You are on page 1of 44

GANGGUAN BEKALAN AIR DALAM KALANGAN PENDUDUK

KAMPUNG TINUTUAN RANAU

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji gangguan bekalan air dalam
kalangan penduduk kampung Tinutuan, Ranau. Antara, objektif kajian ini adalah bagi
mengenal pasti punca-punca berlakunya gangguan bekalan air dalam kalangan
penduduk. Selain itu, mengkaji kesan-kesan gangguan bekalan air dalam kalangan
penduduk serta mengkaji langkah-langkah yang telah dilaksanakan oleh penduduk
kampung untuk menyelesaikan masalah gangguan bekalan air tersebut. Seramai 30
orang penduduk dari kawasan kampung Tinutuan yang dipilih secara rawak telah
terlibat dalam kajian ini. Metodologi bagi kajian ini adalah melalui kaedah temubual,
soal selidik, rujukan. Data kajian dianalisis dan dipaparkan secara kuantitatifdan
kualitatif telah dipersembahkan dalam bentuk linear, jadual, graf dan carta. Dapatan
kajian adalah gangguan bekalan air telah menimbulkan kesulitan kepada penduduk
kampung Tinutuan. Kesimpulannya, gangguan bekalan air dalam kalangan penduduk
kampung Tinutuan perlu dikaji dengan lebih terperinci bagi menyelesaikan masalah
tersebut.

1
ISI KANDUNGAN

2
PERKARA Muka Surat

Abstrak i

Isi Kandungan ii-iii

Penghargaan iv

1.0 Pengenalan 1-4

2.0 Objektif Kajian 4

3.0 Lokasi Kajian

3.1 Peta Daerah Ranau 4-5

3.2 Peta Kampung Tinutuan

3.3 Gambar Kampung Tinutuan

4.0 Metodologi Kajian

4.1 Reka Bentuk Kajian

4.2 Instrument Kajian

4.3 Persampel Kajian


5-11
4.4 Pengumpulan Data

4.4.1 Kaedah Soal Selidik

4.4.2 Kaedah Temu Bual

4.4.3 Kaedah Rujukan

4.4.4 Kaedah Pemerhatian

4.5 Mempersembahkan Data

5.0 Dapatan Kajian

5.1 Data Demografi Responden

5.2 Mengenal pasti punca-punca berlakunya gangguan bekalan air


dalam kalangan penduduk kampung.

5.3 Kesan-kesan gangguan bekalan air kepada penduduk kampung 11-32

Tinutuan.

5.4 Langkah-langkah yang telah dilaksanakan oleh penduduk


kampung Tinutuan untuk menyelesaikan masalah gangguan
bekalan air. 3

6.0 Rumusan 33-34


PENGHARGAAN

Selamat sejahtera dan rasa kesyukuran saya ucapkan kepada Tuhan kerana dengan
limpah kurniaNya, dapat juga saya menyiapkan kerja kursus Pengajian Am kertas
4(900/4) penggal 2 tahun 2019 yang bertajuk, “Gangguan bekalan air dalam kalangan
penduduk kampung Tinutuan, Ranau” dalam masa yang telah ditetapkan oleh guru
pembimbing iaitu Encik Samson Yanga yang merupakan guru Pengajian Am di
sekolah.

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih yang
tidak terhingga kepada Tuan Haji Saridih Bin Ahmad yang merupakan pengetua
Sekolah Menengah Kebangsaan Lohan Ranau kerana telah memberi keizinan kepada
saya untuk menyiapkan tugasan ini dengan sempurna dan teratur.

Seterusnya, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru mata
pelajaran Pengajian Am saya iaitu Encik Samson Yanga kerana telah banyak

4
meluangkan masa, memberikan tunjuk ajar serta nasihat untuk menyiapkan kajian ini.
Selain memberikan semangat kepada saya untuk menjalankan tugasan ini dengan
sebaik-baiknya.

Tidak juga dilupakan ribuan terima kasih kepada kedua-dua ibu bapa saya iaitu
Encik Pausang Amit serta Puan Jamilah Odah yang telah banyak berkorban untuk saya
dari segi tenaga, dorongan dan kewangan untuk memastikan kerja kursus ini berjalan
dengan lancar.

Akhir sekali, di sini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan saya
serta pihak-pihak yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam
membantu saya menyiapkan kerja kursus Pengajian Am ini.

Semasa saya menyiapkan kerja kursus Pengajian Am ini, saya telah menghadapi
banyak kesukaran dan cabaran namun dengan berkat doa, usaha dan kesabaran
akhirnya saya telah menyiapkan kerja kursus ini denga jayanya.

1.0 PENGENALAN

Prasarana merupakan kemudahan asas yang disediakan oleh pihak kerajaan kepada
rakyat. Terdapat beberapa contoh prasarana seperti tiang elektrik, jalan raya, lampu
jalan, lampu jalan dan sebagainya. Menurut Kamus Edisi Keempat (2007) kemudahan
ditakrifkan sebagai sesuatu yang memudahkan atau mempermudah sesuatu sesuatu
yang usaha awam perkhidmatan dan infrastruktur yang disediakan oleh pihak berkuasa
atau kerajaan untuk keperluan orang ramai seperti bekalan air, elektrik, jambatan, jalan
raya dan sebagainya. Bagi, Kamus Am Cresent News (1995) kemudahan ditakrifkan
sebagai hal mudah, kegambangan dan kesenangan. Seterusnya, menurut Kamus Dewan
Edisi Baru (1989) kemudahan ditakrifkan sebagai kesenangan, keselesaan, pihak
tertentu hendaknya melengkap sesuatu usaha. Menurut Kamus Pelajar Bahasa Malaysia
(1992) pula, kemudahan didefinisikan sebagai sesuatu yang disediakan untuk faedah
orang ramai,pekerja, dan sebagainya.

5
Menurut kamus pelajar terbitan khas KBSM air didefinisikan sebagai cecair seperti
yang terdapat di laut (sungai, tasik, telaga dan sebagainya) dan dapat digunakan untuk
berbagai-bagai tujuan. Menurut kamus dewan edisi ketiga, air bermaksud cecair yang
terbentuk daripada dua bahagian hidrogen dan satu bahagian oksigen dalam keadaan
yang murni tidak mempunyai warna, bau atau rasa. Seterusnya, kumpulan cecair seperti
yang terdapat di dalam sungai, tasik, laut dan sebagainya. Menurut wikipedia pula, air
merupakan sebatian kimia yang berada dalam bentuk cecair tekanan biasa dan pada
suhu bilik. Air meliputi 70% daripada permukaan bumi. Setiap kehidupan di bumi ini
memerlukan air untuk terus hidup. Air juga mampu wujud dalam tiga bentuk iaitu ais,
air, dan wap. Di muka bumi ini, air merupakan bahan yang paling kerap ditemui
terutama dalam bentuk cecair. Walau bagaimanapun terdapat juga kuantiti air yang
besar wujud dalam bentuk gas (wap) di atmosfera dan dalam bentuk pepejal (ais dan
salji).

Menurut kamus pelajar terbitan khas KBSM gangguan bermaksud apa-apa yang
mengganggu, sesuatu yang menyusahkan dan seumpamanya. Menurut kamus dewan
edisi ketiga pula gangguan bermaksud sesuatu yang mengganggu, mengacau,
menghalang dan menyusahkan.

Seterusnya menurut kamus pelajar terbitan KBSM bekalan ialah sesuatu yang
dibekalkan. Menurut kamus dewan edisi ketiga pula bekalan ditakrifkan sebagai benda-
benda yang disediakan sebagai bekalan.

Menurut kamus terbitan pelajar khas KBSM kampung ditakrifkan sebagai kawasan
perumahan di luar bandar, desa. Menurut kamus dewan edisi ketiga pula, kawasan
kediaman yang terdiri daripada sekumpulan rumah di luar rumah, desa, dan dusun.
Penduduknya tidak moden kerana masih berpegang pada kebiasaan atau tradisi lama.
Menurut wikipedia pula, istilah kampung dirujukkan pada satu petempatan yang
penduduknya tidak melebihi 1,000 orang di sesebuah kawasan. Terutamanya, di luar

6
bandar atau mana-mana petempatan penduduk yang masih mengekalkan identiti
asalnya seperti organisasinya dan cara pemilikan tanah bagi penduduknya. Dalam
organisasi sesebuah kampung, ia terdiri daripada ketua kampung, penolong ketua
kampung, setiausaha, bendahari dan jawatankuasa kecil kampung yang lain.

Kampung Tinutuan menerima bekalan air utama daripada tadahan air graviti yang
telah disediakan oleh penduduk kampung dengan bantuan kerajaan. Tadahan ini amat
penting kepada penduduk kampung untuk mendapatkan bekalan air bersih. Dengan
adanya bekalan air ini maka penduduk dapat melakukan segala aktiviti harian dengan
lancar dan selesa.

‘Tinutuan’ adalah bahasa Dusun yang membawa maksud kepada pemotongan


atau pemenggalan sesuatu seperti dahan pokok. Kampung ini deberi nama Tinutuan
kerana sempena dengan peristiwanya yang telah berlaku iaitu pada masa tersebut
kampung ini masih belum mempunyai nama. Namun selepas peristiwa tersebut
Kampung ini disebut Tinutuan. Pada zaman itu, ada seorang penduduk kampung
Tinutuan yang ingin mengambil hasil buah-buahannya iaitu rambutan. Malangnya
beliau tidak mampu mengambil buah rambutan tersebut kerana faktor ketinggian pokok
tersebut. Hal ini telah memaksanya untuk memanjat pokok rambutan itu lalu beliau
telah memotong dahan-dahannya bagi mendapatkan buahnya dengan cepat dan banyak.
Bermula dari peristiwa itu kampung itu diberikan nama kampung Tinutuan kerana
apabila mereka pergi ke kawasan pemotongan dahan rambutan tersebut mereka akan
menyatakan mereka ingin ke Tinutuan. Lama kelamaan kampung ini telah diberikan
nama ‘Tinutuan’.

Kampung Tinutuan merupakan salah sebuah kampung yang terletak di daerah


Ranau. Jarak kampung ini dari pekan ranau dianggarkan kira-kira 40 kilometer. Daerah
Ranau merupakan sebuah daerah yang mempunyai penduduk dari pelbagai suku kaum
dengan latar belakangnya yang tersendiri. Jarak jalan raya yang berturap di kawasan
kampung Tinutuan adalah….meter sahaja. Hal ini kerana, kampung Tinutuan hanya
mempunyai sebuah jalan raya sahaja untuk keluar dan masuk ke kampung tersebut.

7
Antara kegiatan utama penduduk kampung Tinutuan adalah pertanian seperti menanam
kelapa sawit, getah, lada hitam, halia dan seumpamanya. Penduduk kampung Tinutuan
lebih cenderung untuk bekerja sendiri berbanding bekerja dengan sektor awam
mahupun swasta. Namun begitu, penduduk yang bekerja dengan kerajaan dan swasta
telah meningkat kerana lebih mempunyai jaminan untuk masa depan.

Semasa pembukaannya, kampung ini dikelilingi oleh hutan tebal, berbukit bakau,
dan hanya mempunyai sebuah jalan raya yang tidak berturap. Tetapi pada tahun 2013
kampung ini semakin maju kerana kerajaan telah banyak memberikan kemudahan asas
kepada penduduk dan kampung ini.

Kampung Tinutuan, Ranau telah dibantu oleh pihak kerajaan melalui kemudahan-
kemudahan asas. Terdapat banyak kemudahan asas yang disediakan oleh pihak
kerajaan di Kampung Tinutuan. Antara kemudahan asas yang diberikan oleh kerajaan
adalah seperti balai raya, sekolah Tabika Kemas, bekalan elektrik, bekalan air terawat,
tangki 1 Malaysia, rumah ibadat, kerusi di balai raya, bantuan rumah rakyat dan
sebagainya. Terdapat banyak kegunaan kemudahan-kemudahan asas yang diberikan
oleh pihak kerajaan .Sebagai contoh, balai raya digunakan sebagai tempat perbincangan
penduduk, majlis-majlis keramaian dan program-program kesihatan. Seterusnya,
sekolah tabika kemas yang dibina di Kampung Tinutuan digunakan sebagai pusat
pendidikan awal kanak-kanak. Selain itu, bekalan elektrik dan bekalan air terawat yang
disediakan oleh kerajaan bertujuan untuk meningkatkan taraf hidup dan memudahkan
kehidupan mereka seharian. Selanjutnya, rumah ibadat seperti gereja dan masjid dibina
dengan bantuan kerajaan sebagai tempat penduduk kampung menunaikan
tanggungjawab agama masing-masing. Tambahan pula, beberapa penduduk kampung
telah menerima bantuan rumah dari kerajaan PPRT bagi membantu mereka
mendapatkan tempat tinggal yang selesa seperti yang lainnya.

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

8
Objektif kajian ialah :

1. Mengenalpasti punca-punca berlaku gangguan bekalan air dalam kalangan


penduduk kampung Tinutuan, Ranau.

2. Mengkaji kesan-kesan gangguan bekalan air kepada penduduk kampung Tinutuan,


Ranau.

3. Mengkaji langkah-langkah yang dilakukan oleh penduduk kampung Tinutuan,


Ranau untuk menyelesaikan gangguan bekalan air.

3.0 LOKASI KAJIAN

9
Peta 1 : Peta Ranau
Sumber : GoogleMaps. Com

Daerah Ranau terletak di antara garisan lintang (Latitude) 5° 30’ U dan 6° 25’
U dan garisan bujur (Longitude) 116° 30’ dan 117° 5’ T. Daerah ini juga dikelilingi
oleh 7 buah daerah lain iaitu Tuaran, Kota Belud, Tambunan, Keningau, Pitas, Kota
Marudu dan Beluran. Keluasan Daerah Ranau ialah 3,555.51 km persegi.

Peta 2 : Peta Kampung Tinutuan


Sumber : GoogleMaps. Com

Kampung Tinutuan terletak di garisan lintang (latitud0 6°10’ U dan garisan bujur
(longitud) 116° 81’T. Perkampungan ini terletak di persimpangan jalan untuk ke Kota
Marudu dan ke Kampung Timbua. Kampung ini juga, bersebelahan dengan kampung
Tarawas. Jarak kampung ini dari pekan Ranau dianggarkan 38 kilometer jauhnya.

10
Gambar 1: Kampung Tinutuan, Ranau
Sumber : Kajian Lapangan 2019

4.0 METODOLOGI KAJIAN

Menurut Sabitah Marikan (2009) dan Ahmad Munawar Ismail serta Mohd.
Nor Shah Ali (2004), metodologi merupakan satu kaedah yang digunakan untuk
melaksanakan kajian ke atas subjek kajian yang tertentu mengikut disiplin yang
teratur. Tujuannya adalah untuk menghasilkan kajian yang baik. Oleh itu, pengkaji
sedaya upaya memanfaatkan teori penyelidikan tersebut dalam menghasilkan
kajian ini.

Oleh itu, dalam bahagian ini pengkaji akan membincangkan reka bentuk,
instrumen dan prosedur analisis data bagi menjawab persoalan-persoalan kajian
yang telah dikemukakan lebih awal. Selain itu, metodologi kajian juga boleh
digunakan untuk memastikan objektif kajian dapat dicapai berdasarkan data yang
sah dan dipercayai.

11
4.1. REKA BENTUK KAJIAN

Reka bentuk kajian ialah pelan tindakan yang memperlihatkan secara terperinci
bagaimana sesuatu kajian itu dijalankan menurut Sabitha, 2006. Ia juga berfungsi
sebagai panduan dalam membantu penyelidikan dalam proses memungut,
menganalisis dan membuat pentafsiran hasil daripada penyelidikan yang dijalankan.
Reka bentuk penyelidikan juga menjadi model bagi membolehkan penyelidik
membuat inferens berkenaan pemboleh ubah yang dikaji.

4.2. INSTRUMENT KAJIAN

Instrumen kajian ialah proses menyediakan alat pengumpulan data melalui


konsep yang berkenaan dengan sikap, persepsi, pandangan dan keterangan latar
belakang. Kaedah yang digunakan oleh pengkaji ialah kaedah soal selidik, kaedah
pemerhatian dan kaedah temu bual. Sebanyak 30 orang responden yang akan dipilih
secara rawak yang terlibat dalam kajian ini. Instrumen yang digunakan untuk
memperoleh data terbahagi kepada dua iaitu kuantitatif dan kualitatif. Kuantitatif
dijalankan melalui borang soal selidik dan kualitatif dijalankan melalui temu bual dan
pemerhatian untuk memperolehi data yang lebih tepat.

Jadual 1: Kaedah instrument

KAEDAH INSTRUMENT

Kuantitatif Borang soal selidik

Kualitatif Temu bual dan pemerhatian

Sumber : Kajian 2019

4.3 KAEDAH PERSAMPELAN

12
Kaedah persampelan ini menggunakan borang soal selidik kerana proses untuk
mendapatkan maklumat dan menjawab objektif dengan lebih tepat dan mudah. Borang
soal selidik ini diedarkan kepada responden yang telah dipilih oleh pengkaji seramai 28
orang untuk mengisi borang tersebut. Selain itu, kaedah temu bual juga digunakan
untuk menemu bual 2 orang informan dari kampung Tinutuan untuk mendapatkan
maklumat dengan lebih lanjut dalam kajian ini.

4.4 PENGUMPULAN DATA

4.4.1 Kaedah Soal Selidik

Soal selidik ialah alat pengukur yang popular dalam kajian tinjauan. Borang
soal selidik ini dibina mengikut Prinsip KISS (keep it short and simple) iaitu
mengemukakan soalan yang mudah difahami dan ringkas, menurut R- Kuberan et,
2013. Borang soal selidik ini mengandungi 2 bahagian iaitu bahagian A dan bahagian B
dengan menggunakan skala likert 3 aras. Borang soal selidik ini juga diedarkan secara
rawak.
Skala Likert yang digunakan:

Bil Kenyataan Setuju Tidak Setuju Tidak Pasti

Borang soal selidik yang sesuai telah digunakan oleh pengkaji untuk
mendapatkan dan mengumpulkan maklumat yang tepat dan betul berdasarkan objektif
kajian yang telah dibuat. Borang telah diedarkan oleh pengkaji secara rawak kepada
semua responden di kawasan kampung Tinutuan, Ranau. Bahagian A adalah mengenai
maklumat diri responden manakala, bahagian B pula adalah soalan-soalan yang
berkaitan dengan punca-punca gangguan bekalan air dalam kalangan penduduk
kampung Tinutuan. Kajian ini menggunakan skala likert tiga aras, iaitu 1 setuju, 2 tidak
setuju dan 3 tidak pasti. Borang soal selidik ini diedarkan kepada penduduk kampung
Tinutuan oleh pengkaji semasa melawat kawasan kajian.

13
Oleh itu, pengkaji telah memilih secara rawak seramai 30 orang responden juga
merupakan penduduk kampung Tinutuan. Pengkaji telah mengedarkan borang soal
selidik ini pada hari Sabtu kerana merupakan cuti hujung minggu dan ianya juga tarikh
yang sesuai kerana sudah pasti penduduk kampung akan berehat bersama keluarga
masing-masing pada masa ini. Pengkaji mengedarkan borang soal selidik tersebut pada
jam 10:00 pagi sehingga jam 12:00 tengah hari. Borang soal selidik tersebut terus
dikembalikan oleh penduduk kampung kepada pengkaji. Pengkaji juga turut
berkesempatan menyoal responden tentang mengapa mereka memilih jawapan tersebut.

Berikut merupakan contoh soalan borang soal selidik:

Jadual 2 : Mengenalpasti punca-punca berlaku gangguan bekalan air dalam kalangan


penduduk kampung Tinutuan, Ranau.

14
Bil Setuju Tidak Tidak

Kenyataan setuju pasti

1 Gangguan bekalan air dalam kalangan penduduk


kampung disebabkan oleh saluran paip sering
pecah .

2 Kejadian tanah runtuh di kawasan sumber


tadahan air menyebabkan saluran air paip rosak
kerana ditimbus oleh tanah.

3 Kemarau yang berpanjangan akan menyebabkan


bekalan air tidak mencukupi kerana tadahan air
menjadi kering.

4 Tadahan air akan dipenuhi kelodak apabila hujan


turun dengan lebat menyebabkan saluran paip
tersumbat.

5 Pembukaan hutan berhampiran dengan kawasan


tadahan air giat dijalankan oleh penduduk
menyebabkan kerosakan pada tadahan kerana
dihempap oleh pokok.

6 Sikap segelintir penduduk kampung yang


mementingkan diri sendiri menyebabkan air tidak
mencukupi.

7 Jawatankuasa pengurusan air kampung yang tidak


efektif untuk menangani gangguan bekalan air.

8 Kerja penyelenggaraan paip yang rosak


dipandang ringan oleh sesetengah penduduk
kampung.

15
4.4.2 Kaedah Temu Bual

Temu bual mempunyai 2 peringkat iaitu secara formal dan tidak formal. Kaedah
temu bual ini boleh digunakan secara bersemuka, tidak bersemuka dan bantuan
komputer. Kaedah yang digunakan oleh pengkaji adalah formal iaitu menemu bual
secara bersemuka yang melibatkan pengkaji dan penduduk kampung Tinutuan.
Pengkaji menjalankan sesi temu bual ini pada hari Sabtu bertempat di rumah
responden. Pengkaji juga telah menyediakan borang temu bual yang mengandungi 8
soalan yang berbentuk struktur. Tujuan utama temu bual ini adalah untuk mengkaji
langkah-langkah yang dijalankan oleh penduduk kampung Tinutuan untuk
menyelesaikan gangguan bekalan air tersebut. Pengkaji telah memilih ketua
jawatankuasa air kampung untuk ditemu bual kerana lebih mengetahui secara
mendalam tentang selok-belok bekalan air yang diperoleh oleh penduduk. Oleh itu,
maklumat atau data-data yang diperlukan oleh pengkaji dalam menjalankan kajian ini
didapati daripada sumber yang dipercayai. Semasa melakukan sesi temu bual ini
pengkaji dalam keadaan yang selesa serta pengkaji juga berwatak sebagai pendengar
yang baik. Malah pengkaji juga mengajukan soalan yang penting itu dengan keadaan
yang jelas dan tepat. Pengkaji juga turut menyediakan beberapa persoalan bagi
menjawab objektif kajian ini.

4.4.3 Kaedah Rujukan

Kaedah rujukan juga digunakan untuk mengumpul maklumat tambahan bagi


kajian. Laman sesawang kerajaan Malaysia dan lain-lain, akhbar dan buku-buku
dijadikan sebagai bahan rujukan dan ia mengandungi statistik penggunaan air di
Malaysia, faktor air tercemar dan kesannya terhadap penduduk setempat. Fakta-fakta
ini dimaksudkan di dalam perbincangan dapatan kajian sebagai bukti dan
dipersembahkan dalam bentuk huraian dan gambar rajah.
4.4.4 Pemerhatian

Kaedah pemerhatian merupakan kaedah terawal dalam penyelidikan. Kaedah ini


dijalankan bertujuan memahami dana mengetahui situasi lapangan kajian dan

16
memperoleh semua maklumat secara tidak langsung. Pengkaji akan melihat sendiri
keadaan tadahan air kampung tersebut. Gambar-gambar akan diambil dari tempat
kajian semasa pemerhatian dibuat sebagai bukti dalam kajian ini.

4.5 MEMPERSEMBAHKAN DATA

Selepas borang soal selidik siap dikumpulkan, menganalisis kajian akan dilakukan.
Dalam borang soal selidik Bahagian A, data yanag diperoleh dibahagikan kepada
jantina, umur dan status. Dalam Bahagian B, kaedah statistik deskriptif digunakan bagi
menganalisis data yang berbentuk skala likert. Analisis deskriptif bertujuan untuk
memberikan gambaran tentang sesuatu data. Untuk memudahkan proses menganalisis
data, skala likert digunakan untuk mendapatkan persepsi responden tentang persoalan
yang dikaji.

5.0 DAPATAN KAJIAN

Bahagian ini akan menerangkan keputusan analisis data berdasarkan tindak balas
responden terhadap soal selidik, temu bual, rujukan dan pemerhatian yang telah
dijalankan oleh pengkaji berkaitan dengan demografi responden berdasarkan
umur,jantina dan status, punca-punca kekurangan bekalan air dalam kalangan
penduduk kampung Tinutuan serta kesan-kesan gangguan bekalan air kepada penduduk
Kampung Tinutuan, Ranau. Analisis yang telah dibuat dalam bahagian ini akan
merungkai objektif yang telah ditetapkan oleh pengkaji.

5.1 Demografi Responden

17
Seramai 28 orang responden yang terdiri daripada penduduk kampung Tinutuan
telah disoal selidik. Huraian analisis latar belakang responden melibatkan aspek jantina,
umur dan status.

5.1.1 Demografi responden mengikut jantina

JANTINA

Lelaki:32%

Perempuan:68
%

Carta 1 : Jantina Responden


Sumber: Kajian Lapangan 2019

Jadual 3 : Jantina Responden

BIL JANTINA JUMLAH PERATUS (%)

1 Lelaki 9 32%

2 Perempuan 19 68%

3 JUMLAH 28 100%

Sumber: Kajian Lapangan 2019

Rajah 1 menunjukkan demografi responden mengikut jantina daripada 28 orang


penduduk kampung Tinutuan yang dipilih secara rawak. Pengkaji telah menganalisis
data responden berdasarkan jantina dan mempersembahkannya dalam jadual dan carta
pai seperti yang ditunjukkan di atas. Pengkaji telah memilih 28 orang penduduk

18
kampung Tinutuan untuk menjawab borang soal selidik. Daripada bilangan itu seramai
9 orang lelaki bersamaan dengan 32%. Manakala, bagi responden perempuan pula
seramai 19 orang mewakili 68%. Hasil daripada analisis tersebut, responden
perempuan lebih ramai daripada responden lelaki. Bilangan perempuan yang menjawap
borang soal selidik lebih ramai daripada lelaki kerana pada waktu borang tersebut
diedarkan di setiap rumah adalah kebiasaannya para lelaki akan keluar rumah mencari
rezeki. Oleh itu, bilangan lelaki yang menjawab borang soal selidik lebih sedikit
berbanding dengan perempuan.

5.1.2 Demografi Responden Berdasarkan Umur

UMUR

4%

18%
46%

32%

Carta 2: Umur Responden

Sumber: Kajian Lapangan 2019

Jadual 4 : Umur Responden

19
Bil Umur Jumlah Orang Peratus (%)

1 19 hingga 30 tahun 13 46%

2 31 hingga 40 tahun 9 32%

3 41 hingga 50 tahun 5 18%

4 51 hingga 60 tahun 1 4%

Jumlah 28 100%

Sumber: Kajian Lapangan 2019


Berdasarkan Rajah 2 di atas menunjukkan demografi responden berdasarkan umur
penduduk kampung Tinutuan, Ranau. Daripada 28 orang penduduk yaang telah disoal
selidik, seramai 13 responden yang berumur 19 hingga 30 tahun bersamaan 46%.
Sementara itu, yang berumur 31 hingga 40 tahun ialah seramai 9 responden bersamaan
dengan 32%. Selain itu, 41-50 tahun pula seramai 5 oraang responden bersamaan
dengan 18%. Akhir sekali, responden yang berumur 51 hingga 60 tahun pula cuma
seorang sahaja iaitu bersamaan dengan 4 %. Majoriti umur respoden ialah dalam
lingkungan 19 hingga 30 tahun. Hal ini mungkin disebabkan umur-umur sebegini kalau
bukan masih menunggu mana-mana tawaran untuk belajar ataupun telah berkeluarga.

5.1.3 Demografi Responden Berdasarkan Status

STATUS

4%

36%

61%

20
Carta 3 : Status Responden

Sumber : Kajian Lapangan 2019

Jadual 5 : Status Responden

Bil Status Jumlah Peratus (%)

1 Berkhawin 10 36&

2 Bujang 17 61%

3 Ibu/Bapa Tunggal 1 3%

Jumlah 28 100%

Sumber: Kajian Lapangan 2019

Berdasarkan Rajah 3 di atas menunjukkan demografi status responden berdasarkan


status perkhawinan dalam kalangan pemduduk kampung Tinutuan, Ranau. Daripada 28
orang penduduk yang telah disoal selidik, seramai 10 orang yang telah berkhawin iaitu
36%. Seterusnya, bagi status bujang pula seramai 17 orang responden iaitu 61%. Akhir
sekali, bagi status ibu/bapa tunggal hanya seorang sahaja iaitu 3%. Majoriti status
responden ialah bujang, perkara ini disebabkan oleh kebanyakan orang muda telah
kembali ke kampung pada masa itu kerana borang soal selidik ini diedarkan pada
hujung minggu tambahan pula waktu tersebut adalah cuti.

5.2 PUNCA-PUNCA GANGGUAN BEKALAN AIR DALAM KALANGAN


PENDUDUK KAMPUNG TINUTUAN

21
Berdasarkan soal selidik yang diperoleh, data dianalisis secara diskriptif
menggunakan peratusan. Analisis dapatan adalah berkaitan dengan punca-punca
kekurangan bekalan air dalam kalangan penduduk kampung Tinutuan.

Jadual 6 : Punca-Punca Kekurangan Bekalan Air Dalam Kalangan Penduduk Kampung


Tinutuan
Sumber: Kajian Lapangan 2019

Bil Setuju Tidak Tidak

Kenyataan setuju pasti

Bil % Bil % Bil %

1 Gangguan bekalan air dalam kalangan 23 82 1 4% 4 14


penduduk kampung disebabkan oleh % %
saluran paip sering pecah .

2 Kejadian tanah runtuh di kawasan 13 46 8 29% 7 25


sumber tadahan air menyebabkan % %
saluran air paip rosak kerana ditimbus
oleh tanah.

3 Kemarau yang berpanjangan akan 26 92 1 4% 1 4%


menyebabkan bekalan air tidak %
mencukupi kerana tadahan air menjadi
kering.

Graf 1 : Punca-Punca Kekurangan Bekalan Air

Sumber: Kajian Lapangan 2019

Berdasarkan jadual 6 dan graf 1, pengkaji telah memaparkan 3 punca-punca


kekurangan bekalan air dalam kalangan penduduk kampung Tinutuan. Antara
gangguan bekalan air dalam kalangan penduduk kampung disebabkan oleh saluran paip
sering pecah, kejadian tanah runtuh di kawasan sumber tadahan air menyebabkan
saluran air paip rosak kerana ditimbus oleh tanah dan kemarau yang berpanjangan akan
menyebabkan bekalan air tidak mencukupi kerana tadahan air menjadi kering.

22
Bagi punca yang pertama ialah disebabkan oleh saluran paip sering pecah, hasil
analisis menunjukkan bahawa daripada 28 orang responden seramai 23 orang
responden bersamaan dengan 82% bersetuju akan hal ini. Manakala, seramai 1 orang
responden bersamaan dengan 4% yang hanya tidak setuju akan faktor ini. Selain itu, 14
responden tidak pasti akan perkara ini bersamaan 14%. Oleh itu, majoriti penduduk
kampung berpendapat bahawa gangguan bekalan air dalam kalangan penduduk
kampung disebabkan oleh saluran paip sering pecah . Hal ini demikian kerana, paip
pecah akan mengakibatkan orang kampung tidak mendapatkan air yang secukupnya.
Bagi responden yang berpendapat setuju sahaja berkaitan dengan perkara ini sudah
tentunya mempunyai pengalaman tentang gangguan bekalan air ini sebelumnya.
Misalnya saluran paip yang pecah pada tahun-tahun sebelumnya telah mengakibatkan
gangguan bekalan air. Manakala,responden yang tidak bersetuju dengan kenyataan
tersebut mungkin berpendapat bahawa saluran paip tidak akan menjejaskan bekalan air
kepada penduduk kampung. Seterusnya, responden yang memilih tidak pasti mungkin
tidak pernah melihat situasi sedemikian. Menurut dengan kenyataan yang dikeluarkan
dalam berita harian pada tarikh 11 September 2018 bersamaan pada hari selasa oleh
Faliq Lajim memaparkan tentang paip dasar laut yang pecah di Terusan Bagan di
Pelabuhan Klang, sejak seminggu lalu menyebabkan bekalan air untuk kira-kira 6,000
penduduk terjejas. Kenyataan ini membuktikan bahawa saluran paip yang pecah
mengakibatkan gangguan air.

Bagi punca yang kedua pula ialah kejadian tanah runtuh di kawasan sumber
tadahan air menyebabkan saluran air paip rosak kerana ditimbus oleh tanah. Hasil
daripada analisis seramai 13 orang bersamaan dengan 49% yang setuju dengan
pernyataan ini. Manakala, seramai 8 orang yang tidak setuju dengan pernyataan ini
bersamaan dengan 29%. Seterusnya, seramai 7 orang responden yang tidak pasti
bersamaan 25% daripada 28 orang responden. Statistik menunjukkan bahawa majoriti
responden yang setuju dengan pernyataan ini kerana menurut responden hal sebegitu
selalu berlaku di tempat lain dan juga kampung Tinutuan sendiri yang tentunya akan
menyebabkan gangguan bekalan air. Bukan itu sahaja, hakisan akan menyebabkan air
di tadahan akan menjadi keruh kerana berlakunya pemendapan tanah. Seterusnya,
responden yang tidak setuju mungkin mereka berpendapat bahawa bukan kejadian
tanah runtuh di kawasan sumber tadahan air yang menyebabkan gangguan kepada

23
bekalan air. Selain itu, responden yang memilih tidak pasti pula kerana mereka tidak
maklumat tersebut mampu mengakibatkan kerosakan kepada saluran di tadahan air.

Seterusnya, faktor yang ketiga pula ialah kemarau yang berpanjangan akan
menyebabkan bekalan air tidak mencukupi kerana tadahan air menjadi kering. Dari 28
orang responden, seramai 26 orang yang memilih setuju bersamaan dengan 92%,
seramai 1 orang memilih tidak setuju bersamaan dengan 4% dan hanya 1 orang
memilih tidak pasti bersamaan dengan 4%. Majoriti responden seramai 26 orang
memilih setuju akan pernyataan faktor ini, kerana menurut responden gangguan
bekalan air sering berlaku apabila adanya kemarau yang panjang. Terdapat 1 orang
responden yang memilih tidak setuju akan pernyataan ini kerana mereka tidak setuju
dengan kenyataan tersebut. Bagi 1 orang responden yang tidak pasti akan pernyataan
ini, responden ini mungkin tidak mengetahui bahawa kemarau akan menyebabkan
tadahan air menjadi kering. Misalnya krisis air Lembah Klang pada Februari 1998
apabila tiga empangan air di Lembah Klang iaitu Empangan Klang Gates, Empangan
Batu dan Empangan Semenyih mengalami tahap penurunan air yang serius disebabkan
fenomena El-nino yang menyebabkan kemarau panjang. Perkara ini telah menyebabkan
empangan ini mengalami tahap penurunan air yang serius. Kesannya hampir kesemua
penduduk Lembah Klang mengalami kekurangan air bersih.

Jadual 7 : Punca-Punca Kekurangan Bekalan Air Dalam Kalangan Penduduk


Kampung Tinutuan

24
BI PERNYATAAN SETUJU TIDAK TIDAK
L SETUJU PASTI

BIL % BIL % BIL %


. . .

1. Tadahan air akan dipenuhi 26 92% 1 4% 1 4%


kelodak apabila hujan turun
dengan lebat menyebabkan
saluran paip tersumbat.

2. Pembukaan hutan 7 25% 16 57% 5 18%


berhampiran dengan kawasan
tadahan air giat dijalankan
oleh penduduk menyebabkan
kerosakan pada tadahan
kerana dihempap oleh pokok.

3. Sikap segelintir penduduk 22 78% 3 11% 3 11%


kampung yang mementingkan
diri sendiri menyebabkan air
tidak mencukupi.
Sumber: Kajian Lapangan 2019

25
100%

90% 92%

80%
78%
70%

60%
57%
50%

40%

30%

25%
20%
18%
10% 11% 11%

4% 4%
0%
Kenyataan 4 Kenyataan 5 Kenyataan 6

Setuju Tidak Setuju Tidak Pasti

Graf 2 : Punca-Punca Kekurangan Bekalan Air

Sumber: Kajian Lapangan 2019

Berdasarkan jadual 7 dan graf 2, pengkaji telah memaparkan 3 punca-punca


kekurangan bekalan air dalam kalangan penduduk kampung Tinutuan. Antara
gangguan bekalan air dalam kalangan penduduk kampung disebabkan oleh tadahan air
akan dipenuhi kelodak apabila hujan turun dengan lebat menyebabkan saluran paip
tersumbat, pembukaan hutan berhampiran dengan kawasan tadahan air giat dijalankan
oleh penduduk menyebabkan kerosakan pada tadahan kerana dihempap oleh pokok dan
sikap segelintir penduduk kampung yang mementingkan diri sendiri menyebabkan air
tidak mencukupi.

Punca yang pertama ialah tadahan air akan dipenuhi kelodak apabila hujan turun
dengan lebat menyebabkan saluran paip tersumbat, hasil analisis menunjukkan bahawa
daripada 28 orang responden seramai 26 responden setuju dengan kenyataan tersebut
bersamaan dengan 92%. Manakala, seorang sahaja responden yang telah tidak setuju

26
dengan kenyataan tersebut bersamaan dengan 4%. Seterusnya, seorang juga responden
tidak pasti akan kenyataan itu bersamaan dengan 4%. Majoriti responden telah
bersetuju dengan kenyataan bahawa gangguan bekalan air dalam kalangan penduduk
kampung telah disebabkan oleh hujan turun dengan lebat. Hal ini kerana, tadahan air
akan dipenuhi kelodak apabila hujan turun dengan lebat lalu menyebabkan saluran air
paip tersumbat. Perkara ini pernah berlaku pada bulan Jun 2017 kerana hujan turun
berpanjangan sehingga pada bulan Julai. Responden yang tidak bersetuju mungkin
berpendapat bahawa hujan turun dengan lebat tidak akan menyebabkan saluran air paip
di tadahan tersumbat. Selain itu, responden yang tidak pasti pula berkemungkinan besar
tidak yakin akan kenyataan itu boleh mengakibatkan gangguan bekalan air kepada
penduduk kampung.

Bagi punca yang kedua pula ialah pembukaan hutan berhampiran dengan kawasan
tadahan air giat dijalankan oleh penduduk menyebabkan kerosakan pada tadahan
kerana dihempap oleh pokok. Hasil daripada analisis seramai 7 orang bersamaan
dengan 25% yang setuju dengan pernyataan ini. Manakala, seramai 16 orang yang tidak
setuju dengan pernyataan ini daripada bersamaan 57%. Selain itu, seramai 5 orang
responden yang tidak pasti bersamaan 18% daripada 28 orang responden. Statistik
menunjukkan bahawa responden yang setuju dengan pernyataan ini adlah sedikit
kerana pembukaan hutan berdekatan dengan kawasan tadahan air jarang dilakukan oleh
penduduk kampung. Seterusnya, majoriti responden tidak setuju dengan kenyataan ini
kerana penduduk kampung yang membuka hutan untuk tujuan pertanian adalah jauh
dari kawasan tadahan air. Selain itu, responden yang memilih tidak pasti pula kerana
mereka berpendapat bahawa perkara lain yang menyebabkan kerosakan pada batang
atau saluran paip. Menurut Profesor Sains Tanah, Jabatan Pengurusan Tanah, Falkulti
Pertanian, UPM Dr. Shamshuddin Jusop turut melihat faktor akibat kawasan bukit
digondol. Pembersihan hutan termasuk disekitar cerun bagi aiktiviti pertanian katanya
akan menyebabkan cerun mengalami hakisan yang menjejaskan tadahan air kerana
tadahan itu akan menerima hasil hakisan tersebut.

Seterusnya, faktor yang ketiga pula ialah sikap segelintir penduduk kampung yang
mementingkan diri sendiri menyebabkan air tidak mencukupi. Dari 28 orang
responden, seramai 22 orang responden yang memilih setuju bersamaan dengan 78%,
seramai 3 orang memilih tidak setuju bersamaan dengan 11% dan hanya 3 orang

27
memilih tidak pasti bersamaan dengan 11%. Majoriti responden seramai 26 orang
memilih setuju akan pernyataan faktor ini, kerana menurut responden gangguan
bekalan air juga disebabkan oleh sikap segelintir penduduk kampung yang
mementingkan diri sendiri. Hal ini kerana, ada segelintir penduduk yang bersikap
individualistik akan menopoli air sehinggakan penduduk kampung yang lain tidak
mendapat bekalan air. Sebagai contohnya, semasa gangguan bekalan air pada tahun
2016 di kampung ini sikap ini boleh dilihat kerana mereka hanya memikirkan
kepentingan diri semata-mata. Namun begitu, hanya segelintir sahaja penduduk yang
bersikap sedemikian. Terdapat 3 orang responden yang memilih tidak setuju akan
pernyataan ini kerana mereka tidak setuju dengan kenyataan tersebut kerana penduduk
kampung yang lain tidak mungkin akan bersikap sedemikian. Hal ini kerana, mereka
juga mampu berfikir akan penduduk kampung lain juga memerlukan air. Bagi 3 orang
responden yang tidak pasti akan pernyataan ini, responden ini mungkin tidak
mengetahui tentang apakah benar penduduk kampung bersikap sedemikian atau
sebaliknya.

Jadual 8 : Punca-Punca Kekurangan Bekalan Air Dalam Kalangan Penduduk


Kampung Tinutuan

BIL PERNYATAAN SETUJU TIDAK TIDAK


SETUJU PASTI

BIL. % BIL. % BIL. %

1. Jawatankuasa pengurusan air 17 61% 3 11% 8 28%


kampung yang tidak efektif
untuk menangani gangguan
bekalan air.

2. Kerja penyelenggaraan paip 20 71% 3 11% 5 18%


yang rosak dipandang ringan
oleh sesetengah penduduk
kampung.

Sumber: Kajian Lapangan 2019

28
80%

70% 71%

60% 61%

50%

40%

30%
28%

20%
18%

10% 11% 11%

0%
Jawatankuasa pegurusan air kampung kerja Penyelanggaraan paip yang rosak

Setuju Tidak Setuju Tidak Pasti

Graf 3 : Punca-Punca Kekurangan Bekalan Air

Sumber: Borang Soal Selidik

Berdasarkan jadual 8 dan graf 3, pengkaji telah memaparkan 2 punca-punca


kekurangan bekalan air dalam kalangan penduduk kampung Tinutuan. Antara
gangguan bekalan air dalam kalangan penduduk kampung disebabkan oleh
jawatankuasa pengurusan air kampung yang tidak efektif untuk menangani gangguan
bekalan air dan kerja penyelenggaraan paip yang rosak dipandang ringan oleh
sesetengah penduduk kampung.

Bagi punca yang pertama ialah disebabkan oleh jawatankuasa pengurusan air
kampung yang tidak efektif untuk menangani gangguan bekalan air, hasil analisis
menunjukkan bahawa daripada 28 orang responden seramai 17 orang responden
bersamaan dengan 61% bersetuju akan hal ini. Manakala, seramai 3 orang responden
bersamaan dengan 11% yang hanya tidak setuju akan faktor ini. Selain itu, 8 responden

29
tidak pasti akan perkara ini bersamaan 28%. Oleh itu, majoriti penduduk kampung
setuju bahawa gangguan bekalan air dalam kalangan penduduk kampung disebabkan
oleh jawatankuasa pengurusan air kampung yang tidak efektif. Hal ini menyebabkan,
masalah yang berkaitan dengan gangguan bekalan air tidak dapat ditangani dengan
berkesan dan secara menyeluruh. Manakala,responden yang tidak bersetuju dengan
kenyataan tersebut melihat akan keberkesanan jawatankuasa pengurusan air kampung
yang efekfif untuk menangani masalah gangguan bekalan air. Seterusnya, responden
yang memilih tidak pasti mungkin tidak melihat situasi sedemikian.

Bagi punca yang kedua pula ialah kerja penyelenggaraan paip yang rosak
dipandang ringan oleh sesetengah penduduk kampung. Hasil daripada analisis seramai
20 orang bersamaan dengan 71% yang setuju dengan pernyataan ini. Manakala,
seramai 3 orang yang tidak setuju dengan pernyataan ini daripada bersamaan 11%.
Selain itu,seramai 5 orang responden yang tidak pasti bersamaan 18% daripada 28
orang responden. Statistik menunjukkan bahawa responden yang setuju dengan
pernyataan ini adalah majoriti kerana menurut responden hal sebegini sering dilakukan
oleh sgelintir penduduk kampung. Misalnya, apabila berlaku kerosakan seperti saluran
air paip tersumbat hanya sesetengah sahaja mereka yang bertugas pada masa itu yang
akan menjalankan amanah membaiki kerosakan tersebut. Seterusnya, responden yang
tidak setuju pula kerana berpendapat bahawa mereka yang bertugas setiap minggu
sentiasa menjalankan tugas apabila berlaku sesuatu kerosakan. Selain itu, responden
yang memilih tidak pasti pula kerana mereka tidak mengetahui sama ada penduduk
kampung mempunyai persepsi seperti itu atau sebaliknya.

5.3 Kesan-kesan Gangguan Bekalan Air Kepada Penduduk Kampung Tinutuan,


Ranau.

Berdasarkan soal selidik yang diperoleh, data dianalisis secara diskriptif


menggunakan peratusan. Analisis dapatan adalah berkaitan dengan kesan-kesan
gangguan bekalan air kepada penduduk Kampung Tinutuan, Ranau dan telah
ditunjukkan dalam jadual 10 serta rajah 7.

30
Jadual 9 :Kesan-kesan Gangguan Bekalan Air Kepada Penduduk Kampung Tinutuan,
Ranau.

Sumber: Kajian Lapangan 2019


Bil Setuju Tidak Tidak

Kenyataan setuju pasti

Bil % Bi % Bi %
l l

1 Saluran paip sering terputus 22 78.5% 5 17.5 1 3.57%


menyebabkan bekalan air bersih %
berkurangan.

2 Penduduk kampung terpaksa 20 71.42 1 3.57 8 28.57


membeli air botol dari kedai % % %
berdekatan sebagai air minuman

3 Penduduk kampung terpaksa 25 89.28 1 3.57 2 7.14%


mengangkat air dari sungai untuk % %
keperluan harian.

31
89.28

78.57

71.42

28.57

17.85

7.14
3.57 3.57 3.57
Kenyataan 1 Kenyataan 2 Kenyataan 3

Setuju Tidak Setuju Tidak Pasti

Graf 4 :Kesan-kesan Gangguan Bekalan Air

Sumber: Kajian Lapangan 2019

Berdasarkan jadual 9 dan graf 4, pengkaji telah memaparkan 3 kesan-kesan


gangguan bekalan air kepada penduduk kampung Tinutuan, Ranau. Antara kesan-kesan
gangguan bekalan air ialah saluran paip sering terputus menyebabkan bekalan air bersih
berkurangan, penduduk kampung terpaksa membeli air botol dari kedai berdekatan
sebagai air minuman dan terpaksa mengangkat air dari sungai untuk keperluan harian.

Bagi kesan yang pertama ialah saluran paip sering terputus menyebabkan
bekalan air bersih berkurangan, hasil analisis menunjukkan bahawa daripada 28 orang
responden seramai 21 orang responden bersamaan dengan 78.57% bersetuju akan hal
ini. Manakala, seramai 5 orang responden bersamaan dengan 17.85% yang hanya tidak
setuju akan faktor ini. Selain itu, seorang responden tidak pasti akan perkara ini
bersamaan 3.57%. Oleh itu, majoriti penduduk kampung berpendapat setuju bahawa
gangguan bekalan air dalam kalangan penduduk kampung menyebabkan bekalan air
bersih berkurangan . Hal ini demikian kerana, saluran paip yang sering terputus
menyebabkan penduduk kampung tidak mendapatkan air bersih yang secukupnya.

32
Manakala, responden yang tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut kerana sering
mendapat bekalan air bersih yang cukup meskipun gangguan bekalan air berlaku.
Seterusnya, responden yang memilih tidak pasti mungkin tidak mengalami situasi ini
sebelumya.

Bagi kesan yang kedua pula ialah penduduk kampung terpaksa membeli air
botol dari kedai berdekatan sebagai air minuman . Hasil daripada analisis seramai 20
orang bersamaan dengan 71.42% yang setuju dengan pernyataan ini. Manakala,
seramai seorang responden yang tidak setuju dengan pernyataan ini bersamaan 3.57%.
Selain itu, seramai 8 orang responden yang tidak pasti bersamaan 28.57% daripada 28
orang responden. Statistik menunjukkan bahawa responden yang setuju dengan
pernyataan ini kerana menurut responden hal sebegini memaksa penduduk kampung
untuk membeli air botol sebagai air minuman kerana ketiadaan bekalan air bersih.
Penduduk kampung pernah mengalami gangguan bekalan air pada tahun 2017 sehingga
mengakibatkan penduduk terpaksa membeli air botol sebagai sumber minuman mereka
seharian. Seterusnya, responden yang tidak setuju kerana mempunyai simpanan
bekalan air bersih untuk diminum. Selain itu, responden yang memilih tidak pasti pula
kerana mereka tidak mengalami perkara seperti yang dinyatakan. Sama seperti
keadaan yang te;lah berlaku di Gugusan Felda Chini penduduk kampungnya terpaksa
membelanjakan RM 27 sehari untuk membeli tiga karton air mineral.

Seterusnya, kesan yang ketiga pula ialah penduduk kampung terpaksa


mengangkat air dari sungai untuk keperluan harian. Dari 28 orang responden, seramai
25 orang yang setuju dengan kenyataan ini bersamaan 89.28%. Manakala, seorang
responden yang tidak setuju bersamaan dengan 3.57% dan 2 orang responden tidak
pasti akan kenyataan tersebut bersamaan dengan 7.14%. Majoriti responden seramai 25
orang memilih setuju akan pernyataan kesan ini, kerana menurut responden penduduk
kampung terpaksa mengangkat air dari sungai untuk keperluan harian kerana
ketiadaannya bekalan air yang banyak. Terdapat seorang sahaja responden yang
memilih tidak setuju akan pernyataan ini kerana responden tersebut tidak pernah
mengangkat air dari sungai untuk keperluan harian. Responden yang tidak pasti
berkemungkinan tidak mengetahui akan kenyataan tersebut kerana belum pernah
menghadapi situasi ini. Seperti yang telah berlaku di Rompin, Pahang pada 14 Februari

33
2012 penduduk kampungnya terpaksa mengangkat air dari sungai untuk keperluan
seharian.
Jadual 10 :Kesan-kesan Gangguan Bekalan Air Kepada Penduduk Kampung Tinutuan,
Ranau.

Bil Setuju Tidak Tidak

Kenyataan setuju pasti

Bil % Bi % Bil %
l

1 Penduduk kampung terpaksa 26 92.85 1 3.57% 1 3.5


menggunakan air sungai untuk mencuci % 7%
pakaian.

2 Penduduk kampung terpaksa mandi di 26 92.85 1 3.57% 1 3.5


sungai kerana bekalan air tidak % 7%
mencukupi.

3 Penduduk kampung yang tidak 8 28.57 15 53.57 5 17.


berkemampuan untuk membeli air % % 85
minuman di kedai terpaksa memasak air %
dari sungai untuk diminum.

Sumber: Kajian Lapangan 2019

34
92.85% 92.57%

53.57%

28.57%

17.85%

3.57% 3.57% 3.57% 3.57%


Kenyataan 4 Kenyataan 5 Kenyataan 6

Setuju Tidak Setuju Tidak Pasti

Graf 5 : Punca-Punca Kekurangan Bekalan Air

Sumber: Kajian Lapangan 2019

Berdasarkan jadual 10 dan graf 5, pengkaji telah memaparkan 3 kesan-kesan


gangguan bekalan air kepada penduduk kampung Tinutuan, Ranau. Antara kesan-kesan
gangguan bekalan air ialah penduduk kampung terpaksa menggunakan air sungai untuk
mencuci pakaian, penduduk kampung terpaksa mandi di sungai kerana bekalan air
tidak mencukupi dan penduduk kampung yang tidak berkemampuan untuk membeli
air minuman di kedai terpaksa memasak air dari sungai untuk diminum.

Bagi kesan yang pertama ialah penduduk kampung terpaksa menggunakan air
sungai untuk mencuci pakaian, hasil analisis menunjukkan bahawa daripada 28 orang
responden seramai 26 orang responden bersamaan dengan 92.85% bersetuju akan hal
ini. Manakala, seorang sahaja responden bersamaan dengan 3.57% yang hanya tidak
setuju akan faktor ini. Selain itu, seorang responden tidak pasti akan perkara ini
bersamaan dengan 3.57%. Oleh itu, majoriti penduduk kampung berpendapat setuju
bahawa gangguan bekalan air dalam kalangan penduduk kampung menyebabkan
mereka terpaksa menggunakan air sungai untuk mencuci pakaian. Hal ini demikian
kerana, bekalan air tidak mencukupi tambahan pula air simpanan mereka adalah terhad
menyebabkan perlu untuk berjimat-cermat dalam menggunakan air. Manakala,
responden yang tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut kerana mempunyai

35
simpanan air yang banyak meskipun gangguan bekalan air berlaku. Seterusnya,
responden yang tidak pasti akan kenyataan tersebut berkemungkinan besar jarang
berada di kampung kerana bekerja di tempat lain. Oleh itu, responden tidak mengalami
gangguan bekalan air seperti itu.

Bagi kesan yang kedua pula ialah penduduk kampung terpaksa mandi di sungai
kerana bekalan air tidak mencukupi. Hasil daripada analisis seramai 26 orang
bersamaan dengan 92.85% yang setuju dengan pernyataan ini. Manakala, seramai
seorang responden yang tidak setuju dengan pernyataan ini bersamaan 3.57%. Selain
itu, seramai orang responden yang tidak pasti bersamaan 3.57% daripada 28 orang
responden. Statistik menunjukkan bahawa responden yang setuju dengan pernyataan ini
kerana menurut responden hal sebegini memaksa penduduk kampung untuk mandi di
sungai bagi menjimatkan penggunaan bekalan air. Seterusnya, responden yang tidak
setuju pula kerana masih mendapat sumber bekalan air yang cukup walaupun gangguan
air berlaku. Selain itu, responden yang memilih tidak pasti pula kerana mereka tidak
mengalaminya sepanjang mereka tinggal di kampung tersebut.

Seterusnya, kesan yang ketiga pula ialah penduduk kampung yang tidak
berkemampuan untuk membeli air minuman di kedai terpaksa memasak air dari sungai
untuk diminum. Dari 28 orang responden, seramai 8 orang yang setuju dengan
kenyataan ini bersamaan 28.57%. Manakala, seramai 15 responden yang tidak setuju
bersamaan dengan 53.57% dan 5 orang responden tidak pasti akan kenyataan tersebut
bersamaan dengan 17.85%. Majoriti responden seramai 15 orang memilih tidak setuju
akan pernyataan kesan ini, kerana menurut responden penduduk kampung akan
mencari cara penyelesaian yang lain untuk mendapatkan bekalan air bersih agar tidak
menggunakan air sungai untuk diminum. Seramai 8 responden yang memilih setuju
akan pernyataan ini kerana responden tersebut pernah mengambil air sungai untuk
dimasak sebagai sumber minuman. Responden yang tidak pasti berkemungkinan tidak
mengetahui akan salah satu kesan gangguan bekalan air seperti yang dinyatakan oleh
pengkaji tersebut.

36
Jadual 11 :Kesan-kesan Gangguan Bekalan Air Kepada Penduduk Kampung Tinutuan,
Ranau.

Sumber: Kajian Lapangan 2019

Bil Setuju Tidak Tidak

Kenyataan setuju pasti

Bil % Bil % Bil %

1 Kesihatan penduduk akan terjejas 25 85.71 1 3.57% 3 10.71%


kerana sumber air yang diperolehi tidak %
bersih.

2 Aktiviti-aktiviti yang diadakan di 26 92.85 1 3.57% 1 3.57%


kampung seperti rumah terbuka tidak %
dapat dijalankan kerana ketiadaan
bekalan air yang banyak.

37
92.85%
85.71%

10.71%
3.57%

3.57%

3.57%
Kenyataan 7 Kenyataan 8

Setuju Tidak Setuju Tidak Pasti

Graf 6 :Kesan-kesan Gangguan Bekalan Air

Sumber: Kajian Lapangan 2019

Berdasarkan jadual 11 dan graf 6, pengkaji telah memaparkan 2 kesan-kesan


gangguan bekalan air kepada penduduk kampung Tinutuan, Ranau. Antara kesan-kesan
gangguan bekalan air ialah kesihatan penduduk akan terjejas kerana sumber air yang
diperolehi tidak bersih serta aktiviti-aktiviti yang diadakan di kampung seperti rumah
terbuka tidak dapat dijalankan kerana ketiadaan bekalan air yang banyak.

Bagi kesan yang pertama ialah kesihatan penduduk akan terjejas kerana sumber
air yang diperolehi tidak bersih , hasil analisis menunjukkan bahawa daripada 28 orang
responden seramai 25 orang responden bersamaan dengan 85.71% bersetuju akan hal
ini. Manakala, hanya seorang responden yang hanya tidak setuju akan faktor ini
bersamaan dengan 3.57%. Selain itu, seramai 3 orang responden yang tidak pasti
bersamaan dengan 10.71%. Oleh itu, majoriti responden setuju bahawa gangguan
bekalan air dalam kalangan penduduk kampung menjejaskan kesihatan penduduk
kampung. Hal ini kerana, apabila gangguan bekalan air berlaku maka penduduk
kampung akan mengalami kekurangan air bersih. Secara tidak langsung akan

38
menyebabkan penyakit berjangkit bawaan air akan mudah merebak dalam kalangan
penduduk kampung seperti kolera. Manakala, responden yang tidak bersetuju dengan
kenyataan tersebut kerana responden tersebut menitikberatkan kebersihan walaupun
mengalami gangguan bekalan air untuk mengelakkan penyakit berjangkit itu.
Seterusnya, responden yang memilih tidak pasti kerana tidak mengetahui akan
kekurangan bekalan air bersih mampu menjejaskan kesihatan manusia.

Bagi kesan yang kedua pula ialah aktiviti-aktiviti yang diadakan di kampung
seperti rumah terbuka tidak dapat dijalankan kerana ketiadaan bekalan air yang banyak.
Hasil daripada analisis seramai 26 orang bersamaan dengan 92.85% yang setuju dengan
pernyataan ini. Manakala, seramai seorang responden yang tidak setuju dengan
pernyataan ini bersamaan 3.57%. Selain itu, seorang juga responden yang tidak pasti
bersamaan dengan 3.57% daripada 28 orang responden. Statistik menunjukkan bahawa
responden yang setuju dengan pernyataan kesan ini adalah banyak kerana menurut
responden hal sebegini menyebabkan mereka tidak dapat mengadakan apa-apa aktiviti
kampung terutama sekali rumah terbuka kerana ketiadaannya air. Seterusnya,
responden yang tidak setuju dengan pernyataan tersebut kerana mempunyai simpanan
bekalan air bersih yang banyak untuk kegunaan aktiviti tersebut. Selain itu, responden
yang memilih tidak pasti pula kerana mereka mungkin tidak mengalami perkara seperti
yang dinyatakan dan tidak yakin akan aktiviti kampung seperti rumah terbuka tidak
dapat diadakan apabila berlakunya gangguan bekalan air.

5.4 Langkah-langkah Yang Telah Dilaksanakan Oleh Penduduk Kampung Untuk


Menyelesaikan Masalah Gangguan Bekalan Air.

Antara langkah-langkah yang telah dilaksanakan oleh penduduk kampung


Tinutuan untuk menyelesaikan masalah gangguan bekalan air ialah jawatankuasa
pengurusan air kampung telah menubuhkan biro-biro kecil serta membuat jadual
bertugas setiap minggu untuk membaiki jika berlaku sebarang kerosakan. Melalui
pembuatan jadual ini jawatankuasa kampung mudah untuk mengenakan denda kepada
penduduk yang tidak menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan. Oleh itu,
penduduk kampung akan menjalankan tugas dengan bertanggungjawab kerana adanya
pengurusan air yang sistematik dan berkesan.

39
Selain itu juga, penduduk kampung telah bekerjasama untuk membina tadahan
baru agar penduduk kampung mendapat air dengan secukupnya dengan bantuan
kerajaan. Dalam hal ini pula, penduduk kampung Tinutuan telah bermuafakat untuk
memohon bantuan kerajaan dari segi batang paip agar mampu membuat tadahan baru
dengan harapan agar gangguan bekalan air tidak akan berlaku lagi. Oleh itu, gangguan
bekalan air mampu diatasi kerana adanya dua tadahan air untuk membekalkan sumber
air bersih kepada penduduk kampung Tinutuan.

Seterusnya, langkah-langkah yang dilaksanakan oleh penduduk untuk


menyelesaikan masalah tersebut ialah segelintir penduduk kampung telah mendaftar
untuk disambungkan kepada bekalan air terawat yang disediakan oleh kerajaan. Hal ini
secara tidak langsung telah menyebabkan semakin sedikit penduduk yang bergantung
dengan tadahan yang disediakan oleh kampung. Oleh itu, gangguan bekalan air dapat
diatasi kerana terdapatnya banyak sumber air bersih utuk penduduk kampung ini
mendapatkan air.

Di samping itu, sikap berjimat-cermat juga telah diamalkan oleh setiap penduduk
bagi mengelakkan gangguan bekalan air daripada berlaku. Misalnya, penduduk
kampung menggunakan air dengan berhemah agar pembaziran air dapat dielakkan
secara tidak langsung akan mampu mengelakkan gangguan daripada terus berlaku.
Bukan itu sahaja, penduduk kampung Tinutuan mengamalkan permuafakatan dalam
menyelesaikan sebarang masalah gangguan air yang berlaku. Kesannya, gangguan
bekalan air dapat diselesaikan dengan efektif agar tidak mendatangkan kesan kepada
penduduk kampung.

Akhir sekali, penduduk kampung juga telah menjalankan gotong royong untuk
membersihkan kawasan tadahan air. Mereka juga telah menyelenggara saluran air paip
bagi membuka bahan-bahan yang menyebabkan saluran paip tersumbat. Oleh itu, air
akan mampu berjalan dengan lancar tanpa disekat oleh bahan-bahan tersebut.

6.0 RUMUSAN

40
Kajian yang dijalankan oleh pengkaji meliputi kajian manusia. Kajian ini adalah
tentang gangguan bekalan air dalam kalangan penduduk kampung Tinutuan, Ranau.
Gangguan bekalan air tersebut telah menimbulkan kesulitan kepada kehidupan mereka
seharian. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji dengan lebih terperinci lagi
tentaang gangguan bekalan air tersebut.

Secara keseluruhannya, kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji gangguan


bekalan air dalam kalangan penduduk kampung Tinutuan, Ranau. Objektif kajian yang
telah ditetapkan oleh pengkaji iaitu mengenal pasti punca-punca berlakunya gangguan
bekalan air dalam kalangan penduduk kampung Tinutuan, mengkaji kesan-kesan
gangguan bekalan air kepada penduduk kampung dan mengkaji langkah-langkah yang
telah dilaksanakan oleh penduduk kampung Tinutuan untuk menyelesaikan masalah
gangguan bekalan air.

Bagi mencapai objektif yang dikaji oleh pengkaji, pengkaji telah menggunakan
kaedah soal selidik, kaedah temu bual dan kaedah pemerhatian. Bagi kaedah soal
selidik, pengkaji telah memilih secara rawak seramai 28 orang responden yang
merupakan penduduk kampung Tinutuan bagi menjawab objektif pengkaji yang
pertama dan kedua. Seterusnya, pengkaji menggunakan kaedah temu bual dengan
menemu bual 2 orang penduduk kampung untuk menjawab soalan pengkaji bagi
mendapatkan lebih banyak maklumat tentang kajian tersebut. Di samping itu, pengkaji
turut menggunakan kaedah pemerhatian iaitu dengan melawat tapak kajian bagi
membantu pengkaji mendapat sumber. Kaedah-kaedah ini telah dipilih oleh pengkaji
agar dapat membantu pengkaji untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan bagi
menjawab objektif kajian.

Setelah mengumpul semua maklumat yang diperlukan oleh pengkaji dengan


menggunakan ketiga-tiga kaedah tersebut, hasil maklumat tersebut dianalisis oleh
pengkaji. Hasil analisis bagi kaedah soal selidik daripada 28 orang responden seramai 9
orang lelaki manakala seramai 19 orang perempuan. dari segi umur pula, dari umur 19
hingga 30 tahun seramai 13 orang, bagi 31 hingga 40 tahun pula seramai 9 orang, bagi
41 hingga 50 tahun pula seramai 5 orang dan seorang bagi umur 51 hingga 60 tahun.

41
Manakala dari segi status responden pula, seramai 10 orang telah berkhawin, seramai
17 orang responden yang berstatus bujang. Manakala, hanya seorang sahaja yang
berstatus ibu/bapa tunggal. Bagi kaedah temu bual pula, informan yang ditemu bual
oleh pengkaji merupakan seorang yang beragama Kristian dan mempunyai
pengetahuan yang mendalam tentang gangguan bekalan air yang berlaku di kampung
Tinutuan ini. Seterusnya, pengkaji telah melakukan kaedah pemerhatian di kawasan
kajian lapangan untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan secara langsung.

Hasil kajian mendapati bahawa, kebanyakan responden menjawab hampir sama


jawapan tentang soalan yang dikemukakan di borang soal selidik iaitu mengenal pasti
punca-punca berlakunya gangguan bekalan air dalam kalangan penduduk kampung
Tinutuan dan mengkaji kesan-kesan gangguan bekalan air kepada penduduk kampung.
Seterusnya, bagi mengkaji langkah-langkah yang telah dilaksanakan oleh penduduk
kampung Tinutuan untuk menyelesaikan masalah gangguan bekalan air dengan
menemu bual informan. Oleh itu, pengkaji telah mendapat banyak maklumat tentang
langkah-langkah yang telah dijalankan oleh penduduk kampung tersebut daripada
informan untuki menjawab objektif pengkaji yang ketiga.

42
7.0 RUJUKAN

Abd. Razak Osman Berita Harian“Masalah gangguan bekalan air bersih oleh lebih
16,000 orang penduduk” Dicapai pada 09 March 2019 dari
http://www.BH.com.my/BH/info.asp

Kamus Pelajar Terbitan KBSM, 2007, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka

Kamus Dewan Edisi Ketiga, 2004, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Faliq Lajim “Bekalan air untuk 6000 penduduk terjejas” Sinar Harian, Jumaat, 23
January 2015

Mohd Izzatul Izuan Tahir “20 tahun tiada bekalan air” Sinar Harian, 24 Oktober 2012

Mohd Fairuz Yusof Utusan Online “Krisis air di Selangor Sejuta penduduk bakal
terjejas” Dicapai 09 March 2019 dari http://www.Utusan.com.my/Utusan/Info.asp?

Wikipedia, Dicapai pada 12 March 2019 dari http://www.wikipedia.com.my

43
44

You might also like