You are on page 1of 9

CABARAN DAN ISU

SEMASA DUNIA
[ GCI 1022 ]
AHLI KUMPULAN:
 MOHD KHUZAIRI BIN AWANG
DAMIT
 MUHAMMAD AMIRUDDIN BIN
MOHD AZAM
 RAMDAN BIN BADARUDDIN
SOALAN :-

ANDA DIKEHENDAKI MEMBINCANGKAN


ISU – ISU EKONOMI DUNIA SEMASA
YANG MEMBERI KESAN TERHADAP
EKONOMI MALAYSIA. BENTANGKAN
HASIL PERBINCANGKAN ANDA DALAM
BENTUK SLAID
KRISIS KEWANGAN GLOBAL
• Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat krisis bermaksud keadaaan tidak stabil atau tidak
tenteram yang boleh secara tiba – tiba menyebabkan sesuatu kejadian yang buruk berlaku

• Kewangan pula merujuk perihal wang, iaitu keadaan atau urusan wang manakala krisis
kewangan bermaksud keadaan membimbangkan yang berkaitan dengan kewangan seperti
kekurangan wang

• Sebagai contoh, Krisis kewangan di Asia bermula pada 2 Julai 1997 yang merebak ke negara
serantau ini.

• Krisis ini melibatkan serangan spekulatif terhadap mata wang di Asia yang bermula dengan
baht di Thailand, diikuti peso di Filipina, rupiah Indonesia, dolar Singapura, won Korea, dolar
Taiwan dan ringgit Malaysia. Krisis ini meyebabkan berlaku kemelesatan ekonomi dunia.

• Punca yang berlaku disebabkan oleh peranan spekulator mata wang iaitu spekulator
membuat spekulasi dalam pasaran saham untuk membuat keuntungan walaupun
mengahadapi risiko.
KESAN TERHADAP EKONOMI MALAYSIA
• Pelabur asing hilang keyakinan terhadap Malaysia untuk melaburkan modal di Malaysia akibat
daripada nilai mata wang ringgit terdahap mata wang asing kian menurun dan tidak menentu

• Pertumbuhan KDNK meningkat perlahan berikutan kejatuhan eksport dan harga komoditi disebabkan
berlakunya krisis ekonomi

• Kerajaan Malaysia tidak dapat menampung perbelanjaan pengurusan seperti emolumen, pencen, dan
bayaran khidmat hutang kerana ekonomi kian merosot.

• Projek infrastruktur mega yang berjumlah lebih daripada RM 60 Bilion seperti empangan hidroelektrik,
Lapangan Terbang Antarabangsa Wilayah Utara terpaksa ditangguhkan. Menteri – Menteri dan pegawai
kerajaan mengalami potongan gaji di bawah pengukuran belanjawan ketat. Peningkatan harga barangan
secara keseluruhan neyebabkan kenaikan harga barang import
ISU PASARAN MINYAK DUNIA

o Minyak petrol merupakan komoditi yang penting di daam kehidupan seharian dan juga banyak
digunakan sebagai input di dalam sector ekonomi seperti pengangkutan, pembinaan dan sebagainya.
o Menurut Noresh Bt Baharon (2010), minyak petrol ataupun dikenali sebagai gasoline dapat didefinisikan
sebagai campuran cecair bahan api bagi enjin yang diperolehi daropada petroleum.
o Malaysia merupakan negara pengeksport dan mengimport minyak yang mempunyai tiga jenis minyak
yang di jual dengan harga yang berbeza iaitu petrol RON95, petrol RON97, dan diesel.
o Kebergantungan Malaysia terhadap sumber energi yang bersifat non-renewable menyebabkan
berlakunya peningkatan harga minyak di pasaran akibat daripada beberapa faktor seperti peperangan
negara yang mengeluarkan minyak, permintaan terhadap minyak, keperluan minyak kepada negara
pengeluar, dan juga pengurangan subsidi.
o Setiap kenaikan harga minyak di pasaran dunia akan memberi kesan kepada ekonomi secara berangkai ,
seperti kenaikan harga runcit minyak yang dibeli oleh pengguna.
KESAN TERHADAP EKONOMI NEGARA
MALAYSIA
o Kos pengangkutan meningkat kerana kenaikan harga minyak terutamanya bagi pengangkutan awam.
• Ini kerana syarikat pengangkutan awam seperti bas terpaksa menaikkan tambang kerana mereka
menggunakan minyak yang banyak bagi menjalankan operasi perniagaan mereka.
• Walaubagaimanapun, kerajaan telah memainkan peranan dengan mengawal kenaikan harga tambang
pengangkutanan awam bagi meringankan beba rakyat.
• Namun, syarikat pengangkutan awam telah menyediakan jadual perjalanan bagi memastikan mereka
tidak mengalami kerugian ekoran daripada penggunaan kos minyak yang tidak melebihi daripada hasil
iaitu tambang daripada keseluruhan pengguna pengangkutan awam tersebut.
• Menyebabkan pertambahan dari segi tanggungan subsudi ke atas bahan api
tersebut.
o Berdasarkan kajian Kementerian Kewangan, didapati bahawa pada tahun 2007
sahaja kerajaan terpaksa menanggung subsidi minyak menjangkau lebih RM33
billion.
o Ini menjadikan beban kepada rakyat kerana defisit ekonomi akan menjadi lebih
besar.
o Bagi kerajaan, duit yang banyak terpakai bagi menanggung subsidi itu lebih baik
digunakan untuk pembangunan negara Malaysia yang lebih mendatangkan
keuntungan kepada negara itu sendiri.
o Seperti membina sekolah yang boleh melahirkan rakyat yang cenderung ke arah
pendidikan yang akhirnya akan menabur kembali jasanya untuk negaranya sendiri.
RUJUKAN
• https://www.slideshare.net/unieonie/isu-kenaikan-harga-minyak

• Siti Naziha, Krisis Ekonomi dan Kewangan Global


https://prezi.com/ekcvxjmlw4j1/krisis-ekonomi-kewangan-global-kesannya-ke-atas-malaysia/

• Via Dolorosa, Krisis Kewangan Global,


https://www.scribd.com/doc/166353838/Krisis-Ekonomi-Dan-Kewangan-Global
SEKIAN TERIMA KASIH

You might also like