You are on page 1of 10

Menurut pengertian bahasa, moral berasal daripada bahasa Latin moralis atau

mores iaitu yang bererti kebiasaan seperti perbuatan, budi pekerti dan perangai
ataupun tingkahlaku yang sejajar dengan tatasusila atau peraturan hidup
bermasyarakat. Moral merangkumi segala nilai murni seperti merendah diri, benar,
belas kasihan, keadilan, persefahaman, kasih sayang, berdikari dan banyak lagi.
Menurut Kamus Dewan (1995), nilai merupakan taksiran harga-harga
sesuatu dibandingkan dengan harga yang lain. Taksiran sesuatu sama ada boleh
dihitung atau boleh dilihat. Nilai murni dapat didefinisikan sebagai perlakuan yang
baik, peradaban dan tatasusila individu manusia dalam hubungannya sesama
manusia, alam dan Tuhan. Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka(2005), nilai murni
bermaksud sifat baik seperti hormat-menghormati dan beradab mulia sesama
manusia.
Pendidikan Moral merupakan satu subjek yang diajar di sekolah yang
mempunyai kaitan tentang nilai-nilai murni yang kita amalkan dalam kehidupan
seharian kita. Malaysia adalah negara demokrasi dan rakyatnya terdiri daripada
pelbagai keturunan, budaya, bahasa dan agama. Walaupun agama Islam
merupakan agama rasmi, tetapi agama-agama lain bebas diamalkan secara aman.
Sebagai contohnya, Kristian, Buddha, Hindu, Sikh, ajaran Confucius dan Taoist.
Dalam tugasan kerja kursus ini, saya telah memilih agama Kristian untuk
dijadikan satu agama yang akan saya banding bezakan nilai-nilai murni dengan
Dokumen KSSR.
Dokumen Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Moral
mengandungi 14 nilai murni iaitu kepercayaan kepada Tuhan, baik hati,
bertanggungjawab, berterima kasih, hemah tinggi, hormat, kasih sayang, keadilan,
keberanian, kejujuran, kerajinan, kerjasama, kesederhanaan dan toleransi. Antara
nilai yang terdapat dalam agama Kristian pula ialah nilai teologikal yang terbahagi
kepada tiga iaitu iman, harapan dan kasih. Seterusnya, nilai murni seperti
kebijaksanaan, keadilan, ketabahan, dan kesederhanaan. Amalan lain pula ialah
seperti kerendahan hati, tidak tamak, kesucian diri, lemah lembut, kerajinan dan
beragama.

1
Aspek Dokumen Kurikulum
Standard Sekolah Rendah Agama Kristian
Perbandingan (KSSR) Pendidikan Moral

Kepercayaan kepada Tuhan / Iman


Persamaan Keadilan
Kesederhanaan

Baik hati Harapan


Bertanggungjawab Kasih
Berterima kasih Kebijaksanaan
Hemah tinggi Ketabahan
Hormat
Perbezaan
Kasih sayang
Keberanian
Kejujuran
Kerajinan
Kerjasama
Toleransi

Jadual 1

Jadual 1 di atas menunjukkan persamaan dan perbezaan nilai-nilai murni


antara Dokumen KSSR dengan agama Kristian. Jadual tersebut menunjukkan
bahawa terdapat beberapa nilai murni yang sama di antara Dokumen KSSR dengan
agama Kristian iaitu nilai kepercayaan kepada Tuhan, nilai iman, nilai keadilan dan
juga nilai kesederhanaan. Dalam jadual tersebut, Dokumen KSSR dengan agama
Kristian mempunyai nilai-nilai murni yang sama tetapi dari segi huraian nilai itu tidak
sama seperti nilai keadilan dan nilai kesederhanaan. Nilai kepercayaan kepada
Tuhan berbeza dengan nilai iman, tetapi dari segi huraian kedua-dua nilai ini adalah
sama iaitu percaya bahawa wujudnya Tuhan sebagai pencipta langit dan bumi.
Definisi atau huraian dalam setiap nilai tersebut boleh dirujuk dalam lampiran kerja
kursus ini.
Jadual 1 di atas juga menunjukkan perbezaan nilai-nilai murni antara KSSR
dengan agama Kristian. Seperti yang dapat dilihat dalam jadual di atas, dalam KSSR
terdapat nilai-nilai seperti nilai baik hati, bertanggungjawab, berterima kasih, hemah
tinggi, hormat, kasih sayang, keberanian, kejujuran, kerajinan, kerjasama dan

2
toleransi yang tidak ada dalam nilai agama Kristian. Dalam agama Kristian pula,
terdapat nilai-nilai seperti harapan, kasih, kebijaksanaan dan ketabahan. Bukan
sahaja berbeza nilai, tetapi juga berbeza dari segi definisi dan pengertian nilai
tersebut. Pengertian tentang nilai-nilai tersebut boleh dirujuk pada bahagian lampiran
kerja kursus ini.
Nilai-nilai murni yang terdapat dalam ajaran agama Kristian dapat kita
aplikasikan dalam kehidupan kita seharian sebagai seorang siswa dan siswi pendidik
di IPG Kampus Keningau. Dari segi iman, saya sebagai seorang penganut agama
Kristian Katolik sentiasa berdoa sebelum memulakan sesuatu aktiviti yang akan saya
lakukan pada hari tersebut. Saya beriman kepada Tuhan Yesus Kristus dengan
berdoa setiap hari dengan percaya bahawa Tuhan itu sentiasa campur tangan dalam
hidup kita sehari-hari tanpa kita dapat melihat Tuhan Yesus secara nyata. Iman di
dalam Tuhan Yesus Kristus seharusnya merupakan iman yang hidup, yang
diwujudkan dalam sikap dan tindakan nyata dalam kehidupan sehari-hari. Dalam
(Yak. 2:17), mengatakan bahawa Iman tanpa perbuatan adalah mati.
Seterusnya, nilai murni yang terdapat dalam agama Kristian iaitu harapan.
Nilai harapan ini dapat kita aplikasikan dalam kehidupan seharian melalui doa-doa
seharian kita kepada Allah Bapa di Syurga. Saya sentiasa berdoa kepada Tuhan
untuk keselamatan jiwa-jiwa di api pencucian dengan pengharapan dan kepercayaan
yang penuh bahawa Tuhan akan berbelas kasihan kepada jiwa-jiwa di api pencucian
dan menerima jiwa-jiwa di api pencucian tersebut memasuki kerajaan Syurga.
Nilai kasih yang terdapat dalam agama Kristian pula dapat kita aplikasikan
dalam kehidupan seharian melalui perbuatan kita seperti kesediaan untuk menerima
orang lain, mengampuni yang bersalah kepada kita dan menyalurkan berkat Tuhan
kepada mereka yang memerlukan. Semua orang yang percaya diperintahkan untuk
menyatakan kasih ini, iaitu mengasihi Tuhan dan sesama (Mat. 22:37-39).
Nilai keadilan pula boleh kita aplikasikan dalam kehidupan seharian dengan
tidak menuntut hak orang lain yang bukan hak kita. Seperti contohnya, memberikan
pendidikan kepada orang yang berhak memilikinya seperti siswa dan siswi pendidik
yang menuntut di IPGKK ini. Para siswa dan siswi tersebut berhak mendapat
pendidikan yang berkualiti sepanjang mereka menuntut di IPGKK ini. Para
pensyarah tidak berhak untuk tidak memberikan pendidikan yang berkualiti kepada
para siswa dan siswi di IPGKK kerana memberikan pendidikan kepada para siswa
dan siswi di IPGKK adalah tanggungjawab yang harus dilaksanakan oleh para
pensyarah.
Seterusnya, pengaplikasian nilai murni kesederhanaan dalam kehidupan
seharian iaitu bersederhana dalam melakukan sesuatu hal atau tindakan. Sebagai

3
contohnya, bersederhana dalam membelanjakan wang untuk membeli barang-
barang keperluan seperti makanan dan pakaian.
Untuk melahirkan masyarakat yang lebih berpengetahuan, mampu berdaya
saing, berbudaya kerja cemerlang dan dapat memperkuatkan moral, nilai-nilai murni
membantu untuk membentuk insan moral dalam masyarakat kita. Antara nilai yang
boleh kita gunakan dalam membentuk insan bermoral secara terpimpin ialah nilai
kesabaran, penerimaan, integriti, meritokrasi, menghormati hak orang lain, rendah
hati, bersyukur, kesetiaan kepada negara dan berbudaya cemerlang .
Dalam kerja kursus ini, saya telah mengambil beberapa nilai yang boleh
digunakan untuk membentuk insan bermoral iaitu yang pertama ialah nilai integriti.
Nilai integriti ini mampu membina integriti pelajar melalui penglibatan dalam kegiatan
kokurikulum yang diadakan di IPGKK ini. Sebagai contohnya, aktiviti extra
kokurikulum yang diadakan setiap hari Isnin di IPGKK mampu membina kekuatan
disiplin dalam diri serta dapat membina tubuh badan yang sihat dalam kalangan
siswa dan siswi pendidik.
Seterusnya, nilai yang boleh digunakan untuk membentuk insan bermoral
secara terpimpin yang berlaku di IPGKK ialah nilai penerimaan. Nilai penerimaan ini
merupakan sifat penerimaan akan seseorang individu termasuk kelemahan dan
kekurangannya, tetapi bukan kepada yang salah seperti prinsip yang salah,
perbuatan yang salah, doktrin yang salah dan sebagainya. Sebagai contohnya, para
siswa dan siswi menerima apa sahaja undang-undang dan peraturan yang telah
ditetapkan oleh pihak IPGKK. Para siswa dan siswi perlu menerima apa sahaja yang
berlaku, terutama dalam persekitaran alam persekolahan dan pergaulan yang
mereka alami setiap hari. Undang-undang dan peraturan yang ada di IPGKK dapat
membentuk insan yang bermoral dalam kalangan pelatih.
Selain itu, nilai rendah hati juga amat perlu dalam membentuk insan bermoral
secara terpimpin di IPGKK. Nilai rendah hati ini meliputi tingkah laku yang bersopan
dan beradab. Sikap rendah hati ini menjadikan seseorang pelajar tidak akan
bertindak kasar terhadap rakan dan juga tidak akan menjatuhkan maruah orang lain
di tempat orang lain. Di IPGKK, nilai rendah hati ini boleh dipupuk melalui pengajaran
dan pembelajaran yang berlaku di antara pensyarah dengan para siswa dan siswi.
Para siswa dan siswi hendaklah bersedia menerima teguran dalam apa erti kata juga
kata-kata yang disuarakan oleh para pensyarah atau rakan mereka yang lain bagi
tujuan kebaikan dan mengelakkan berlakunya perkara yang tidak diigini berlaku.
Akhir sekali, nilai yang perlu untuk membentuk insan bermoral secara
terpimpin di IPGKK ialah nilai meritokrasi. Nilai meritokrasi ini merupakan salah satu
sikap yang perlu ada dalam diri setiap siswa dan siswi. Nilai meritokrasi ini meliputi

4
banyak aspek seperti pembentukan fikiran, etika dan moral, mengejar
pencapaian,berketerampilan dan sebagainya. Seperti yang kita boleh lihat di IPGKK
ini, nilai meritokrasi sangat ketara berlaku dalam kalangan para pelatih. Sebagai
contohnya, nilai meritokrasi berlaku dalam pembelajaran yang dilakukan setiap hari
oleh pelatih. Sepanjang menuntut di IPGKK ini, para siswa dan siswi diberikan
tugasan seperti kerja kursus dan pada waktu inilah mereka boleh menunjukkan nilai
meritokrasi ini dengan melaksanakan tugasan tersebut dengan bersungguh-
sungguh. Pelatih yang berilmu dan berpengetahuan luas boleh menempatkannya
pada merit yang mendapat sanjungan dan dihormati dalam kalangan pelatih yang
lain.
Kesimpulannya, nilai-nilai murni seperti yang telah saya jelaskan dalam
penulisan ini amat penting untuk diamalkan dalam kehidupan seharian agar insan
bermoral dapat dilahirkan yang seterusnya akan membawa kepada kehidupan yang
harmoni serta dapat melahirkan insan yang boleh menjadi pemangkin negara yang
cemerlang pada masa akan datang.

(1376 patah perkataan)

5
RUJUKAN

(a) Buku
Kamus Dewan . (1995). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamus Dewan Edisi Keempat. (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Lam Sook Heng, Hasnita Binti Hassan Basari, Sangeetajit Kaura A/P Jag Singh.
(2006). Pendidikan Moral Tahun 5. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Rm. E. Martasudjita, Pr. (2010). DOA ADALAH SUMBER KEKUATAN. Yogyakarta.

Sulaiman, H. (2010). Integriti. Kuala Lumpur: Iktihar Jaya Enterprise.

Sulaiman, H. (2010). Ketabahan. Kuala Lumpur: Iktihar Jaya Enterprise.

Sulaiman, H. (2010). Penerimaan. Kuala Lumpur: Iktihar Jaya Enterprise.

Sulaiman, H. (2010). Meritokrasi. Kuala Lumpur: Iktihar Jaya Enterprise.

Sulaiman, H. (2010). Rendah hati. Kuala Lumpur: Iktihar Jaya Enterprise.

Tim Kateketik FSIC, S. a. (2012). Sebuah Tinjauan Sejarah Ringkas (Perpecahan


Gereja). Penampang: Franciscan Sisters of the Immaculate Conception
(FSIC) Sabah Loreto Convent.

(b) Internet

Serupa, L. C. (9 mac, 2013). Retrieved from Wikipedia Ensiklopedia Bebas:


https://ms.wikipedia.org/wiki/Nilai_murni diakses pada 10 Februari 2017

6
LAMPIRAN

Bagi membolehkan nilai-nilai universal dipupuk secara berterusan dalam diri murid,
nilai yang sama diajar setiap tahun iaitu dari Tahun 1 hingga Tahun 6. Walaupun nilai
itu diulang, tema dan standard kandungan adalah berbeza selaras dengan tahap
perkembangan dan kematangan murid. Nilai murni universal Kurikulum Standard
Pendidikan Moral Sekolah Rendah adalah seperti berikut:

1. Kepercayaan kepada Tuhan


Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala
suruhanNya berlandaskan pegangan agama masingmasing selaras dengan prinsip
Rukun Negara.

2. Baik hati
Kepekaan terhadap perasaan dan kebajikan diri sendiri dan orang lain dengan
memberi bantuan dan sokongan moral secara tulus ikhlas.

3. Bertanggungjawab
Kesanggupan untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan dengan
sempurna.

4. Berterima kasih
Perasaan dan perlakuan untuk menunjukkan pengiktirafan dan penghargaan
terhadap sesuatu jasa, sumbangan atau pemberian.

5. Hemah tinggi
Beradab sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan seharian.

6. Hormat
Menghargai dan memuliakan seseorang dengan memberi layanan yang bersopan
serta menghormati peraturan institusi sosial.

7. Kasih Sayang
Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir daripada
hati yang ikhlas.

8. Keadilan

7
Tindakan dan keputusan yang tidak berat sebelah.
9. Keberanian
Kesanggupan untuk menghadapi cabaran dengan yakin dan tabah.

10. Kejujuran
Bercakap benar, bersikap amanah dan ikhlas dalam setiap perlakuan.

11. Kerajinan
Usaha yang berterusan, bersungguh-sungguh dan bersemangat dalam melakukan
sesuatu perkara.

12. Kerjasama
Kesediaan melakukan sesuatu untuk kepentingan bersama.

13. Kesederhanaan
Bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan tanpa
mengabaikan kepentingan diri dan orang lain.

14. Toleransi
Kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri demi kesejahteraan hidup.

8
Nilai-nilai murni dalam Agama Kristian

Dan supaya ia menjadikan mata hatimu terang, agar kamu


mengerti pengharapan apakah yang terkandung dalam
Harapan
panggilannya: betapa kayanya kemuliaan bagian yang
ditentukan-Nya bagi orang-orang kudus. (Roma 5:1)
Kasihilah Tuhan Allahmu dengan sepenuh hatimu,dengan
segenap jiwamu, dengan seluruh akalmu dan dengan segala
Kasih kekuatanmu.
Kasihilah sesama manusia seperti kamu mengasihi dirimu
sendiri. (Mark 12:30-31)
(Kisah Para Rasul 24:2) Paulus dipanggil menghadap dan
Tertulus mulai mendakwa dia, katanya “Feliks yang mulia, oleh
usahamu kami terus-menerus menikmati kesejahteraan , dan
Kebijaksanaan
oleh kebijaksanaanmu banyak sekali perbaikan yang telah
terlaksana untuk bangsa kami.

Ketabahan Tabah atau sabar apabila dipersalahkan.

Akulah Tuhan Allah-mu. Jangan ada Allah lain di hadapan-Ku.


Iman
Jangan membuat patung yang menyerupai apapun yang ada
di langit dan di bumi, dan jangan sujud menyembah
kepadanya.

Jangan mengingini hak milik sesamamu. Memberikan kepada


Keadilan
orang lain yang berhak dimilikinya.

Kesederhanaan
Menghulur bantuan atau sokongan kepada Gereja mengikut
kemampuan dan status kehidupan.

9
10

You might also like