You are on page 1of 3

Bahagian B

[ 60 markah ]

Jawab tiga soalan sahaja

5. Tamadun China telah mencapai banyak kemajuan dalam bidang pertanian sejak zaman
Dinasti Shang.

(a) Jelaskan kemajuan yang telah dicapai dalam bidang tersebut. [4 markah]

(b) Bagaimanakah generasi masa kini harus mencontohi pencapaian masyarakat


tamadun China?
Beri penjelasan anda. [8 markah]

(c) Pernyataan berikut berkaitan dengan bidang pertanian di negara kita.


‘Pertanian adalah perniagaan’ bertujuan
mentransformasikan Malaysia daripada sebuah
negara perindustrian kepada sebuah negara pertanian.
Sumber : www.usahawan.com

Sejauh manakah pernyataan tersebut dapat dibuktikan? [8 markah]

6. Perjanjian Hudaibiyah telah ditandatangani pada tahun 6 Hijrah antara orang Islam Madinah
dengan orang Quraisy Makkah.

(a) Jelaskan peristiwa yang membawa ke arah termenterainya Perjanjian Hudaiyah?


[4 markah]

(b) Terangkan Isi kandungan Perjanjian Hudaibiyah. [4 markah]

(c ) (i) Perjanjian Hudaibiyah dianggap sebagai peristiwa yang amat penting kepada
perkembangan Islam.
Beri penjelasan anda. [6 markah]

(ii) Jelaskan iktibar yang boleh diambil daripada perjanjian tersebut. [6 markah]
7. Masyarakat majmuk memang sinonim dengan Malaysia sebagai sebuah negara yang
bercirikan pelbagai kaum dan juga identiti. Terdapat lebih 80 kaum di seluruh Malaysia.
Daripada keseluruhan bangsa tersebut terdapat tiga bangsa yang paling utama iaitu
Melayu, Cina dan India.
(http://ansuez.blogspot.my/2015/03/pembentukan-masyarakat-majmuk-di.html)

(a) Apakah faktor -faktor pembentukan masyarakat berbilang kaum di Tanah


Melayu? [8 markah]

(b) Mengapakah perpaduan kaum sukar diwujudkan pada zaman British?


[6 markah]

(c) Sejauhmanakah perpaduan kaum telah membina negara dan bangsa Malaysia
yang berdaulat. [6 markah]

8. Penentangan terhadap British berlaku di negeri-negeri Melayu pada abad ke-19.

(a) Mengapakah penentangan terhadap British berlaku di negeri-negeri berikut:

(i) Kelantan [4 markah]


(ii) Terengganu [4 markah]

(b) Ceritakan peristiwa penentangan di kedua-dua negeri di 8(a). [8 markah]

(c) Mengapakah pemimpin tempatan pada abad ke-19 tidak berjaya menentang penjajah
British? [4 markah]

You might also like