You are on page 1of 1

BAHAGIAN C

Soalan : Ringkasan

Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut,tulis sebuah ringkasan
tentang kepentingan-kepentingan industri perikanan. Panjangnya ringkasan anda hendaklah
tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri
tanpa mengubah maksud asal petikan.

Industri perikanan Malaysia memainkan peranan penting dalam pertumbuhan ekonomi negara.
Sumbangan industri ini kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNKK) pada tahun 2017
ialah sebanyak RM 14.3 bilion bagi subsektor perikanan. Hal ini menunjukkan peningkatan
yang memberangsangkan berbanding dengan 10 tahun sebelumnya, iaitu sektor ini hanya
menyumbangkan RM6.21 bilion. Hal ini jelas menunjukkan sumbangan sektor perikanan
dalam pembangunan ekonomi negara.

Industri ini berpotensi untuk dimajukan dalam usaha memberikan sumbangan kepada
eksport negara. Bagi membangunkan industri ini, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM)
bersama-sama Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) merangka pelan strategik
secara holistik yang merangkumi pembangunan sektor perikanan dan sosioekonomi nelayan.

Industri perikanan turut menyumbang kepada pengeluaran makanan negara bagi


memastikan keperluan bekalan makanan sentiasa mencukupi. Permintaan ikan negara dijangka
akan semakin bertambah selari dengan pertambahanan penduduk. Sehubungan itu,kerajaan
berusaha untuk meningkatkan pengeluaran ikan dan menguruskan sumber perikanan secara
mampan dengan memperkenalkan teknologi baharu.

Para nelayan juga mampu memperoleh pendapatan yang lumayan untuk menyara
kehidupan daripada industri perikanan, khususnya perikanan laut dalam. Jabatan Perikanan
giat menarik penyertaan nelayan tempatan untuk meneroka industri tangkapan ikan laut dalam
dengan menyediakan kursus dan kemahiran.

You might also like