You are on page 1of 1

Tajuk:

Isu Pemerdagangan Manusia

Artikel:
http://www.joirc.com/PDF/JOIRC-2019-02-03-04.pdf

Ulasan:
Berdasarkan artikel tersebut, isu pemerdagangan manusia merupakan isu yang agak serius
melanda dunia dan bukan sahaja berlaku di negara kita. Hal ini telah dibuktikan melalui Laporan
Pemerdagangan Manusia yang dikeluarkan oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat yang
melaporkan bahawa isu pemerdagangan manusia di Malaysia adalah pada tahap yang kritikal
kerana Malaysia belum memenuhi sepenuhnya standard untuk membanteras isu ini walaupun
terdapat usaha yang telah dijalankan oleh kerajaan Malaysia.Sehubungan dengan itu, isu
pemerdagangan manusia yang berlaku telah membawa pelbagai kesan negatif kepada
pembangunan negara dari aspek politik, ekonomi dan sosial. Oleh itu, langkah-langkah yang
berkesan dan memenuhi standard untuk menangani isu pemerdagangan manusia perlulah
dilaksanakan oleh pihak kerajaan dengan kerjasama pihak NGO. Bukan itu sahaja, kesedaran
umum daripada masyarakat juga adalah sangat diperlukan bagi menangani isu ini. Walau
bagaimanapun, tindakan Malaysia perlu menentang isu ini bertepatan dengan hukum Islam
kerana negara Malaysia telah mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi. Justeru, sebagai
seorang manusia yang bermoral, isu pemerdagangan manusia perlu mengelakkan diri daripada
terlibat kes pemerdagangan manusia.

You might also like