You are on page 1of 1

RUMUSAN ORGANISASI KANDUNGAN

Terdapat empat aspek dalam organisasi kandungan, iaitu standard kurikulum, kemahiran
bahasa, pendekatan modular dan sistem bahasa. Dalam standard kurikulum pula terdapat tiga
lagi aspek utama. Pertama standard kandungan, iaitu pernyataan spesifik mengenai perkara
yang murid patut ketahui dan boleh dilakukan dalam suatu tempoh persekolahan. Kedua,
standard pembelajaran yang merupakan satu penetapan kriteria kualiti pembelajaran dan
pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan. Ketiga standard prestasi, iaitu
satu set kriteria umum yang menunjukkan tahap-tahap penguasaan murid sebagai petunjuk
bahawa sesuatu perkara itu telah dikuasai.

Seterusnya, kemahiran bahasa yang perlu dikuasai oleh murid. Kemahiran pertama
ialah kemahiran mendengar, iaitu keupayaan murid untuk mendengar dengan teliti, memahami
perkara yang didengar serta dapat memberi maklum balas. Kemudian kemahiran bertutur yang
merupakan keupayaan murid berbual untuk menjalin hubungan dan menyemapaikan pendapat,
dengan sebutan dan intonasi yang betul secara sopan. Ketiga kemahiran membaca, iaitu
keupayaan murid untuk membaca ayat dengan lancar serta sebutan, intonasi, dan jeda yang
betul. Keempat kemahiran menulis, iaitu keupayaan murid untuk menulis perkataan dan ayat
serta megeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan dengan menggunakan ayat yang
gramtis, tanda baca dan ejaan yang betul serta tulisan yang kemas.

Pendekatan modular dalam organisasi kandungan pula merupakan susunan kamahiran


bahasa dalam kurikulum (standard kandungan dan standard pembelajaran). Pendekatan
modular dalam pengajaran dan pembelajaran merupakan salah satu pendekatan yang
membolehkan guru menyusun atur tajuk-tajuk dan standard (SK/SP) mengikut kesesuaian.
Pendekatan ini juga membolehkan pelbagai teknik dan kaedah dilaksanakan mengikut
keupayaan murid dan situasi semasa.

Akhir sekali sistem bahasa yang terdiri dariada empat, iaitu tatabahasa, ejaan, sebutan
dan intonasi, kosa kata dan peribahasa. Tatabahasa merangkumi morfologi (struktur, bentuk
kata dan penggolongan kata) dan sintaksis (bentuk, struktur, dan binaan ayat). Dalam sistem
ejaan pula terdapat tiga perkara yang ditekankan, iaitu pola keselarasan huruf vokal, ejaan kata
pinjaman serta kata dasar dan kata terbitan. Sebutan dan intonasi pula penting supaya murid
dapat menyebut dengan betul serta memahami intonasi dan jeda. Kosa kata terdiri daripada
kosa kata umum dan istilah dan harus dikuasai murid. Manakala peribahasa merangkumi
simpulan bahasa, perumpamaan, pepatah, bidalan, perbilangan, kata-kata hikmah dan kiasan.

You might also like