You are on page 1of 4

SEJARAH PENTERJEMAHAN

Kepelbagaian bahasa yang wujud di dunia ini menyebabkan ketidakupayaan kepada setiap individu untuk menerima atau menghantar maklumat yang hadir dalam bahasa yang berlainan dengan bahasa yang digunakan individu berkenaan, selain mewujudkan jurang untuk berkomunikasi kerana batasan berbahasa. Inilah faktor yang mendorong kepada percambahan bidang penterjemahan yang membolehkan pemindahan warta dilakukan dalam memastikan proses pertukaran maklumat, pemindahan ilmu dan menjalinkan hubungan melalui bahasa dapat berlaku.

Bidang penterjemahan telah dianggap penting sejak berkurun-kurun lamanya dengan penterjemahan kitab Bible secara besar-besaran pada zaman perluasan dan penyebaran agama Kristian di Eropah, diikuti dengan penterjamahan Al-Quran semasa era kegemilangan Islam, terutamanya dengan peranan institusi seperti Baitul Hikmah dalam zaman pemerintahan kerajaan Abbassiyah di Baghdad, Iraq. Penterjemahan pada zaman dahulu hanya tertumpu kepada kitab-kitab atau bahan bacaan umum yang diperlukan dalam penyebaran agama, penakhlukan dan penjajahan kawasan-kawasan baharu.

Menurut Norizah Ardi et.al. (2008), berdasarkan penemuan-penemuan artifak di tapak kerajaan Assyria (Babylon Purba) membuktikan bahawa proses penterjemahan telah berlaku sejak 5000 tahun dahulu semasa kerajaan ini berada du bawah pemerintahan Maharaja Sargon. Selain itu, penemuan batu bersurat yang mempunyai dua bahasa yang berlainan di tapak kerajaan Mesir Purba memperkuat lagi dakwaan bahawa proses penterjemahan merupakan cabang ilmu yang telah wujud semenjak manusia mula mengenali bahasa dan tulisan. Terdapat dua aliran dalam bidang penterjemahan seiring dengan peredaran zaman iaitu terjemahan semantik (makna) dan terjemahan komunikatif (dinamis).

Terjemahan semantik (makna) ialah terjemahan yang menghuraikan makna konteks dengan tepat seperti yang terdapat dalam teks asal atau bahasa sumber setakat yang dibenarkan oleh struktur semantik dan sintaksis bahasa sasaran. Manakala terjemahan komunikatif (dinamis) bertujuan untuk menghasilkan pada pembaca teks sasaran kesan yang sehampir mungkin seperti yang diperoleh oleh pembaca teks asal (Newmark, 1981).

Bidang penterjemahan penting dalam usaha menjana ilmu apabila bahasa menjadi faktor penghalang. Penterjemahan penting dalam mewujudkan kesefahaman antara bahasa-bahasa yang berbeza. Perkembangan ilmu penterjemahan ini membolehkan pemindahan makna dilakukan tanpa sebarang halangan terutamanya batasan berbahasa. DEFINISI PENTERJEMAHAN

Penterjemahan selalunya didefinisikan dengan merujuk kepada pertukaran perkataan yang mempunyai makna yang sama dengan teks asal. Larson(1984), mendefinisikan penterjemahan sebagai, ... transfrerring the meaning of the source language into the receptor language. Ini jelas membuktikan bahawa makna menjadi ukuran kepada hasil kerja terjemahan. Sejak kemunculan linguistik moden maka muncul pendapat seperti Catford (1965:20) dalam Norizah Ardi et.al. (2008) yang mentakrifkan terjemahan sebagai,
The replacement od textual material in one langu age by equivalent textual material in another language.

Manakala Nida (1974), pula menyatakan terjemahan sebagai,


Translating consists in reproducing in the receptor language the closest natural equivalent of the source language message, first in terms of meaning and secondly, in terms of stye.

Menurut Catford (1996: 1), proses penterjemahan merupakan operasi yang dilakukan pada bahasa, iaitu satu proses menggantikan teks dalam satu bahasa kepada satu teks dalam bahasa lain. Ainon Mohamad dan Abdullah Hassan (2003), dalam Norizah Ardi et.al. (2008) pula mendefinisikan terjemahan seharusnya memberikan gambaran yang sesuai dan jelas tentang segala maksud dan idea karya dalam bahasa sumber dan seboleh mungkin menyampaikannya dengan gaya dan bentuk yang paling bersahaja ke dalam bahasa sasaran, tanpa menjejaskan maksud dan mutu teks asal.

Asmah Haji Omar dalam Mohd. Taib Osman (1985) menyatakan bahawa,
... language is an index to culture. This means that language reflects the culture of its speakers the way of life they lead as well their physical and social environment...

Justeru, terjemahan bukan sekadar mengalihkan bahasa tetapi juga menyampaikan maklumatmaklumat kebudayaan yang terkandung dalam teks asal. Walaupun pelbagai definisi diberikan berkenaan proses penterjemahan, namun proses ini merupakan cabang ilmu linguistik yang begitu penting sebagai medium pertukaran maklumat daripada bahasa asal kepada bahasa sasaran. Penterjemahan tidak lagi tertumpu kepada proses menukarkan perkataan semata-mata, sebaliknya aspek penterjemahan meliputi proses pemindahan makna, budaya dan aspek dalam pengarangan.

PERINGKAT-PERINGKAT PENTERJEMAHAN

Menurut

Peter

Newmark

(1981),

secara

umum

terdapat

peringkat-peringkat

dalam

proses

penterjemahan iaitu yang meliputi tiga aspek iaitu pentafsiran dan analisis teks sumber, prosedur terjemahan dan penulisan semula teks. Pentafsiran dan analisis teks sumber memerlukan penterjemah membaca teks sumber secara keseluruhan dengan teliti dan memahami isi kandungan teks itu. Seterusnya, prosedur terjemahan memerlukan penterjemah membuat rujukan kamus-kamus dan glosari tertentu atau sebarang rujukan lain yang difikirkan perlu bagi mendapatkan penerangan yang jelas dan tepat.

Selain itu, pada peringkat penulisan semula teks, memerlukan penterjemah menterjemah setiap ayat secara berasingan. Kerja-kerja pemilihan perkataan dan penstrukturan ayat haruslah dilakukan dengan berhati-hati. Penggunaan kata hubung yang sesuai amat penting bagi mewujudkan sebuah teks yang koherens. Di samping itu, penterjemah haruslah amanah dan tidak membuang atau meringkas dan memendekkan sesuatu ayat apatah lagi fakta teks sumber. Akhirnya, pembacaan semula teks secara menyeluruh haruslah dilakukan.

Manakala menurut Nida dan Tuber (1969:33) dalam Norizah Ardi et.al. (2008:33) menyatakan bahawa proses penterjemahan juga meliputi beberapa peringkat seperti menganalisis teks, pemindahan warta, menstruktur semula dan menyemak teks terjemahan. Pada peringkat menganalisis teks, teks asal akan dianalisa untuk mendapatkan pemahaman yang secukupnya terhadap asal, ini termasuklah memahami struktur permukaan teks, jenis-jenis frasa, makna atau mesej, nahu ayat dan lain-lain.

Pada peringkat pemindahan warta, maklumat dan maksud yang telah dianalisis dipindahkan secara berperingkat ke dalam bahasa sasaran. Penterjemah harus membuat penyesuaian terhadap warta yang ingin diterjemah supaya maksud dan maklumat yang ingin disampaikan mampu dikembangkan dengan baik dalam bahasa sasaran.

Seterusnya, pada peringkat penstrukturan semula, penterjemah menstruktur semula teks dalam bahasa sasaran. Penstrukturan semula bergantung pada pelbagai gaya bahasa yang dianggap bersesuaian, ciri-ciri utama pada gaya bahasa dan kaedah yang tepat untuk mencitrakan teks seperti yang terkandung dalam teks asal. Antara aspek yang diliputi dalam penstrukturan semula ialah penstrukturan ayat, frasa, nahu dan tatabahasa.

Pada peringkat terakhir, penterjemah perlu menyemak teks terjemahan untuk mengurangkan ralat semasa peringkat menterjemah seperti kesilapan dari segi ejaan, penyusunan ayat, tatabahasa dan lain-lain. Hal ini perlu dilakukan supaya kredibiliti penterjemah tidak dapat dipertikaikan.

Terdapat beberapa syarat yang perlu dipenuhi oleh seorang penterjemah. Antaranya ialah menguasai bahasa sumber secara mendalam, mengetahui bahasa sasaran, mempunyai pengetahuan dalam bidang yang diterjemahkan, mengetahui teori dan amalan terjemahan, memiliki pengetahuan dan amanah.

PRINSIP TERJEMAHAN

George Campbell (1789) menulis buku tentang sejarah dan teori terjemahan. Menurut beliau, tiga prinsip terjemahan yang baik, (Abdullah Hassan: 2000) iaitu mengekalkan makna yang terkandung dalam teks sumber, mengekalkan semangat dan sifat-sifat teks sumber dengan menggunakan keistimewaan bahasa penerima serta memastikan sekurang-kurangnya terjemahan itu terasa tulen serta mudah dan bersahaja perubahannya.

Kenyataan George Campbell (1789) ini disokong oleh Alexander Fraser Tytler (1790) yang menerbitkan buku The Principles of Translation. Tiga prinsip terjemahan yang dikemukakan oleh beliau ialah sesuatu terjemahan itu hendaklah mengekalkan semua makna yang terkandung dalam teks sumber, stail dan gaya karangan terjemahan itu mestilah sama sifatnya dengan stail dan gaya teks sumber serta kesan terjemahan itu mestilah dapat dirasakan seperti karangan tulen.

Tytler (1970) mengemukakan teknik yang agak moden dan lebih bertanggungjawab. Sebarang tambahan boleh dibuat sekiranya hal itu mempunyai hubungan yang penting dengan makna asal atau dapat menjelaskan lagi hal yang dibicarakan. Pengurangan perkataan perlu dilakukan jika perkataanperkataan itu tidak berfungsi dan hal itu tidak mencacatkan makna asal. Beliau juga menekankan bahawa penterjemah mesti membuat keputusan sendiri tentang kekaburan teks asal dan memilih makna yang secocok dengan konteks terdekat. Beliau berpandangan bahawa menjadi satu kesalahan penterjemah mengekalkan kekaburan atau keragaman dalam teks asal dan memberikan lebih daripada satu makna.

You might also like