You are on page 1of 9

ELMK 3033 Integriti

Tutorial (12/4/2022)
Definisi Integriti
Mengikut kamus dwibahasa Dewan Bahasa Dan
Pustaka (DBP) 1985 ialah “kejujuran dan ketulusan”,
kesempurnaan, ‘keutuhan’. Ini bermaksud integriti
adalah sifat “jati diri” yang merangkumi juga
keikhlasan, keterbukaan, ketelusan, amanah, benar,
berpegang kepada prinsip, tidak mudah dipengaruhi,
boleh dipercayai, boleh pegang cakapnya dan lain-lain.
Integriti ada dua bahagian iaitu integriti individu dan integriti organisasi
Integriti individu merujuk kepada himpunan kualiti unggul
yang wujud dalam kalangan individu dan kualiti ini
berteraskan kepada prinsip berpegang teguh kepada kejujuran
dan amalan bermoral tinggi. Ini bermakna, integriti ialah
keselarasan di antara tindakan dengan prinsip moral, etika dan
undang-undang serta keselarasan di antara kepentingan diri
dengan kepentingan umum.

Integriti organisasi pula tercermin dalam perumusan dan


perlaksanaan kod etika, piagam pelanggan atau sistem dan
proses kerja serta pematuhan kepada amalan terbaik. Kod
etika berkenaan ditegaskan, diulangi dan dihayati oleh
anggota organisasi berkenaan sehingga menjadi kebiasaan
dan akhirnya menjadi budaya organisasi.
Isu rasuah
Rasuah adalah satu perbuatan yang melanggar
nilai-nilai murni dan membawa kehancuran kepada
seseorang yang mengamalkannya sama ada
penerima atau pemberi serta mengurangkan
kecekapan kepada sesebuah organisasi
Faktor yang menjejaskan integriti
Individu
01 Individu yang kurang didikan agama dan
penghayatan nilai-nilai murni, lemah disiplin diri
dan etika akan mengakibatkan diri dalam pelbagai
salah bentuk tingkah laku. Kemerosotan integriti
boleh berlaku sekiranya individu itu hannya
melihat kelemahan orang lain. Tekanan hidup juga
boleh menyebabkan individu terlibat dalam
kegiatan rasuah, penyalahgunaan kuasa,
penyelewengan dan gejala tidak bermoral.
Faktor yang menjejaskan integriti
Struktur dan Institusi
02 Institusi yang mempunyai matlamat yang
bertentangan antara satu sama lain boleh
menjejaskan integriti. Pertentangan kepentingan
antara institusi yang berlaku secara berterusan
boleh menyebabkan kecelaruan dan krisis nilai.
Tanggungjawab antara institusi perlu
diperincikan dengan baik. Pertindihan dalam
tugas boleh mengakibatkan persaingan yang
tidak sihat serta pengabaian tanggungjawab.
Cara Peningkatan
Integriti
Peningkatan dalam institusi keluarga
Keluarga membimbing tingkah laku dan membentuk serta
memantapkan integriti dalam kalangan kanak-kanak sejak kecil
manakala ibu bapa harus menjadi teladan yang baik kepada kanak-
kanak.
Peningkatan dalam institusi agama
Menyemai nilai-nilai moral dan etika di dalam individu
berlandaskan ajaran agama masing-masing. Sikap saling
menghormati antara penganut pelbagai agama perlu
ditingkatkan. Nilai-nilai murni yang sejagat sifatnya daripada
pelbagai agama perlu ditengahkan serta dimanfaatkan untuk
meningkatkan perpaduan dan saling kefahaman antara penganut
mereka.
Terima Kasih

You might also like