You are on page 1of 22

Tugasan 2 Kesalahan penggunaan bahasa Melayu dalam iklan dan papan tanda di premis perniagaan di kawasan kediaman anda.

1 .http://pustaka.upsi.edu.my/mom/c 2 .http://lamanartikel.dbp.my/?p=342

NASI LEMAK AYAM KAMPUNG, NASI

KANDAR MAHA MAJU


3. http://dermagabmk1.blogspot.com/2013/02/penggunaan-bahasa-kebangsaan-pada-papan.html KESALAHAN PENGGUNAAN BAHASA MELAYU DALAM IKLAN-IKLAN DI SURAT KHABAR (MINGGUAN MALAYSIA) NAZIRA BINTI KERIYA NO. PEND. 20001-05039 FAKULTI BAHASA UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS TANJONG MALIM Pengenalan. Kdudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan dan bahasa perpaduan di negara ini diberi penekanan utama oleh kerajaan khususnya selepas Malaysia mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Dalam Perlembagaan Malaysia (perkara 152 ) ada menyatakan bahawa: Bahasa Kebangsaan ialah Bahasa Melayu dan hendaklah dirulis dengan apa-apa tulisan sebagaimana yang diperuntukkan oleh undang-undang dan parlimen. Pernyataan ini jelas menerangkan menerangkan bahawa bahasa kebangsaan bagi negara ini ialah Bahasa Melayu. Jueteri itu, Bahasa Melayu hendaklah digunakan dalam semua konteks untuk tujuan-tujuan tertentu berdasarkan peruntukan undang-undang dan parlimen yang telah ditetapkan. Akta bahasa 1963/1967 juga dengan jelas memperuntukkan bahasa kebangsaan hendaklah digunakan bagi maksud-maksud rasmi. Untuk memenuhi peranannya sebagai bahasa

yang dapat menyatupadukan rakyat daripada pelbagai kaum dan keturunan, bahasa Melayu sewajarnya digunakan secara menyeluruh dan meluas. Bahasa Melayu juga digunakan dalam pelbagai bidang penulisan untuk menyalurkan pemikiran dan menyampaikan ilmu pengetahuan. Tidak dinafikan bahawa penerbitan buku-buku, majalah-majalah, akhbar-akhbar dan hasil media cetak yang lain secara tidak langsung telah turut memperkembangkan dan mempengaruhi pemantapan bahasa Melayu serta memperluaskan penggunaanya di segenap lapisan masyarakat.

Secara umumnya, penggunaan bahasa Melayu dalam penulisan lebih mudah dilakukan memandangkan sebarang kesalahan yang wujud dan yang terdapat dalam hasil penulisan tersebut dapat dilihat dengan mudah. Di mana-mana sahaja kesalahan dalam penggunaan bahasa dapat dilihat sama ada di papan-papan tanda, iklan, surat khabar, majalah, buku teks, dan dokumen rasmi atau tidak rasmi. Dalam pada itu, penggunaan bahasa dalam hasil-hasil penulisan juga lebih luas tersebar jika dibandingkan dengan bentuk pertuturan disebabkan bahasa tulisan itu lebih mudah disebarkan tanpa wujudnya batasan ruang dan waktu.

Sesungguhnya, makna sesuatu kata boleh berubah sekiranya berlaku kesilapan atau kesalahan penggunaan bahasa. Tanpa disedari atau memang dimaklumi, pelbagai kesalahan bahasa ini juga wujud dalam hasil penulisan di media-media cetak khususnya seperti surat khabar. Namun begitu, menurut Corder (1981: 11) kesilapan juga akan berguna kepada

pelajar atau masyarakat untuk memahami dengan lebih mendalam situasi bahasa tersebut (Arpan Shahbudin Latip: 1998). Ini kerana, kesilapan atau kesalahan yang berlaku boleh memberi kesedaran kepada seseorang individu bahawa bahasa Melayu sentiasa mengalami proses perkembangan dan perubahan dan sewajarnya seluruh masyarakat perlu peka dengan perubahan-perubahan terkini yang berlaku dalam sejarah perkembangannya. Ahli linguistik kontrastif seperti Nickel (1971), Eliasson (1973) dan Gejala kesalahan bahasa terutamanya dalam media cetak seperti surat khabar ini dilihat sebagai sesuatu yang serius dan tidak harus dibiarkan begitu sahaja. Ini kerana, pengaruh untuk membaca surat khabar sangat kuat khususnya di kalangan generasi muda dan tidak ketinggalan juga golongan profesional serta segenap lapisan masyarakat waima orang bukan Melayu. Hal ini sekaligus akan menyebabkan mereka menggunakan bahasa yang salah di segi penguasaan ejaan dan tatabahasa yang betul dan sudah pasti akan menjejaskan mutu bahasa Melayu itu sendiri. Secara ringkasnya, bahasa adalah alat komunikasi, alat berfikir dan alat untuk menghasilkan buah fikiran. Justeru itu, bahasa tidak seharusnya dibiarkan tumbuh dan tersebar luas secara liar dan tanpa sekatan. Sebagai alat komunikasi, alat berfikir dan sebagai alat pengwujudan buah fikiran maka bahasa dan unsur-unsurnya dapat dinilai, diubah, diperbaiki, serta disesuaikan mengikut keperluan masyarakat

Walau bagaimanapun, dalam proses perkembangan dan pemantapan bahasa Melayu masih terdapat ciri-ciri kelemahan yang ketara yang sering dilakukan oleh penguna-pengguna bahasa khususnya dalam unsur-unsur penyalahgunaan bahasa. Nik Safiah Karim (1986:2) menyatakan bahawa:

dalam kepesatan pembinaan bahasa Melayu terdapat ciri-ciri kelemahan ke taraf penguasaan yang agak rendah di kalangan pengguna bahasa. Juga kelemahan ciri-ciri bahasa yang memperlihatkan unsur-unsur penyalahgunaan ejaan, struktur ayat, pemilihan kata yang sesuai dan sebagainya.

Berdasarkan pernyataan tersebut, jelas menunjukkan bahawa tahap penguasaan bahasa di kalangan masyarakat amnya dan orang Melayu khasnya masih berada pada tahap yang rendah dan kurang memuaskan. Walaupun proses perkembangan bahasa Melayu sudah mengalami proses yang mantap, masih terdapat kesalahan-kesalahan bahasa yang melibatkan unsur-unsur ejaan, struktur ayat dan pemilihan kata yang sesuai. Sungguhpun wujud sedikit banyak perubahan dalam perkembangan bahasa Melayu, seharusnya masyarakat sentiasa peka terhadap perubahan tersebut dan berusaha

memastikan tiada kesalahan bahasa berlaku khususnya dalam bidang penulisan yang boleh mempengaruhi pembaca khasnya dan seluruh masyarakat amnya.

Dalam dunia yang serba canggih, salah satu cara untuk meningkatkan hasil jualan adalah dengan menggunakan iklan. Iklan dihasilkan dengan sebegitu rupa agar barangan yang bakal dipromosi akan mendapat tempat di hati pengguna. Secara tidak langsung, pengiklanan yang dilakukan akan melibatkan perantaraan media-media cetak khususnya seperti surat khabar Walaupun matlamat akhir iklan adalah untuk mempromosikan dan melariskan jualan yang merupakan faktor luaran linguistik, hubungannya dengan bahasa memang tidak dapat dinafikan. Namun demikian, dalam keghairahan untuk melariskan jualan atau barangan sering berlaku kesalahan-kesalahan ejaan dalam penyampaian iklan yang dipaparkan tanpa menitikberatkan soal bahasa.

Justeru itu, penulisan kertas ilmiah ini akan menyorot dan membincangkan tentang penggunaan bahasa khususnya kesalahan ejaan, imbuhan dan pengaruh bahasa Inggeris yang terdapat dalam surat khabar yang dipilih. Ini kerana, penggunaan bahasa dalam iklan-iklan di surat khabar juga mempunyai matlamatnya yang tersendiri. Dalam hal ini, para penggunalah yang akan menjadi sasarannya. Tepat atau tidak bahasa yang 8

digunakan bakal membentuk persepsi pengguna, seterusnya mengubah sikap mereka dan akhirnya mempengaruhi tindakan yang akan dilakukan. Oleh itu, pelbagai pihak harus sedar dan memainkan peranan yang penting ke arah memartabatkan bahasa Melayu. Kesalahan bahasa

Nik Safiah Karim (1986: 132) dan Awang Sariyan (1984: 50) mendefinisikan kesalahan bahasa sebagai penggunaan bahasa yang menyimpang daripada sistem bahasa atau peraturan-peraturan bahasa yang telah dipersetujui, sama ada pada peringkat sebutan, pilihan kata atau susunan frasa dan ayat. Menurut Za`ba (1965), Asmah Hj. Omar 14 (1980) dan Arbak Othman (1981) menyatakan bahawa kesalahan bahasa adalah penggunaan bahasa yang terkeluar daripada penggunaan bahasa yang baku (Azizah Hj. Jamali: 1999) Bahasa Melayu ialah bahasa ibunda kepada orang berketurunan Melayu atau bangsa Melayu. Istilah Melayu telah mula ditemui dalam tulisan Cina sebagai Mo-Lo You pada tahun 644 atau 645 Masihi. Perkara 152 Perlembagaan Malaysia telah memperuntukkan bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi atau bahasa kebangsaan bagi negara Malaysia.

1.8.4 Iklan-iklan

Perkataan iklan berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud khabar yang disiarkan. Asmah Hj. Omar (1984: 1) mengatakan bahawa di Malaysia, makna iklan telah disempitkan menjadi sesuatu yang hendak disuguhkan, dipelawa, ditawarkan dan dijual. Seterusnya Frank Jefkins (1979: 123) dalam bukunya yang berjudul Advertising Today mendefinisikan pengiklanan sebagai satu usaha menyebarkan atau memperkenalkan barangan kepada masyarakat dengan harapan agar dapat mewujudkan dan menambahkan permintaan.

Bagi Mansor Ahmad Saman et al. (1984: 98) pula mengatakan bahawa iklan adalah satu proses penyebaran maklumat untuk menghebahkan, memaparkan, menaja serta menggalakkan pembelian atau penerimaan sesuatu barangan, idea atau perkhidmatan atas tajaan sesuatu pertubuhan.

Ejaan

Kamus Dewan Edisi Ketiga (1996:327) mendefinisikan ejaan sebagai suatu kaedah atau

cara menulis perkataan dengan huruf. Sistem ejaan Rumi bahasa Melayu merangkumi aspek-aspek keselarasan vokal, kekecualian keselarasan vokal, kata pinjaman khususnya daripada Bahasa Inggeris, awalan dan kata sendi di dan ke, kata ganti singkat serta partikel. Bidang kajian ini mula berkembang setelah timbulnya kesedaran tentang kepentingan tatabahasa dalam berbahasa dan juga kesilapan bahasa yang dilakukan (Raminah: 1982). Menurut Lutfi Abas (1987: 169), beliau mengatakan bahawa kesalahan bahasa boleh terjadi oleh faktor-faktor kajahilan, gangguan psikologi, falsafah bahasa, takrif bahasa Malaysia, takrif bahasa baku, takrif nahu, teori himpunan, 19 pengaruh dialek dan juga pengaruh bahasa asing. Selain itu, kesilapan juga boleh berlaku disebabkan faktor gangguan daripada bahasa ibunda (Juriah, 1994: 310).

Di samping itu, Koh Boon Boon dan Nik Safiah Karim (1989) pula menjelaskan bahawa tatabahasa adalah satu cara yang jelas untuk memisahkan struktur tidak gramatis dan gramatisnya sesuatu ayat. Kegramatisan ayat ini bukan sahaja diukur dengan kebolehan menaakul bahkan wujud teori pemerolehan bahasa yang dapat dikaitkan dengan penguasaan tatabahasa seseorang. Secara tidak langsung, kebolehan serta tahap penguasaan bahasa seseorang individu boleh dikaitkan dengan teori

pemerolehan bahasa.

K1 = Kesalahan huruf vokal K2 = Kesalahan penggunaan imbuhan K3 = Kesalahan penggunaan partikel K4 = Kesalahan penggunaan kata-kata pinjaman K5 = Kesalahan penggunaan kata nama K6 = Kesalahan penggunaan kata-kata lain (istilah khusus

Nor Hashimah Jalaluddin (1993) dalam Jurnal Pendidikan Bahasa menegaskan bahawa sungguhpun matlamat akhir iklan adalah untuk melariskan jualan, namun hubungannya dengan bahasa tidak dapat dinafikan. Beliau juga mengemukakan pendapat yang diutarakan oleh Asmah Hj. Omar yang mengatakan bahawa masalah kekaburan yang wujud dalam iklan adalah berpunca daripada sikap individu yang tidak mengendahkan bahasa. Sememangnya tujuan melariskan jualan merupakan faktor luar bahasa walaupun dalam proses melariskan barangan ini, peranan bahasa adalah amat penting (Asmah Hj. Omar: 1984).

Menurut Nor Hashimah lagi, berbagai-bagai kaedah dilakukan untuk menarik

perhatian pengguna seterusnya mempengaruhi mereka untuk membeli sesuatu barangan. Kaedah tersebut termasuklah penggunaan bahasa yang mempunyai matlamatnya sendiri dan dalam hal ini penggunalah yang menjadi sasarannya. Antara matlamatnya ialah untuk membentuk persepsi para pengguna, mengubah sikap dan akhirnya mempengaruhi tindakan mereka. Justeru itu, bahasa diolah dengan sebegitu rupa agar mampu mencapai sasaran dan matlamatnya walaupun adakalanya pemilihan kata dalam iklan-iklan yang dipaparkan telah menyebabkan wujudnya kekaburan khususnya kesalahan dari struktur bahasa Penggunaan bahasa yang baik dari segi tatabahasa dengan laras bahasa yang sesuai serta gaya yang berkesan amat penting dalam sebarang penulisan sama ada dalam buku, majalah mahupun surat khabar. Peri pentingnya penggunaan bahasa yang betul dalam penulisan-penulisan di akhbar telah mendapat perhatian daripada tokoh-tokoh bahasa dan ramai yang bersetuju bahawa akhbar bukan sahaja penyampai berita dan maklumat semata-mata malahan merangkumi aspek-aspek bahasa. Hal ini ditegaskan oleh Awang Sariyan (1984) yang mengatakan bahawa:

Oleh sebab demikian pentingnya akhbar kepada manusia, maka kaedah penulisannya turut manjadi penting juga. Sehubungan dengan itu, bahasa memainkan peranan yang penting sekali untuk menjamin mutu berita yang

baik Arpan Shahbudin Latip (1998) pula menegaskan bahawa kesilapan atau kesalahan dalam penggunaan bahasa Melayu bukanlah disebabkan penutur jati yang tidak cekap atau tidak berpengetahuan dalam bahasanya. Malah beliau memetik kata2 Corder yang menganggap kesilapan juga biasanya berpunca daripada tindakan. penutur yang melakukan penukaran, pengalihan atau penghilangan sesuatu bahagian ujaran seperti sesuatu bunyi, morfem, perkataan atau rangkai kata sehingga ayat-ayat yang dibentuk mengandung kesilapan (Corder, 1973: 258)

Kesimpulan

Kajian terhadap kesalahan penggunaan bahasa Melayu dalam iklan-iklan yang dipaparkan dalam surat khabar ini dilihat sebagai sesuatu yang berguna dan berfaedah serta bernilai kepada masyarakat amnya dan juga kepada individu atau perorangan yang terlibat dalam penulisan khususnya. Berdasarkan dapatan yang diperoleh melalui kajian yang dijalankan, sedikit banyak diharap dapat memberi kesedaran kepada pelbagai pihak bahawa peri pentingnya penggunaan bahasa Melayu yang betul sama ada dalam bentuk pertuturan atau dalam penulisan adalah menjadi tanggungjawab semua individu.

Sehubungan itu, semua pihak perlulah memainkan peranan masing-masing ke

arah memartabatkan dan mempertingkat penguasaan bahasa Melayu khususnya yang melibatkan hasilhasil penulisan yang menjadi perhatian umum. Kesalahan umum dalam bahasa Melayu seharusnya dilihat sebagai suatu agenda yang perlu dititikberatkan dan perlu dipandang serius oleh segenap lapisan masyarakat yang cintakan bahasa Tidak dapat dinafikan bahawa kesilapan penggunaan bahasa Melayu dalam hasil penulisan juga mungkin dilakukan secara tidak sengaja atau tanpa disedari. Namun begitu, kesilapan yang tidak disengajakan inilah yang akan mempengaruhi pemantapan bahasa Melayu dan tahap penguasaan bahasa di kalangan pembaca khasnya dan kalangan masyarakat amnya Maka dengan itu, seharusnyalah individu yang terlibat secara langsung dalam hasil penulisan di akhbar ini termasuklah pengarang, penolong pengarang dan penyunting peka serta mengambil kira penggunaan bahasa yang betul dari perspektif pemikiran dan juga kesempurnaan dalam hasil penulisan mereka secara keseluruhan. Pemikiran yang dimaksudkan oleh pengkaji di sini ialah melibatkan idea atau konsep (iklan) yang hendak disampaikan dan diketengahkan oleh penulis manakala kesempurnaan pula merangkumi penggunaan bahasa yang betul serta sempurna dari semua aspek Berdasarkan perbincangan dan data-data tentang kesalahan pengggunaan bahasa yang dikenal pasti, menunjukkan bahawa masalah tersebut memerlukan langkah langkah yang tertentu untuk mengatasinya. Sememangnya, kesalahan penggunaan bahasa dalam akhbar tidak boleh dipandang ringan kerana melibatkan perhatian serta pembacaan dari segenap lapisan masyarakat. Oleh yang demikian, bentuk bahasa yang

digunakan secara tidak langsung akan menjadi ikutan kepada pembaca. Kesan yang jelas yang mungkin berlaku adalah gangguan bahasa serta tahap penguasaan bahasa di kalangan pembaca Seterusnya, keutuhan dan kemantapan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara akan turut tergugat dan digugat dengan adanya permasalahan seperti ini. Justeru itu, masalah ini perlu dibendung dan diatasi dengan segera agar tidak berterusan sekaligus menjejaskan imej bahasa Melayu itu sendiri. Saranan-saranan yang dikemukakan oleh pengkaji diharapkan dapat membantu dan memberi manfaat khususnya yang berkaitan dengan penggunaan bahasa

SENARAI RUJUKAN

Abdul Hamid Mahmood (1989). Kesalahan Bahasa Dalam Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdul Hamid Mahmood (1995). Ejaan Bahasa Melayu Terkini. Kajang: Masa Enterprise.

Abdul Hamid Mahmood (1998). Menguasai Ejaan Baharu Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Syarikat Percetakan Bintang Baru.

Abdullah Hassan (1989). Isu-isu Perancangan Bahasa: Pengintelektualan Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdullah Hassan (1993). Linguistik Am Untuk Guru Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Abdullah Hassan (1996). Isu-isu Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdullah Hassan (2002). Tatabahasa Bahasa Melayu: Morfologi Dan Sintaksis Untuk Guru Dan Pelajar. Pahang: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Alias Mohd. Yatim (1998). Mengenali Bahasa Melayu. Kedah: Percetakan Paavai.

Arbak Othman (1985). Mengajar Tatabahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Arpan Shahbudin Latip (1998). Bahasa Melayu: Kesilapan Tatabahasa Satu Analisis. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Asiah Idris (Julai 1996). Citra Bahasa Melayu Dalam Beberapa Akhbar Utama Di Malaysia: Satu Tinjauan Awal dlm. Dewan Bahasa 40:7, hal. 580-93.

ENAM orang pelajar Tingkatan Enam Atas (2010)[1] dari SMK Sultan Omar, Dungun, Terengganu telah melakukan satu tinjauan ringkas tentang tahap penggunaan bahasa kebangsaan pada papan nama pusat perniagaan yang terdapat di dua kawasan perniagaan di Dungun. Kawasan-kawasan tersebut ialah kawasan perniagaan baharu di Sura Gate, dan

kawasan perniagaan lama di Kuala Dungun. Kedua-duanya terletak dalam lingkungan tidak lebih daripada dua kilometer. Sejumlah 135 nama pusat perniagaan - dari yang kecil seperti warung makanan hinggalah yang besar seperti pasar raya - dikumpulkan di kedua-dua kawasan itu. Daripada data yang dikumpulkan itu, pelajar-pelajar berkenaan mendapati bahawa wujud tiga keadaan tentang penggunaan bahasa kebangsaan dalam kalangan pemilik pusat perniagaan. Keadaan yang pertama ialah bahasa kebangsaan digunakan, tetapi terdapat penggunaan yang betul dan yang salah. Yang kedua ialah hal sebaliknya, iaitu bahasa kebangsaan tidak digunakan langsung, diambil alih oleh bahasa Inggeris. Keadaan ketiga ialah penggunaan bahasa bercampur, iaitu bahasa kebangsaan dengan bahasa Inggeris. Dengan hal yang demikian, data tersebut diasingkan mengikut empat aspek utama, iaitu penggunaan bahasa yang betul, penggunaan bahasa yang salah, penggunaan campuran kod, dan penggunaan bahasa Ingggeris sepenuhnya. Penggunaan bahasa yang tepat ialah yang menepati ciri pengejaan dan binaan frasa. Penggunaan ejaan yang betul ialah yang mengikut Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu Bahasa Malaysia yang berkuat kuasa mulai tahun 1972. Binaan frasa yang betul pula bermaksud binaan yang mengikut Hukum D-M, iaitu perkataan pertama ialah inti atau unsur yang diterangkan, dan perkataan yang berikutnya merupakan penerang atau unsur yang menerangkan, melainkan yang melibatkan kecualian peraturan D-M.[2]

Penggunaan bahasa yang salah ialah penggunaan yang menyimpang daripada peraturan ejaan dan binaan frasa bahasa kebangsaan. Ejaan yang digunakan tidak mematuhi Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Malaysia, khususnya bagi yang melibatkan sistem keselarasan huruf vokal. Frasa yang salah ialah yang tidak mengikut Hukum D-M melainkan yang melibatkan kecualian bagi hukum tersebut. Penggunaan bahasa Inggeris sepenuhnya ialah yang mengambil seluruhnya perkataan daripada bahasa Inggeris yang belum diterima dan disahkan penggunaannya oleh Jawatankuasa Istilah, sama ada dari segi ejaan asal daripada bahasa sumber itu atau ejaan yang diubahsuai, serta penggunaan frasa mengikut peraturan bahasa sumber tersebut.

Penggunaan bahasa bercampur atau campuran kod pula bermaksud terjadinya campuran perkataan asli bahasa Melayu atau perkataan daripada bahasa lain yang telah diterima

pakai dalam bahasa Melayu mengikut ketetapan yang dibuat oleh Jawatankuasa Istilah yang diwujudkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, dengan perkataan daripada bahasa lain, khususnya bahasa Eropah, yang belum diterima atau disahkan oleh Jawatankuasa Istilah tersebut.

Daripada 135 dapatan, terdapat 14 penggunaan yang tidak menepati peraturan bahasa dari aspek ejaan dan binaan frasa. Penggunaan yang salah mengikut jenis kesalahan adalah seperti yang berikut:
Kesalahan Ejaan 1. Kedai Perabut SPS 2. Pasaraya Aneka 3. Pasaraya Ku 4. Pasaraya You Hoe 5. Syarikat Perabut Shanghai 6. Warong Aisyah Kesalahan Frasa 1. Choo Yik Sin Kedai Buku dan Surat Khabar 2. Cik Aisyah Kedai Rempah 3. Dungun Kopitiam 4. Ennie Tukang Jahit 5. Juliana Butik & Aksesori 6. Nara Tomyam Dungun 7. Takaful Ikhlas Fitrah Agensi

Kesalahan Ejaan dan Frasa 1. Emaskraf Harum

Ejaan perabut salah kerana perkataan itu dipinjam daripada bahasa Indonesia yang tidak tertakluk kepada pola keselarasan vokal bahasa Melayu, maka sepatutnya diejakan perabot seperti ejaan asalnya. Sebagai kata majmuk yang dieja secara terpisah, perkataan pasaraya sepatutnya diejakan pasar raya. Perkataan warong seharusnya diejakan warung kerana bentuk ini terikat dengan ejaan pola keselarasan huruf vokal bahasa Melayu. Tujuh kesalahan frasa terjadi kerana pengguna bahasa meletakkan unsur menerangkan (M) di hadapan, sedangkan mengikut peraturan binaan frasa dalam bahasa kebangsaan, unsur yang diterangkan (D) hendaklah didahulukan, sebagaimana yang ditetapkan oleh Hukum D-M. Oleh itu, bahagian yang bergaris sepatutnya diletakkan di hadapan sekali. Perkataan Emaskraf mengalami dua kesalahan serentak. Pertama, kesalahan ejaan, kerana sepatutnya perkataan itu diejakan secara terpisah, iaitu Emas Kraf. Kedua, dari segi frasa, bentuk Emas Kraf itu masih salah kerana perkataan Kraf merupakan hal yang diterangkan, maka perlu diletakkan di hadapan, iaitu Kraf Emas. Penggunaan Bahasa Bercampur Selain itu, 23 keping papan tanda menggunakan bahasa kebangsaan yang bercampur dengan bahasa Inggeris. Percampuran ini melibatkan penggunaan ejaan dan binaan frasa mengikut sistem bahasa Inggeris, suatu ciri yang tidak digunakan dalam bahasa

Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Contoh penggunaan bahasa kebangsaan yang bercampur dengan bahasa Inggeris adalah seperti yang berikut:
1. Agensi Pelancongan Miracle Journey 11. Network Sdn. Bhd. 12. 2. Dona Trading Sdn. Bhd. 3. Gah Ria Enterprise Peralatan Memancing 13. 4. Howah Mobile Service 14. 5. Jose Penjual & Servis 15. 6. Kasturi Sports Centre Sdn Bhd 7. Kedai Alat Telekomunikasi Zamain Dunter 16. Enterprise 17. 8. Kedai Cat Jotun MulticolourPengkalan Hardware 18. Trading 19. 9. Kedai Peralatan Telekomunikasi Technic 20. Point Communication 10. Kedai Ubat Ban Choon CheaMedical Hall 21. Mitra Valuers & Property Consultant Sdn Bhd Perabot Ching Furniture Perniagaan Rock Fashion Pok Eng Tin Enterprise Sdn. Bhd. Pure Technology SolutionSdn Bhd Pusat Cenderamata SmartCC Sdn Bhd Pusat Jualan dan ServisKomputer Pusat Jubin Prestige Pusat Komputer MSH Tech Enterprise Pusat Persolekan Prime Beauty Therapy Centre Syarikat Dungun AluminiumTrading

22. Tukang Jahit Unisex Modern 23. Wakil Insurans Syarikat Seng Huat Motor Trading

Penggunaan Bahasa Inggeris Sepenuhnya

Sejumlah 67 penjenamaan didapati menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya, termasuk dari segi ejaan dan binaan frasa, seperti yang berikut.

1. AA Indah Maju Enterprise 2. Aida Zack Enterprise 3. An Refrigeration & Electrical Service 4. Azax Design 5. Aziela Fashion 6. Azmiera Boutique Collection 7. BPD Enterprise 8. Chin Hin Trading

35. Mitra Valuers & Property Consultant Sdn Bhd 36. My Boutique 37. New Star Enterprise 38. Pesona Trading 39. Pizzahut 40. Pujangga Saba Learning Centre 41. Pure Technology Solution Sdn Bhd 42. Ros De Cleopatra

9. CK Motorsport Accessories And Services 10. Click Surf Cafe 11. Convert Apperal Shop 12. DMA Boutique Collection 13. Dona Trading Sdn. Bhd. 14. Dungun Insurance Agency 15. Dungun Optometry Centre 16. Era Nona Ent. 17. Etiqa Cipta Tuah Agency 18. EU Gemilang Enterprise 19. Fei Yi Trading 20. Grace Computer & Communications 21. Haziq Enterprise 22. Hew Foong Hardware 23. House Of Healin 24. Howah Mobile Service 25. I-Management 26. Insa Jaya Agency 27. Insujaya Agency 28. J.J. Enterprise 29. Jose Jaya Enterprise 30. Lan Cushion Studio 31. M. Idris Enterprise 32. Ma Thai Enterprise Trading

43. Sara Fesyen N Collection 44. Shell Gas 45. Sinaran Refrigeration Service 46. Sky Net Ent. 47. Sri Dungun Enterprise 48. Sri Gate Photo 49. Sri Jaya Hardware Trading 50. Sri Nang Trading 51. Star Sports & Jeans 52. Sura Gate Baby Centre 53. Syahdilla Enterprise 54. Tee Off Communication 55. Tee Off Communication 56. Trinergy Enterprise 57. Tropicana Mobile Centre 58. Tuah Sport Centre 59. UPC Computer Centre 60. W.I. Bistari Enterprise 61. Wadi Agency 62. Wan Sha Collection 63. Wei Hin Hardware 64. Wong Fok Ming Hardware 65. Xcom Centre 66. Yonex C.T. Sport

33. Mainstech Computer 34. Mesra Indah Collection

67. Z.I. Damai Maju Enterprise

RUMUSAN

DARIPADA dapatan kajian ini, dapatlah dirumuskan secara umum bahawa status penggunaan bahasa kebangsaan berada dalam keadaan yang berikut:

Tahap Penggunaan Bahasa Kebangsaan adalah Agak Baik

Dari sudut penggunaan bahasa kebangsaan, jumlah kesalahan yang sangat kecil berbanding dengan jumlah penggunaan yang betul menunjukkan bahawa masyarakat telah dapat menguasai aspek penggunaan bahasa dengan baik. Kesalahan yang terjadi melibatkan ejaan didapati disebabkan oleh pengguna tidak menguasai sistem ejaan Rumi baharu. Kesalahan penggunaan frasa wujud daripada ketidakfahaman tentang cara binaan frasa nama yang betul mengikut sistem bahasa Melayu yang berdasarkan Hukum D-M. Oleh itu, frasa yang digunakan dipengaruhi oleh bentuk bahasa Inggeris.

Kecenderungan untuk Tidak Menggunakan Bahasa Kebangsaan

Jumlah penggunaan bentuk bercampur atau percampuran kod dan bentuk bahasa Inggeris sepenuhnya yang sangat tinggi menunjukkan bahawa masyarakat masih lagi terpengaruh dengan bahasa asing, khususnya bahasa Inggeris dalam komunikasi seharian. Kecenderungan ini merupakan sikap yang tidak baik untuk perkembangan bahasa kebangsaan. Hal ini berlaku mungkin disebabkan aliran pendidikan yang diterima adalah dalam bahasa kedua, di samping kerana bahasa kebangsaan tidak menjadi bahasa komunikasi dalam keluarga dan tugasan harian.

CADANGAN

UNTUK meningkatkan penggunaan dan mutu bahasa kebangsaan, beberapa tindakan perlu dilakukan. Hal ini melibatkan penelitian dan kecaknaan yang tinggi pihak berkuasa tempatan yang meluluskan penamaan sesuatu premis perniagaan dan membenarkan nama itu dipamerkan kepada masyarakat. Pertama, pihak berkuasa tempatan perlu menasihati pemilik agar menamakan premis masing-masing menggunakan bahasa kebangsaan. Sangat perlu pihak berkuasa tempatan untuk menguatkuasakan peraturan bahawa sekiranya nama premis tidak menggunakan bahasa kebangsaan sepenuhnya, pendaftaran premis tersebut tidak diluluskan. Kedua, pihak berkuasa tempatan juga harus meneliti penggunaan bahasa kebangsaan supaya mematuhi peraturan ejaan yang berkuat kuasa semasa penilaian itu dilakukan, dan memastikan penggunaan frasa mengikut sistem bahasa Melayu yang menjadi teras bahasa kebangsaan. Sekiranya pegawai yang terlibat dalam hal itu tidak menguasai bahasa kebangsaan dengan betul, pegawai tersebut wajar dihantar untuk mengikuti kursus pendek dengan pihak berkuasa bahasa kebangsaan. Pegawai itu juga seharusnya merujuk kepada Unit Khidmat Bahasa yang terdapat di Dewan Bahasa dan Pustaka untuk mendapat nasihat yang sewajarnya. Perkhidmatan itu boleh dibuat secara langsung dengan pegawai yang bertugas di Dewan Bahasa dan Pustaka, atau membuat rujukan melalui laman sesawang badan itu, www.dbp.gov.my.

PENUTUP

PENGGUNAAN bahasa kebangsaan sebenarnya tidaklah menyusahkan. Sistem yang sedia wujud dalam bahasa kebangsaan negara kita lebih mudah jika dibandingkan dengan sistem dalam bahasa Inggeris. Hal ini dapat dibuktikan dengan penguasaan bahasa kebangsaan dalam kalangan pelancong asing yang berkunjung ke Malaysia yang dapat bertutur dengan baik dalam masa yang tidak panjang.

Semua pihak pengguna bahasa atau masyarakat, pihak berkuasa tempatan, dan pihak berkuasa bahasa kebangsaan harus bekerjasama. Bahasa kebangsaan ialah bahasa rasmi negara yang perlu diberi keutamaaan penggunaannya sekiranya melibatkan orang awam. Papan tanda nama pada premis perniagaan dapat dianggap sebagai hal yang rasmi kerana pameran itu dilakukan untuk panduan dan pengetahuan awam.

[1] Nur Fatin Pakhriah binti Othaman (6A1), Norashikin binti Ramli (6A1). Muhammad Fakhruddin bin
Fadzil (6A1), Mohd Faezuddin bin Alias (6A1), Amirul Imran bin Mohd Riza (6A2), dan Mazura binti Mohamad Azam (6A2) [2] Nik Safiah Karim, et al. Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, 2008. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 376-377

You might also like