You are on page 1of 11

1.

0 Pengenalan
Laras bahasa boleh diertikan sebagai gaya atau cara menggunakan sesuatu bahasa
dalam sesuatu situsai dan berubah-ubah mengikut fungsi dan keadaan. Kamus Dewan Edisi
Keempat (2010) mendefinisikan laras bahasa adalah variasi bahasa berdasarkan
penggunaannya. Laras bermaksud kelainan bahasa yang digunakan oleh penutur dalam
kehidupan sehari-harian manakala bahasa merupakan alat yang digunakan oleh manusia
untuk berkomunikasi antara satu dengan yang lain. Nik Safiah Karim (2000) mendefinisikan
laras bahasa sebagai kelainan bahasa. Menurut beliau, laras bahasa dapat dikenali melalui
perkataan yang digunakkan, cara pengungkapan dalam situasi-situasi tertentu dan unsur
kolokasi (kehadiran perkataan dan ungkapan yang jelas meletakkannya dalam sesuatu
laras). Asmah Haji Omar (1987), pula mendefinisikan laras bahasa sebagai ciri-ciri khusus
dalam penggunaan bahasa menurut bidang penggunaannya. Menurut beliau lagi, secara
amnya, laras bahasa dirujuk juga sebagai gaya bahasa, tetapi bagi ahli-ahli linguistik, laras
dan gaya adalah dua konsep yang berbeza.

2.0 Perbandingan Laras Bahasa Umum dan Laras Bahasa Iklan

Laras bahasa umum ialah laras yang menggunakan bahasa yang tidak melibatkan
sebarang bidang ilmu atau konteks kursus. Laras ini biasanya melibatkan dalam perbualan
seharian. Dengan ini, laras ini tidak mengandungi istilah atau pola khusus. Menurut Abdullah
Hassan (1987), laras bahasa umum terbahagi kepada dua bentuk iaitu lisan bukan lisan.
Untuk aspek lisan boleh dipecahkan kepada dua iaitu pertuturan umum dan pertuturan rapi
manakala tulisan umum terdiri daripada tulisan umum dan bahasa tulisan rapi. Dalam pada
itu, tulisan umum ialah bahasa yang digunakan di dalam akhbar,majalah, dan surat-
menyurat. Sebaliknya, pertuturan umum pula merupakan pertuturan atau perbualan yang
banyak mengandungi unsur basahan seperti kependekan dan mengekalkan bentuk-bentuk
hormat dan sopan.

Dalam pada itu, laras bahasa iklan pula ialah bentuk bahasa yang digunakan dalam
bidang perniagaan dengan tujuan memperkenalkan barang yang hendak diniagakan. Di
samping itu, laras bahasa iklan didefinisikan sebagai bentuk bahasa yang digunakan
dengan tujuan untuk memperkenalkan barang yang diperniagakan (Siti Hajar Abdul Aziz,
2010). Penggunaan bahasa iklan bertujuan mempengaruhi persepsi pengguna terhadap
sesuatu produk yang diperkenalkan sama ada berminat atau tidak. Pengguna bahasa formal
tidaklah terlalu formal dan mementingkan tatabahasa hal ini kerana bahasa yang kurang
formal tetapi dipenuhi dengan kreativiti mampu menarik perhatian terhadap sesuatu produk.

1
2.1 Persamaan Laras Bahasa Umum dan Laras Bahasa Iklan

Laras bahasa umum dan iklan menggunakan ayat yang ringkas, iaitu ayat yang
pendek dalam sesuatu pernyataan. Hal ini akan menyebakan para pendengar mudah
memahami apa yang disampaikan kerana struktur ayat yang ringkas dan padat. Pada waktu
yang sama, pendengar tidak merasa bosan dan malas untuk menerima dan membaca
pernyataan disebabkan struktur ayat yang tidak terlalu panjang. Misalnya, dalam laras
bahasa umum terdapat banyak perkataan dipendekkan agar memudahkan penutur
menggunakannya seperti “kami tak tau hal tersebut” yang menunjukkan penutur tidak
mengetahui apa yang telah berlaku. Untuk laras bahasa iklan penggunaan ayat yang
ringkas dalam pengiklanan seperti “beli satu, dapat satu” yang menerangkan sekiranya
pembeli membeli satu barangan akan dapat lagi percuma satu barangan. Ini akan menarik
minat pembeli terhadap sesuatu barangan sehingga mempengaruhi pemikirannya untuk
membelinya kerana pengiklanan yang menarik.

Di samping itu, penggunaan imbuhan bahasa asing turut digunakan dalam bahasa
umum dan iklan. Imbuhan yang biasa digunakan ialah imbuhan awalan bahasa Inggeris
seperti pro, anti, poli, auto, supra, homo dan inter. Sebagai contoh, dalam laras bahasa
umum terdapat ayat iaitu “ Ahmad seorang pemain bola sepak professional”. Hal ini
bertepatan dengan imbuhan awalan yang digunakan yang dipinjam daripada bahasa
Inggeris iaitu perkataan professional menggunakan imbuhan awalan ‘pro’. Sementara itu,
bahasa iklan juga menggunakan imbuhan awalan seperti ayat “ Sabun Dettol, 99.9%
Antibakteria”. Hal ini dapat dilihat melalui penggunaan perkataa “Antibakteria” yang
menggunakan imbuhan awalan “anti”. Tegasnya, kedua-dua laras bahasa ini menggunakan
imbuhan awalan dalam percakapan atau pernyataan yang dapat mempengaruhi persepsi
pengguna.

2.2 Perbezaan Laras Bahasa Umum dan Laras Bahasa Iklan

Penggunaan laras bahasa umum terdiri daripada kata ganti nama diri pertama
seperti aku,saya,abang dan adik dalam perbualan harian. Dengan berbuat demikian,
penutur dan pendengar dapat menjaga hubungan sosial antara satu sama mereka agar
tidak berlaku perselisihan faham. Misalnya, dalam bahasa umum penggunaan ayat seperti “
abang dan adik pergi sekolah menggunakan basikal”. Melalui ayat ini dapat dilihat bahawa
penutur menggunakan kata ganti nama diri yang pertama untuk mewakilkan diri mereka iaitu
‘abang’ dan ‘adik’ . Seterusnya, laras bahasa iklan pula menggunakan kata ganti diri yang
kedua seperti ‘anda’. Hal ini dapat dibuktikan melalui ayat “Wajah anda akan jelita, Belilah
Safi Balqis sekarang juga” yang menggunakan kata ganti diri kedua iaitu “anda” dalam iklan
tersebut.

2
Di samping itu, mementingkan fakta yang jelas dengan menggunakan unsur retorik
secara berkesan adalah laras bahasa iklan. Unsur retorik ialah seni menggunakan bahasa
yang indah dan menarik untuk memujuk atau mempengaruhi pemikiran pendengar. Dalam
proses pengiklanan unsur retorik yang baik dalam perniagaan mampu melariskan jualan
produk mereka dengan keuntungan yang maksimum. Sebagai contoh, “ Ayuh,cepat-cepat,
Mari rebut produk ini. Beli satu, percuma satu” menunjukkan bahasa yang digunakan
mempunyai unsur retorik agar dapat mengelakkan persepsi buruk pengguna terhadap
produk tersebut. Laras bahasa umum pula tidak mempunyai unsur retorik hal ini kerana
hanya meliputi penggunaan bahasa seharian kita sahaja.

2.3 Tujuan penggunaan Laras Bahasa Umum dan Laras Bahasa Iklan

Laras bahasa umum ialah bertujuan digunakan dalam perbualan harian yang tidak
membabitkan sebarang bidang ilmu atau konteks khusus. Hal ini dapat dibuktikan melalui
penggunaan kata nama panggilan antara penutur seperti saya, aku, makcik, pak cik, abang
dan adik dalam perbualan harian untuk menjaga hubungan sosial institusi masyarakat. Lain
daripada itu, penggunaan bahasa umum bertujuan untuk memudahkan para penutur untuk
memahami sesuatu percakapan atau pernyataan.

Hal ini kerana bahasa yang digunakan agak bebas dan kurang terkawal dari segi aspek
tatabahasa terutama pengguguran subjek,predikat serta kependekan perkataan.

Laras bahasa iklan bertujuan digunakan dalam perniagaan untuk memperkenalkan


barangan yang hendak diniagakan oleh peniaga. Tujuan bahasa iklan dibuat untuk
mempengaruhi pengguna dan untuk menimbulkan tanggapan tertentu terhadap sesuatu
produk atau barangan atau perkhidmatan yang hendak diperkenalkan dengan
menggunakan bahasa yang baik dan berkesan agar mesej tersebut sampai kepada sasaran
pengguna. Iklan yang baik bertujuan mengubah sikap pengguna dan mempengaruhi mereka
membeli atau melanggan barangan yang hendak diperkenalkan (Kamaruddin Husin,1995).
Dari sudut lain, iklan biasanya kebanyakkannya disampaikan melalui media massa,media
cetak,poster-poster di dinding dan media elektronik. Kesannya, langkah seperti ini mampu
mengubah persepsi pengguna terhadap sesuatu produk dan mempengaruhi pemikirannya
untuk membeli produk tersebut.

2.4 Kesimpulan

Secara konklusinya, bahasa laras iklan terdiri daripada kata-kata yang


cukup,menarik dan berpengaruh supaya para pengguna yang membaca iklan ini dapat
memahami dan terdorong untuk mencuba dan mendapatkan barangan tersebut. Laras
umum pula amat signifikan dalam kehidupan seharian institusi masyarakat kerana

3
kebanyakkan perbualan mereka antara satu sama lain melibatkan penggunaan bahasa
umum. Oleh itu, Jumlah laras bahasa sesebuah masyarakat atau individu bergantung
kepada fungsi bahasa sosial tersebut dalam budaya sesebuah masyarakat.

4
Teks Pengacaran Majlis Persaraan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Rundum

Assalamualaikum w.b.t, selamat pagi dan salam sejahtera. Dijemput semua tetamu
mengambil tempat duduk masing-masing kerana majlis kita akan bermula sebentar sahaja
lagi.

Ucapan Pengumuman

Mengumumkan ketibaan Yang diraikan Encik Muhammad Syahir Syahiran bin Juheri , Guru
Besar Sekolah Kebangsaan Rundum. Encik Rashid bin Awang ,Guru Penolong Kanan 1.
Puan Saadiah binti Morshidi ,Guru Kanan Hal Ehwal Murid. Yang Berbahagia Tuan Haji
Nasir bin Zakari, Yang Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Rundum. guru-guru, murid-
murid dan hadirin yang dikasihi sekalian.

Sidang hadirin diminta berdiri bagi menyanyikan lagu kebangsaan , Negaraku dan Lagu
Sekolah.

Nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Sekolah.

Hadirin sekalian untuk memulakan majlis marilah kita sama-sama menyanyikan lagu
kebangsaan iaitu “Lagu Negaraku” dan lagu sekolah dengan iringan muzik.

Hadirin dipersilakan duduk.

Bacaan Doa

Lebat kemiri pohonnya rendah,


Dahan terikat tali perkasa,
Sepuluh jari kami menadah.
Mohon berkat yang Maha Esa.

Sidang hadirin sekalian,

Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini , dijemput Ustaz Ramdan bin Badarudin , guru
panitia Pendidikan Islam Sekolah Kebangsaan Rundum bagi memimpin bacaan doa. Majlis
mempersilakan.

Amin Ya Rabbal ‘Alamin.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi pengharaan dan terima kasih kepada Ustaz Ramdan Bin
Badarudin atas bacaan doa sebentar tadi.

Kata Alu-Aluan

Emas tempawan buatmu puteri,

5
Busana indah buat rupawan,
Sudilah tuan tampilkan diri,
Bersama madah kata aluan.

Pohon cemara tumbuh melata,


Tempat bermain si anak remaja,
Awal bismillah pembuka kata,
Assalamualaikum untuk semua.

Sidang hadirin yang dihormati,

Kita memanjatkan setinggi-tinggi rasa kesyukuran kehadrat Ilahi kerana dengan limpah
kurnia-Nya dapat kita berkumpul bersama-sama pada pagi ini bagi meraikan Majlis
Lambaian Kasih ,Jasamu Dikenang.

Untuk makluman hadirin,

Majlis kita diadakan pada hari ini khusus untuk meraikan hari persaraan Yang Berusaha ,
Encik Muhammad Syahir Syahiran bin Juheri, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Rundum.
Beliau akan mengakhiri zaman perkhidmatan awam beliau pada 14 Februari 2019 selepas
waktu pejabat. Beliau juga telah berkhidmat sebagai seorang guru selama 30 tahun tanpa
rasa jemu dan lelah dalam mendidik anak bangsa.

Bak kata pujangga , guru ibarat lilin , rela membakar diri demi menerangi orang lain.
Pepatah ini amat sesuai untuk menggambarkan keperibadian serta perwatakan beliau.
Sepanjang pembabitan beliau dalam dunia pendidikan, beliau telah beberapa kali terpilih
dan memenangi anugerah guru contoh peringkat kebangsaan pada tahun 1987, 1999, 2004
dan 2012. Selain itu, beliau juga merupakan antara tulang belakang dalam memperjuangkan
nasib pelajar miskin di sekolah Sekolah Kebangsaan Rundum seawal beliau menjadi guru
besar.

Oleh itu, sempena meraikan persaraan beliau, Majlis Lambaian Kasih, Jasamu Dikenang
telah diadakan bagi memperingati jasa yang telah dilakukan.

Selayang Pandang

Hadirin yang dihormati,

Marilah kita bersama-sama mengalihkan perhatian kita ke layar pentas bagi menyaksikan
detik-detik manis dan indah Encik Muhammad Syahir Syahiran bin Juheri, Guru Besar

6
Sekolah Kebangsaan Rundum sepanjang penglibatan beliau dalam arena pendidikan.
Terima kasih diucapkan kepada Persatuan Fotografi kerana telah menyediakan video
tersebut.

Ucapan Wakil Guru

Majlis meneruskan tirainya dengan ini inigin menjemput dan mempersilakan wakil guru Puan
Fatimah binti Ali untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Terima kasih atas ucapan yang telah disampaikan tadi.

Persembahan Koir

Bagi memeriahkan lagi majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama menyaksikan
persembahan koir daripada murid Tahun 6A yang bertajuk Terima Kasih Guruku. Dengan
segala hormatnya dipersilakan

Demikianlah sebentar tadi dapat kita saksikan persembahan koir yang mantap daripada
anak-anak pelajar sekalian.

Hadirin dan hadirat sekalian,

Ucapan Wakil Pelajar

Besar langit di tepi busut,


Besat tak muat di dalam peti,
Besar hajat kami menjemput,
Besar niat dalam hati,
Majlis menjemput adik Safiq b. Azman, Ketua Murid Sekolah Kebangsaan Rundum bagi
mewakili pelajar untuk menyampaikan ucapan. Majlis mempersilakan .

Terima kasih diucapkan kepada adik Safiq bin Azman atas ucapan sebentar tadi.

Persembahan Sajak

Seterusnya Majlis mempersilakan wakil pelajar untuk menyampaikan sajak yang bertajuk
“Buatmu Guruku”.

Semoga kita terhibur dengan persembahan daripada pelajar yang cukup istimewa sehingga
meremang bulu roma sebentar tadi. Untuk pengetahuan Puan Hidayah merupakan individu
yang bertanggungjawab mengendalikan persembahan sajak ini.

Ucapan Guru Besar

Hadirin yang dihormati sekalian,

7
Tiap pertemuan pasti ada perpisahan
Itu adat lumrah kehidupan
Begitulah rentetan perjalanan
Walau sukar untuk ditelan
Tapi kaki tetap mengorak jalan
Selagi hayat dikandung badan,
Tibalah waktu yang kita nanti-nantikan iaitu ucapan daripada Yang diraikan Encik
Muhammad Syahir Syahiran bin Juheri. Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan
mempersilakan.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang diraikan
Encik Muhammad Syahir Syahiran bin Juheri atas ucapan itu tadi. Semoga amanat yang
disampaikan oleh beliau tadi dapat disemat dalam jiwa dan dijadikan sumber inspirasi untuk
menempuhi cabaran dalam kehidupan yang mendatang.

Penyampaian Hadiah Dan Cenderamata

Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian hadiah dan cenderamata sebagai tanda
kenang-kenangan setelah lama berkhidmat buat insan yang kita raikan pada hari ini iaitu
Encik Muhammad Syahir Syahiran bin Juheri.

Sebelum itu, majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput dan mempersilakan Yang
Berbahagia Tuan Haji Nasir bin Zakari, Yang Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Rundum
mengiringi Yang diraikan Encik Muhammad Syahir Syahiran bin Juheri untuk menerima
cenderamata sebagai kenang-kenangan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Penutup

Itulah tadi upacara penyampaian cenderamata kenang-kenangan khusus untuk Yang


diraikan Encik Muhammad Syahir Syahiran bin Juheri. Majlis merakamkan ribuan terima
kasih kepada Yang Diraikan Encik Muhammad Syahir Syahiran bin Juheri atas kesudian
menerima cenderamata itu tadi. Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih di atas
kesudian Yang Dipertuan PIBG mengiringi Yang diraikan.

Dengan berakhirnya majlis penyampaian cenderamata tadi maka majlis bakal melabuhkan
tirainya. Majlis sekali lagi merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada
semua ahli jawantankuasa yang terlibat dalam menjayakan majlis dengan lancar dan
sistematik. Tidak lupa juga ucapan ribuan terima kasih kepada staf sokongan dan warga SK
Rundum yang telah memberikan sumbangan masa dan tenaga secara atau tidak langsung
sewaktu majlis ini dilancarkan. Kami selaku pengacara majlis ingin memohon seribu

8
kemaafan andai ada salah dan silap dalam mengacara majlis ini. Terima kasih juga
diucapkan kepada tetamu-tetamu yang sudi meluangkan masa untuk menghadiri majlis ini.

Dari Rokan ke Indragiri,


Membawa tinta ke Kota Tinggi,
Baliklah tuan rehatkan diri,
Esok lusa kita bersua lagi.

Kalau ada jarum yang patah,


Jangan disimpan di dalam peti,
Kalau ada silap dan salah,
Jangan disimpan di dalam hati.

Acara Bersalaman

Kini majlis dengan sukacitanya menjemput Yang diraikan Encik Muhammad Syahir Syahiran
Bin Juheri bersalaman dengan para tetamu sebagai tanda perpisahan. Dipersilakan.

Acara Sesi Bergambar

Sebelum Yang diraikan Encik Muhammad Syahir Syahiran Bin Juheri melangkah keluar dari
dewan ini majlis menjemput beliau untuk sesi penggambaran. Semoga gambar tersebut
menjadi salah satu memori terindah dalam hidupnya setelah bersara dalam arena
pendidikan setelah sekian lama berkhidmat.

Sekian sahaja ,salam hormat,wa billahit taufiq walhidayah wassalamu alaikum


warahmatullahi wa barakatuh.

9
4.0 Rumusan

Secara konklusinya, laras bahasa membantu individu untuk membezakan sesuatu


situasi sama ada menggunakan laras bahasa formal atau tidak formal agar tidak timbul
penggunaan laras yang tidak sesuai dengan situasi tertentu. Hal ini dikaitkan sekiranya
melibatkan pengucapan awam penggunaan bahasa formal digunakan untuk menyampaikan
ucapan tersebut. Laras formal juga merupakan laras-laras khusus dan tidak menjadi
sebahagian daripada kehidupan seharian. Oleh itu, jumlah laras sesuatu bahasa
mencerminkan keadaan bahasa itu dan dapat menjadi ukuran maju mundurnya bahasa
tersebut.

10
5.0 Rujukan

Abdullah Hassan (1987). Rencana Linguistik. Dewan Bahasa dan Pustaka,


Kementerian Pelajaran Malaysia.

Asmah Haji Omar (1987). Bahasa Malaysia saintifik. Dewan Bahasa dan Pustaka,
Kementerian Pelajaran Malaysia.

Kamaruddin Husin (1995). Laras Bahasa. Perpustakaan Kuala Lumpur.

Kamus Dewan Edisi Keempat .(2010). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa & Pustaka.

Kadane, N. H. (2000). Penggunaan laras bahasa iklan dalam akhbar Berita Harian:


Januari 1999 - Jun 1999.

Nik Safiah Karim (2000). Bahasa Melayu Dalam Dekad 90-an. Kuala
Lumpur: Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.

Rafidah Mohd Nor (2003). Laras bahasa iklan dalam majalah Jelita. Universiti Putra
Malaysia.

Rujhan Ibrahim (2015). Teks Pengacaraan Maslis Persaraan. [Online], [Diakses: 07


Februari 2019]. Boleh didapati: https://www.slideshare.net/rujhanibrahim/teks-
pengacara-majlis-persaraan-pn-jaharah

Siti Hajar Abdul Aziz (2010). Pragmatik linguistik. Universiti Malaya.

11

You might also like