You are on page 1of 24

1

SKBL2063 SINTAKSIS
SEMESTER 1 SESI 2019/2020

TAJUK TUGASAN:
ANALISIS KATA KERJA BANTU MENGGUNAKAN KERANGKA MINIMALIS

DISEDIAKAN UNTUK:
PROF. MADYA DR. FAZAL MOHAMED MOHAMED SULTAN

DISEDIAKAN OLEH:
KHAIRUNNISA BINTI MAZLAN (A170199)
SITI NUR BALQIS BINTI MOHAMAD YUSOF (A170708)
ANIS SHAHIRA BINTI SHAMSURI (A172232)
NAJWA BINTI MOHSIN (A172416)
PENDAHULUAN

Kata kerja ialah perkataan yang mengandungi perbuatan atau menunjukkan keadaan
perbuatan. Perbuatan ialah aktiviti yang terkandung dalam perkataan seperti ‘menyanyi’,
‘menari’, ‘berlari’, dan keadaan dalam perktaan seperti ‘berfikir’ dan ‘tidur’. Kata kerja
merupakan perkataan yang menjadi inti dalam binaan frasa kerja. Frasa kerja terdiri daripada
kata kerja yang boleh disertai beberapa unsur lain seperti kata bantu, objek, pelengkap, ayat
komplemen dan keterangan. Selain itu, kata kerja juga dianggap sebagai satu unsur utama ketika
menentukan hubungan antara elemen-elemen sintaksis yang mengikut dan mendahuluinya.
Hubungan ini akan bersatu untuk membentuk frasanya yang dikenali sebagai ‘Frasa Kata Kerja’.
Urutan elemen yang membentuk frasa itu dapat dikaji untuk membentuk rumus transformasinya.
Rumus transformasi ini dapat dianalisis dengan menggunakan kerangka yang lebih objektif dan

2
menyeluruh. Kerangka terkini yang lebih menyeluruh ialah Program Minimalis yang
menyatakan bahawa wujudnya fitur-fitur yang berkaitan dengan sintaksis sesuatu ayat.

Berdasarkan program minimalis, kata kerja ialah perkataan yang menjadi kepala dalam
frasa kerja. Kepala merupakan perkataan yang wajib ada di dalam frasa kerja manakala
perkataan lain hanya befungsi sebagai penerangan. Secara umumnya, kata kerja berfungsi
sebagai predikat dalam ayat yang berpola subjek dan predikat. Kata kerja boleh menjadi Kata
Kerja Transitif dan Kata Kerja Tak Transitif. Kata Kerja Transitif ialah kata kerja yang boleh
disambut dengan kata nama atau objek dan Kata Kerja Tak Transitif pula ialah kata kerja yang
tidak mendapat menerima sebarang objek.

KATA KERJA BANTU

Kata kerja bantu ialah sekumpulan kecil kata kerja leksikal dalam memberi ciri-ciri tertentu yang
berkaitan dengan perbuatan yang dilakukan dan juga dengan ciri suasana yang menunjukkan
perbuatan yang dilakukan. Kata kerja bantu boleh dibahagikan kepada dua subsistem iaitu kata
kerja bantu aspek dan kata kerja bantu ragam.

Kata kerja bantu aspek ialah kata kerja yang memberi tumpuan kepada berlangsungnya
sesuatu perbuatan atau keadaan dalam peredaran masa tetapi pengertian masa yang dibawa oleh
kata kerja bantu aspek ini tidak sama seratus peratus dengan masa yang dibawa oleh sistem kala.
Dalam sistem kala, masa atau sesuatu perbuatan itu dilakukan menjadi perkara yang penting.
Oleh itu, kata kerja yang menunjukkan pada masa kini mempunyai perbezaan dari segi
morfologinya dengan kata kerja yang menunjukkan perbuatan pada masa yang lalu seperti yang
berlaku dalam Bahasa Inggeris dan juga Bahasa Arab. Dalam Bahasa Melayu amat
mementingkan aspek yang sudah berlaku, sedang berlaku atau belum berlaku sesuatu perbuatan
atau keadaan itu. Contoh bagi aspek yang sudah berlaku ialah sudah, pernah, telah. Aspek sedang
berlaku ialah masih, sedang, tengah dan bagi aspek yang belum berlaku ialah belum, akan, nak.
Kata kerja bantu aspek bukan sahaja dapat berfungsi dengan kata kerja tetapi dapat juga
berfungsi dengan kata adjektif. Kata kerja bantu aspek ini boleh bergabung dan membawa makna
penegasan aspek kepada kata-kata kerja yang hadir selepas kata kerja bantu berkenaan seperti
sudah pernah atau belum pernah.

3
Selain kata kerja bantu aspek, terdapat juga kata kerja bantu ragam. Kata kerja bantu
ragam ini berbeza dengan kata kerja bantu aspek di mana kata kerja bantu ini lebih
mementingkan tujuan atau niat. Kata kerja bantu ragam ini hanya berfungsi dengan kata kerja
utama sahaja dan tidak berfungsi dengan kata adjektif. Terdapat beberapa subsistem di dalam
kata kerja bantu ini seperti kehendak, keupayaan, keizinan, kemestian, kemungkinan, keperluan,
kepatutan, kepastian dan keengganan. Kata kerja bantu ragam ini juga boleh bergabung dan akan
menjadi harus boleh atau mesti boleh. Kata kerja bantu ini bukan sahaja boleh bergabung dengan
subsistem dalam jenis kata kerja bantu yang sama tetapi mereka juga dapat bergabung dengan
Kata kerja bantu yang berlainan iaitu penggabungan antara kata kerja bantu aspek dengan kata
kerja bantu ragam. Hasil penggabungan antara kedua-dua kata kerja bantu ini akan
menghasilakan kata sudah hendak, belum tentu, masih boleh dan sebagainya.

KERANGKA MINIMALIS

Program Minimalis merupakan salah satu kerangka teori dalam bidang sintaksis yang
diasaskan oleh Chomsky (1995). Program ini mengandaikan bahawa maklumat morfem sesuatu
perkataan dicirikan dalam bentuk fitur nahu/gramatika dan fitur ini perlu disemak dengan cara
yang betul. Berdasarkan kerangka tersebut, terdapat dua komponen utama yang mengambil kira
prinsip ekonomi yang telah diperbaharui iaitu komponen bentuk logik dan komponen bentuk
fonologi. Representasi sintaksis menurut teori ini mengandungi leksikon dan cetusan operasi.
Leksikon merupakan stor yang menyimpan maklumat leksikal yang akan digunakan dalam
pertuturan dan cetusan operasi pula aras atau tingkat sebelum operasi sintaksis bentuk fonologi
dan bentuk logik untuk menentukan sama ada maklumat yang bakal dihasilkan tersebut berjaya
atau gagal.

4
Leksikon

Numerasi

Cetusan

Bentuk Logik Bentuk Fonetik

Teori ini menyatakan bahawa struktur sintaksis terbina daripada operasi GABUNG iaitu
menggabungkan item leksikal secara binary branching kepada objek sintaksis yang lebih besar
yang akan membentuk struktur hierarki yang lebih kompleks. Sebelum melakukan proses
GABUNG, setiap item leksikal perlu memilih fitur kategorinya dan menyemaknya terlebih
dahulu sehingga tiada lagi fitur yang boleh disemak. Objek sintaksis yang tidak mempunyai fitur
pemilihan-K untuk disemak dikenali sebagai MAKSIMAL dan yang disemak dikenali sebagai
MINIMAL. Fitur Pemilihan Kategori (categorical selection features) atau pemilihan-K ialah
fitur kategori untuk sesuatu item leksikal yang menentukan elemen kategori yang boleh
bergabung dengan item leksikal itu.

KOSA ILMU DALAM NEGARA

5
1. Kata kerja transitif bahasa Mendriq: Kerangka Program Minimalis

Penulis: Fazal Mohamed Mohamed Sultan, Zaharani Ahmad, Nor Hashimah Jalaluddin dan
Harishon Radzi.

Penulisan ini telah menganalisis kata kerja bahasa Mendriq. Perbincangan kata kerja bahasa
Mendriq ini telah mengenal pasti kata kerja seperti yesor, budel, citoh, yetuh dan jayit sebagai
kata kerja yang memiliki sifat seperti memerlukan objek atau pelengkap. Seterusnya, kata kerja
tersebut telah dianalisis secara sintaksis. Analisis sintaksis yang menggunakan kerangka Program
Minimalis mampu menggambar dan menghuraikan proses penggabungan dan pergerakan yang
berlaku dalam struktur frasa kerja bahasa Mendriq. Sekali gus analisis ini telah dapat
membuktikan bahawa bahasa Mendriq adalah bahasa yang mempunyai kala.

2. Kata Kerja dalam Dialek Perlis: Analisis Program Minimalis


Penulis : Nurul Aini Binti Abd Rahman dan Fazal Mohamed Mohamed Sultan

Penulisan ini telah mengenal pasti dan menganalisis kata kerja dalam dialek Perlis.
Perbincangan kata kerja dalam dialek Perlis telah mengenal pasti kata kerja ada, tukaq dan
sambung sebagai kata kerja yang memerlukan objek untuk melengkapkan ayat. Kata kerja
tak transitif yang dapat dibahagikan kepada dua iaitu kata kerja tak transitif tak ergatif dan kata
kerja tak transitif tak akusatif tidak memerlukan objek untuk melengkapkan ayatnya. Kata kerja
tak transitif tak ergatif dalam dialek Perlis adalah seperti keluaq manakala kata kerja tak transitif
tak akusatif iaitu takdak, kisah, balik, latih dan takut. Kedua-dua kata kerja tersebut dianalisis
menggunakan Kerangka Minimalis bagi menganalisis struktur binaan kata kerja dalam
dialek Perlis. Analisis sintaksis menggunakan Kerangka Minimalis ini mampu
menggambarkan dan menghuraikan proses penggabungan dan pergerakan yang berlaku
dalam struktur kata kerja dialek Perlis.

3. Kala dalam Bahasa Arab: Analisis Program Minimalis

Penulis: Noor Suraiya Binti Mutalib dan Fazal Mohamed Mohamed Sultan

Analisis data telah dihuraikan dalam bentuk deskriptif mengikut objektif kajian yang
telah dikemukakan. Kesemua data kemudiannya dianalisis mengikut kaedah analisis

6
sintaksis. Binaan kata kerja bahasa Arab Standard yang terdiri daripada VSO iaitu pelaku-
subjek-objek ternyata berbeza dengan struktur bahasa Melayu Standard yang kebanyakannya
ialah SVO iaitu subjek-pelaku-objek. Kata kerja kala lampau dan kala kini dalam bahasa
Arab Standard berubah bentuk mengikut kata ganti nama (dhamir) yang berjumlah 14
bilangan yang diatur mengikut kesesuaian gender dan bilangan pelaku. Frasa kerja bahasa Arab
Standard dilihat berbeza jika dibandingkan dengan frasa kerja bahasa Melayu. Oleh itu,
pengkaji cuba mengkategorikan frasa kerja bahasa Arab Standard kepada kata kerja
transitif, kata kerja tak transitif dan kata kerja dwitransitif. Berdasarkan pengkategorian
tersebut, dapat dibuktikan bahawa struktur bahasa Arab Standard ternyata berbeza dengan
struktur bahasa Melayu. Kala bahasa Arab Standard mengikut rapat kata kerjanya. Oleh sebab
itu, kata kerjanya berubah-ubah mengikut bentuk ayat tidak seperti kala bahasa Melayu yang
hanya perlu menambah kata aspek di hadapan kata kerja yang langsung tidak berubah mengikut
waktu. Kesemua proses ini digunakan oleh pengkaji untuk menghasilkan sebuah rajah pohon
yang lengkap dan proses-proses ini dapat menghuraikan struktur binaan kala bahasa Arab
Standard dengan baik.

4. Frasa Kerja dalam Dialek Negeri Sembilan: Analisis Kerangka Minimalis

Penulis: Syafika Atika Binti Othman dan Fazal Mohamed Mohamed Sultan

Penulisan ini telah mengenal pasti, menghuraikan dan membincangkan FK dalam DNS
secara deskriptif dan teoritikal. Dalam analisis deskriptif, data-data yang diperoleh telah
dihuraikan secara teliti dengan melihat pada setiap binaan FK. Terdapat tiga jenis FK dalam
DNS, iaitu FK transitif, FK tak transitif dan FK dwitransitif. Struktur bagi FK dalam DNS dilihat
sama seperti struktur bahasa Melayu standard, iaitu S-K-O. Berdasarkan hasil kajian, ternyata
kerangka Minimalis ini dapat menyelesaikan struktur binaan ayat FK dalam DNS. Kerangka
Minimalis ini juga dijadikan sebagai pendekatan kajian berikutan kerelevanan dalam
menganalisis data berbanding teori kuasaan dan tambatan yang lebih bersifat tradisional
dan dilihat kurang sesuai untuk digunakan bagi menganalisis data pengkaji. Bagi analisis secara
teoritikal pula, dapat dirumuskan bahawa struktur bagi setiap FK berbeza antara satu sama
lain. Pengkaji dapat meneliti proses-proses yang digunakan dalam pembinaan sesuatu FK
tersebut.

7
5. Kata Kerja Bahasa Tamil: Analisis Kerangka Minimalis

Penulis: Dinesvary A/P Rajandrin dan Fazal Mohamed Mohamed Sultan

Kajian ini merupakan satu kajian yang menggunakan kerangka Minimalis bagi
melihat struktur sintaksis yang terdapat dalam kata dan frasa kerja dalam bahasa Tamil.
Melalui kajian ini, pengkaji dapat membuktikan keunikan kata kerja bahasa Tamil dan juga
binaan frasa yang terdapat dalam bahasa ini seperi SOK, OK, disertai dengan maklumat
tambahan atau penerang yang tidak mempunyai subjek berikutan kata kerja merangkumi
subjek itu sekali. Dalam bahasa ini, terdapat tiga jenis kata kerja, iaitu kata kerja
transitif, kata kerja dwitransitif dan kata kerja tak transitif. Selain itu, pengkaji juga telah
menunjukkan keunikan kata kerja bahasa Tamil. Pada masa yang sama, pengkaji juga
menjelaskan kala yang terdapat dalam kata kerja bahasa Tamil kerana beberapa sisipan di
akhiran menyebabkan penukaran kala. Hal ini memberikan maklumat baru terhadap bahasa
Tamil berbanding dengan kajian yang pernah dijalankan sebelum ini.

6. Kata Bantu Ragam dalam Terjemahan Inggeris-Melayu

Penulisan ini bertujuan untuk meneliti penterjemahan kata bantu ragam daripada bahasa
Inggeris kepada bahasa Melayu. Penulisan ini juga bertujuan untuk mengenal pasti maqsalah
pelajar dalam menterjemahkan kata bantu ragam. Analisis kemudiannya dilakukan terhadap
terjemahan yang dihasilkan oleh pelajar, yang melibatkan penelitian terhadap padanan bagi kata
bantu ragam, iaitu may, must, will, can dan shall yang diuji dari segi makna yang disampaikan.

7. Analisis Kata Kerja dan Frasa Kerja Bahasa Melayu di Pulau Kokos di Pulau
Home Australia

Penulisan ini memerikan bentuk dasar kata kerja dan frasa kerja dlam bahasa Melayu yang
digunakan oleh orang Melayu Pulau kokos, terutamanya I Pulau Home yang terletak di Lautan
Hindi, di luar dunia melayu. Kajian ini berasaskan kerangka yang diperkenalkan oleh Profesor
Emeritus Dato’ Dr. Asmah Haji Omar (2008). Kajian ini berfokus pada penggunaan kata kerja,
dan frasa kerja dalam komunikasi sehari-hari dalam kalangan anggota masyarakat Melayu di
pulau tersebut. Berdasarkan data kajian, kata dan frasa kerja yang terdapat dalam struktur ayat

8
bahasa Melayu Kokos ialah kata kerja berlapis dan kata kerja majmuk, termasuklah kata kerja
unggulan, kata kerja terbitan, kata kerja transitif, kata kerja tak transitif, dan kata kerja bantu.
Hasil kajian menunjukkan bahawa bahasa Melayu Kokos menggunakan kata kerja sebagai satu
sistem nahu yang dapat dibahagikan kepada subsistem tertentu yang penting dalam hubungannya
dengan konteks dan makna.

8. Kata Bantu Aspek ‘Sedang’ dalam Bahasa Melayu

Kata sedang termasuk dalam kata bantu aspek dalam bahasa Melayu. Kata bantu aspek
digunakan untuk menimbulkan suasana perbezaan masa, iaitu sama ada masa lampau, masa kini
atau masa hadapan. Kata sedang  digunakan pula untuk menimbulkan masa kini.
Kata sedang lazimnya diletakkan sebelum frasa kerja, frasa adjketif dan frasa sendi dalam ayat
untuk membawa maksud tambahan dari aspek waktu.

9. Kata Bantu Bahasa Melayu: Analisis Data Korpus Berkomputer

Penyelidikan ini meneliti permasalahan kata bantu bahasa Melayu. Menurut penahu bahasa
Melayu, kata bantu berfungsi sebagai keterangan masa bagi kata kerja. Bagaimanapun, kehadiran
kata bantu sering menimbulkan masalah lewah. Misalnya, ayat "Saya dilahirkan di Ipoh" tidak
perlu diujarkan sebagai "Saya telah dilahirkan di Ipoh”. Kata kerja 'dilahirkan' sudah
menunjukkan masa yang sudah berlalu dan kata bantu telah tidak perlu digunakan lagi. Justeru,
penyelidikan ini akan meneliti fungsi dan ciri sebenar kata bantu bahasa Melayu.

10. Perbandingan Kata Kerja ‘Sokong’ dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Perancis

Kajian ini bertujuan untuk membandingkan penggunaan kata kerja sokong dalam bahasa
Melayu seperti yang telah ditemui dalam penggunaan verbe support bahasa Perancis di samping
ingin melihat peranan yang dimainkan oleh kata kerja sokong dalam ayat serta meninjau
persamaan dan perbezaan yang wujud bagi binaan ayat yang menggunakan kata kerja sokong
"memberi" dalam bahasa Melayu dan donner dalam bahasa Perancis. Hasil kajian ini mendapati
kewujudan kata kerja sokong dapat ditentukan berdasarkan fungsinya sebagai perealisasi kepada
kata nama predikatif atau nom prédicatif dalam ayat. Terdapat persamaan yang amat ketara dari
segi makna bagi kebanyakan ayat yang mengandungi kata kerja sokong dan juga ayat yang
diterbitkan dengan penggunaan kata kerja distribusi sama ada dalam bahasa Melayu atau bahasa
Perancis.

9
KOSA ILMU LUAR NEGARA

1. Importance of the Usage of Multiple Auxiliary Verbs in English


Penulis : Munazza Hayat, Mehnaz (2015)
Mengkaji kepentingan penggunaan pelbagai kata kerja bantu dalam bahasa Inggeris
menggunakan pendekatan data korpus kalangan mahasiswa prasiswazah di Daerah
Kohat.

2. The Grammaticalization of Aspectual Auxiliary Verbs in Korean


Penulis: Hae Yun Lee (2015)
Meneliti proses gramatikalisasi kata kerja bantu aspek dalam bahasa Korea.

3. An Analysis of the use of Auxiliary Verbs by Deaf Children


Penulis: Abigail Lee Meismer (2012)
Menganalisis penggunaan kata kerja bantu oleh kanak-kanak pekak yang menerima
implan koklea.

4. A Comparison Analysis of Modal Auxiliary Verbs in Technical and General English


Penulis: Asunción Jaime, Cristina Pérez-Guillot (2015)
Membandingkan penggunaan kata kerja bantu modal antara Bahasa Inggeris Umum
dengan Bahasa Inggeris Teknikal.

5. The Spanish Auxiliary Verb System in HPSG (Head-driven Phrase Structure


Grammar)
Penulis: Ivan Meza, Luis Pineda (2002)
Menghuraikan sistem kata kerja bantu bahasa Sepanyol dalam HPSG (Head-driven
phrase structure grammar).

6. Auxiliary Verb Constructions in the Languages of Africa


Penulis: Gregory D. S. Anderson (2011)
Mengkaji pembinaan kata kerja bantu dalam bahasa-bahasa di Afrika.

10
7. The Syntax of Hungarian Auxiliaries: A Dependency Grammar Account
Penulis: András Imrényi (2013)
Menjelaskan sintaksis kata kerja bantu dalam bahasa Hungary berdasarkan tatabahasa
pergantungan.

8. Verb-Auxiliary Order in East African Bantu


Penulis: Hannah Gibson (2015)
Mengkaji turutan kata kerja bantu dalam bahasa Bantu Afrika Timur.

9. A Cognitive-Semantic Approach to the Auxiliary Verb Usage and Passive Voice


Penulis: Rajdeep Singh (2018)
Mengkaji penggunaan kata kerja bantu dan ayat pasif menggunakan pendekatan semantik
kognitif.

10. Examining the Grammatical Functions of the Auxiliary Verb rijun in the Shuri
Dialect of Ryukyuan Languages
Penulis: Yan Kit Kwong (2015)
Menghuraikan fungsi kata kerja bantu Rijun dalam dialek Shuri bahasa-bahasa
Ryukyuan.

11
ANALISIS DESKRIPTIF

Binaan struktur ayat dalam dialek Terengganu adalah seperti berikut:

Subjek + Kata Kerja + Objek (SKO) = Ayat


Rajah 2: Binaan struktur dialek Terengganu

Manakala urutannya dalam rajah pohon adalah seperti berikut:

Fkala > Kala’ > Faspek > Fk > k’ > FK > K


Rajah 3: Struktur rajah pohon dialek Terengganu

Kata kerja bantu dalam dialek Terengganu

Kata kerja dalam dialek Terengganu boleh didahului oleh satu elemen lain yang dikenali
sebagai kata kerja bantu. Sehubungan dengan itu, bahagian ini akan menggambarkan binaan
frasa kerja yang didahului oleh kata kerja bantu (KKB) dalam dialek Terengganu. Contohnya
adalah seperti berikut:

1. Mung kena dengo lagu ning.


Awak kena dengar lagu ini.
‘Awak perlu dengar lagu ini.’

2. Dia doh kaweng bulang lepah.


Dia dah kahwin bulan lepas.
‘Dia sudah berkahwin bulan lepas.’

3. Kucing tu dok mati lagi.


Kucing itu belum mati lagi.
‘Kucing itu belum mati lagi.’

4. Adik tengoh soyok ketah.


Adik tengah koyak kertas.

12
‘Adik sedang mengoyakkan kertas.’

Ayat (1) hingga (4) merupakan ayat yang mengandungi kata kerja bantu. Terdapat …
KKB dalam dialek Terengganu iaitu doh (sudah), baghu (baru) penoh (pernah), tengoh (sedang),
dok (belum) mula (baru), nok (hendak), taknok (enggan), kena (perlu), buleh (boleh) dan patok
(patut). Contoh ayat yang disenaraikan menunjukkan bahawa KKB dalam dialek Terengganu
akan mendahului kata kerja. Sekiranya KKB merupakan elemen yang mengikuti kata kerja, frasa
yang terbentuk merupakan frasa yang tidak gramatis. Contohnya adalah seperti berikut:

5. *Adik soyok tengoh ketah.


Adik mengoyakkan sedang kertas.
6. *Kucing tu mati dok lagi.
Kucing itu mati belum lagi.

Contoh (5) dan (6) merupakan ayat yang mengandungi KKB selepas kata kerja. Kedua-
dua ayat dalam contoh tersebut merupakan ayat yang tidak gramatis kerana kedua-duanya tidak
digunakan oleh penutut natif. Hal ini menjelaskan bahawa berlaku pemilihan perkataan sebagai
pasangan sintaksis. Ketidak gramatisan ini berikutan kata kerja mati tidak memerlukan elemen
lain sebagai pasangannya dan kata kerja soyok memerlukan KN sebagai pasangannya. Oleh itu,
kehadiran KKB selepas kata kerja menyebabkan konstituen sintaksis tidak dapat dihubungkan
dan menyebabkan ayat yang terhasil tidak gramatis.

Kata kerja bantu dalam dialek Terengganu dibahagikan kepada dua, iaitu KKB modal
dan KKB aspek. Menurut Asmah Haji Omar (2010), KKB modal membantu dalam memberikan
ciri suasana kepada perbuatan ataupun keadaan yang dirujuk oleh kata kerja, manakala KKB
aspek pula merujuk kepada proses perbuatan ataupun keadaan sama ada belum, masih ataupun
sudah berlaku. Berdasarkan pengertian yang diberikan oleh Asmah Haji Omar (2010), KKB
dalam dialek Terengganu dibahagikan seperti dalam Jadual 3. Jadual 3 menunjukkan bahawa
KKB nok, taknok, buleh, kena, mungking dan patok diklasifikasikan sebagai KKB modal,
manakala KKB doh, tengoh, baghu, penoh, dok dan mula dikategorikan sebagai KKB aspek.
Pembahagian KKB ini berdasarkan makna yang didukung oleh KKB itu sendiri. Ayat (1)
mengandungi KKB kena dalam binaan ayat. Berdasarkan konteks ayat, KKB kena ini membantu
dalam mencirikan keharusan dan kemestian seseorang terhadap perbuatan yang belum berlaku.

13
KKB doh dalam ayat (2) pula membantu dalam mencirikan perbuatan yang telah berlaku. KKB
belum dalam ayat (3) membantu mencirikan perbuatan yang akan berlaku, manakala KKB
tengoh dalam ayat (4) membantu mencirikan perbuatan yang masih berlaku. Oleh itu, KKB kena
merupakan KKB modal kerana membantu dalam memberikan ciri keperluan dalam melakukan
perbuatan manakala KKB doh, belum dan tengoh pula merupakan KKB aspek kerana membantu
dalam mencirikan suasana perbezaan masa sama ada masa lampau, masa kini, atau masa
hadapan. KKB kena, doh, belum, tengoh dan dok juga dapat memberikan maksud kala.

Selain analisis KKB aspek dan modal di atas, KKB juga dilihat mampu membantu
menandakan kala pada ayat yang dihadirinya. Analisis ini mendakwa bahawa KKB kena dan dok
mengandungi kala akan datang, KKB doh mengandungi kala lepas, manakala KKB tengoh pula
mengandungi kala berterusan. KKB doh, tengoh, dan dok diklasifikasikan sebagai KKB aspek
berikutan kesemuanya membantu menerangkan proses perbuatan sama ada belum, sudah
ataupun masih berlaku. Konteks ayat KKB belum dalam ayat (3) menunjukkan bahawa KKB
dok membantu menerangkan perbuatan yang belum berlaku, manakala KKB doh berfungsi
membantu menerangkan perbuatan dalam ayat (2) yang sudah dilakukan oleh subjek. Oleh itu,
KKB dok dan doh boleh memberikan maksud kala yang memperlihatkan KKB dok memberikan
maksud kala akan datang, manakala KKB doh memberikan maksud kala lepas.

14
Analisis Kerangka Minimalis

Bahagian seterusnya merupakan analisis frasa kata kerja bantu (KKB) menggunakan
kerangka Minimalis. Proses ini memperlihatkan struktur yang paling bawah hingga struktur yang
paling atas.

Struktur Frasa Kata Kerja Bantu (KKB) Aspek Dialek Terengganu

7. Dia kaweng doh bulang lepah.


“Dia sudah berkahwin bulan lepas”.

Ayat di atas terdiri daripada lima leksikal iaitu [dia, kaweng, doh, bulan, lepah]. Ayat
[K] kaweng dengan [N] dia. Gabungan kedua-dua elemen ini telah membentuk FK. [K] kaweng
membawa fitur tak berinterpretasi [uN] dan Dia membawa fitur [N]. hal ini membolehkan fitur
yang tak berinterpretasi [uN] disemak oleh fitur [N] yang bersesuaian dengan fitur pemilihan-k
[uN] dalam [K] kaweng. Proses penyemakan dapat dilakukan terhadap fitur pemilihan-k [uN].
Terdapat juga leksikal yang memberikan maklumat tambahan atau dikenali sebagai adjung di
dalam ayat ini. Adjung yang digunakan ialah bulang lepah yang terletak di posisi selepas Kata
Kerja bantu Aspek. Sekiranya maklumat tambahan ini digugurkan, maka ayat tersebut tidak akan

15
berubah maksudnya. Dalam rajah pohon, Adjung bulang lepah bergabung dengan FK selepas
nodus FK diletupkan.

Seterusnya, FK digabungkan dengan k bagi membentuk nodus yang baru iaitu Fk. k
mengalami proses cantuman dan terbahagi kepada dua nodus akar iaitu [K] kaweng dan kala
yang belum disemak dan dinilai [ukala: ]. [K] kaweng membawa fitur tak berinterpretasi [uN]
bergerak dari posisi di bawah FK ke posisi yang baru iaitu di bawah k. pergerakan ini telah
meninggalkan bekas pada posisi asalnya dan menjadi <kaweng>. Fitur yang tak berinterpretasi
[uN] yang dibawa oleh [K] kaweng telah disemak oleh fitur [N] Dia dan dihapuskan pada posisi
di bawah FK.

Kata Kerja Bantu Aspek [KKBA] doh telah dipilih untuk bergabung dengan Fk dan
menghasilakn FAspek. Derivasi ini diteruskan dengan menggabungkan KALA dengan FAspek
dan membetuk KALA’. KALA terbahagi kepada dua nodus iaitu KKBA dan kala yang
mempunyai fitur masa lampau [Kala:lepas]. Hal ini kerana KKBA doh menunjukkan masa
lampau iaitu perkara yang telah berlaku. KKBA doh bergerak dari posisi di bawah FAspek ke
posisi di bawah KALA dan kemudian meninggalkan bekas <doh> pada posisi asalnya. Kala
yang mempunyai fitur masa lepas [kala:lepas] telah menyemak dan menilai [ukala: ] dan
dihapuskan.

[N] Dia bergerak ke posisi SPEK FKALA dan menjadi subjek dalam ayat tersebut.
Pergerakan ini telah meninggalkan bekas pada [N] di posisi asalnya iaitu pada posisi di bawah
FK dan menjadi <dia>. Dia [N] bergabung dengan KALA’ dan membentuk FKALA. Fitur yang
tak berinterpretasi diprojeksikan ke KALA’. Fitur tersebut tidak dapat diinterpretasikan kerana
mempunyai fitur yang kuat pada KALA yang membenarkan KN yang berhampiran digerakkan
ke posisi yang lebih tinggi. Fitur tak beriterpretasi yang dibawa oleh KALA’ tersebut dapat
disemak oleh fitur [N] yang dibawa oleh Dia.

8. Adik tengoh soyok ketah.


“Adik sedang mengoyakkan kertas.”

16
Ayat berikut terdiri daripada empat leksikal, iaitu adik, tengah, soyok dan ketah. Kata
kerja soyok merupakan kata kerja transitif yang memerlukan kehadiran objek selepasnya.
Berdasarkan rajah pohon tersebut, kata kerja soyok digabungkan dengan kata nama ketah yang
merupakan objek bagi kata kerja tersebut. Kata kerja soyok ini memerlukan kehadiran dua
argumen, iaitu argumen dalaman dan luaran bagi memenuhi peranan teta. Oleh itu, kata nama
ketah yang merupakan argumen dalaman dipilih untuk bergabung dengan kata kerja soyok dan
membentuk frasa kerja. FK digabungkan dengan k kecil bagi memenuhi tatatingkatprojeksi.
Hasil daripada gabungan ini telah membentuk k’ tanda. K (k kecil) telah mengalami proses
cantuman dan meletus kepada dua nodus, iaitu kata kerja soyok dan fitur tak berinterpretasi
[ukala: ].

Terdapat pergerakan kata kerja soyok dari posisi FK ke k kecil. Pergerakan ini telah
meninggalkan bekas < > pada posisi asal menjadi <soyok>. Fitur tak berinterpretasi [uN] yang
belum disemak diprojeksikan dari k ke k’. Struktur Fk yang terbentuk hasil daripada
gabungan tersebut, kata nama Adik yang mempunyai fitur kata ganti nama diri dan kata
tunggal dipilih untuk menjadi pasangan kepada k’. Kata kerja bantu aspek tengah dipilih untuk
menjadi pasangan Fk dan membentuk struktur KALA’ (kala tanda). Kala mempunyai fitur kini
dan fitur EPP [uN*]. Fitur tak berinterpretasi [ukala: ] pada perintah-k disemak melalui

17
proses keserasian dan diberi nilai oleh fitur [berterusan]. Oleh itu, fitur tak berinterpretasi
berkenaan dapat disemak.

Proses penyemakan dan pemberian nilai ini telah menyebabkan fitur tak berinterpretasi
[ukala: ] pada k telah dipadamkan dan menjadi [ukala:berterusan]. Fitur EPP yang tidak dapat
disemak diprojeksikan dari kala ke posisi kala’. Proses terakhir bagi struktur ayat tersebut
adalah menggabungkan kata ganti nama adik dengan kala’ (kala tanda) dan menghasilkan
struktur FKALA. Kata nama Adik dilihat telah mengalami pergerakan dari posisi di bawah Fk
ke posisi spek FKala. Hasil pergerakan ini telah meninggalkan bekas < > menjadi <adik> pada
posisi asal. Fitur EPP [uN*] pada kala’ ini merupakan fitur tak berinterpretasi yang kuat. Fitur ini
juga yang membolehkan pergerakan kata ganti nama diri adik ke posisi spek FKALA dan
menjadi subjek ayat. Fitur EPP [uN*] ini disemak oleh fitur berinterpretasi [N] di bawah
sistem adik-beradik. Keseluruhan derivasi menunjukkan bahawa ayat tersebut ditandakan
dengan kala berterusan.

9. Kucing tu dok mati lagi.


“Kucing itu belum mati lagi.”

18
Ayat di atas terdiri daripada lima leksikal iaitu {kucing, itu, dok, mati, lagi}. Ayat ini merupakan
ayat tak transitif tak akusatif. Derivasi bagi struktur ini dimulakan dengan menggabungkan K
mati dengan N kucing itu. Gabungan kedua-dua elemen ini telah membentuk FK. K mati
mengandungi fitur tak berinterpretasi [uN] dan N kucing itu mengandungi fitur berinterpretasi
[N]. Hal ini membolehkan fitur tak berinterpretasi [uN] disemak oleh fitur berinterpretasi [N]
yang bersesuaian dengan fitur pemilihan-k [uN] dalam K mati. Proses penyemakan dapat
dilakukan terhadap fitur pemilihan-k [uN]. Terdapat juga leksikal yang memberikan maklumat
tambahan dalam ayat yang dipaparkan dalam bahagian ini. Leksikal tersebut ialah lagi yang
merupakan kata penegas. Ayat yang dipaparkan di atas bertujuan bagi memperlihatkan bahawa
leksikal yang mengikuti kata kerja ialah adjung. Hal ini demikian kerana leksikal lagi dalam ayat
tersebut boleh digugurkan. Adjung lagi pula bergabung dengan FK dan membentuk FK.

Seterusnya, k digabungkan dengan FK bagi membentuk nodus baru, iaitu Fk. K (k kecil)
mengalami proses cantuman dan meletus kepada dua nodus akar, iaitu K mati dan fitur tak
berinterpretasi [ukala:__]. K mati yang mempunyai fitur berinterpretasi [N] bergerak dari posisi
di bawah FK ke posisi baru, iaitu posisi di bawah k. pergerakan ini telah meninggalkan bekas
pada posisi asal tadi dan menjadi <mati>. Fitur tak berinterpretasi [uN] yang wujud pada K mati
disemak dan seterusnya dipadam. Kata kerja bantu aspek dok dipilih menjadi pasangan Fk dan
menghasilkan struktur FAspek.

Derivasi diteruskan dengan memilih kala untuk dijadikan pasangan FAspek, iaitu KKBA
dan membentuk kala’. Kala diletuskan menjadi dua nodus yang terdiri daripada KKBA dok dan
kala yang mempunyai fitur masa hadapan. Hal ini kerana KKBA dok menunjukkan kala masa
yang belum berlaku. KKBA dok ini bergerak dari posisi FAspek dan meninggalkan bekas dan
menjadi <dok>. Kala yang mempunyai fitur berinterpretasi [hadapan] boleh menilai fitur tak
berinterpretasi [ukala:__] pada k dan membentuk [ukala:hadapan]. Fitur kala pada kala ini dilihat
serasi dengan k, maka k diberikan nilai. Dengan ini, fitur tak berinterpretasi [ukala:_] boleh
disemak, dinilai dan kemudian dipadam.

N kucing tu telah bergerak ke poisisi yang paling atas, iaitu posisi di bahagian spek FKala
dan menjadi subjek ayat. Pergerakan ini meninggalkan bekas pada posisi asal dan menjadi
<kucing tu>. N kucing tu bergabung dengan kala’ dan menghasilkan struktur FKala. Fitur tak
berinterpretasi yang tak dapat disemak diprojeksikan ke kala’. Fitur tak berinterpretasi ini tidak

19
dapat disemak kerana mempunyai fitur yang kuat dalam kala yang membenarkan KN yang
berhampiran untuk digerakkan ke posisi yang lebih tinggi. N kucing tu ditanda dengan kasus
nominatif pada kala’. Fitur tak berinterpretasi [uN] disemak oleh fitur berinterpretasi [N] yang
sepadan dengannya.

10. Mung kena dengo lagu ning.


“Awak perlu dengar lagu ini.”

a. Memilih dengor dan lagu ning lalu melakukan proses Gabung untuk
memenuhi fitur tak berinterpretasi [uN] pada dengo yang seterusnya membina
frasa kerja (FK)

Derivasi di atas menunjukkan proses pembentukan frasa kerja (FK) bermula dengan operasi
gabung, iaitu menggabungkan dua leksikal yang terdiri daripada kata kerja (KK) dengan kata
nama (N) lagu ning. Kata kerja transitif memerlukan dua argumen dan juga perlu memastikan
jenis argumen yang boleh hadir bersebelahan dengannya. Kedua-dua argumen ini direalisasikan
oleh dua fitur tak berinterpretasi [uN]. Satu uN adalah untuk memenuhi UTAH, manakala satu
lagi untuk memastikan ayat berkenaan mempunyai subjek. Demi memenuhi UTAH N, lagu ning

20
hadir bergabung dengan dengo [K]. Apabila pemilihan dan penggabungan sudah dilakukan,
maka proses penyemakan dapat dijalankan ke atas lagu ning [N]. Fitur uN itu dapat disemak.

b. Memilih k (kecil) dan bergabung dengan output (a) bagi memenuhi Prinsip
Hierarki Projeksi untuk menghasilkan (k’).

Setelah selesai proses gabung, proses seterusnya ialah proses semakan bagi memberikan nilai
kepada fitur pemilihan-k. Fitur pemilihan-k dilakukan di bawah prinsip sisterhood. Pada fitur
pemilihan-k ini, berlakunya proses pemilihan kategori perkataan yang bersesuaian untuk hadir
bersama-sama perkataan di sebelahnya. Berdasarkan rajah pohon di atas, pergerakan kata kerja
transitif dengo yang berada di posisi FK kepada posisi baru iaitu posisi cantuman dan bercantum
dengan k kecil bagi memenuhi UTAH. Pergerakan ini hanya berlaku disebabkan oleh kata kerja
transitif dengo merupakan unsur kuat untuk bergerak ke posisi yang lebih tinggi. Kesan daripada
berlakunya pergerajab tersebut, maka kata kerja transitif dengo akan meninggalkan tanda <>
iaitu bekas seperti yang terdapat pada <dengo>. Hasil pergerakan dengo dan penggabungan k
serta FK telah menghasilkan k’ yang disertai oleh suatu lagi fitur uN.

c. Memilih Mung dan bergabung dengan output (b) yang membawa kepada
penghasilan Fk.

Seterusnya, rajah pohon (c) merupakan derivasi yang menunjukkan hasil gabungan daripada
langkah (a) dan (b). Fitur uN ini diprojeksikan oleh K dengo untuk memenuhi prinsip ayat
bahawa setiap ayat wajib mempunyai subjek. Dalam Kerangka Minimalis pula perlu memastikan
bahawa fitur uN wajib disemak sebelum sampai pada tahap Cetusan. Penyemakan hanya dapat
dilakukan sekiranya KN wujud pada posisi Spek yang terhasil daripada Gabungan. Oleh hal yang
demikian, frasa ini akan memilih subjek yang bersesuaian untuk bergabung bagi menyemak fitur
uN tersebut. Subjek ayat iaitu KN mung ditandakan dengan fitur ganti nama diri kedua (2) dan
tunggal (T). Kata ganti nama diri mung pada posisi ini juga dapat menyemak fitur uN pada k’.

d. Memilih kata kerja bantu (KKB) kena dan bergabung dengan output (c) yang
membawa kepada penghasilan struktur FRagam.
e. Memilih kala hadapan dan seterusnya bergabung dengan output (c) lalu
menjadi kala tanda (kala’)

21
Langkah dalam (e) diteruskan dengan memilih kala sebagai pasangan Fk yang bergabung untuk
menghasilkan kala’. Hal ini kerana terdapat masalah yang belum diselesaikan dalam (d) kerana
masih mempunyai fitur tak berinterpretasi ukala yang tidak mempunyai nilai dan seterusnya
tidak dapat disemak oleh apa-apa nodus. Oleh yang demikian, kala diperlukan bagi membentuk
ayat. Nodus kala dalam proses (e) mempunyai dua fungsi penting. Pertama, nodus Kala ini
menandakan kala bagi seluruh ayat. Kedua, kehadiran kala ini adalah kerana fitur ukala pada k
perlu dinilai dan disemak oleh Kala sebelum Cetusan. Oleh itu, fitur kala hadapan dapat menilai
fitur ukala dengan nilai hadapan. Selepas dinilai, fitur tersebut dapat disemak melalui proses
keserasian di antara fitur hadapan pada Kala dengan fitur ukala:hadapan. Setelah disemak,
keseluruhan ayat ditanda sebagai kala hadapan.

f. Akhir sekali, proses menggerakkan mung dan bergabung dengan output (e)
dan menjadi frasa kala (FKala).

22
KESIMPULAN

Penulisan ini telah mengenal pasti, menghurai dan menganalisis kata kerja bantu dialek
Terengganu. Pembentukan kata kerja dialek Terengganu yang terdiri daripada SVO iaitu subjek-
pelaku-objek ternyata sama dengan struktur bahasa Melayu Standard yang terdiri daripada
susunan struktur yang sama. Perbahasan mengenai kata kerja bantu dialek Terengganu ini telah
mengenal pasti kata kerja bantu kena sebagai kata kerja bantu ragam manakala kata bantu doh,
dok dan tengoh sebagai kata kerja bantu aspek. Selain itu, kata kerja bantu tersebut telah
dianalisis secara sintaksis. Analisis sintaksis yang menggunakan kerangka Program Minimalis
dapat menggambar dan menghuraikan proses penggabungan yang berlaku dalam struktur frasa
kerja bantu dialek Terengganu. Selain huraian secara deskriptif, data telah dianalisis dengan
menggunakan kerangka minimalis. Proses-proses yang terdapat dalam rajah pohon ialah gabung,
cantuman, semakan, memberi nilai, keserasian dan proses gerak. Kesemua proses ini digunakan
oleh penulis untuk menghasilkan rajah pohon yang lengkap dan proses-proses ini dapat
menghuraikan struktur binaan kata kerja bantu dialek Terengganu dengan baik.

23
Rujukan

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa, Abdul Hamid Mahmood. 2010.
Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Fazal Mohamed Mohamed Sultan, Khairul Faiz Alimi. 2014. Analisis Deskriptif Terhadap
Struktur Frasa Kerja Bahasa Mendriq. Jurnal Bahasa, 14 (2), 169-191.

Syafika Atika Othman, Fazal Mohamed Mohamed Sultan. 2019. Frasa Kerja dalam Dialek
Negeri Sembilan. Jurnal Wacana Sarjana, 3 (1). 1-14.

Abdullah Hassan. 1980. Linguistik Am. Kuala Lumpur: PTS Publishing Sdn Bhd.

Fazal Mohamed Mohamed Sultan, Zaharani Ahmad, Nor Hashimah Jalaluddin, Harishon Radzi.
2010. Kata Kerja Transitif Bahasa Mendriq. Jurnal Melayu, (5). 409-423.

Adger, David. 2004. Core Syntax: A Minimalist Approach. Oxford: University Press.

24

You might also like