir, Integriti dan Pencegahan
Rasuah (GIACC) Negara dijangka akan melancarkan perubahan besar dalam
proses pelantikan jawatan penting, keperluan bagi penggubal undang-undang dan
menteri untuk mengisytiharkan secara terbuka aset mereka, dan memperkenalkan
undang-undang baru untuk mengawal pembiayaan politik dan melobi.

Kesimpulannya, semua lapisan masyarakat perlu berganding bahu bagi

membanteras gejala rasuah ini agar imej negara bersih dari gejala rasuah.

Hal ini juga akan menjadikan ekonomi negara kita bertambah maju tanpa

rasuah.

(Mana- mana jawapan munasabah)

[Mana-mana 8 x 1m]

You might also like