You are on page 1of 1

Kesan Perubahan Struktur Ekonomi Negara

Usaha kerajaan mengubah struktur ekonomi Negara telah mewujudkan pelbagaiimplikasi. Terangkan
implikasi2 tersebut.

Perubahan struktur ekonomi negara membawa kesan positif kepada gunatenaga dan pendapatan negara.

1.Pelaburan asing - sektor perindustrian menarik kemasukan pelabur asing untuk menanam modal
- pelabur asing turut membawa kemajuan teknologi seperti teknik baru, modal,kemahiran
pemasaran dan pengurusan-kerajaan menggalakkan kemasukan pelaburan asing dengan
(a) Akta Galakan Pelaburan 1968
(b) memberi taraf perintis
(c) mengadakan kawasan zon perindustrian
(d) menubuhkan MIDA(Lembaga Kemajuan Perindustrian) dan
HICOM(Perbadanan IndustriBerat Malaysia)

2. Perkembangan sektor perkilangan


- perubahan struktur ekonomi membawa perkembangan sektor perkilangan seperti industri
elektronik dan tekstil yang berorientasikan eksport-sektor perkilangan menjadi daya penggerak
utama pertumbuhan ekonomi negara
- ini membuka lebih peluang pekerjaan dan mengurangkan kadar pengangguran Negara

3.Perkembangan sektor perkhidmatan


- perkembangan sektor perkhidmatan disebabkan perkembangan ekonomi, peningkatan
pendapatan dan taraf hidup serta penghijrahan penduduk ke sektor perkhidmatan
– Ini membawa kepada peningkatan permintaan terhadap perkhidmatan perhubungan,kewangan
dan pentadbiran

4.Peluang pekerjaan
- Perubahan struktur ekonomi mewujudkan peluang pekerjaan baru
- Sektor kedua dan ketiga menjadi penyumbang utama gunatenaga

5.Peningkatan pendapatan Negara


- langkah memperbagaikan ekonomi dan galakan industri penggantian import mengurangkan
import barangan dan menambahkan eksport Negara
-ini mengurangkan pertukaran asing dan meningkatkan pendapatan Negara

6.peningkatan taraf hidup


- perkembangan sektor kedua dan ketiga mewujudkan banyak peluang pekerjaan
-ini menambahkan pendapatan penduduk dan meningkatkan kuasa beli penduduk
-maka taraf hidup juga meningkat

You might also like