You are on page 1of 13

Dynamism in Creative Translation: TEROWONG (TUNNELS) (Roderick & Brian Williams)

Puteri Roslina Abdul Wahid Department of Malay Language, Academy of Malay Studies University of Malaya

Abstract This paper discusses the elements of dynamism used in creative translation of Terowong (Tunnels) written by Roderick & Brian Williams. Translation is not accomplished by merely substituting words in a word-for-word equivalence. More often than not, this will not produce the force (or dynamic) of meaning. The translator will therefore modify the form of words so as to achieve the same force of meaning. According to Nida (1964), dynamic approach is suitable for creative texts such novel or short stories. In contexts with the local situation, more translators are applying this approach. Dynamic translation can be described as "the closest natural equivalent to the source-language message." There are three essential terms: (1) equivalent, which points toward the source-language message, (2) natural, which points toward the receptor language, and (3) closest, which binds the two orientations together on the basis of the highest degree of approximation. This paper will examine the strengths and weaknesses of the approach used in the translation such as choice of lexicon used in certain contexts. It is hoped that the findings presented will help to improve the quality of translations in Malay. Keywords: dynamic translation, Terowong

Dinamisme dalam Karya Terjemahan Kreatif TUNNELS (Roderick & Brian Williams)
Puteri Roslina Abdul Wahid Jabatan Bahasa Melayu Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya Pengenalan Penterjemahan ialah aktiviti mentafsir sesuatu teks dan menerbit semula teks tersebut dalam bahasa yang lain. Tujuan penterjemahan adalah untuk menghasilkan satu karya (teks sasaran) yang membawa makna yang sama dengan sesuatu karya bahasa asing (teks sumber). Penterjemahan merupakan cabang bidang kemanusiaan yang berkait rapat dengan kajian sistematik tentang teori dan aplikasi terjemahan, huraian antara disiplin dan interpretasi atau kedua-duanya sekali. Menurut Newmark (1981), penterjemahan merupakan satu kesenian yang terangkum usaha menggantikan mesej dan/atau pernyataan bertulis dalam sesuatu bahasa dengan mesej dan/atau pernyataan yang sama dalam bahasa lain. Nida (1964) menegaskan bahawa penterjemahan ialah satu sains. Namun begitu beliau berpandangan tidak salah juga sekiranya ada yang beranggapan penterjemahan sebagai satu seni. Dinamisme dalam Penterjemahan Istilah ini diperkenalkan oleh Nida (1964) dalam konteks penterjemahan kitab Injil. Nida telah menerapkan dua pendekatan, iaitu pendekatan formal dan pendekatan dinamik. Terjemahan dinamik bermaksud bahawa mesej teks asal yang hendak disampaikan ke dalam teks sasaran sama dari segi kesan pembacaan. Beliau mengatakan bahawa: A translation of dynamic equivalence and tries at complete neutralness and tries to relate the receptor to modes of behaviour relevant within the context of its own culture (1964:159). Pendekatan dinamik memerlukan tiga proses penting, iaitu proses analisis, proses pemindahan mesej, dan proses menstruktur semula nahu bahasa sasaran. Terjemahan dinamik tidak mengandungi unsurunsur import atau unsur asing yakni tidak berbau terjemahan sebaliknya seperti ditulis dalam bahasa penerima. Bagi terjemahan dinamik, yang serupa bukanlah jumlah perkataan tetapi jumlah idea, yakni jumlah maklumat perlu sama tidak ada maklumat yang tertinggal atau ditokok tambah. Contoh: I regarded her as a sleeping tiger, not a defeated one 2

Aku menganggap dia sebagai seekor harimau yang tidur bukan yang ditewaskan.

Penyesuaian harimau dalam terjemahan tidak terasa janggal kerana binatang tersebut sudah biasa dengan alam persekitaran Melayu. Tiada kehilangan makna berlaku. Apa yang nyata ialah perkataan dalam bahasa sumber mempunyai persamaan dengan bahasa sasaran. Kesan ini juga dikaitkan

dengan terjemahan kitab injil dalam pelbagai masyarakat di dunia. Misalnya frasa dalam Injil, Lamb of God (anak kambing pemberian Tuhan) diterjemahkan kepada Seal of God (anjing laut pemberian Tuhan) dalam bahasa Eskimo kerana tidak terdapat unsur budaya lamb dalam bahasa Eskimo. Yang ada hanyalah anjing laut dan penguin yang sesuai hidup dalam cuaca yang sejuk dan bersalji. Oleh itu, terjemahan dinamik diklasifikasikan dalam jenis terjemahan tidak langsung kerana sifatnya yang lebih mementingkan bahasa, budaya, dan pembaca kedua (sasaran).

With this principle a translator seeks to translate the meaning of the original in such a way that the target language wording will trigger the same impact in its hearers that the original wording had upon its hearers. 1 Mengikut Newmark (1981), penterjemah akan bebas untuk menterjemah bagi menghasilkan satu terjemahan yang dinamik sifatnya. Kemungkinan kaedah ini menghasilkan terjemahan yang bersifat tafsiran amat besar sekali. Pendekatan dinamik bukanlah bersifat pemadanan satu lawan satu antara bahasa teks sumber dan bahasa teks sasaran. The term dynamic equivalence has often been mischaracterized. Because of this, and also because most translators recognize that translation adequacy calls for attention to a multiplicity of factors, most translators today do not use the term. Instead, as they characterize how it is often necessary to use different FORMS of the target language to encode the same MEANING as the original, they prefer to use terms which are easier to understand such as idiomatic translation, meaning-based translation, closest natural equivalent, and functional equivalence. A lay term used by some people is thought-for-thought translation. None of these terms is exactly the same as dynamic equivalence, although, like dynamic equivalence, all focus upon preservation of meaning, rather than form, when there is tension between the two. 2 Menurut Nida, pendekatan dinamik sesuai diterapkan dalam penterjemahan Injil kerana bahasa asal teks Injil sukar difahami oleh masyarakat Kristian moden pada masa kini. Selain itu, pendekatan ini 1 http://www.geocities.com/bible_translation/glossd.htm#dynamiceq
2

http://www.geocities.com/bible_translation/glossd.htm#dynamiceq 3

sesuai diterapkan dalam penterjemahan kreatif seperti cerpen dan novel. Dalam konteks aktiviti penterjemahan tempatan, terdapat sarjana dan penggiat seni terjemahan menganut dan menerapkan pendekatan dinamik ini. Antaranya ialah Ainon Mohamad. Terjemahan dinamik bagi Ainon (1985) ialah penyalinan semula ke dalam bahasa penerima maklumat pada bahasa sumber dalam bentuk persamaan terdekat dan sejadi; pertama dari segi makna dan kedua dari segi gayanya (1985:16). Definisi ini mengutarakan enam aspek penting dalam teori penterjemahan, iaitu penyalinan semula, persamaan bukan keserupaan, persamaan sejadi, persamaan terdekat, keutamaan makna, dan kepentingan gaya. Dengan kata lain, tugas penterjemah yang utama ialah menyalin semula maklumat yang terkandung dalam buku teks sumber. Untuk menyalin semula, maka proses penyesuaian nahu dan perkataan mestilah dilakukan. Aspek-aspek yang dimaksudkan itu adalah mengutarakan aspek

penting dalam teori dalam penterjemahan, iaitu penyalinan maklumat, persamaan dan bukan keperluan, persamaan sejadi, persamaan terdekat, keutamaan makna, dan kepentingan gaya. Penterjemah yang ulung ialah seseorang yang melakukan tugas utama menerapkan konsep baru kepada ilmu penterjemahan. Menurut Ainon Muhamad (1985), untuk menyalin maklumat, proses penyesuaian nahu haruslah dilakukan. Definisi ini menggunakan aspek penting, iaitu penyalinan semula maklumat. Persamaan bukan keserupaan. Misalnya amaran oleh pegawai tapak kepada pengguna sepatutnya ditinggalkan kosong dan diberikan definisi. Arahan untuk KEEP CLEAR yang terdapat di tempat kereta bukanlah istilah tersebut : SIMPAN KOSONG melainkan memadai sahaja DIKOSONGKAN. Oleh itu pendekatan dinamik menegaskan bahawa teks

terjemahan mestilah tidak berbau terjemahan. Untuk itu, ungkapan He has a family tidak sepatutnya Dia mempunyai keluarga sendiri tetapi dia sudah berumahtangga. Hal ini kerana tatabahasa keduadua bahasa yang terlibat tidak sama tetapi mesej dan maklumat perlu sama. Permasalahan dalam Penterjemahan Teks Kreatif Wahana yang paling penting dalam penterjemahan teks kreatif ialah bahasa. Penguasaan bahasa yang baik dapat membantu seseorang penulis atau pun penterjemah mengungkapkan mesej atau pandangan yang ingind isampaikan kepada khalayak. Hal ini bermakna seseorang itu perlu bukan sahaja menguasai perbendaharaan kata sesuatu bahasa tetapi juga hukum tatabahasa dan gaya bahasa. Menurut Hemingway (1986 : 11-12 ), the arrangement of words in a manner best expressing in the individuality the author and the idea and intent the authors mind . Seorang penulis itu akan memanipulasikan bahasa dengan sebaik mungkin bagi menyatakan apa yang yang terpendam dalam lubok hatinya. Penterjemah pula akan terikut-ikut menggunakan gaya teks asal sehinggakan teks tersebut akan berbau terjemahan dan tidak dapat memperlihatkan keaslian seperti teks asal. Teks terjemahan sebegini seringkali menggunakan pendekatan harfiah sehinggakan makna dan makna 4

maklumat teks asal seringkali mengalami kehilangan makna, kejanggalan susunan ayat dan ketidaktepatan istilah yang digunakan. Ayat kelihatan meleret-leret atau terlalu mekanikal sehinggakan keindahan teks kreatif sudah kehilangan nilai estetiknya. Permasalahan ini menjadi hambatan dalam dunia penterjemahan karya teks kreatif bukan sahaja di Malaysia malah mungkin juga di bahagian dunia yang lain. Persoalan inilah yang akan dilihat oleh penulis khususnya dalam penterjemahan karya Roderick & Brian Williams, iaitu TEROWONG (TUNNELS). Sinopsis Teks Novel ini menceritakan tentang seorang kanak-kanak lelaki berusia 14 tahun yang bernama Will Burrows telah berjaya menemui dunia baharu di bawah perut bumi Kota London. Kanak-kanak ini dibesarkan dalam sebuah keluarga yang agak aneh dan kurang nilai-nilai kekeluargaan. Ibunya mempunyai kegemaran menonton televisyen sepanjang hari dan tidak mempedulikan anak-anak dan tanggungjawabnya sebagai seorang ibu. Bapanya pula yang bekerja sebagai seorang ahli arkeologi di sebuah muzium mempunyai cita-cita yang cukup hebat, iaitu untuk menjadi seorang yang terkenal melalui penemuan-penemuannya. Namun begitu, terdapat seorang ahli keluarga ini yang nampak agak normal, iaitu Rebecca yng mengambil alih tugas ibunya menguruskan rumah tangga dan kebajikan ahli-ahli keluarga tersebut. Kelainan Will ternyata daripada kulit dan rambutnya yang berwarna putih. Keganjilan ini menyebabkan dia merasa tersisih daripada kawan-kawannya dan dia lebih banyak menghabiskan masanya bersama-sama bapanya menjalankan usaha penggalian bahan purba. Dengan sendirinya, minat Will terhadap bidang arkeologi terus berkembang. Kisah pengembaraan Will dan kawannya Chester bermula apabila bapanya hilang secara misteri. Ini membawa kepada perjalanan Will melalui terowong misteri sehinggalah mereka menemui sebuah dunia yang hilang di bawah kota London. Cerita seterusnya berkisar kepada pengalaman Will dan cabaran yang dihadapi dalam pengembaraan tersebut. Penerapan Dinamisme dalam Penterjemahan Penterjemahan fiksyen lebih rumit daripada penterjemahan genre lain. Terjemahan ini berhubung rapat bukan sahaja dengan persoalan pemindahan dwibahasa tetapi juga pemindahan dwibudaya dan dwisosial termasuklah yang merangkumi keseluruhan kompleks emosi, asosiasi dan idea yang mempunyai hubungan yang cukup rapat dengan perbezaan bahasa, tradisi dan gaya hidup sesuatu bangsa. Penterjemahan fiksyen melibatkan pertukaran pengalaman individu dalam dunia fiksyen dengan pembaca daripada budaya dan masyarakat yang berbeza. Kedua-dua faktor sosial dan faktor penulis ditekankan dalam proses menterjemah fiksyen. Umumnya, kebanyakan pengkaji menerima bahawa menterjemah fiksyen merupakan proses yang kompleks bergantung kepada

beberapa faktor variabel sama ada terjemahan harus berorientasikan bahasa sumber atau berorientasikan bahasa sasaran atau mungkin juga teks asal itu diadaptasikan untuk tujuan tertentu. Fiksyen Melayu dan fiksyen Inggeris bukan sahaja ditulis dalam bahasa yang berbeza tetapi juga 5

memperlihatkan perbezaan budaya, istilah linguistik, konvensyen penulisan dan sosio-budaya. Perkembangan dalam teori penterjemahan banyak memperkatakan kaedah menterjemah yang sesuai bagi sesuatu bidang khusus termasuklah karya fiksyen. Kesulitan yang timbul dalam karya fiksyen ialah gaya bahasa. Penghasilan semula gaya penterjemahan fiksyen Teori dinamik Nida menggunakan tiga kata kunci, iaitu persamaan, terdekat, dan bersahaja. Dalam konteks ini, bersahaja merujuk kepada cara seseorang itu menyatakan sesuatu hal dalam bahasanya sendiri. Menurut Ainon Muhamad (1979), tiga faktor yang penting ialah sesuai dengan bahasa serta kebudayaan bahasa penerima, sesuai dengan kandungan teks asli, dan sesuai dengan pembaca terjemahan tersebut. Istilah pendekatan dinamis menghasilkan empat pedoman yang perlu menjadi pegangan penterjemah, iaitu: 1. Keselarasan konteks pembaca sasaran lebih diutamakan daripada cara sesuatu maklumat dikemukakan atau keselarasan perkataan demi perkataan. Dua perkataan yang yang sama mungkin berlainan ertinya dalam konteks tertentu. Terjemahan mestilah menepati konteks. 2. Persamaan dinamis hendaklah diutamakan daripada keselarasan formal. Penerimaan pembaca yang ditekankan supaya pembaca teks asal dan teks terjemahan mengalami kefahaman, perasaan, dan tindakan yang sama. 3. Bentuk-bentuk bahasa yang didengar hendaklah diutamakan lebih dahulu daripada bentuk bertulis. Dalam kes tertentu apabila teks itu akan lebih banyak didengar daripada dibaca sendiri dalam hati. 4. Keperluan pembaca sasaran hendaklah lebih diutamakan daripada bentuk bahasa. Ini akan membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pembaca teks terjemahan. (penulis dan teks) dikatakan teras utama dalam

Dalam tulisan ini, penulis akan membentangkan aspek dinamisme dari segi yang berikut: i. ii. iii. Dinamisme dari leksikal Dinamisme dari segi semantik Dinamisme dari budaya

Aspek Leksikal Pemilihan kata yang sesuai akan dapat memastikan terjemahan tersebut dapat difahami khalayak. Kadang-kadang konsep tersebut tidak terdapat dalam budaya di Malaysia tetapi perlu diterjemahkan agar bersesuaian dengan khalayak di sini. Penterjemahan sedemikian menerima adanya kekurangan dalam sebarang kesepadanan mutlak dan dengan itu menunjukkan betapa pentingnya dicari 6

persamaan yang paling cocok. Terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan dalam pendekatan dinamisme, iaitu transposisi, modulasi, persamaan, dan penyesuaian. Dalam kaedah transposisi, kita mengubah atau menukarkan kedudukan frasa atau klausa dalam bahasa sasaran tanpa mengubah maksud warta atau maklumat. Ada beberapa sebab kaedah transposisi perlu digunakan, iaitu untuk menyampaikan warta dalam bahasa sasaran secara yang paling bersahaja dan untuk menjelaskan lagi kandungan warta yang mungkin boleh mengelirukan jika kaedah transposisi tidak digunakan. Danced between the tables of sensibly red tomatoes and the the downright sober greens of cabbages...(hlm. 142) Begitulah dia, seperti menari-nari di antara kotak-kotak tomato merah menyala dan kehijauan sayur-sayuran (hlm.137)

Dalam pembentukan istilah bahasa Melayu secara penterjemahan, aspek yang dipindahkan ialah konsep bahasa sumber (bahasa asing) kepada konsep bahasa sasaran (bahasa Melayu) (Sulaiman Masri,1993). Setiap istilah sumber mempunyai unit-unit makna yang merupakan timbunan konsepkonsep. Perkara yang diutamakan ialah ketepatan makna suatu istilah bahasa Melayu yang diterjemahkan daripada istilah sumber. Satu lagi contoh yang dapat diketengahkan seperti yang berikut: He spent a little time peering at the common hedgerow at the end of the garden before coming back into the house. (hlm. 104) Anggota polis itu kemudian memeriksa pohonpohon renek yang memagari hujung halaman sebelum kembali semula ke rumah. (hlm.95-96) Proses penterjemahan itu biasanya membabitkan pemindahan konsep (makna) daripada bahasa sumber kepada bahasa sasaran, penyesuaian bentuk dan fungsi, dan penyesuaian struktur (Nida 1975, Larson 1984, Mashudi 1993). Proses yang terlibat ialah pengenalpastian konsep sumber dengan tuntas, kemudian pemindahan konsep itu ke dalam bahasa sasaran; pencarian label linguistik (istilah) bahasa sasaran yang sesuai untuk melambangkan konsep sumber; dan seterusnya penserasian makna sumber dengan sasaran. Contoh :

For Christs sake, Chester, just get that door open!(hlm.332) Oh demi Tuhan, Chester, kau buka sahaja pintu itu, jerit Will (hlm. 327)

Penggunaan perkataan Tuhan bagi Christ merupakan unsur dinamisme yang diterapkan kerana Christ merujuk kepada Nabi Isa a.s. yang mempunyai maksud tersendiri dalam agama Islam, iaitu salah seorang pesuruh Allah subhnallahwataala. Sekali lagi pemilihan leksikal tidak berdasarkan kata demi kata tetapi penterjemah melakukan pengubahsuaian konsep tersebut agar dapat difahami dalam konteks khalayak dan juga jalan cerita.

Dinamisme dari segi Semantik Istilah semantik dicipta pada akhir abad ke-19 berdasarkan perkataan Yunani semantikos yang bererti significant. Semantik dalam peristilahan moden digunakan bagi maksud kajian tentang hubungan antara item-item bahasa seperti perkataan, penamaan (nama am dan nama khas), ekspresi predikat, dan ayat-ayat dengan item-item alam seperti benda, kejadian, keperihalan keadaan, nilainilai kebenaran dan situasi-situasi. Menurut Zubaidah Ibrahim-Bell (2006:51), makna mencirikan kehidupan rohani dan jasmani, perhubungan dan perlakuan kita. Dari segi ilmu falsafah, kajian makna atau semantik mengkaji logik simbol yang berkenaan isu-isu seperti makna dan kebenaran, makna dan fikiran, dan makna dan isyarat. Penterjemahan berkait rapat dengan pengkajian makna. Teori penterjemahan perlu digabungkan dengan teori semantik untuk menghasilkan terjemahan yang benar-benar bermutu dan mampu menyampaikan maklumat sebenar kepada pembaca sasaran. Bidang semantik mengkaji hubungan antara lambang (perkataan) dengan rujukan (makna). Newmark (1981) mengatakan bahawa teori penterjemahan diperolehi daripada bidang linguistik komparatif yang menekankan makna. Oleh itu, semua persoalan semantik dapat dikaitkan dengan penterjemah. Proses penterjemahan melibatkan kesepadanan makna, iaitu usaha untuk memadankan teks bahasa sasaran yang membawa maksud yang sama atau mendukung fungsi yang sama dengan unsur yang terdapat dalam bahasa sumber. Pemadanan makna ini dilakukan menerusi penggunaan perkataan, frasa, klausa, ayat, perenggan, dan sebagainya. Unsur ini akan menggunakan kaedah modulasi yang mementingkan kesatuan makna. Kaedah modulasi juga digunakan untuk tujuan yang sama seperti transposisi, iaitu untuk menyampaikan warta dengan gaya bahasa sasaran yang lebih bersahaja dan mudah difahami. Dalam modulasi, terdapat perubahan dari segi semantik (makna) pada peringkat leksikal tetapi wartanya tetap tidak berubah. Begitu juga penyampaian boleh negatif dalam bahasa sasaran tanpa menjejaskan makna. Dalam hal ini, kita dapati penterjemah menggunakan dinamisme dalam menterjemah makna figuratif, proses pengambilan salah satu daripada unsur makna sesuatu perkataan dan kemudiannya digunakan ke atas benda lain yang ada asalnya tidak terletak dalam bidang makna perkataan yang asal itu. She watched it with an almost fanatical devotion, juggling schedules with a pair of video recorders 8

when her favourite programmes, of which there were so many, clashed (hlm. 46) Ibu Will menjadi hantu televisyen. Kadangkadang dia akan merakam rancangan-rancangan kegemarannya untuk ditonton kemudian kerana pertembungan masa (hlm.29)

Perkataan hantu televisyen disesuaikan dengan fanatical devotion. Penterjemah tidak melakukan terjemahan literal sebaliknya membentuk istilah baharu bagi menujukkan konsep yang didokong oleh kata tersebut. Total cave-in, he added, glumly crunching on his cereal (hlm. 87) Mimpi paling buruk, tambahnya sambil mengunyah sarapannya. (hlm.80) Perkataan total cave-in merujuk kepada gua sekiranya diterjemah secara literal tetapi penterjemah menggunakan kaedah dinamisme dengan mengaitkan konsep sebenarnya perkataan tersebut dalam bahasa sumber dengan makna dalam bahasa sasaran bukan satu lawan satu bagi makna kata tersebut. Terdapat juga kata lain yang digunakan misalnya:

It had been an awfully long and arduous day.(hlm.18) Ia merupakan hari yang sungguh meletihkan (hlm. 12)

Sekali lagi kita dapati bahawa tiada unsur harfiah yang diterapkan dalam terjemahan di atas, sebaliknya penterjemah menjelaskan maksud kata yang memberikan makna tertentu dalam bahasa sasaran. Sama juga halnya dengan contoh yang diberikan di bawah bagi perkataan playback time yang dipadankan dengan balas dendam, manakala quick dip bagi mandi sekejap. Contoh:

Playback time,..(hlm.393) Masa untuk balas dendam..(hlm.384) Just a quick dip..(hlm. 357) Aku cuma mandi sekejap (hlm. 357 Dalam semantik kita melihat makna perkataan atau unit linguistik secara tersendiri. Makna rujukan sesuatu lambang itu biasanya didefinisikan mengikut golongan rujukan. Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa tidak ada dua bahasa yang serupa. Oleh itu, sekiranya mencari persamaan 9

dalam penterjemahan merupakan sesuatu yang amat rumit. Persamaan yang dimaksudkan ialah persamaan terdekat atau persamaan sejadi/bersahaja. Persamaan sedemikian bergantung sepenuhnya kepada konteks dan nilai budaya seperti dalam ungkapan idiomatik daripada peribahasa. Tidak ada dua perkataan yang benar-benar sama makna dalam dua bahasa yang berlainan. Oleh itu kita tidak menterjemah dengan menggunakan persamaan tepat. Kita menterjemah dengan menggunakan persamaan yang paling dekat maknanya. Hal ini disebabkan sesuatu lambang itu mewakili kumpulan benda atau peristiwa yang mempunyai persamaan antara satu dengan yang lain, misalnya: ..the one person in the Colony who was so much larger than life, (hlm.433) ...satu-satunya insan di Koloni ini yang punya karisma.., (hlm.421) ...sucking noisily on slices of honey-roast ham... (hlm.438) ...cepat-cepat menyambar seketul daging bakar yang disira dengan madu... (hlm.426) Contoh di atas memperlihatkan rujukan kepada manusia dan juga makanan. Kita dapati menterjemah berjaya memberikan gambaran objek yang dirujuk melalui penggunaan frasa dalam ayat bagi menjelaskan konsep yang didokong oleh kata one person dan honey-roast ham. Aspek Budaya Aspek yang menarik dalam teks terjemahan ini ialah usaha penterjemah menyampaikan mesej sehampir mungkin seperti teks asal tetapi tidak sampai mengorbankan nilai estetik novel asalnya. Ciri budaya merupakan sifat penting dalam mana-mana penterjemahan khususnya bagi penterjemahan dari dunia barat ke dunia Timur. Ini melibatkan budaya kebendaan dan juga budaya bukan kebendaan. Dalam penterjemahan makna budaya, istilah boleh sama ada mengekalkan unsur budaya atau menghilangkannya atau mengubahsuaikannya. Contoh:

Topsoiler...(hlm.299) Orang Atas Tanah...(hlm. 294) Ive got a spare one of these for you, Will said from inside the opening as he donned on a yellow hat and switched on the miners light mounted on its front. (hlm.35)

10

Nah...ambil topi ini untuk kau, kata Will dari dalam lubang sambil mengenakan topi kuning dan memasang lampu yang terletak di kepalanya (hlm. 29)

Perbezaan budaya yang jelas antara dua dunia ini kadang kala menyukarkan kerja penterjemahan. Penggunaan kata tertentu mungkin akan menimbulkan masalah penerimaan dalam kalangan khayalak misalnya perkataan lembu sekiranya dipadankan kepada orang akan membawa maksud yang menghina, manakala dalam budaya Barat tidak sedemikian.

I know youre up to something, all right, because Ive seen that big ox sneaking around the garden (hlm. 125) Aku tahu kau ada projek. Aku nampak Si Badan Besar itu bersembunyi di halaman (hlm.119) Contoh lain ialah: Stubborn as a bloody mule (hlm. 279) Memanglah degil (hlm. 275) Penterjemah tidak menggunakan terjemahan literal sebaliknya mengambil pendekatan dinamis bagimenggantikan perkataan bloody mule kepada memanglah degil. Hal ini dilakukan kerana perkataan kaldai menimbulkan persepsi yang berbeza. Terdapat beberapa konsep yang menimbulkan kesamaran atau kekaburan bagi padannya dalam bahasa Melayu. Unsur ini timbul apabila menterjemahkan warna ke dalam budaya Melayu, misalnya:

He was struck dumb by what he glimpsed, and inched slowly into the open, into the bottle-green glow, to get a better view (hlm. 351) Sedikit demi sedikit dia mengengsot menuju ke pintu terowong untuk melihat dengan jelas Bandar yang diterangi cahaya hijau lembut (hlm. 346)

He pocketed the light orb and instinctively sought the source of the emerald-green glow...(hlm. 352) Dengan cepat Will memasukkan bebola cahaya ke dalam poketnya. Dengan hanya limpahan cahaya hijau lembut...(hlm. 346). 11

Beberapa perkataan dimasukkan sebagai kata pinjaman bagi mendokong konsep tertentu dalam teks asal konsep ini tidak terdapat dalam budaya Melayu. Misalnya konsep bagi makanan, iaitu salami and mayonnaise sandwich diterjemahkan sebagai sandwic salami dan mayones. Penterjemah menggunakan dinamisme dari segi pemilihan kata kerana unsur tersebut tidak terdapat dalam budaya Melayu. Perkataan snowflake merupakan sesuatu yang agak aneh dalam budaya Melayu kerana kita tidak mempunyai empat musim sebagaimana di Barat. Justeru, penggunaan perkataan Si Putih bagi mengambarkan sifat salji itu merupakan satu lagi unsur dinamisme yang cuba diterapkan oleh penterjemah. Ini merupakan gelaran bagi kata nama yang diberikan kepada Will, watak utama dalam novel ini yang memperlihatkan ciri kelainan warna kulitnya berbanding dengan kanak-kanak lain.

Kesimpulan Terjemahan dalam apa bentuk teks pun memerlukan iltizam yang tinggi daripada penterjemah, pengetahuan yang luas, dan penguasaan bahasa yang tinggi dalam kedua-dua bahasa di samping pengetahuan tentang teori dan kaedah menterjemah yang sesuai untuk sesuatu teks itu. Dinamisme merupakan satu pendekatan yang membantu penterjemah menghasilkan terjemahn kreatif yang dapat diterima khlaayak kerana berupaya mengekalkan nilai-nilai estetik sebuah karya prosa fiksyen.

Bibliografi Ainon Muhamad. (1985). Panduan Menterjemah. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Bell, R.T. (1991). Translation and Translating:Theory and Practice. London : Longman. Catford, J.C. (1965). A Linguistic Theory of Translation. London : Oxford University Press. Hemingway, E. (1986). A Handbook to Literature. London : Mcmillan Pub. Co. Larson, M.L. (1998). Meaning-based Translation: A Guide to Cross-Language Equivalence. Newmark, P. (1981). Approaches To Translation. Oxford : Pergamon. Nida, E.A. (1963). Customs, Culture and Christianity. London : Lowe & Brydone. Nida, E.A. (1964). Towards A Science of Translation. Leiden : E. J. Brill. Nida, E. & Taber, T.C. (1974). The Theory and Practice of Translation. Leiden : Brill. Sulaiman Masri. (1993). Panduan Pembentukan Istilah Bahasa Melayu Untuk Penterjemah dalam Prosiding Persidangan Penterjemahan Antarabangsa Ke-4. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Williams, R. & Williams, B.( 2007). Tunnels. United Kingdom: The Chicken House.

Williams, R. & Williams, B. (Penterjemah : Harny Abu Khair) 2008. Terowong. Kuala Lumpur: PTS 12

Litera Sdn. Bhd. Zubaidah Ibrahim, Abdul Rahim Mat Yassim & Supramani a/l Shoniah. (2006). Kajian Bahasa dan Terjemahan. Kuala Lumpur : Penerbit Universiti Malaya. http://www.geocities.com/bible_translation/glossd.htm#dynamiceq

13

You might also like