You are on page 1of 18

STPM 2023

PEPERIKSAAN PERCUBAAN
SEMESTER 1

BAHASA MELAYU
910/1

Nama
Kelas

DIBIAYAI OLEH KERAJAAN NEGERI TERENGGANU


Tidak dibenarkan menyunting atau mencetak mana-mana bahagian dalam
kertas soalan ini tanpa kebenaran Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu
1

910/1 2023 STPM


BAHASA MELAYU
KERTAS 1
(Dua jam)

PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM SEMESTER 1 2023

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA


(MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE )

Arahan kepada calon:

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA Untuk kegunaan


DIBENARKAN BERBUAT DEMIKIAN. pemeriksa
Bahagian B
21
Jawab semua soalan dalam Bahagian A. Tandakan jawapan yang betul
pada Borang Jawapan Aneka Pilihan yang dibekalkan.
22
Jawab semua soalan dalam Bahagian B. Tulis jawapan pada helaian
23
jawapan yang disediakan.

Jawab satu soalan sahaja dalam Bahagian C. Anda boleh menjawab 24


semua soalan, tetapi hanya satu jawapan pertama yang akan diperiksa. Tulis
jawapan anda pada helaian jawapan yang disediakan. Mulakan setiap jawapan 25
pada helaian jawapan yang baharu.
Bahagian C
26

27

28

Jumlah

Kertas soalan ini terdiri daripada 10 halaman bercetak.


@Jabatan Pendidikan Terengganu 2022/23

STPM 910/1 SULIT*


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.
2

Bahagian A [ 20 markah ]
Jawab semua soalan.

1
Filum

Keluarga

Pernyataan manakah betul tentang X ?

A terdiri daripada bahasa Polinesia dan Austroasia


B terdiri daripada bahasa Melanesia dan Tibet-Cina
C terdiri daripada bahasa Austroasia dan Austronesia
D terdiri daripada bahasa Mikronesia dan Austronesia

2 Batu bersurat yang berikut ditulis menggunakan tulisan dari India Selatan, kecuali

A Batu bersurat di Karang Brahi, Jambi


B Batu bersurat di Gandasuli, Jawa Tengah
C Batu bersurat di Talang Tuwo, Palembang
D Batu bersurat di kota Kapur, Pulau Bangka

3 Yang manakah padanan yang betul bagi perkataan bahasa Melayu kuno dengan bahasa
Melayu moden?

Bahasa Melayu Kuno Bahasa Melayu Moden


A tuwa tua
B tuha tuhan
C manglari berlari
D nisumpah disumpah

4 Penyelesaian bagi membezakan perkataan berhomograf dalam tulisan Jawi adalah dengan
cara
A meletakkan tanda baris pada perkataan
B meletakkan huruf vokal pada suku kata pertama
C meletakkan huruf vokal pada suku kata pertama dan suku kata kedua
D meletakkan huruf vokal pada suku kata pertama dan suku kata kedua, serta meletakkan
tanda baris

STPM 910/1 SULIT*


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.
3

Setelah beberapa ketika belayar, maka haripun malamlah. Beberapa barang yang
mahal-mahal disembunyikan orang di dalam peti dan pelita pun dipasang
oranglah. Masing-masing dengan tugasnya. Seketika kemudian, maka kapal pun
sampai di pelabuhan.

Apakah ciri bahasa Melayu Klasik yang ketara terdapat dalam petikan di atas?

I penggunaan partikel
II penggunaan ragam ayat pasif
III penggunaan kata pangkal ayat
IV penggunaan kosa kata bahasa istana

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

6 Pernyataan yang manakah tidak berkaitan dengan matlamat penubuhan DBP?

A Memajukan dan memperkaya bahasa kebangsaan


B Menyusun dan menerbitkan kamus bahasa kebangsaan
C Memajukan bakat kesusasteraan, terutama dalam bahasa kebangsaan
D Memperluas dan mempertingkat kesusasteraan dan kebudayaan Melayu

Organisasi X Menerbitkan buku sekolah Melayu dan jurnal bergambar.


Antara contoh penerbitan ialah Ilmu Mengarang Melayu dan
Pelita Mengarang.

Organisasi X merujuk

A Angkatan Sasterwan 50
B Pejabat Karang Mengarang
C Persekutuan Bahasa Melayu Universiti Malaya
D Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa

STPM 910/1 SULIT*


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.
4

8 Padanan kumpulan imbuhan pinjaman yang manakah yang betul mengikut sumber?

Sanskrit Arab Inggeris

I Awalan Awalan Awalan


eka- tata- anti-
II Awalan Akhiran Awalan
swa- -wi pro-
III Akhiran Akhiran Awalan
-man -at sub-
IV Akhiran Awalan Akhiran
-wan maha- -ah

A I dan II
B II dan III
C I dan IV
D III dan IV

9 Unit bahasa terkecil.


Ditandai dengan tanda kurungan / /
Dapat membezakan makna perkataan

Pernyataan di atas ialah

A huruf
B fonem
C alofon
D fonologi

10 Pasangan perkataan yang manakah yang merupakan pasangan minimal?

A kasut kusut , sabut kabut


B badam padam, saku paku
C tonton tuntun , buka buku
D barang parang , kebun rabun

STPM 910/1 SULIT*


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.
5

11 Yang manakah keadaan yang wujud semasa bunyi vokal dihasilkan ?

I lelangit lembut dinaikkan


II udara keluar tanpa sekatan
III udara masuk ke rongga hidung
IV pita suara ada yang tidak bergetar

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

12

Yang manakah pasangan perkataan yang kedua-duanya mengandungi vokal yang


bertanda P ?
I sengketa, gelegar
II celoreng, tempelak
III keletah, temberang
IV pendekar, selendang

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

13
Bunyi dihasilkan dengan cara lidah yang berada pada kedudukan vokal depan
luas, kemudian digeluncurkan ke arah kedudukan vokal belakang sempit.

Yang manakah pasangan perkataan yang mengandungi bunyi seperti yang dinyatakan
dalam pernyataan di atas?

A aurat, maut
B sepoi, kaloi
C hairan, ramai
D saudagar, pantau

STPM 910/1 SULIT*


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.
6

14
Aliran udara ditahan apabila depan lidah ditemukan pada daerah lelangit keras.
Sekatan udara dilepaskan secara perlahan-lahan tanpa menggetarkan pita suara.

Perkataan yang terhasil daripada konsonan di atas ialah

A kaji
B jalan
C pakar
D cantik

15
Mereka menyanyi sambil bertepuk tangan.
I II

Apakah jenis konsonan yang terdapat dalam perkataan I dan II di atas ?

I II
A Sengauan gigi-gusi Sengauan lelangit keras
B Letusan lelangit lembut Letusan lelangit keras
C Sengauan lelangit keras Sengauan lelangit lembut
D Sengauan lelangit lembut Sengauan lelangit keras

16 Yang manakah pasangan perkataan yang kesemuanya mengandungi vokal rangkap?

A sepoi, pantai, siar


B hairan, kuah, pulau
C kerajaan, kuat, naik
D autograf, maaf, gaung

17
Lambang fonetik Nama konsonan
I [f] P Geseran gusi bersuara
II [z] Q Geseran glotis tak bersuara
III [h] R Geseran bibir-gigi tak bersuara
IV [X] S Geseran lelangit lembut tak bersuara

Yang manakah padanan yang betul bagi lambang fonetik dan nama konsonan?

I II III IV
A Q S P R
B R P Q S
C Q P S R
D S R Q P

STPM 910/1 SULIT*


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.
7

18 Yang manakah kumpulan kata yang tidak mematuhi pola keselarasan vokal bahasa
Melayu?

A telor, teater, borong


B aneh , perabot , pepet
C duet , celoteh , loteng
D selekeh , engsel , tekong

19 Yang manakah perkataan yang dieja dengan betul?

A kadang kala
B dikemas kinikan
C mengketengahkan
D pegawai-pegawai atasan

20 Yang manakah ayat yang mengandungi kesalahan tanda baca ?

I Aduh! Sakitnya kaki saya!


II
III
IV

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

STPM 910/1 SULIT*


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.
8

Bahagian B [30 markah]


Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab semua soalan.

Sejak belakangan ini, banyak kisah menakutkan tular di media sosial berhubung dengan
kes penculikan kanak-kanak. Sejauh manakah kes penculikan itu benar-benar berlaku
sememangnya sukar dipastikan. Hal ini dikatakan demikian kerana ada juga segelintir pihak
yang cuba menularkan berita palsu dengan menyebarkan kenyataan media lama pihak
berkuasa atau sengaja mewujudkan ketakutan dalam kalangan masyarakat. Apa-apa pun 5
alasannya, hal ini bukanlah bermaksud tidak ada kes culik di negara ini.
Tidak dinafikan bahawa apabila berlaku kes kehilangan kanak-kanak, ibu bapa dan
keluarga pastinya akan terjejas dari pelbagai aspek umpamanya trauma. Di luar negara,
menurut statistik The Federal Bureau of Investigation (FBI), terdapat sebanyak 29758
10
rekod orang yang hilang aktif melibatkan kanak-kanak di bawah umur 18 tahun. Hal ini
merupakan angka yang amat menakutkan. Bukan itu sahaja, seluruh komuniti juga akan
berada dalam ketakutan. Kes orang hilang tidak mengenal mangsa dan tempat. Di mana-
mana sahaja kes kanak-kanak hilang boleh berlaku. Sudah tentu kita tidak dapat menjangka
atau meramal sebarang bentuk jenayah. Walau bagaimanapun, sebagai ibu bapa atau 15
penjaga, mencegah anak hilang atau menjadi mangsa penculikan daripada berlaku
merupakan tanggungjawab utama kita.
Ibu bapa perlu mengajar anak mereka peraturan semak dahulu. Peraturan ini
hendaklah sentiasa menjadi sebahagian gelembung keselamatan kanak-kanak. Tidak kira
sama ada mereka mengenali orang itu atau tidak, anak-anak harus sentiasa mengelak 20
daripada sebarang undangan atau godaan orang tidak dikenali. Ibu bapa juga perlu
membuka mata dan telinga ketika bersama anak-anak. Jangan biarkan diri terganggu
apabila keluar membeli-belah dengan anak-anak. Anak-anak mudah hilang di balik rak dan
paparan lorong iklan. Ibu bapa juga harus peka untuk sentiasa menyedari sesiapa sahaja
25
yang mungkin mengambil berat terhadap anak-anak mereka. Anak-anak perlu diajar cara
bertindak balas terhadap cubaan penculikan. Apabila seseorang cuba membawa anak anda
ke sesuatu tempat secara paksa, kanak-kanak perlu tahu cara bertindak balas. Ajar anak-
anak untuk menjerit ketika berhadapan dengan keadaan cemas. Anak-anak juga perlu
didedahkan untuk mengenal pasti orang dewasa yang boleh dipercayai. Jika mereka tersesat 30
atau ada individu yang memujuk mereka, mereka harus tahu cara untuk berhubung dengan
orang dewasa yang boleh dipercayai. Di pasar raya misalnya, mereka harus mencari pekerja
dengan tanda nama atau pengawal keselamatan.
Sebagai orang dewasa, kita mempunyai tanggungjawab yang besar untuk
melindungi kanak-kanak daripada menjadi mangsa culik. Dalam zaman tanpa sempadan 35
yang mustahil untuk pisahkan kanak-kanak daripada dunia teknologi maklumat dan
komunikasi, peranan ibu bapa dan penjaga semakin mencabar. Kes penculikan kanak-
kanak memang berlaku di negara kita, malah di seluruh dunia. Semua pihak perlu
mengambil iktibar dan berjaga-jaga agar jenayah ini tidak menimpa anak-anak kita.
40

(Dipetik dan disesuaikan daripada Buletin Jendela DBP)

STPM 910/1 SULIT*


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.
9

21 Berdasarkan petikan tersebut, berikan maksud frasa yang berikut:


(a) [1]
(b) [1]

22 Nyatakan kesan kehilangan kanak-kanak yang berlaku di negara kita. [2]

23 Nyatakan empat tanggungjawab yang perlu dilakukan oleh ibu bapa untuk mencegah
kejadian jenayah penculikan kanak-kanak. [4]

24 Nyatakan dua mesej yang ingin disampaikan oleh penulis. [2]

25
lindungi
kanak-

(baris 34 hingga 35)

Pada pendapat anda, apakah peranan pelbagai pihak selain ibu bapa untuk mengatasi
masalah jenayah penculikan di negara ini? Panjang jawapan anda hendaklah tidak
melebihi 150 patah perkataan. [20]

STPM 910/1 SULIT*


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.
10

Bahagian C [50 markah]

Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 600 hingga 650 patah perkataan
berdasarkan satu daripada tajuk-tajuk di bawah.

26 Kebelakangan ini, harga barang telah meningkat. Berikan pendapat anda tentang
kesan kenaikan harga barang dan jelaskan langkah-langkah untuk menanganinya.

27 Pelajar lepasan sekolah yang tidak berminat untuk menyambung pelajaran ke


peringkat yang lebih tinggi telah menarik perhatian pelbagai pihak. Pada pendapat anda,
mengapakah perkara ini berlaku?

28 Semakin banyak ilmu mengenai seni dan budaya tradisional Melayu yang pupus
kerana kurangnya minat generasi muda untuk mempelajari dan mewarisi ilmu tersebut. Pada
pendapat anda, bagaimanakah caranya untuk memastikan perkara tersebut terus diwarisi oleh
generasi muda?

STPM 910/1 SULIT*


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.
STPM 2023
PERATURAN PEMARKAHAN
PEPERIKSAAN PERCUBAAN
SEMESTER 1

BAHASA MELAYU
910/1
1

PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM SEMESTER 1 2023


BAHASA MELAYU 910/1

SKEMA JAWAPAN
BAHAGIAN A
NO SOALAN JAWAPAN NO SOALAN JAWAPAN
1 C 11 A
2 B 12 D
3 D 13 D
4 C 14 D
5 A 15 C
6 D 16 C
7 B 17 B
8 B 18 B
9 B 19 D
10 B 20 C

BAHAGIAN B
21 Berdasarkan petikan tersebut, berikan maksud frasa yang berikut:

Dasar/peraturan/garis panduan, perlindungan/kesejahteraan/keamanan [1]

Alaf/era/masa tanpa had/batasan/sekatan [1]

22 Nyatakan kesan kehilangan kanak-kanak yang berlaku di negara kita.


Ibu bapa dan keluarga pastinya akan terjejas dari pelbagai aspek [1]
Seluruh komuniti akan berada dalam ketakutan [1]

23 Nyatakan empat tanggungjawab yang perlu dilakukan oleh ibu bapa untuk mencegah kejadian
jenayah penculikan kanak-kanak.

Ibu bapa mengajar anak mereka peraturan semak dahulu [1]


Ibu bapa perlu membuka mata dan telinga ketika bersama anak-anak [1]
Anak-anak perlu diajar cara bertindak balas terhadap cubaan penculikan [1]
Anak-anak didedahkan untuk mengenal pasti orang dewasa yang boleh
dipercayai [1]

SULIT*
2

24 Nyatakan dua mesej yang ingin disampaikan oleh penulis.


Semua pihak perlulah mengambil iktibar [1]
Berjaga-jaga agar jenayah ini tidak menimpa anak-anak kita [1]

25

melindungi kanak-

Pada pendapat anda apakah peranan pelbagai pihak selain ibu bapa untuk mengatasi masalah
jenayah penculikan di negara ini? Panjang jawapan anda hendaklah tidak melebihi 150 patah
perkataan.

Catatan: Jawapan perlu ada siapa?(pihak mana) dan apa? (peranannya)

IS1 Isi utama: Pihak sekolah mengajar kanak-kanak seni mempertahankan diri [2]
Huraian isi : Kanak-kanak boleh mempertahankan diri ketika berdepan masalah getir[1]
Contoh : Belajar silat atau taekwando[1]
Huraian contoh :Membentuk anak-anak berdisiplin dan bersiap siaga[1]

IS2 Isi Utama: Media massa berperanan dalam menyedarkan masyarakat tentang
keselamatan anak-anak [2]
Huraian isi: Menyiarkan rancangan berkaitan keselamatan anak-anak[1]
Contoh: Rancangan 999, iklan keselamatan, rencana dll[1]
Huraian contoh: Masyarakat akan sedar dan lebih berhati-hati[1]

IS3 Isi utama: Kerajaan menggalakkan ibu bapa memakai alat penjejak kepada kanak-
kanak[2]
Huraian isi: Mengambil kesempatan atas kecanggihan teknologi[1]
Contoh: Jam tangan, gelang atau rantai[1]
Huraian contoh: Mengesan keberadaan anak-anak[1]

IS4 Isi utama: Pihak sekolah memperkasakan pengawal keselamatan[2]


Huraian isi: Mengawal pelajar keluar masuk di pintu utama sekolah[1]
Contoh: Memastikan ibu bapa yang betul menjemput anak-anak[1]
Huraian contoh: Anak-anak tidak mudah diculik[1]

SULIT*
3

IS5 Isi utama: Pihak berkuasa mengadakan rondaan[2]


Huraian isi: Memastikan kawasan persekitaran selamat terutama di kawasan sunyi[1]
Contoh: Mengadakan rondaan secara berkala di kawasan sekolah terutamanya waktu
pelajar pulang[1]
Huraian contoh: Keselamatan anak-anak lebih terjamin[1]

IS6 Isi utama: Masyarakat melaporkan individu atau kumpulan yang disyaki[2]
Huraian isi: Memudahkan pihak berkuasa mengambil tindakan[1]
Contoh: Melapor terus di balai polis berdekatan atau menelefon pegawai polis[1]
Huraian contoh: Pihak berwajib lebih mudah mencegah kejadian culik[1]

IS7 Isi utama: Pihak kerajaan menguatkuasakan undang-undang[2]


Huraian isi: Menangkap dan memburu mereka yang terlibat dengan penculikan[1]
Contoh: Hukuman berat seperti penjara maksimun[1]
Huraian contoh: : Menakutkan penjenayah untuk melakukan penculikan[1]

MANA-MANA ISI YANG RELEVAN BOLEH DITERIMA

SULIT*
4

BAHAGIAN C
26 Kebelakangan ini, harga barang telah meningkat.Berikan pendapat anda tentang kesan
kenaikan harga barang dan jelaskan langkah-langkah untuk menanganinya.
Skema jawapan
Pendahuluan
Isu kenaikan harga barang
Memberikan kesan kepada masyarakat dan pelbagai langkah perlu dilaksanakan untuk
menangani masalah ini
Isi: (kesan kenaikan harga barang)
IS1 Menimbulkan keresahan masyarakat
IS2 Meningkatkan kos sara hidup
IS3 Kehidupan golongan yang berpendapatan rendah terjejas
IS4 Pendidikan terjejas
IS 5 Meningkatkan inflasi
IS6 Peniaga mengambil kesempatan

Langkah-langkah
IS7 Kempen jimat cermat
IS8 Pemantauan pihak berkuasa secara berkala
IS9 Menetapkan harga siling
IS10 Memberikan subsidi kepada barangan kawalan
IS11 Mengutamakan barangan keperluan berbanding dengan barangan kehendak
IS12 Peranan persatuan pengguna
IS13 Memastikan bekalan domestik mencukupi
IS14 Mengawal aktiviti import dan eksport barangan keperluan
IS15 Mengenakan tindakan tegas kepada peniaga yang melanggar undang-undang
Penutup
Kenaikan harga barang yang tidak terkawal akan menimbulkan pelbagai masalah kepada
masyarakat
Pelbagai usaha perlu dirangka bagi membendung masalah ini.
Usaha yang dilakukan dapat meengembalikan kestabilan harga barang

SULIT*
5

27 Pelajar lepasan sekolah tidak berminat untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang
lebih tinggi telah menarik perhatian pelbagai pihak. Pada pendapat anda, mengapakah perkara ini
berlaku?

Pendahuluan
Isu pelajar lepasan sekolah tidak berminat menyambung pelajaran
Pelbagai factor yang menyebabkan perkara ini berlaku.

Isi (faktor-faktor pelajar tidak berminat menyambung pelajaran)


IS 1 Masalah kewangan
IS2 Pelajar berminat bekerja sendiri
IS3 Kursus yang ditawarkan kepada pelajar tidak menarik
Is4 Tiada galakan daripada keluarga
IS5 Tiada motivasi diri
IS6 Ditawarkan tempat pengajian yang jauh dari tempat tinggal asal
IS7 Persepsi masyarakat terhadap pelajar lepasan pusat pengajian tinggi
IS8 Kursus yang ditawarkan tidak memenuhi pasaran pekerjaan
IS9 Peluang pekerjaan di sektor awam terhad
IS10 Tidak mahu terbeban dengan hutang pinjaman Pendidikan

Penutup

Pelbagai faktor yang menyebabkan perkara ini berlaku.


Pelbagai pihak perlu mengembeleng tenaga
Pelajar kembali berminat untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih
tinggi

SULIT*
6

28 Semakin banyak ilmu mengenai seni dan budaya tradisional Melayu yang pupus kerana
kurangnya minat generasi muda untuk mempelajari dan mewarisi ilmu tersebut. Pada pendapat
anda,bagaimanakah caranya untuk memastikan ilmu tersebut terus diwarisi oleh generasi muda?

Pendahuluan
Masyarakat Malaysia kaya dengan pelbagai kesenian tradisional
Kesenian tradisional yang hamper pupus seperti Rodat, Mak yong, main Puteri,
dan sebagainya
Pelbagai usaha wajar dilakukan agar generasi muda dapat mewarisi ilmu ini.
Isi (langkah untuk generasi muda mewarisi ilmu seni dan budaya tradisional Melayu)
IS1 Menawarkan pengajian di universiti dalam bidang seni dan budaya tradisional Melayu
IS2 Menyediakan pelapis untuk mewarisi ilmu pengetahuan dan kepakaran para pengamal
seni dan budaya
IS3 Menjadikan aktiviti kokurikulum di sekolah
IS4 Menganjurkan pertandingan di pelbagai peringkat
IS5 Mewujudkan bengkel latihan/alatan
IS6 Menganjurkan persembahan di tempat-tempat awam
IS7 Memaparkan secara aktif dalam media sosia
IS8 Menyediakan sagu hati kepada pengamal ilmu seni dan budaya, khususnya kepada
generasi muda
IS9 Menyediakan peralatan yang lengkap kepada pengiat seni dan budaya
IS10 Menjemput pengamal seni dan budaya dalam setiap acara rasmi
Penutup
Ilmu seni dan budaya perlu diwarisi oleh genarasi muda agar tidak pupus
Pelbagai usaha perlu dilakukan agar ilmu seni dan budaya dapat diwarisi oleh generasi
muda
Kerjasama daripada semua pihak amal perlu, agar ilmu ini terus segar dalam kalangan
generasi muda.

SULIT*

You might also like