You are on page 1of 3

BMU556: BAHASA UNDANG-UNDANG 1

LWB05I
AHLI KUMPULAN:
1) NURUL FAREESHA BINTI MOHD FAZLI (2018644896)
2) NURUL SYUHADAH BINTI AHMAD SHUHAIMI (2018645092)
3) AFIQAH NADHIRAH BINTI NORDIN (2018680546)
4) NUR AUNIE FATINI BINTI SHAHADAN (2018644916)

Latihan K7: Berikan 2 Prosedur Terjemahan Newmark

Terjemahan merupakan medium penting di kalangan masyarakat kerana ianya


mampu untuk memindahkan ilmu pengetahuan dan budaya masyarakat dalam masyarakat yang
lain. Terjemahan juga dapat membantu manusia berkomunikasi antara satu sama lain serta
memahami setiap tutur bicara yang disampaikan dengan baik. Menurut Newmark, terjemahan
ialah mengalihkan makna teks dari satu bahasa ke bahasa yang lain dengan member penekanan
pada makna yang bersifat fungsional. Newmark juga telah memperkenal ‘Prosedur Terjemahan
Newmark 1988’ iaitu prosedur pinjaman, naturalisasi, kesepadanan budaya, kesepadanan
fungsian, kesepadanan huraian, analisis komponen makna dan lain lain lagi. Latihan ini akan
menghuraikan dua jenis prosedur terjemahan Newmark iaitu pinjaman dan kesepadanan
fungsian.

Prosedur terjemahan Newmark 1988 yang pertama ialah pemindahan ataupun


dikenali sebagai pinjaman.Pinjaman kata berlaku hasil daripada pertembungan Bahasa lalu
memindahkan perkataan bahasa sumber kepada bahasa sasaran. Prosedur pinjaman digunakan
terutamanya apabila sesuatu unsur itu tidak wujud atau tiada padanan yang sesuai di dalam
bahasa sasaran. Selain itu, kaedah ini diamalkan untuk menimbulkan sifat-sifat khusus dalam
sesebuah teks. Kata ini dipinjam terus dan ditulis miring dalam teks dan kaedah ini dikenali
sebagai kata pinjaman tulen tidak asimilasi. Terdapat juga kata-kata yang sudah lama diserap ke
dalam bahasa melayu sebagai kata pinjaman dan kaedah ini dikenali sebagai kata pinjaman tulen
asimilasi lengkap kerana berlakunya penyesuaian ortografi dan telah lama diasimilasikan dalam
budaya bahasa melayu hingga tidak terasa asing dengan lidah melayu.
Contohnya, “the prosecution has to prove a prima facie case that the defendant is
guilty of the crime charged.” Ayat terjemahannya membawa maksud “pihak pendakwaan
haruslah membuktikan bahawa terdapat kes prima facie untuk menunjukkan defendan bersalah
di atas tuduhan itu.” Oleh itu, apabila diterjemah, perkataan prima facie tidak akan diubah kerana
dipinjam daripada Bahasa sumber sepenuhnya.

Pada pendapat saya, prosedur pemindahan ini akan menyebabkan pembaca


menghadapi kesukaran dalam memahami maksud sesuatu perkataan itu. Hal ini kerana terdapat
jurang Bahasa dimana masyarakat tidak terbiasa dengan perkataan tersebut. Oleh itu, masyarakat
akan lebih mudah menerima dan memahami sesuatu perkataan jika mereka sudah terbiasa
dengan perkataan tersebut. Oleh itu, ungkapan terjemahan haruslah diterjemah kepada bentuk
yang mudah difahami dan tidak asing.

Prosedur kedua yang diperkenalkan oleh Newmark ialah prosedur Kesepadanan Fungsian.
Prosedur ini merujuk kepada proses mengeneralisasi kata dalam bahasa sumber yang ingin
diterjemahkan bertujuan untuk menjadikan istilah tersebut lebih umum.

Sebagai contoh, kumpulan perkataan dalam bahasa sumber (Melayu) “kereta,


motosikal, lori” apabila diterjemahkan secara generalisasi, akan menjadi “land vehicle” dalam
bahasa sasaran (Inggeris). Hal ini adalah kerana, perkataan “kereta, motosikal, lori” adalah
terlalu pelbagai untuk digunakan apabila ingin menerangkan perkataan-perkataan tersebut.
Perkataan-perkataan itu boleh dijadikan lebih umum apabila diterjemahkan dalam bahasa sasaran
untuk memudahkan penerangan.

Contoh yang lain pula, perkataan-perkataan seperti “pensil, kertas, pemadam dan
pengasah” daripada bahasa sumber (Bahasa Melayu) apabila diterjemah menggunakan prosedur
terjemahan ini akan menjadi “stationery”. Hal ini kerana, apabila prosedur terjemahan ini
digunakan, ia akan mengeneralisasikan kata bahasa sumber menjadi perkataan yang lebih umum
seperti mana contoh di atas, dapat dilihat perkataan “stationery” merujuk kepada peralatan-
peralatan yang digunakan semasa menulis. Walaupun istilah untuk setiap peralatan menulis
seperti contoh di atas telah sedia ada dalam bahasa sasaran (Bahasa Inggris), namun prosedur
terjemahan ini memudahkan lagi penterjemah untuk menterjemah bahasa sumber dengan secara
umum.

Berdasarkan contoh-contoh yang diberikan, dapatlah dilihat bahawa prosedur


terjemahan Newmark dari segi Kesepadanan Fungsian (Functional equivalent) dapat
memudahkan perkataan untuk digunakan dalam ayat untuk kegunaan harian. Hal ini kerana,
prosedur terjemahan ini memerlukan penterjemah untuk menterjemah secara umum dan tanpa
perlu menterjemah setiap perkataan daripada bahasa sumber. Ringkasnya, ianya tidak dapat
disangkal bahawa prosedur terjemahan ini merupakan salah prosedur terjemahan terbaik yang
diperkenalkan oleh Newmark walaupun pada dasarnya prosedur ini agak berisiko kerana proses
terjemahannya yang terlalu umum boleh mendorong kepada ketidakpastian dan kekaburan akan
maksud yang cuba disampaikan oleh penterjemah.

Kesimpulannya, prosedur terjemahan yang diperkenalkan oleh Newmark


sesungguhnya membantu penterjemah masa kini dalam menterjemah karya mereka kerana ianya
memberikan garis panduan yang jelas agar penterjemah dapat menterjemah dengan baik dan
tepat.

You might also like